Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Bumi Berdarah

Jumaat, 26 Syaaban 1434H | 5 Julai 2013
13:21 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.
Salam Jumaat sayyidul ayyam yang penuh barakah.
Di sini. Di Malaysia ini. Di negara kita yang 'aman makmur' ini, kita sibuk dengan:
# pagi ni nak makan itu, tengah hari satgi nak makan ini, petang karang nak beli itu, malam karang nak santap ini...
# hari ni punya episod drama ni camana? apa cerita baru ganti drama ni? "artis k-pop, korea nak datang Malaysia weiii!!!"
# raya ni nak melaram ngan baju ni, beg tu, kasut ni, tudung/shawl tu...
#gaming. macam-macam game. computer games, online games, kat henpon/tab pon main game.
# sports. bola? badminton? hoki? lari dalam guni? tanye je..semua tau sapa lawan, sapa menang..
# sedihnya putus cinta. kecewanya cinta tak berbalas..
# boring taktau nak buat apa.
# arini nak update status apa ye kat fb, twitter?

Ada tak kita fikir macam mana kita boleh tolong saudara kita di Syria, Palestine, Mesir, Myanmar dan lain-lain negara yg Islam ditindas? Mana sensitiviti kita sebagai seorang Muslim?

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Mungkin ada orang taknak menunjuk-nunjuk 'sumbangan' dia kat mana-mana laman sosial. Saya juga post benda macam ni bukan untuk menunjuk-nunjuk. Bukanlah saya post sesuatu yang baik tu untuk menunjukkan saya baik. Tidak sama sekali.

Amalan saya juga masih entah ke mana, entah di level mana, entah Allah terima atau tidak.

Tujuan saya hanyalah untuk create awareness. Menyampaikan sedikit bagi yang tak tahu. Menyedarkan sikit bagi yang buat-buat tak tahu.
Laman sosial ni, kalau nak kira memang banyak benda buruk. Tapi, gunakanlah ia sebagai medium untuk menyebarkan kebaikan dan kebenaran atas nama perjuangan Islam. Mudah-mudahan amal kita yang sekecil zarah itu diterima Allah s.w.t. dan dapat bantu beratkan timbangan amal makruf ketika hisab nanti.
Berbanding dengan kita update status atau post yang entah apa-apa. Yang mengutuk orang, yang duk luah perasaan tak puas hati, yang duk luah perasaan kecewa. Kalau seminggu sekali tu tahan jugak. Tapi kalau yang jenis setiap jam atau beberapa minit sekali duk post benda-benda yang takde faedah. Nabi pun pesan, kalau takde benda baik nak cakap, lebih baik diam.

Ok, kawan-kawan.
Doakan untuk saudara-saudara kita yang ditindas. Nak masuk Ramadhan dah ni. Doa banyak-banyak supaya Allah anugerahkan kita keamanan, keselamatan, iman dan Islam yang benar.

knowledge vs certification

Ahad 16 Muharram 1433H | 11 Disember 2011.
11:28 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Ada yang pelik bila dapat tahu sekarang saya 'hanya' buat diploma.
Kenapa downgrade? Kenapa tak continue master?
Ya laa..kan dah ada degree..?

Saya lagi pelik. Kenapa orang berfikiran sangat sempit sampai amik kelas diploma (turun ke bawah) menjadi sesuatu yang pelik...ok, pening eh ayat saya? saya pon cam pening dah sikit..haha! nasiblah..
Kat Malaysia ni, ramai yang buat dip..pastu up buat degree..pastu up lagi buat master...pastu up lagi buat PhD..pastu tak tau dah nak up mende..
Berbeza dengan orang kat negara lain, lepas buat degree dalam 1 bidang...pastu buat degree dalam bidang lain pulak..sampai ade double, triple bachelor degree..
Kenapa eh? Ohh..lupa pulak saya..kat overseas tu kebanyakan uni takde school fee (free of charge)..Malaysia mahal weyh..kene ade duit banyak berkepuk baru boleh belajar ilmu tinggi-tinggi..

Hurmm...Aneh bila orang belajar sebab nak dapatkan sekeping kertas instead of nak dapatkan ilmu.
Lagi aneh bila belajar sesuatu, pastu WAJIB kerja..
Lagi aneh bin pelik bila belajar sesuatu, pastu WAJIB kerja DALAM BIDANG YANG DIPELAJARI sahaja.
Dan kemuncak keanehan tu adalah bila kelayakan seseorang tu hanya dilihat melalui sekeping kertas yang bertulis Fulan bin Fulan atau Fulanah binti Fulan dianugerahkan diploma or ijazah sarjana muda or ijazah sarjana etc. dari universiti sekian sekian.

Haa..yang menambah keanehan lagi kalau masuk bab agama sikit, hanya yang ade degree dalam dakwah, usuluddin or syariah je yang boleh atau layak bagi nasihat. Fuuuuu~
Padahal pasal pakai tudung, tutup aurat sempurna, jangan hampiri zina takyah belajar kat uni pon...baca Al-Quran je dah boleh tau.. -___-"
Sengal kan kita-kita nih? Pemikiran sempit tapi taknak ngaku. Bajet best je semua orang.
Makanya kekallah dalam kejahilan.

Saya tak hairan pun kalau tak dapat sijil, diploma, ijazah sarjana, ijazah atau PhD..asalkan dapat ilmu yang berguna sudah..

' Ya Allah. IlmuMu terlalu luas. Namun aku minta, kurniakanlah aku ilmu yang bermanfaat. Dan jadikanlah aku hambaMu yang beramal dengan ilmu bermanfaat yang Engkau Redhai buat bekalan untuk hari pertemuan denganMu nanti wahai Tuhan. Amiin Ya Rabb. '

kepada jodoh saya...

Jumaat, 13 Muharram 1433H | 9 Disember 2011.
12:45 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari pasangan dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.


Biasa dengar kan doa itu senjata mukmin? Doa itu kekuatan mukmin?
Berdoalah kepada Allah yang Maha Agung. InsyaAllah Dia akan perkenankan permohonan hambaNya yang memohon kepadaNya asalkan kita juga melaksanakan perintahNya.

