Kepada Jodoh saya III

Rabu, 26 Rabiul Awwal 1434H | 6 Februari 2013.
20:33 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum, awak.
Ye..awak laa..jodoh saye..tak payah laa toleh-toleh sana-sini nye..
elelelleee...malu-malu pulak dia..huhu!
Emm..awak apa khabar? Saya doakan awak sentiasa sihat, dan terus berada dalam lindungan rahmat Allah s.w.t.

Awak..
Hari ni tetibe saya teringat kat awak. Rindu. Hahaha.
Kesian saya. Awak tak kesian eh kat saya?
Lama dah saya tunggu awak. Awak tau tak...orang kate penantian itu satu penyeksaan? memang pun..huhu~
Berapa lama lagi awak nak menyorok eh?
Jenuh jugak saya cari awak ni. Hampir seluruh Malaysia dah saya pusing.
Awak sebut je..negeri mana? Pahang? Perak? Selangor? Johor? Melaka? Kedah? Kelantan? Terengganu? haa..banyak dah tu awak. Tapi tak jumpa-jumpa jugak ni..ceruk mana awak menyorok ni? (awak jangan salah paham pulak..saya bukan kaki flirt..saya berkawan-kawan je ngan semua orang sambil berusaha cari awak..tapi tak jumpa-jumpa...sobs~)
Sabah, Sarawak, Perlis..mane je saya tak cari lagi ni? Siap abah saya pun dah tolong cari jugak..tapi tak jumpa-jumpa..adesss..malu saya..
Errrr...ke awak bukan orang Malaysia? abes laa saya...saya tulis panjang-panjang camni, mesti awak tak faham surat saya (kalau awak bukan orang Malaysia)..
Hah sudahhh..saya nak kena tulis surat bahasa apa ni? Kalau bahasa omputeh tu, saya pandai la sikit-sikit..tapi kalau bahasa arab ke..bahasa hindi ke..bahasa korea ke..jepun ke..saya memang tak reti ni awak.. awak try google translate je la kalau camtu..

Awak..
emm..awak perasan tak tarikh-tarikh kat surat saya? Tahun dah bertambah. Sama lah dengan umur saya. Makin tua dah saya ni awak. Tahun ni umur saya masuk 27 tahun..sobs~
emm...ke awak memang suka nak kawen dengan orang tua? awak nak tunggu muka saya dah kedut-kedut, baru awak nak jumpa saya ke?? hahaha..adeiiii...jangan la camtuuuu...orang perempuan ni kan ade expired date..uhuhuhu~
Saya bukan apa awak..saya nak ajak awak kutip pahala sama-sama ngan saya je..sempurnakan separuh lagi agama kita...tawaran hebat ni..lagi hebat dari Year End Sale..awak tak nak ke? emm..awak tak suke shopping eh? sama laa..saya pun tak suke jugak..haha~

Awak..
Baru-baru ni kan...ada orang kacau saya. Siap ajak-ajak saya kawen. Tapi saya tak nak lah kat dia. Sebab saya setia tunggu awak je. Saya tau...jodoh saya orang baik-baik. Lagipun, saya tau dia tu memang saje nak main-mainkan perempuan..
Dia tuuuu...emm...tak hormat saya pun awak..
Kacau-kacau saya...macam-macam dia kacau..tapi takpe. Awak jangan risau. Sebab saya sorang yang tough! Saya akan terus setia dan sabar tunggu awak. sobs~

Awak..
Sampai sini aje surat saya untuk kali ni. Adik saya nak guna notebook ni pulak. Dia ni tak kasi chance langsung laa saya nak tulis surat kat abang ipar dia...
emm...
Saya harap, tahun ni kita boleh berjumpa dan disatukan. Awak doa sama-sama ye?

Terima kasih, awak. sebab sudi baca surat saya.

Yang setia menanti,
- Jodohmu -
{sakinah hawa izram}

TRAVIAN: same second attack

Jumaat, 21 Rabiul Awwal 1434H | 1 Februari 2013
21:09 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Hehehe..
Takde keje buat entri pasal travian, kan? Biarlah. Sekurang-kurangnya sebelum saya "cuci tangan", ada sikit peninggalan untuk yang mencari-cari tips...

Ok.
Kali ni saya nak share teknik "same second attack". Wah! apakah yang best ngan teknik ni? Haaa..dengan menggunakan teknik ni, kita boleh bedil kampung orang 4 waves serentak masa dia..adeh..boleh paham tak? dalam minit dan saat yang sama, bom tu sekaligus 8 bijik membedil/menarbil kampung sasaran (kalau dual target la).

Ok..perhatikan laporan yang saya share ni betul-betul..perhatikan masa dia, tau?
http://travian-reports.net/my/report/167541fb236,16754221101,167543642e4,16754556e93,167547aebe8

Haa..dah paham? Best tak? Best tak? ;p

Camana nak buat tu eh? ok..pertama-tamanya, korang kena ada web browser Mozilla Firefox version 10 atau 10.0.2....yang ada sekarang dah latest version. Version 18 berapa tah..kalau nak version 10.0.2, boleh download kat link bawah ni:

Mozilla Firefox V10.0.2

Lepas dah download, uninstall dulu mozilla yg ada sekarang. Pastu install mozilla yang baru download tadi. Bila dia launch je, terus pegi dekat Tools > options > General > update. Pilih dekat "never check for updates". Klik ok.
Sekarang browser anda dah ready untuk menyerang!!! hehehe

Silalah buka travian, kampung yang ada askar penyerang + tarbil (aktifkan kampung yang nak hantar askar).
cari sasaran. Contoh:
Right click pada "hantarkan askar-askar" tu dan pilih Open in New Tab..bukak la berapa banyak tab korang nak (berapa waves nak hantar-contoh: 8 waves, bukak 8 tab). ok. lepas tu..set semua tab tu..isi berapa banyak askar nak hantar tiap-tiap wave. pastikan tab pertama atau kedua tu adalah hammer. Jangan lupa! Pastikan mode serangan adalah normal. Tekan hantar.
 * jangan tekan hantar lagi masa ni *

Tab kedua hingga kelima, letak la askar pengiring dan cata sikit..tab keenam, letak la anti-selit (1000 kuda dan 100 cata) supaya sasaran tak boleh nak cut cata kita..kalau dia cut pun, emm..harap2 dia merana la jugak..tab ke-7 dan 8, buh smula cam biasa, askar pengiring n cata sikit.

ok..dah siap setting semua tab, cari kat menu Work offline. klik situ. pastu baru lah tekan hantar kat semua tab tadi. Dia akan keluar cam kat bawah ni untuk semua tab..
Bila dah keluar macam ni, pegi kat tab yang pertama. Pastu kat menu, klik smula Work Offline tu (kasi dia online balik)..dah tu, minimize kan window..drag window tu kasi dia nampak 1st tab n sikit je 2nd tab..Pastu right click pada 1st tab tu..tekan reload ALL tabs..

Pastu dia akan keluar dialog box camni..


haa..kalau dah keluar camni, klik je laju-laju resend tu..sampai habis..
pastu..cube lah check semula waves serangan tu..jadi ke tak jadi..
ehehehe...
rasenye..setakat tu je kot tips kali ni..

Selamat mencuba! ^^,