Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Macam ni pun nak try..?

Isnin, 19 Syawal 1434H | 26 Ogos 2013
4:05 p.m.
Perkampungan Cenderawasih, Kuantan, Pahang.

Bismilllahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Ngantuk giler kena jaga budak-budak Tahun 6 prep petang. Tapi budak ni semua tak buat kerja pun. Bersembang je lebih. Yang lelaki, main banyak. Haihh..setiap Isnin kena burn pegi KAFA. Tak syok langsung.

By the way, untuk yang sudi amik tahu pasal saya, bermula daripada pertengahan Ramadhan lepas, saya bertugas sebagai guru ganti kat salah sebuah sekolah kat Kuantan ni. Gantikan cikgu yang cuti bersalin. Sebenarnya mengajar pendidikan khas. Tapi dapat tugasan extra pulak. Jaga budak Tahun 6 (arus perdana prep petang) Terpaksa la buat juga.

Oh! Sebenarnya mukaddimah kat atas tu langsung tak ada kaitan dengan tajuk entri. Hoho.
Okeh. Pergi kepada tajuk asal. "Macam ni pun nak try..?"
Try apa sebenarnya?

Hurmmmmmmmm...
Panjang pulak saya berdehem. Sebenarnya saya tak faham. Saya rasa, saya tak cantik pun. Tak comey. Tak anggun. Tak seksi. Sekarang kalau pergi keluar dari rumah, memang pakai baju besar-besar, longgar-longgar, tudung labuh-labuh. Tapi kenapakaaaaaaaaaaahhhhh????? Kenapa bila saya keluar, masih ada yang kacau? Macam saya ni pon ada yang nak try ke?
Beberapa malam lepas, saya keluar pegi mall sorang-sorang sebab tak ada orang nak teman. Ummi pegi ngaji. Abah keje malam. Deq dee buat kelas tambahan. Ghani kat Yaman. Ifah kat Terengganu. Faezah kursus lama kat Bangi. Tak ada siapa nak ajak teman keluar cari barang. Takkan nak ajak Farhan pulak? Lagi pelik bin aneh tu..Makanya terpaksalah saya keluar sorang-sorang. Rasa ok je mula-mula sebab pegi mall kan tempat crowd..
Dah puas berjalan-jalan, nak balik la..tetibe selisih dengan sorang pakcik yang rupanya nampak macam dalam lingkungan 50-an. Tak dikenali. Tapi tiba-tiba sahaja dia menegur saya, "Dah makan? Kalau belum makan, jom pegi makan."

Saya terpinga-pinga sekejap. Terus rasa takut. Terus blah dengan cepat. Mujur dia tak ikut..huuuu~~~ T-T

Lagi satu. Hurmm..kat sini...Kat sekolah ni. Ada sorang cikgu lelaki yang selalu datang bersembang dengan saya. Serius, saya memang taknak buruk sangka atau perasan terlebih-lebih. Tapi kalau orang nampak pun, saya risau boleh jadi fitnah sebab asyik datang nak mengendeng dan bersembang dengan saya. Masa minggu-minggu awal saya masuk skolah tu, punya la saya nak lari dari bersembang ngan dia (sebab dia je yang duk bersembang sampai saya tak dapat nak buat kerja)..saya sampai pegi buat kerja kat library. Tapi malangnya, masa keluar je dari homebase (tempat berkumpul budak-budak dan guru-guru pendidikan khas) dah terserempak dengan dia. Pastu dia tanya saya nak pegi mana. Orang tak pandai menipu, maka tercakap jujur nak pegi library. Tak sempat panas bontot lagi duduk kat library, cikgu tu datang bawak 1 kelas budak-budak. Haihhh...memang la tak ramai 1 kelas pendidikan khas maksimum 5-6 orang je. Tapi masalahnye budak-budak tu bila nampak saya, semua pakat serbu nak duduk dekat saya. T-T
Kerusi kat library tak cukup sebab ada kelas lain dah duduk, budak ni siap share kerusi dengan saya. Pastu suruh saya bacakan buku dan tanya macam-macam soalan..hahahahaaiii~ memang tak boleh buat kerja..
bila dah ada kerusi lain yang kosong, saya pindah tempat...si cikgu tu pulak datang bersembang...T-T
Pastu...baru-baru ni, jamuan raya kat skolah..cikgu tu tetibe macam nak suap saya makan masa dia berdiri sebelah saya. Serius ngeri! Dah kawen kot cikgu tu. Kalau belum kawen sekalipun, perbuatan macam tu masih kurang sesuai laaa bagi saya. Huuuuu~

Haihhh..mungkin inilah nasib orang perempuan yang belum kawen..? Kena kacau sokmo..takde ketenangan walaupun nama Sakinah. huhu~

Ok lah. Sampai sini sahaja dulu. Jumpa lagi di lain masa.