Kenapa saya bagi doa kat atas tu? Hurmm..tu doa untuk dapatkan jodoh baik-baik. :)
Jom kita sama-sama doa supaya Allah kurniakan jodoh dan zuriat yang baik untuk kita, yang dapat jadi pelaburan untuk akhirat kita. Yang dapat bantu kita mendapatkan redha Ilahi.

Hurmm..saya ni pon bukanlah baik mana pon. Masih berusaha perbaiki diri. Nak dapatkan yang baik, kita kena jadi baik dulu, kan?
Mungkin juga Allah buka hati saya untuk berubah dan lebih mendekatiNya sebab doa daripada "jodoh" saya yang saya pon masih tak tau siapa...kan?
Subhanallah! T-T

combined daripada 2 tulisan ni, i come out with this.

Artikel iLuvIslam: wanita bersediakah anda menjadi penyejuk mata

notadisiku :barcakap soal jodoh

Untuk jodoh saya...walaupun awak tak tau siapa saya. saya pun tak kenal awak, tapi awak ada doa cam kat atas tu untuk saya? Terima kasih!!!~ :D
I know I love you before I met you..


Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah atas segala nikmat dan rahmat yang dilimpahkan ke atas diri ini. :)


' jodoh saye ade doa supaya dapat jodoh suke makan tempoyak ke? dulu saye tak makan tempoyak..skarang suke pulak sambal tempoyak..haha~ *kidding!* ;p '

Penenang Jiwa

Khamis, 1 Disember 2011 | 5 Muharram 1433H
7:36 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Sejak semalam, saya baca buku ni. Sangat menarik. Sangat menginsafkan. Betapa hidup sangat jauh dari yang diperintahkan Allah. Yang disarankan Rasulullah s.a.w. Betapa hidup sangat rugi kerana sedikit beramal tapi banyak terpaut dengan dunia yang menipu.

Banyak juga menyentuh perkara-perkara yang dah saya tinggalkan dan saya sacrifice tapi saya masih bersedih sebab orang sekeliling yang menekan. Baca buku ni, sedikit sebanyak memujuk diri saya untuk tak perlu rasa sedih dan tertekan. Juga bagi saya sedikit keyakinan untuk teruskan jihad saya walaupun masih ada yang saya confuse. InsyaAllah akan teruskan pembacaan sehingga habis supaya betul-betul dapat kumpulkan kekuatan untuk "tinggalkan" dunia yang hina ini dengan gembira.

Dunia ni macam makanan yang enak, lazat, lemak berkrim disukai ramai. Tapi lepas kita makan, akhirnya kita buang jugak (jadi taik). Camtu lah hidup di dunia. Banyak mana yang kita cari, yang kita dapat, akhirnya kita akan mati dan tinggalkan dunia. Sebab tu Rasulullah s.a.w. kata amik sekadar keperluan dan infakkan yang berlebihan. Sebab itu adalah harta kita yang sebenar yang kita dah hantar ke akhirat. Kita mukmin yang percaya akan adanya akhirat, kan?

Sahabat-sahabat yang sudi baca tulisan saya di blog ni, kalau ada kelapangan waktu, bacalah buku ni. Berbanding dengan baca novel-novel cinta atau buku-buku komik yang hanya memanjangkan angan-angan, lebih baik baca buku ni yang menghentikan angan-angan dunia dan akan berusaha untuk mencari akhirat yang baik. InsyaAllah.

Semoga Allah memberi kita petunjuk ke jalan yang diredhaiNya. Allahumma Amiin.

Wallahualam.

Judul : PENENANG JIWA (Pengubatan & Rawatan)
TERJEMAHAN KITAB MUKASHAFAH AL QULUB
Penulis : IMAM AL-GHAZALI
Penterjemah : MUHAMMAD QADIRUN NUR
Penerbit : WHOLESALE-MART BUSINESS POINT SDN BHD

Suku abad


Jumaat, 25 November 2011.
12:33 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat dariNya, saya masih mampu hidup, bernyawa, bernafas, berdiri, melangkah, bersujud dan pelbagai lagi kenikmatan hidup.
Ya. Hari ni, kalau mengikut kalendar Gregory, genaplah usia saya 25 tahun. Dah suku abad hidup. Some people say, "Age is just numbers."

Betul ke?

Hurmm..bagi saya, umur ni indikator atau kayu ukur amal hidup kita. Dalam 25 tahun ni, apa yang dah dilakukan dan disumbangkan untuk kebaikan. Banyak mana dah harta akhirat yang dikumpul? Waaaa..bila tanya soalan macam ni, rasa macam nak nangis je. Flashback semula hidup saya di tahun-tahun yang sudah..sangat banyak terbazir dengan macam-macam perkara tak berfaedah, melalaikan lagi mendatangkan dosa.. T-T

Kalau nak buat checklist, memang sadis laa sebab akan unchecked je semua..
Tak ada apa-apa pencapaian yang boleh dibanggakan. Sekadar sekeping kertas yang menyatakan saya dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda bla..bla..bla..dari Universiti bla..bla..bla..? tak bangga langsung.
Dah kahwin dan ada beberapa anak comel yang sedang dalam persiapan menjadi mujahid dan mujahidah Islam? Lagi takde..huuuuu~
Punya sumber rezeki yang lumayan, baik lagi halal dan diberkati yang dapat membantu ringankan beban ibu bapa serta menyumbang kepada peningkatan ekonomi ummah? pon tidak juga..

Orang semua wish happy birthday..happy birthday..
Patutnye kena happy laa, ek? tapi saya tulis tak happy pulak..
Hidup di dunia ni boleh happy, tapi berpada-pada jangan sampai lalai lagi.
Saya gembira dan bersyukur sebab Allah masih beri saya peluang untuk hidup dan berusaha perbaiki kesilapan. Segalanya milik Allah dan padaNya jua akan kita kembali.

Wallahualam.

' Kuantan hujan lebat sokmo beberapa hari ni. Tapi hari ni, cuaca sangat cantik dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kenikmatan yang banyak buat hambaNya yang hina ini. '

Kiamat sudah dekat...

