Kepada Jodoh Saya V
2:31 a.m.
KM 11, Chendering, Marang, Terengganu.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum awak,....Jodoh saya.
Apa khabar? Moga sentiasa sihat dan tenang. Lama rasanya tak mengarang surat untuk awak. 2 tahun dah berlalu selepas surat terakhir sebelum ini. Maafkan saya andai awak ternanti-nanti...
Saat ini, saya buntu. Tak tahu di mana harus saya cari awak. Tak pandai macam mana nak dekati awak. Tak yakin dapat dampingi awak.
Mungkin waktu ini awak masih dalam mood menikmati zaman bujang.
Atau mungkin waktu ini awak tengah berkawan, berkasih dengan perempuan lain.
Atau mungkin juga waktu ini awak masih cuba ubati hati yang lara dek kerana kecewa ditinggalkan.
Tak apalah awak. Saya bagi peluang untuk semua tu. Tapi tolong jangan lama sangat, ya?
Sebab kita sama-sama derita...tak dapat jumpa antara satu sama lain.
" Ya Allah. Aku mohon Engkau redhakan lah hati ini untuk menerima segala yang telah Engkau takdirkan buatku. Dan aku mohon, takdirkanlah yang baik-baik untukku. Ameen. "
Yang setia menanti,
- Jodohmu -
{sakinah hawa izram}
' Tuhan tolong lembutkan hati dia....untuk terimaku seadanya...'
Kepada Jodoh saya IV: Diakah awak?
1:23 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum, awak..jodoh saya. :)
Selamat Hari Raya, mohon maaf zahir batin. Kenapa nak minta maaf sedang kita tak jumpa lagi? Saya rasa saya kena minta maaf sebab tak dapat jumpa lagi dengan awak la. Tak dapat raya sama dengan awak lagi tahun ni.
Awak, jodoh saya...
Saya juga nak minta maaf sebab buat masa terdekat ni saya berhenti cari awak. Ada orang 'bertanyakan' saya. Dia baik..inshaAllah. Awalnya, saya rasa tak ada sebab untuk tolak dia.
Walaupun dia belum secara rasmi meminang saya, saya fikir awak makin dekat dengan saya. Tapi semuanya tetap masih samar. Saya tertanya-tanya, diakah awak yang saya cari selama ni? Diakah awak yang saya tunggu selama ini? Bukan saya tak yakin pada dia. Tapi saya tak yakin dengan diri sendiri. Bukan saya tak berharap. Cuma saya tak nak terlalu mengharap. Meletakkan harapan pada manusia, manusia sering buat saya kecewa. Biarlah saya berharap pada rahmat Allah semata. DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Dan selagi belum tiba saat lafaz "Aku terima nikahnya," saya memang tetap tak pasti dia itu awak, jodoh saya. Dan untuk sebab itu, buat sementara waktu ni saya berhenti dulu untuk minta siapa-siapa cari awak. Bukan usaha saya berhenti terus. InshaAllah, saya sentiasa doa supaya dapat jumpa awak (sebagai salah satu usaha). Saya cuma nak selesaikan urusan satu per satu. Dan kalau dia adalah awak, Alhamdulillah saya tak perlu nak cari-cari lagi.
Awak, jodoh saya...
Sungguh, saya tak tahu bila kita dapat jumpa, bila kita dapat bersama. Andai kita tak berpeluang bertemu di dunia, saya doa Allah temukan dan satukan kita di syurgaNya. Kita sama-sama usaha, ya? Sama-sama usaha untuk dapatkan jannahNya. :)
Sampai sini sahaja warkah saya buat awak untuk kali ini. Jangan berhenti berdoa. Jangan berhenti berharap. Moga Allah izinkan kita untuk sampai ke saat lafaz "Aku terima nikahnya." InshaAllah. :)
Yang setia menanti,
- Jodohmu -
{sakinah hawa izram}
'To whom it may concern..kalau awak singgah sini dan baca post ni..saya nak awak tahu, saya bukan mengalah tapi tak juga terlalu berharap. Neutral. Mohon sama-sama doakan yang terbaik. Kalaupun ditakdirkan jodoh itu bukan milik kita, saya doakan awak dapat yang terbaik yang sesuai dengan awak, yang dapat bahagiakan awak. Dan kalau memang jodoh kita ditakdirkan bersama, sila cepat jangan bagi saya tunggu lama-lama. hehe..'