Wassalam.

Ramadhan ini..

Ahad, 5 Ramadhan 1434H | 14 Julai 2013
7:00 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat Islam di seluruh dunia. (cheh. baru nak ucap)
Berpuasalah dengan ikhlas kerana Allah s.w.t.



Macam mana Ramadhan anda kali ni? Ada peningkatan dari tahun-tahun sudah? Maksud saya untuk peningkatan tu, bukan dari segi juadah berbuka atau bersahur. Tapi penghayatan Ramadhan itu sendiri. Jangan sekadar berpuasa, menahan lapar dan dahaga sahaja. Pahala lain banyak lagi boleh kutip dalam bulan Ramadhan ni. Dan Allah sangat baik, melipat-gandakan ganjaran bagi setiap amal yang kita lakukan. Wow! takkan tak nak? :)

Hurmm..

Saya ni masih ada jugak lagi lagho-lagho main internet masa puasa ni. Ingat nak puasa internet sekali. Tapi itulah..tak mencapai tahap tu lagi. Kadang-kadang boring jugak tak dapat bersembang. Dess! padahal boleh je duduk-duduk baca Quran, baca terjemahan. Adoi laa..............
Setakat ni, alhamdulillah dah masuk juzuk 8. Awal-awal ni memang nampak macam speed sikit. Takut semangat merundum turun bila period. Tahun-tahun dulu camtu la. haizzzz~

Lagi..
Duk tengok-tengok kat facebook. Asal petang je, ada la yang duk upload gambar juadah berbuka. Wahh! meriah betul tengok juadah orang lain. Bermacam jenis lauk duk ada. Saya ngan family, satu jenis lauk je + sayur. Kali ni saya cakap kat ummi taknak masak banyak-banyak. Sebab memang tak termakan pon. Masak sikit macam tu pun makan tak habis. Abah memang pergi berbuka di masjid. Yang ada kat rumah cuma saya, ummi dan Deq Dee je. Kalau biasa makan banyak pun, Deq Dee je la. Tapi tengok skarang dia pon dah makan sikit. Entah la apasal. Saya makan lagiiii sikit dari selalu. Takot kalo makan banyak nanti tak larat nak terawikh pulak. Tapi cam sepi sikit la puasa kali ni sebab Ghani tak ada. Adess..taknak cakap pasal Ghani la. Nanti sedih pulak. hehe..

Aritu ummi pesan suruh biasa-biasakan la diri memasak (kot2 nanti tetibe terkawen pulak). Masalah dia adalah...bila masak, takde orang nak makan. Maksud saya..orang kat rumah ni jenis yang tak makan sangat. Tu sedih je bila masak, makan tak habis. Mungkin tak sedap agaknye. Tapi ummi cakap sedap. harharhar.
Pape je lah..

ok lah. sampai sini aje dulu celoteh cik kinah kali ni. Nak berbuka dah jap lagi. Menu hari ni nasi goreng orang bujang. Hahahah~

Selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat berterawikh!
Moga Allah s.w.t. terima amalan kita dan dapat beratkan timbangan amal soleh pada hari perhitungan nanti. InshaAllah. :)

' berbuka tu jangan makan banyak sangat. Kasi rehat sikit perut tu. Nak makan banyak, makan time sahur. Bagi tenaga sepanjang hari. '

Dari alam siber ke dunia realiti. Terima kasih, kawan. :)

Jumaat, 28 Rejab 1434H | 7 Jun 2013
9:38 a.m.
Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Salam Jumaat sayyidul ayyam yang barakah. Hidupkan sunnah Rasulullah s.a.w. dengan memeriahkan hari jumaat dengan ibadah-ibadah yang khusus ataupun umum. Baca surah al-Kahf, perbanyakkan selawat ke atas baginda Rasulullah s.a.w., bersedekah ikut kemampuan, senyum!

Hehehe..