Selasa, 15 November 2011.
12:06 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Hari ni, saya bukanlah nak jadi tok nujum untuk meramal-ramal tarikh kiamat atau bila hari kiamat akan berlaku. Tidak. Sebab sesungguhnya pegetahuan tentang hari kiamat itu hanya di sisi Allah. Malaikat dan Nabi pun tak tahu bila.
Cuma hari ni, saya nak ajak orang berfikir sikit je berdasarkan tanda yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w.

Antara tanda akhir kiamat adalah dikatakan azan tidak lagi dilaungkan di bumi. Baik. Hari ni, kita duk dengar lagi azan dilaungkan di sekitar tempat tinggal kita, betul? Tapi pernah dengar tak kisah di zaman Rasulullah s.a.w. dulu, yang mana pada suatu Subuh, ada seorang muslim beria nak azan sebab dia mendakwa bahawa suara dia lebih sedap daripada saudara Saidina Bilal r.a. Maka Rasulullah bagi dia peluang untuk melaungkan azan. Setelah selesai solat Subuh apa semua, Tiba-tiba Saidina Jibril a.s. datang menemui Rasulullah dan bertanya,"Ya Rasulullah. Kaum muslimin tak solat Subuh ke pagi ni?" Rasulullah jawab kaum muslimin solat dan tanya Jibril kenapa dia kata kaum muslimin tak solat. Dan Jibril bagitahu bahawa penduduk langit tak dengar pun azan dilaungkan. Rupa-rupanya, laungan azan Saidina Bilal yang begitu ikhlas untuk mengajak kaum muslimin menghadap Allah s.w.t. sampai kepada pendengaran penghuni langit juga. Yang laung azan tadi kenapa tak dengar? Sebab tujuan dia nak tunjuk suara dia sedap.
Ok. Cuba tengok situasi hari ni pulak. Azan dilaungkan sungguh merdu sekali di merata-rata tempat. Mendayu-dayu sampai rase tak nak bangun pun ada kalau tengah sedap tido time Subuh tu. Ye dak? hehe
Cuba fikir...Agak-agak, penduduk langit dapat dengar ke laungan azan hari ni?
Wallahualam.

Lagi satu tanda akhir khiamat adalah Islam dah tak ada lagi di bumi. Ok. Sekarang tanya diri kita, "Adakah saya Islam?" kalau jawapannya, "Ya. Saya Islam"..tanya pulak,"Adakah saya beramal dengan Islam?" Islam bukan setakat mengucap 2 kalimah syahadah, solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, keluarkan zakat, dan pergi haji. Ya. memang betul itu rukun Islam. Tapi sebelum Islam, kita dituntut beriman dulu. Check rukun iman pulak. Complete tak? Macam mana kita kata kita beriman dan Islam kalau segala perintah Allah kita tak laksana? Segala ajaran Rasulullah kita tak ikut? Larangan Allah dan Rasulullah tak ditinggalkan? Dalam penulisan saya sebelum ini, saya dah pernah kata bahawa Islam bukan sekadar anutan yang buat ritual keagamaan macam bersolat tu. Islam adalah cara hidup. Meliputi segala aspek baik cara pergaulan atau bersosial, makan, minum, pakai, soal rezeki dan segala-galanya lah.
Dan hari ni, timbul pulak soal Islam sekular dan macam-macam lagilah. Apakah? Inikah Islam yang syumul?
Wallahualam.

Jadi, apakah tindakan kita? Bukan kita nak halang kiamat daripada berlaku. serius. kita memang tak boleh halang atau selamat daripada hari kiamat andai tiba saatnya. Filem 2012? itu nonsense! Itu setakat bencana besar je. bukan kiamat.
Apa yang dapat kita buat adalah timba ilmu akhirat. Perbaiki diri. Jadi mukmin yang soleh. Doa kepada Allah supaya dapat pengakhiran yang baik dan betawakkal kepadaNya. Ingatlah bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah.

Wallahualam.
Semoga bermanfaat perkongsian kali ini.

Life is so funny with funny people around!

Jumaat, 11 November 2011.
1:04 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.


Ok. Seperti yang anda tahu, saya tak bekerja sekarang dan memang takde intention untuk cari pekerjaan di pasaran dalam masa terdekat ini. Tapi saya sungguh tak faham kenapa orang lain sangat concern terhadap saya yang tak punya pekerjaan ni? Adakah saya meminta wang gaji atau sedekah jariah dari anda? Tidak walau satu sen.

Ya. Mungkin hidup saya hari ni atas ihsan ibu bapa saya. Tapi saya tak jadi pengemis atau peminta sedekah lagi setakat ini. Jadi, kenapa terlalu sibuk bertanya soal mencari pekerjaan? Orang kata jangan memilih kerja...pengalaman penting...bla..bla...bla...
Betul ke Rasulullah kata jangan memilih kerja? Rasulullah pernah kata, di akhir zaman orang tidak lagi peduli rezeki yang diperoleh itu halal atau haram. Jadi, adakah salah kalau saya memilih?

Dan lagi...saya sedang mengikuti kelas Al-Quran di masjid yang dekat rumah saya ni. Rasa seronok belajar mengaji semula dan kalau boleh saya memang nak khatam dengan ustaz ni. Adakah saya perlu sacrifice pengajian Al-Quran saya semata-mata untuk bekerja, cari duit yang hari ni entah halal, entah haram?
Saya lagi rela berpuasa setiap hari untuk cut kos sara hidup berbanding berhenti ngaji dan pergi bekerja. Hidup saya sekarang pon sebenarnya dah kategori terlalu mewah. Bukan tak ada makanan langsung untuk dimakan setiap hari. Tapi terlalu lah banyak makanan berlambak-lambak sehinggakan terpaksa buang macam tu je sebab tak habis makan. Saya juga bukannya tak ada baju atau baju lusuh compang-camping yang tak mampu tutup aurat saya sampai nak kena buat baju baru. Sebaliknya saya punya baju yang penuh menimbun lebih dari satu almari
dan baju-baju tu semua masih elok dipakai, tak perlu baju baru. Elektrik? Air? Internet? Semua perbelanjaan untuk bil-bil ni boleh dikurangkan.
Satu je masalah besar saya sekarang. hutang PTPTN yang dalam 9k lebih tu. Sebenarnye boleh je kan saya nak keluar duit ASB yang mak saya simpan dari saya kecik-kecik dulu. Tapi entah la kenapa dia tak bagi bayar hutang pakai duit tu dan nak suruh saya keje jugak.