Kepada Jodoh saya III
20:33 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum, awak.
Ye..awak laa..jodoh saye..tak payah laa toleh-toleh sana-sini nye..
elelelleee...malu-malu pulak dia..huhu!
Emm..awak apa khabar? Saya doakan awak sentiasa sihat, dan terus berada dalam lindungan rahmat Allah s.w.t.
Awak..
Hari ni tetibe saya teringat kat awak. Rindu. Hahaha.
Kesian saya. Awak tak kesian eh kat saya?
Lama dah saya tunggu awak. Awak tau tak...orang kate penantian itu satu penyeksaan? memang pun..huhu~
Berapa lama lagi awak nak menyorok eh?
Jenuh jugak saya cari awak ni. Hampir seluruh Malaysia dah saya pusing.
Awak sebut je..negeri mana? Pahang? Perak? Selangor? Johor? Melaka? Kedah? Kelantan? Terengganu? haa..banyak dah tu awak. Tapi tak jumpa-jumpa jugak ni..ceruk mana awak menyorok ni? (awak jangan salah paham pulak..saya bukan kaki flirt..saya berkawan-kawan je ngan semua orang sambil berusaha cari awak..tapi tak jumpa-jumpa...sobs~)
Sabah, Sarawak, Perlis..mane je saya tak cari lagi ni? Siap abah saya pun dah tolong cari jugak..tapi tak jumpa-jumpa..adesss..malu saya..
Errrr...ke awak bukan orang Malaysia? abes laa saya...saya tulis panjang-panjang camni, mesti awak tak faham surat saya (kalau awak bukan orang Malaysia)..
Hah sudahhh..saya nak kena tulis surat bahasa apa ni? Kalau bahasa omputeh tu, saya pandai la sikit-sikit..tapi kalau bahasa arab ke..bahasa hindi ke..bahasa korea ke..jepun ke..saya memang tak reti ni awak.. awak try google translate je la kalau camtu..
Awak..
emm..awak perasan tak tarikh-tarikh kat surat saya? Tahun dah bertambah. Sama lah dengan umur saya. Makin tua dah saya ni awak. Tahun ni umur saya masuk 27 tahun..sobs~
emm...ke awak memang suka nak kawen dengan orang tua? awak nak tunggu muka saya dah kedut-kedut, baru awak nak jumpa saya ke?? hahaha..adeiiii...jangan la camtuuuu...orang perempuan ni kan ade expired date..uhuhuhu~
Saya bukan apa awak..saya nak ajak awak kutip pahala sama-sama ngan saya je..sempurnakan separuh lagi agama kita...tawaran hebat ni..lagi hebat dari Year End Sale..awak tak nak ke? emm..awak tak suke shopping eh? sama laa..saya pun tak suke jugak..haha~
Awak..
Baru-baru ni kan...ada orang kacau saya. Siap ajak-ajak saya kawen. Tapi saya tak nak lah kat dia. Sebab saya setia tunggu awak je. Saya tau...jodoh saya orang baik-baik. Lagipun, saya tau dia tu memang saje nak main-mainkan perempuan..
Dia tuuuu...emm...tak hormat saya pun awak..
Kacau-kacau saya...macam-macam dia kacau..tapi takpe. Awak jangan risau. Sebab saya sorang yang tough! Saya akan terus setia dan sabar tunggu awak. sobs~
Awak..
Sampai sini aje surat saya untuk kali ni. Adik saya nak guna notebook ni pulak. Dia ni tak kasi chance langsung laa saya nak tulis surat kat abang ipar dia...
emm...
Saya harap, tahun ni kita boleh berjumpa dan disatukan. Awak doa sama-sama ye?
Terima kasih, awak. sebab sudi baca surat saya.
Yang setia menanti,
- Jodohmu -
kepada jodoh saya II...
9:56 p.m.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Untuk kamu yang ditakdirkan buatku..
Ketahuilah bahawa diri ini tidak sempurna..
Diri ini bukanlah semulia Maryam..
Tidak sekuat Hajar..