Tak ada apa nak cerita sangat. Cuma baru-baru ni, rasa kelakar sangat. Dapat kawan-kawan baru disebabkan game Travian. Bukan setakat bersembang di alam maya, tapi juga berjumpa di dunia nyata. Siap ummi saya pun jumpa sekali ngan kawan-kawan saya tu. Hehe. Lucu je rasa.

dari kiri: saya, fiza (koy's wife), koykoy, adizogun, waddy alaydrus, thurspore, wisenik, sado

dari kiri: simcity, simduty (dual simcity), saya

Actually ada sorang lagi girl..cik adik manis Light..tapi saya menghormati dia untuk tak upload gambar dia. Hehe.

Hurmmm..
Fara (Simduty)
 Hary (Simcity)
 Adi (adizogun)
 Farhan (thurspore)
 Nun (WiseNik)
 Syam (sado)
 Ifah (light)
 koy (koykoy)
 incik wadi (waddy alaydrus)

Walaupun saya dah stop gaming, tapi saya harap kita semua masih akan terus berkawan. :)
Terima kasih sudi jadi kawan saya. :)

Dulu lain, sekarang lain?

Rabu, 18 Rabiul Awwal 1434H | 30 Januari 2013
12:09 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Tok! Tok! Tok!
Assalamualaikum~

Tok! Tok! Tok! Tok! Tok!
Assalamualaikum~

Tok! Tok! Tok! Tok! Tok! Tok! Tok!
Assalamualaikum~
Ada orang tak??

Waalaikumussalam~
Mak takde..

------------------------------------------------------------------------------------

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

ehehe..dialog atas tu, dialog default mase kecik-kecik dulu..orang ajar, kalau penjual datang, cakap camtu..haha! XD

Ok lah. Sebenarnye takde ape sangat pon nak cite ummi saya takde kat umah skarang ni. Pergi mesyuarat dan bengkel budget ke apa tah..kat Langkawi. Sabtu baru balik. woHooOo! i'm sooOoo jealous~~~
hurmm..
tapi apa kaitan dengan tajuk? huhu..saje je. nak merindui zaman kanak-kanak. Lainnya dulu dengan sekarang. Dulu, masa kecik-kecik pun memang dah selalu kena tinggal. Ummi saya pergi kursus 2-3 hari. Saya ngan adik-adik duk umah dengan abah je. Tapi setiap malam, ummi akan call. Kitorang pun memang akan tunggu ummi call. Time ummi call tu, berebut-rebut la nak cakap tepon. Saya ngan adik pompuan je la yg berebut..sebab time tu adik laki kan kecik lagi..tak pandai cakap pun lagi. Ke belum lahir lagi eh? hahahhaa..lupa sudah.. :p
Walaupun budak-budak, cakap pun benda biasa-biasa je...tapi memang excited sangat kalau ummi tepon. Kalau dah lewat malam, ummi belum tepon pon, sanggup tunggu tak tido-tido sebab nak cakap dengan ummi jugak.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Masa berlalu..
Saya masuk skolah asrama. Selalu tiap-tiap petang beratur kat public phone masa riadhah. Public phone kat skolah ada 3 jek (eh? ye ke? dah lupa)..tapi selalunya ada 1 atau 2 jek yang berfungsi. Hurm..dah tu..ade pulak yang kaki bergayut. Tepon mak dia sorang je sampai orang lain sume nak guna tak boleh. Habis waktu riadhah tu dia sorang je yang duk bergayut. Semua orang naik tensen ngan budak tu...hahahhaa!
Time lain pun, muka dia je..time rehat skolah kul 10 pagi tu, muka dia jugak dekat public phone tu. Duk menangis-nangis kat situ.. hahahaiiiiii~~~
Tapi time rehat skolah, saya takde nak tepon ummi saya. Sebab dia keje. Malas nak kacau. Nanti bleh spoil mood nak sembang.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tu cite dulu..cite masa zaman henpon pon tak penah sentuh. Cite zaman pakai public phone, rumah pkai tepon TM cam biasa la.

La ni zaman dah berubah. Macam-macam teknologi duk ada untuk menghubungkan manusia. Ada mobile phone yang senang bawak pi sana sini, buh dalam kocek ja. Ada komputer dan internet, nak video call berjam-jam tanpa sebarang caj.