Saya pernah masuk U. Terpedaya dengan macam-macam benda yang memang salah disisi syariat, semata-mata untuk dapatkan kredit lebih supaya senang dapat keje lah nanti kononnya. Dan hasilnya, memang tak dapat keje jugak. Jadi, sekarang saya memutuskan untuk tidak bekerja dan menjauhi perkara-perkara yang boleh menjadikan saya seorang yang cinta dunia. Dan saya tidak mengharapkan sokongan orang lain. sekadar tolong diam, jangan bertanya dan jangan amik port. tu pon susah ke?

Sangat meletihkan lah bila orang asyik tanya pasal kerja. Suruh kerja. padahal diorang tu bukan kena tanggung makan, minum, pakai, tempat tinggal saya pon.

Saya tak tahu apa sebenarnya perasaan abah. Tapi abah memang super cool. Abah sokong je apa yang saya buat atas hujah-hujah yang pernah saya bagi.
Mungkin sebelum ni dia sokong tapi tak sepenuh hati. Ya lah. Hujah dari orang tak alim macam saya ni, siapa lah yang nak amik pusing. Tapi lepas abah baca buku soal jawab yang Ustaz Azhar, ada orang soal pasal perempuan yang mengajar pelajar lelaki. Ustaz jawab sebenarnya tak boleh (mungkin bukan haram tapi makruh ke macam mana eh..saya tak ingat). Abah jadi berfikir semula dengan hujah-hujah yang pernah saya bagi dulu dan akhirnya dia setuju.
Kalau abah saya cool je dengan keadaan saya sekarang, kenapa orang lain yang takde kaitan tu menyibuk sangat?

Hurmm...mungkin saya kena ikut cakap abah supaya jangan kisah apa orang lain nak cakap. Ya lah. Sebab mulut dia, bukan mulut saya. Lidah dia, bukan lidah saya. Saya tak boleh nak tutup mulut orang lain. Lain kali kalau orang tanya, saya akan senyum aje tanpa sebarang jawapan. Jadi, silalah tafsir sendiri jawapan saya tu. ok?

' Terima kasih kerana prihatin pasal saya yang hina ini. '

Dilema

Selasa, 14 Jun 2011.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.
10:13 p.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Kawan-kawan yang sudi baca,

Tolonglah doakan yang terbaik untuk saya.
Saya nak berenti keje ni.
Saya cuma nak cari dan dapatkan redha Allah je sekarang.
Bukan redha manusia. Bukan harta dunia. Bukan keseronokan dan keindahan dunia.
Saya sangat takut kalau saya mati dalam keadaan Allah murka pada saya.

Bukan saya nak kata keje yang saya buat ni haram.
Saya tak tau. Saya rasa statusnya syubhah (atau boleh jadi juga haram). Dan saya rasa konfius lagi tersepit dengan hal ni. Saya sangat takut kalau rezeki ni haram (banyak kemusykilan yang bermain di fikiran saya). Beri kesan buruk pada saya. Solat orang yang makan benda haram tak diterima Allah. Ya Allah! saya ni dah la banyak dosa. Kalau solat pun tak diterima, apa lagi yang dapat beratkan hisab untuk amal saya kat akhirat nanti?

Saya ada baca artikel soal jawab agama pasal fotografi ni. Orang tu tanya apa status rezeki dia kalau amik gambar pengantin pompuan tengah mekap (tak tutup aurat). Ustaz tu jawab haram. Ok. Yang bertanya tu laki. fine. memang haram. saya pompuan, apa kaitan? sekarang, yang amik gambar bukan saya sendiri tapi fotografer lelaki. dan keje saya cuma tolong susun gambo dalam album je. tapi saya sangat musykil juga dengan status rezeki yang saya dapat. hmmm...kalau pengantin yang pakai tudung pun, bukan bermaksud dia tutup aurat dengan sempurna. sekadar membalut aurat. berpakaian tapi bertelanjang..dan rezeki saya dari saluran yang sama (orang laki yang amik gambar pengantin yang macam ni).

Ok. kalau saya selaku fotografer pulak? mungkin ini baik untuk pengantin itu (sebab saya pompuan, so aurat dia masih terjaga la..???). tapi adakah ia baik untuk saya? saya terpaksa ketepikan rasa malu saya, beraksi macam-macam untuk dapatkan angle terbaik. sedangakan Rasulullah s.a.w. suruh kita jaga malu. Baginda bersabda:

"Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."
(Hadis riwayat Bukhari)

hmmm...saya juga terpaksa berhimpit dan berasak-asakan dengan orang ramai (ada lelaki ramai) kat tengah kenduri. adakah ini betul? adakah ini baik untuk saya?

oh!!! saya sangat tertekan!!! saya sangat tersepit!!!!

ya.
memang saya dah buat keputusan.
saya harap kali ni saya betul. dulu, keputusan yang saya buat memang saya tak fikir Allah redha ke tak. sebab tu jadi macam ni.
Sekarang saya nak tinggalkan perkara ni untuk dapat redha Allah.
Mungkin orang nak kata saya bodoh. atau gila. sebab macam berfikiran sempit. tapi takpelah. saya rasa lebih baik saya tinggalkan benda yang saya rasa tak senang hati.

semua orang pon buat camtu, memang kita tak dapat elak. kalau kita elak, orang lain yang amik. kita yang tak dapat duit?
biarlah. soal rezeki, soal duit, Allah yang bagi. buat apa dapat duit, tapi hati tak senang? buat apa dapat duit kalau tak halal?
biarlah. saya percaya, sesuatu yang saya rasa kurang baik dan saya tinggalkan untuk dapat redha Allah, Allah akan balas lebih lagi. kalau bukan kat dunia, kat akhirat pon takpe. itu lebih baik. InsyaAllah.