Tidak pula seteguh Khadijah..
Tidak juga sebijak Balqis..
Apatah lagi secantik Zulaikha..jauh sekali...
Diri ini hanya seorang Sakinah, wanita akhir zaman..
Yang setia menanti kehadiranmu..
Mengharapkan bimbingan dan pimpinanmu..
Agar tidak tersesat dalam kejahilan..
Tidak tergelincir dari landasanNya..
Tidak ku harapkan kehadiranmu setabah Ibrahim..
Tidak ku damba kamu sehebat Muhammad..
Tidak juga ku nantikan kamu sekaya Sulaiman..
Jauh sekali memimpikan kamu setampan Yusuf..
Hanya kamu yang daku nantikan..
Ya..
kamu..
kamu yang bisa memimpin tangan..
Menuju redha & syurga Ilahi.
'sorry lah..mode jiwa-jiwa la pulak akhir-akhir ni..huhu!'
kepada jodoh saya...
12:45 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.
Bismillahirrahmanirrahim.
رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari pasangan dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Biasa dengar kan doa itu senjata mukmin? Doa itu kekuatan mukmin?
Berdoalah kepada Allah yang Maha Agung. InsyaAllah Dia akan perkenankan permohonan hambaNya yang memohon kepadaNya asalkan kita juga melaksanakan perintahNya.
Kenapa saya bagi doa kat atas tu? Hurmm..tu doa untuk dapatkan jodoh baik-baik. :)
Jom kita sama-sama doa supaya Allah kurniakan jodoh dan zuriat yang baik untuk kita, yang dapat jadi pelaburan untuk akhirat kita. Yang dapat bantu kita mendapatkan redha Ilahi.
Hurmm..saya ni pon bukanlah baik mana pon. Masih berusaha perbaiki diri. Nak dapatkan yang baik, kita kena jadi baik dulu, kan?
Mungkin juga Allah buka hati saya untuk berubah dan lebih mendekatiNya sebab doa daripada "jodoh" saya yang saya pon masih tak tau siapa...kan?
Subhanallah! T-T
Artikel iLuvIslam: wanita bersediakah anda menjadi penyejuk mata
notadisiku :barcakap soal jodoh
Untuk jodoh saya...walaupun awak tak tau siapa saya. saya pun tak kenal awak, tapi awak ada doa cam kat atas tu untuk saya? Terima kasih!!!~ :D
I know I love you before I met you..
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah atas segala nikmat dan rahmat yang dilimpahkan ke atas diri ini. :)
' jodoh saye ade doa supaya dapat jodoh suke makan tempoyak ke? dulu saye tak makan tempoyak..skarang suke pulak sambal tempoyak..haha~ *kidding!* ;p '
Apa Khabar Jodohku?
6:35 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.
I dedicate this article for him. The one whose name must not be spoken because I never meet him yet and of course I don't know who he is..huhu~
Apa khabar jodohku?
Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.
Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.
Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku, sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.
Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.
Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku..
Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.
.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.
Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.
Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.
Jodohku..
Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.
Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.
Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.
Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.
Jodohku..
Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.
Jodohku..
Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.
Sumber: Artikel iLuvIslam.com'ada orang dedicate untuk saya tak?'
Doa Cinta Sejati
4:28 p.m.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.
اَللَّهُمَّ اِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، وَحُبَّ كُلِّ عَمَلٍ يُوْصِلُنِي اِلَى قُرْبِكَ، وَاَنْ تَجْعَلَكَ أَحَبَّ اِلَيَّ مِمَّاسِوَاكَ، وَاَنْ تَجْعَلَ حُبِّي إِيَّاكَ قَائِدًا اِلَى رِضْوَانِكَ، وَشَوْقِي اِلَيْكَ ذَآئِدًا عَنْ عِصْيَانِكَ، وَامْنُنْ بِالنَّظَرِ اِلَيْكَ عَلَيَّ، وَانْظُرْ بِعَيْنِ الْوُدِّ وَالْعَطْفِ إِلَيَّ، وَلاَتَصْرِفْ عَنِّي وَجْهَكَ، وَاجْعَلْنِي مِنْ اَهْلِ اْلإِسْعَادِ وَالْخُظْوَةِ عِنْدَكَ يَامُجِيْبُ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
mengapa kita lambat bertemu jodoh?