Tapi..
saya tak rase terhubung pon. Malah rase makin jauh. Ahaha..si sengal dah mula buat perangai 
Ya laa..skarang, kalau ummi saya gi kursus or meeting berhari-hari, takde pon tepon kitorang cam dulu-dulu. Dia akan call kalau abah sy ikut teman dia gi meeting je. tu pon tepon seminit atau kurang untuk kejut bangun subuh. sobs~

Cheh!
poyo giler nak mengada-ngada cam mase kecik dulu.. :p
setiap hari kalau ummi ade kat umah, takde pon nak bersembang..? hahaha
Biasa laa..manusia...kan kalau mende ade depan mata, suke tak hargai...bila takde, baru nak teringat-ingat..
Tapi rasa lagi bengong sebab sepatutnya saya la yang tepon ummi saya, kan??
emm...bukan taknak tepon..
emmm...emmm..masalahnye...saya takde kredit la nak tepon..huhu! Nak topup, duit takdak..sobs~
ok lah..tetibe rase berkobar nak cari keje..supaya boleh terus pakai line je..takyah topup2..
boleh saya call ummi saya kalau dia di kejauhan..eceyh~

ok lah. malas dah nak taip. boring plak.

Ya Allah, bagilah saya keje yang best supaya saya dapat happykan ummi!

wassalam. 

Salah pilih

Selasa, 18 Safar 1434H | 1 Januari 2013
4:38 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Beberapa hari selepas birthday saya tahun lepas, (cheh! macam dah lama je. padahal baru sebulan)
saya pegi shopping sikit. Al-maklum la..bila besday je, abah bagi duit sikit. Shopping pon tak ada la beli apa sangat yang melampau. Cari toys sikit sebab nak kena pergi buat amali untuk KAAK. Lepas tu pusing-pusing dalam The Store tu, saya nampak dorang tengah buat SALE bantal.

Dah berbulan-bulan saya tido tak ada bantal. Berbantal lengan tidurku~ cam lagu "Cindai" Siti Nurhaliza tu..ahaha (hurmm...lengan sendiri tau bukan lengan orang lain)
Kalau ada pun bantal, bantal flight yang kecik tu aje..sedih tak? bantal saya, dah lunyai dah guna buat baring-baring kat depan TV.

Masa ushar-ushar bantal tu, ada macam-macam jenis ngan harga yang berbeza-beza la jugak. Ikut kualiti material. Ada bantal yang harga sampai RM75! Memang tak mampu lah saya. Ada bantal yang harga RM15 je. Tapi macam lembik sangat. Duk pilih-pilih, saya amik yang harga mampu milik laa..ehehe..beli yang harga RM25. Mahal jugak, kan?

Balik je umah, terus tido pakai bantal tu sebab tiba-tiba sakit kepala datang menyerang...ececeyh! alasan lap plak.. :p

Tapi rupa-rupanya bantal tu tak best..memang la lembut..material dalam dia fiber..tapi selalu kalau saya tido, bila terjaga je, kepala dah tak atas bantal..melorot ke bawah..abah saya pon kadang-kadang masuk bilik sebab nak guna toilet, pastu dia pernah tegur "apasal tido macam tu?"..masa tu saya pon tak tau la posisi kepala saya dah macam mana..tension plak rasa. Sekarang kalau nak tido pon jadi susah pulak..nak kena adjust kepala ngan bantal tu..tapi bila bangun tido, mesti kepala dah tak atas bantal. Bantal yang sebelum-sebelum ni, tak pernah pon macam ni..

haihhh laaa...nak beli bantal lain, rasa membazir. terpaksa pakai aje lah bantal yang baru beli ni sampai lunyai. which is tak tau bila sebab tak ada ciri-ciri macam nak lunyai je..uhuhu~

ok lah.
sampai sini aje. terima kasih kerana sudi singgah dan baca cerita merapu ni. saya ketandusan idea nak mengarang cerita best-best. kalau rasa nak baca cerita best, pegi kedai..beli novel Ramlee Awang Murshid ke..Aisya Sofea ke..Fauziah Ashaari ke..dan siapa-siapa lagilah yang terkenal tu. :p

Wassalam.

'itu baru bantal..kalau nak cari pasangan, harap-harap jangan la salah pilih. bantal boleh juga nak ganti-ganti, kan? pasangan hidup..till death do us part tuuu!'

Quick Update!

Selasa, 11 Safar 1434H | 25 Disember 2012.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.
5:47 p.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Ingat tak entri saya pasal life planning?
hurmm...
ok. sekarang saya dah pon habis buat program DPAK.

 *yeayyy!~*

dalam list saya tu..
emmmmmmm....
saya cuma dah selesai ikuti kursus KAAK tu aje.
kursus kahwin pon tak pegi lagi.
apa lah nasib. tetibe tak fikir pon pasal nak kawen.
patah hati punya pasal..ahahaha~ tetibe plak..

ok lah.
sebab tajuk dia quick update, kan?
sampai sini aje dulu.
nanti saya bebel panjang sikit.
chow!

wassalam.