Ya Allah Ya Tuhanku. Berilah hambaMu ini petunjuk dan hidayahMu ke jalan yang Engkau redhai sebagaimana yang pernah engkau beri kepada para Nabi dan RasulMu. Berilah aku kekuatan untuk menempuhi dugaanMu. Berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu di dunia ini, dan berilah aku kejayaan di akhirat kelak, Ya Allah. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa. Aku berlindung denganMu daripada segala keburukan dan kesesatan. aku merayu padaMu Ya Allah. bantulah hambaMu ini, Ya Allah.

Hidup yang lebih bersemangat! :D

Rabu, 27 April 2011.
11:34 a.m.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Syukur dengan segala nikmat dan pemberian Allah untuk saya dari dulu sehingga hari ini. Rasa nak menangis bila terfikir betapa banyak, betapa luasnya nikmat yang Allah berikan pada saya. Tapi selama ni saya kurang bersyukur. Kurang mengingati Allah. Seronok dan lalai dengan dunia yang fana.

Syukur yang tak terhingga juga sebab Allah bagi kesedaran dan keinsafan untuk saya. Kembali kepada jalan dan tuntutanNya. Dosa dan kesalahan saya yang telah saya buat dulu, tak dapatlah saya padam. Hanya Allah jua yang berkuasa melakukan itu. Saya hanya mampu berusaha memohon keampunan dariNya yang Maha Kuasa. Melaksanakan perintahNya dan berusaha meninggalkan serta menjauhi laranganNya. Menjadi hambaNya yang taat. Dan saya hanya mampu berserah kepada Allah sama ada amalan dan taubat saya diterima atau tidak.

Sekarang, setiap yang saya lakukan hanyalah untuk mendapatkan keredhaanNya semata-mata.
"Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah semata-mata keranaMu Ya Allah, Tuhan sekalian alam."

Setiap hari juga saya cuba mencari input-input baru, baik dari firman Allah melalui Al-Quran mahupun hadis-hadis dan sunnah Rasulullah s.a.w. tidak lain hanyalah untuk lebih mengingati dan mendekati Allah dan RasulNya. Kawan-kawan yang berkesempatan baca blog saya ni, cubalah amalkan juga. InsyaAllah, dapat merawat hati, meningkatkan rasa kehambaan dan ketaqwaan kepada Allah.

Saya menulis ini tidak langsung dengan niat untuk menunjuk-nunjuk sebab saya tak punya apa-apa untuk ditunjuk. Saya cuma nak berkongsi rasa sepertimana yang saya biasa lakukan sebelum ini dalam entri-entri saya yang kebanyakannya telah saya padam. Tapi penulisan-penulisan saya yang terdahulu itu lebih kepada perasaan untuk melepaskan kemarahan dan kekecewaan saya terhadap individu tertentu ataupun terhadap hidup saya yang tidak seperti yang saya inginkan. Astaghfirullah..

Tapi hari ini, saya menulis lebih kepada nak berkongsi rasa keseronokan saya menjalani hidup setelah saya serahkan segalanya atas urusan Allah. Tak rugi kita muhasabah diri. Tak rugi kita ingat Allah dalam setiap perbuatan kita. Kita akan lebih berhati-hati supaya tak tergelincir ke lembah kemaksiatan yang dapat menimbulkan murka Allah. Dan sebenarnya bila kita ikut apa yang Allah perintahkan, kita sendiri rasa tenang dengan hidup. Mungkin amalan saya tidak sempurna. Tapi saya akan berusaha untuk buat yang terbaik untuk dapat keredhaan Allah s.w.t.
Saya juga masih lagi dalam usaha untuk perbaiki diri saya untuk hormat orang lain, sentiasa bersangka baik terhadap orang lain dan mengawal tingkah laku dan perkataan saya supaya tidak menyakiti sesiapa. Cuma saya yang hanya manusia biasa memang tak dapat lari dari melakukan kesilapan, kadang-kadang terbabas juga. Jadi saya mohon maaf atas keterlanjuran sikap saya.

Hari-hari yang saya lalui sekarang juga lebih bersemangat dan seronok. Sebabnya? Sebab saya nak jadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur. Allah dah bagi saya semangat untuk terus hidup. Walaupun saya tak tahu bila Dia akan jemput saya kembali kepadaNya. Tapi masa dan kemampuan yang masih Dia beri kepada saya ini, akan saya berusaha untuk manfaatkan sehabis baik. InsyaAllah. Saya sentiasa ingatkan diri, "Cukup-cukuplah jadi orang yang rugi. Hampir 25 tahun hidup dengan sia-sia. Apa bekalan saya untuk bertemu Allah nanti? Cukup ke amalan-amalan saya? Yakin ke amalan-amalan dulu tu semua diterima Allah?"

Orang selalu kata "Live life to the fullest!"..."Live life to the max!"...insyaAllah. Saya akan ikut. Dengan melaksanakan hidup sebagai 1 ibadah. :)

Saya rasa setakat ini sahaja untuk kali ni. Maaf kalau ada yang rase bosan atau menyampah atau meluat nak baca. Saya menulis bukan untuk mengubah hidup sesiapa. Sekadar berkongsi rasa. Sekadar peringatan untuk diri sendiri. Dan sekadar memenuhi tuntutan Ilahi yang menyuruh supaya "..berpesan-pesan kepada kebaikan." (Surah Al-Asr: Ayat 3)

Sesungguhnya setiap yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu atas kelemahan saya sendiri.
Wallahualam.

Wassalam.

'Masa itu ibarat emas. Masa takkan tunggu kita. Berubahlah kepada kebaikan selagi masa masih ada.'

Islam itu indah

Rabu, 20 April 2011.
10:10 a.m.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

" Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. "
(Surah Al-Fatihah: Ayat 6-7)

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini kita dapat lihat pelbagai 'penyakit' dalam masyarakat kita. Jenayah rompak, samun, rogol, bunuh, pembuangan bayi dan macam-macam lagi kejelikan manusia dapat kita dengar saban hari. Pelakunya siapa? Kebanyakan yang kita baca di akhbar-akhbar, dan kita dengar di radio mahupun tv adalah orang Melayu yang beragama Islam. MasyaAllah.
Mereka ini telah membuatkan Islam itu seolah-olah sangat jelik untuk dijadikan pegangan. Walhal di mana silapnya? Jom kita semak satu per satu dari akar umbinya.