Kongsikan sikit benda ni..pada siapa2 yg terasa macam nak kawen tp x jumpe2 lagi pasangan..dapat dari blog pakar how to...(untuk diri sendiri jugak barangkali?? chehhh~)
1. Usaha Belum Sempurna
“Usaha sudah dibuat tapi usaha yang sesuai dengan matlamat yang hendak dicapai itu tidak dilakukan. Usahanya masih belum betul, masih belum sempurna. Kurang ‘munasib’."Saya bertanya kepada seorang ulama, "Kenapa ustaz, orang ini sudah mandi bunga sampai 99 kali tapi masih tidak bertemu jodoh? Di mana silapnya?" Dia jawab begini, "Mungkin dalam perancangan Allah, usahanya ialah mandi air bunga 101 kali, tapi dia berhenti pada tahap 99 kali." Mesejnya ialah, mungkin kita patah semangat di tengah jalan. Jawapannya ialah, cuba dan cuba lagi.
2. Belum Benar-benar Bersedia
“Pasangan sudah ada tetapi orang yang hendak mencari jodoh itu belum benar-benar bersedia. Orang yang bersedia adalah orang yang benar-benar merasakan dirinya macam nak jadi suami, macam nak jadi isteri."Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu. Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.
Begitu juga orang yang hendak berkahwin. Adakah telah benar-benar bersedia untuk menjadi suami atau isteri? Adakah telah bersedia di segi hati, jiwa, fizikal, mental, intelek. Contohnya di segi fizikal, sentiasa menjaga ketrampilan tak kira bila dan di mana. (kat umah pon takkan nk pkai mekap kottt?? - sy x mekap...i'm a natural beauty..muahahahhaa!!~)
3. Tiada Daya Penarik
“Diri kita macam magnet yang boleh menarik bakal pasangan kita atau sesiapa pun untuk sayang pada kita. Daya tarikan ini berpusat di hati."Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang sempurna dan positif. Kalau kita benci pada orang, takut-takut orang yang patut sayang pada kita masih tertahan untuk meminang. Jadi cuba maafkan semua orang. Mudah-mudahan dengan sebab memaafkan semua orang, orang yang bakal jadi tunang akan datang meminang. (ade ke sy benci kt org??) :-/
Kita perlu perbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, witir dan sebagainya untuk cuci hati kita. Maka hati kita akan jadi magnet untuk menarik orang yang sesuai dengan kita untuk mudah datang, sama ada bakal pasangan atau sesiapa saja.
4. Doa Tidak Makbul
“Kita berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah telah berfirman: “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…” Persoalannya, kenapa masih tidak bertemu jodoh? Salah satu punca doa tidak makbul ialah hati masih kotor, rezeki masih belum berkat, zakat masih belum sempurna dan sebagainya. Hati yang masih kotor bermakna masih benci atau sakit hati pada orang."5. Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar. (OMG!!! siyes??? kena p tanya ummi nih..dia x mo sy kawen ke?? haha~)Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha, terus dapat jodoh yang baik.
6. Faktor Metafizikal
“Kadang-kadang tak bertemu jodoh juga disebabkan ada faktor-faktor metafizikal yang susah hendak dijelaskan.Contohnya terkena sihir atau gangguan ilmu hitam yang kadang-kadang susah hendak dijelaskan secara saintifik. Tapi ini wujud dan berlaku. Sebab sihir sudah ada sejak zaman jahiliah dulu sampai sekarang.
Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah belum bertemu jodoh.”
Jangan mencari terlalu sempurna . . . . .
Jika kamu memancing ikan sekiranya ikan terlekat di mata kail..hendaklah kamu mengambilnya. Janganlah kamu melepaskannya ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit kerana bisanya ketajaman kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mulai menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya. sesekali kamu Janganlahmeninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak akan melupakannya selagi dia mengingatimu.
hurm..kadang2 sy duk pikir...perlu ke perempuan yg org kate "make the first move"?? tanak lah..wat mende laen lagi bagos...biarla sy kat sini terus tunggu dan lihat apa akan berlaku seterusnya...kalau takde pape berlaku pun..biarlah...malas sy nk cara..