Pertama, kita selidik semula rukun Islam:

1. Syahadah - berikrar bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu Rasulullah.

2. Solat 5 waktu sehari semalam

3. Berpuasa di bulan Ramadhan

4. Mengeluarkan zakat

5. Mengerjakan haji di Baitullah (bagi yang berkemampuan)


Lima perkara di atas merupakan perkara yang wajib dilaksanakan bagi seorang yang beragama Islam. Namun, tunjangnya di mana? Sebelum bersyahadah, seseorang itu perlu beriman terlebih dahulu.

Ok, kita semak rukun iman pula:

1. Percaya kepada Allah.
Percaya bahawa Allah itu wujud, Dia lah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta seluruh isi alam. Dia lah juga yang mentadbir alam ini.

2. Percaya kepada malaikat.
Malaikat itu pesuruh Allah yang sentiasa taat pada perintah Allah, tidak pernah derhaka.

3. Percaya kepada Kitab-kitab.
Kitab-kitab diwahyukan kepada Rasul pilihan. mengandungi peringatan dan perintah Allah s.w.t terhadap sekalian makhluk cipataanNya.

4. Percaya kepada Rasul.
Rasul dilantik oleh Allah untuk memberi peringatan dan bimbingan kepada umatnya supaya melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

5. Percaya kepada hari akhirat.
Hari di mana seluruh makhluk dibangkitkan semula untuk dihitung amal perbuatanNya. diberi ganjaran kesenangan di syurga bagi orang yang beriman dan balasan neraka bagi yang kufur ingkar.

6. Percaya kepada Qada' dan Qadar.
Qada' - takdir yang memang telah ditetapkan oleh Allah di dalam Luh Mahfuz. tak akan berubah.
Qadar - takdir yang ditetapkan oleh Allah tetapi boleh berubah bergantung kepada usaha seseorang itu.

Disebalik semua rukun iman ni, kita semak pula erti sebenar iman. Apakah yang dikatakan iman itu?
Iman bermaksud percaya dan yakin dengan hati, mengaku/menuturkan/melisankan dengan lidah dan mengamalkan dengan perbuatan. Tindak-tanduk seorang yang benar-benar beriman perlu, WAJIB berlandaskan apa yang disyariatkan dalam Islam. Yang diperintahkan oleh Allah melalui ayat-ayatNya yang termaktub dalam kitab al-Quran. Sebab itulah kita kena kembali kepada al-Quran, baca, hayati, fahami dan laksanakan dalam kehidupan.

Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yg Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yg meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayat petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman.
(Surah Al-A'raf: Ayat 52)
Penyakit 1: Kejadian rompak & samun
kenapa ini berlaku? mungkin kita nak salahkan perompak tu. tapi cuba kita tengok, yang kena rompak tu orang yang kaya ke miskin? pernah dengar tak orang miskin, rumah dia kena rompak? takde kan? orang kaya-kaya, rumah besar, kereta banyak, perhiasan dalam rumah mahal-mahal yang kena rompak. betul tak?

Firman Allah:

Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
(Surah Al-Furqan: Ayat 67)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Surah Al-Baqarah: Ayat 277)

jika perintah Allah ini benar-benar diterapkan dalam kehidupan, insyaAllah kes-kes rompak ni dapat dibendung. Ya lah..kalau semua orang kaya pun berzakat, membelanjakan hartanya ke jalan Allah, takde lah orang yang hidup tersepit. maka tak berlakulah jenayah tu, kan?


Penyakit 2: Gejala sosial - penzinaan berleluasa, kes rogol & buang bayi.

Firman Allah:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
(Surah An-Nur: Ayat 30)

Ayat ni merupakan perintah Allah kepada orang-orang LELAKI yang beriman supaya menjaga pandangan mereka daripada memandang yang haram. apa yang haram tu? aurat wanita. tapi apa yang berlaku hari ni? ramai yang menghadap internet tengok video-video pornografi, gambar-gambar lucah yang membangkitkan syahwat.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah An-Nur: Ayat 31)

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Ahzab: Ayat 59)

dua ayat di atas ni pula perintah untuk PEREMPUAN yang beriman. Saidatina Aisyah r.a. berpesan, "Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki." kenapa begitu ya? kepada kaum Hawa, sedar tak sebenarnya setiap inci tubuh anda Allah ciptakan sangat indah? senyuman dan lirikan mata wanita mampu menggoyah iman lelaki. sebab tu Allah larang wanita mempamerkan kecantikan diri. Allah suruh labuhkan pakaian. pakai pakaian yang longgar, warnanya tak menarik perhatian. tapi yang berlaku hari ni, kecantikan wanita tu dieksploitasi sepenuhnya. iklan-iklan komersil kat tv dan akhbar semua pakai model wanita. sekarang pulak timbul macam-macam fesyen yang dikatakan "fesyen muslimah". Astaghfirullahalazim..
perintah menutup aurat yang Allah s.w.t buat adalah bertujuan untuk memelihara wanita daripada menjadi perhatian lelaki dan untuk melindungi wanita daripada perbuatan jahat lelaki tak bertanggungjawab. tapi nampaknya dah semakin sesat "muslimah" yang ada pada hari ini. bila berlaku kes-kes rogol, marah kat lelaki. sedangkan siapa yang mula cari nahas? tepuklah dada, tanya iman. kalau kita benar-benar beriman dengan ayat-ayat Allah, kita akan ikut anjuran yang telah ditetapkan dalam Al-Quran.

saya dah penat pulak nak mengarang. sekarang dah jam 3:44 p.m. dari awal saya mula menaip, baru setakat ni je yang dapat saya fikir (plus siapkan keje, pegi makan dan solat skali dah..hehe). saya ni manusia yang lemah. inilah masalahnya, tak hafal Quran. nak bagi nasihat, menggagau-gagau rujuk tafsir, cari ayat yang berkenaan. nanti saya sambung lagi pasal keindahan Islam. nak study dulu baru tak penat otak nak mengarang macam sekarang ni..hehe. :)
banyak lagi benda nak dikupas sebenarnya.

semoga Allah memberi kita hidayah dan nur untuk kembali ke jalan yang diredhaiNya.

Wallahualam.

Ayuh bangkitkan generasi Al-Quran...insyaAllah~ :)

Rabu, 13 April 2011.
11:11 a.m.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana DIA masih mengizinkan saya untuk bernafas, hidup dan berupaya untuk menggerakkan anggota-anggota badan saya pada hari ini. Semoga setiap yang saya lakukan hari ini menjadi amalan yang dimakbulNya.

Mungkin tak ramai yang mengikuti, melewati atau menyinggah di blog saya ini. Tapi saya berharap..andai ada yang sudi singgah, semoga persinggahan anda pada kali ini mendapat sesuatu yang bermanfaat. InsyaAllah. :)

Kali ini saya ingin mengajak rakan-rakan, sahabat-sahabat dan saudara saudari untuk mengenal, mendekati, memahami dan menghayati ayat-ayat Allah. Beberapa hari kebelakangan ini, saya punya waktu yang terluang. Sempatlah kiranya saya membuat sedikit pembacaan terjemahan/tafsir beberapa surah dalam Al-Quran kitabullah. hurmm..mungkin saya tak mengaji dalam bahasa Arab..bukan sebab saya tak pandai baca or tak pandai ngaji..tapi saya cuba untuk faham ayat-ayat Allah. Peringatan-peringatan yang telah DIA berikan.

Subhanallah. Maha Suci Allah.

DIA telah menciptakan sekalian makhluk untuk mengabdikan diri kepadaNya. DIA mengangkat manusia sebagai makhluk terbaik ciptaanNya dan umat Islam sebagai umat terbaik di sisiNya. Allah kurniakan akal kepada manusia untuk kita berfikir tentangNya, tentang bukti kekuasaanNya, tentang bukti kewujudanNya. Allah itu Maha Penyayang. Nikmat yang diberi pada kita tak pernah putus. DIA juga utuskan kita nabi-nabi dan rasul-rasul untuk beri peringatan tentang amal kebaikan yang perlu kita lakukan untuk mendapat redhaNya.

Merenung semula keadaan dunia pada hari ini, saya tersedar. Betapa selama ini saya banyak berdosa. Saya mengaku beragama Islam. Tapi adakah saya beriman dengan sebenar-benar iman? saya mengaku beriman kepada Allah, Rasul, Malaikat, Kitabullah, Hari Akhirat, Qada dan Qadar tapi adakah selama ini saya benar-benar bertindak sebagai orang yang beriman?
Selama ini iman saya tu nipis sangat rasanya. Saya mengaku Allah tu Tuhan tapi saya tak ikut sangat apa yang DIA suruh. Saya mengaji, baca ayat-ayat peringatan tapi sekadar baca dan tak cuba fahami.
Astaghfirullahalazim..

Bila saya mendekati Al-Quran..cuba fahaminya..saya jadi sedih..selama ni saya lalai dan termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi. Ya Allah, ruginya saya..tak tau macam mana sedih sangat rasa. Tak tau macam mana nak tebus semula masa-masa dulu yang saya dah sia-siakan. Kalau nak disenaraikan, memang tak terhitung rasanya perbuatan sia-sia saya. Paling banyak sekali, tido lah..kate sorang teman, "tua dengan tido."
Astaghfirullahalazim..

menyesal sangat. tapi sesal dulu pendapatan, sesal kemudian takde gunanya. hurmm...apa yang sudah berlaku tu, kita tak dapatlah nak balik semula ke masa dulu untuk ubah balik. perkara yang sudah tu, sudah lah..yang penting sekarang kita baiki kesilapan-kesilapan dulu tu. berusaha, cuba untuk perbaiki diri, tambahkan amalan dan buat persediaan untuk hari akhirat kelak. masa kita dah tak panjang. kiamat makin dekat. kalaupun bukan masa kiamat, ajal Allah tu pon hampir jugak dengan kita. sampai masa ajal menjemput, kita dah tak boleh nak buat apa dah. dah tak boleh nak beramal dah. sebab jasad kita dah mati. saat tu, apa lah bekalan kita untuk dihisab waktu menghadap Allah nanti?

oh ya...macam lari dari tajuk pulak yek? mengenai Al-Quran..ada macam-macam panduan hidup dalam Al-Quran ni. Kalau kita baca tafsir tu, fahami dan ikut, insyaAllah hidup kita berada dalam landasan yang betul. seronok tau baca Al-Quran..baca dengan sebenar-benar baca laa..maksud saya, faham maksud dia sekali.

Al-Quran tu memang mukjizat yang agung, yang indah. Allah ceritakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. kisah-kisah nabi dan umat terdahulu. Allah ceritakan kejadian kita (manusia). Allah beri peringatan tentang kekuasaanNya, syurga dan nerakaNya, ganjaran-ganjaran untuk mukmin yang beramal soleh dan balasan-balasan azab untuk orang yang menyekutukanNya, tak beriman padaNya dan tak taat perintahNya. Dalam Al-Quran juga Allah beri panduan cara-cara beribadah. Macam-macam ada lah..

hurmm...mungkin alasan orang hari ini, takde masa. banyak kerja. sibuk. tapi saya minta, kalau boleh, luangkan sikit je...sikit je masa untuk selami Al-Quran. tengok balik terjemahan kalau kita tak faham bahasa arab. muhasabah dan bandingkan dengan cara hidup kita sekarang, adakah kita berada dalam landasan yang diredhai Allah. cuba perbaiki dan tanamkan dalam hati kita ni yang kita ni hamba Allah yang dhaif. semua yang kita peroleh kat dunia ni semuanya atas nikmat yang Allah beri pada kita. semua yang kita ada ni semua atas sifat kasih Allah pada hamba-hambaNya. maka kita kena lah taat pada perintahNya dan cintakan DIA lebih daripada apa pun kat dunia ni sebab dunia ni pun sementara jek..kat padang mahsyar nanti satu ape pon kat dunia ni kita tak kenal dah...

ok lah. sampai sini sahaja untuk kali ni. apa yang baik itu segalanya dari Allah s.w.t. dan ape yang tak baik itu atas kelemahan saya sendiri.

Wallahualam.

Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhankamu, dan penawar bagi penyakit dalam dada kamu, dan hidayah petunjuk (untuk keselamatan), serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

( Surah Yunus: Ayat 57)

Rayuan hamba yang hina..

Khamis, 17 Mac 2011.
4:37 p.m.
Swiss Inn, Kuala Lumpur.

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah.
Tatkala ini aku terkenang akan segala kesalahanku..
Tatkala ini aku terbayang akan segala dosaku padaMu..

MelupaiMu..
Mengabaikan perintahMu..
Meninggalkan suruhanMu..
Melakukan laranganMu..
Menurut desakan hawa nafsu..
Mengikut godaan dan bisikan syaitan..

Mencintai dunia ciptaanMu..
Mencintai keindahan dunia ciptaanMu..
Mencintai keseronokan dunia ciptaanMu..
Mencintai kesenangan dunia ciptaanMu..
Lebih dari cinta terhadapMu, wahai Maha Pencipta.

Aku hambaMu yang hina..
Aku hambaMu yang leka..
Aku hambaMu yang lalai..
Aku hambaMu yang berdosa..

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengampun.

Ampunkan aku atas segala dosa yang telah aku lakukan.
Aku bertaubat kepadaMu, Ya Allah.
Aku berazam dan berjanji untuk tidak mengulangi dosa-dosa lalu kembali, Ya Allah.

Ya Allah.
Berilah aku kesempatan untuk terus bersujud kepadaMu.
Berilah aku peluang untuk terus beribadah kepadaMu.
Berilah aku waktu untuk menebus hutang-hutangku kepadaMu.

Aku berjanji untuk tidak melupaiMu dalam setiap hembusan nafasku..
Aku berjanji tidak akan melupakanMu dalam setiap detak jantungku..
Aku akan berusaha mendapatkan keredhaanMu dalam setiap perbuatanku, Ya Allah Ya Tuhanku.

Bantulah hambaMu ini, Ya Allah.
Aku mohon bimbingan dariMu.
Aku mohon petunjuk dariMu.
Aku mohon keampunan dan rahmat dariMu, Ya Allah.

Ya Allah.
Peliharalah iman di hati ini.
Lindungi hati ini dari sifat tamak.
Lindungi hati ini dari sifat sombong dan bongkak.
Lindungi hati ini dari perasaan takbur dan riak.
Lindungi hati ini dari sifat-sifat munafik.
Lindungi diri ini dari gangguan, godaan dan bisikan syaitan.

Ya Allah.
Salutilah hati ini dengan sifat-sifat mahmudah.
Hiasilah diri ini dengan sifat-sifat terpuji bak serikandi di zaman Rasulullah.

Aku merayu padaMu, Ya Allah.
Sesungguhnya Engkau lah sebaik-baik Pengampun.
Sesungguhnya Engkau lah Sebaik-baik Penerima Taubat.
Sesungguhnya Engkau lah Sebaik-baik Pendengar.
Sesungguhnya Engkau lah Sebaik-baik Pelindung.
Sesungguhnya Engkaulah Sebaik-baik Pengurnia Hajat.
Sesungguhnya Engkau juga Kekasih Terbaik.
Hanya Engkau Tuhan Yang Satu.
Tiada yang lain melainkan Engkau, Wahai Allah, Tuhan Pencipta ku.

Amin.
Amin.
Ya Rabbal 'Alamin.

Saya bukan penulis terbaik...

Khamis, 10 Mac 2011.
4:18 p.m.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

"Apabila berlaku hari kiamat itu, Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat). (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan. Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran, Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
"

{Surah Al-Waaqiah: Ayat 1-14}

Lewat ini, rasanya semakin kurang umat manusia yang baca Al-Quran...kalau ada pun yang baca, hanyalah sekadar membaca tanpa memahami isi kandungan ayat-ayat yang disampaikan. Tujuan saya menulis pada petang yang indah ni bukanlah untuk mengutuk sesiapa...sebaliknya nak berkongsi dan menyampaikan sedikit ilmu je..ya lah..saya faham juga, hari ni ramai yang sibuk...macam-macam perkara perlu diuruskan...tak sempat nak baca Quran...apatah lagi nak tengok terjemahannya...hmmm...tapi sesibuk mana pon kita, harapnya jangan lah lupa pada Al-Khaliq...Tuhan Pencipta kita..

mungkin ada yang tak sempat nak belek tafsir Al-Quran...tapi sempat menyinggah kat blog saya..jadi, boleh laa baca sikit, kan? ;)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat.."

ok..rasenye ayat kat atas tu macam banyak potong juga...saya risau nak potong2 ayat Quran ni..takot tak sampai maksud...takut orang tak faham maksud pulak...
saya pun bukanlah arif dalam bab2 agama ni...tapi mengikut pemahaman saya, dan yang saya nak tekankan untuk penulisan saya kali ni adalah untuk 3 ayat terakhir yang saya sertakan tadi..

"..(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.."


tengok...yang menetap di syurga yang penuh nikmat tu sekumpulan besar umat terdahulu...dan sebilangan kecil je umat yang kemudian...kita lah tu umat yang kemudian tu...tapi, adakah kita termasuk dalam golongan sebilangan kecil yang Allah katakan ni? Wallahualam...tepuk dada, tanya iman, tanya amal...

Ayuh, rakan2! pohonlah keampunan dan bertaubatlah kepada Allah selagi ada waktu...sesungguhnya hidup di dunia ini terlalu singkat untuk disia-siakan dengan berfoya-foya dan perbuatan lagha..jom kita berusaha mendapatkan redha Ilahi...itu matlamat utama kita hidup kat bumi ni...patuhi perintah Allah, tinggalkan laranganNya...dekatkan diri dengan Al-Quran...hayati maksud ayat-ayat Allah...

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

{Surah Al-'Asr: Ayat 1-3}

Jom kita sama-sama perbaiki diri...andai saya ada buat silap, perbetulkan sebab manusia tu mudah lalai..mudah leka...orang lain yang nampak kesalahan diri kita, boleh lah tegur dengan berhikmah...sama-sama kita realisasikan "Islam is the way of life." InsyaAllah.

Wallahualam.