Pen-pal...

Khamis, 17 November 2011.
11:40 a.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Tiba-tiba saya teringat masa kecik-kecik dulu. Tapi takde kecik sangat laa..
Masa darjah 6. Saya ada pen-pal..kelakar la pulak..
Saya pon tak faham dah apa tujuan saya cari pen-pal. Agaknya dulu tu sebab tak pernah dapat surat kot..hahahhaa~
Dah tu pulak, cari pen-pal bukan cari yang dari overseas. Amik pen-pal orang dalam negara jugak. Tapi bertuah jugak sebab kawan tu rajin juga nak membalas surat saya. Siap bertukar-tukar hadiah lagi..hihihiii~

Tapi akhir skali lost contact macam tu aje bila saya dah masuk asrama naik form 1. dah tak rajin dah nak tulis-tulis surat sebab dapat bersembang face to face ngan kawan-kawan.
Agak-agak pen-pal saya tu ingat lagi ke tak kat saya entah...errr...tapi saya dah lupa nama dia..huhu! sorry bangat~

Yang saya ingat, hari ni birthday dia!
Happy Birthday my Pen-pal! :D

' Hurmm...kelakar pulak bila mengenang kembali zaman kanak-kanak..tah pape~ '

Life is so funny with funny people around!

Jumaat, 11 November 2011.
1:04 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.


Ok. Seperti yang anda tahu, saya tak bekerja sekarang dan memang takde intention untuk cari pekerjaan di pasaran dalam masa terdekat ini. Tapi saya sungguh tak faham kenapa orang lain sangat concern terhadap saya yang tak punya pekerjaan ni? Adakah saya meminta wang gaji atau sedekah jariah dari anda? Tidak walau satu sen.

Ya. Mungkin hidup saya hari ni atas ihsan ibu bapa saya. Tapi saya tak jadi pengemis atau peminta sedekah lagi setakat ini. Jadi, kenapa terlalu sibuk bertanya soal mencari pekerjaan? Orang kata jangan memilih kerja...pengalaman penting...bla..bla...bla...
Betul ke Rasulullah kata jangan memilih kerja? Rasulullah pernah kata, di akhir zaman orang tidak lagi peduli rezeki yang diperoleh itu halal atau haram. Jadi, adakah salah kalau saya memilih?

Dan lagi...saya sedang mengikuti kelas Al-Quran di masjid yang dekat rumah saya ni. Rasa seronok belajar mengaji semula dan kalau boleh saya memang nak khatam dengan ustaz ni. Adakah saya perlu sacrifice pengajian Al-Quran saya semata-mata untuk bekerja, cari duit yang hari ni entah halal, entah haram?
Saya lagi rela berpuasa setiap hari untuk cut kos sara hidup berbanding berhenti ngaji dan pergi bekerja. Hidup saya sekarang pon sebenarnya dah kategori terlalu mewah. Bukan tak ada makanan langsung untuk dimakan setiap hari. Tapi terlalu lah banyak makanan berlambak-lambak sehinggakan terpaksa buang macam tu je sebab tak habis makan. Saya juga bukannya tak ada baju atau baju lusuh compang-camping yang tak mampu tutup aurat saya sampai nak kena buat baju baru. Sebaliknya saya punya baju yang penuh menimbun lebih dari satu almari
dan baju-baju tu semua masih elok dipakai, tak perlu baju baru. Elektrik? Air? Internet? Semua perbelanjaan untuk bil-bil ni boleh dikurangkan.
Satu je masalah besar saya sekarang. hutang PTPTN yang dalam 9k lebih tu. Sebenarnye boleh je kan saya nak keluar duit ASB yang mak saya simpan dari saya kecik-kecik dulu. Tapi entah la kenapa dia tak bagi bayar hutang pakai duit tu dan nak suruh saya keje jugak.

Saya pernah masuk U. Terpedaya dengan macam-macam benda yang memang salah disisi syariat, semata-mata untuk dapatkan kredit lebih supaya senang dapat keje lah nanti kononnya. Dan hasilnya, memang tak dapat keje jugak. Jadi, sekarang saya memutuskan untuk tidak bekerja dan menjauhi perkara-perkara yang boleh menjadikan saya seorang yang cinta dunia. Dan saya tidak mengharapkan sokongan orang lain. sekadar tolong diam, jangan bertanya dan jangan amik port. tu pon susah ke?

Sangat meletihkan lah bila orang asyik tanya pasal kerja. Suruh kerja. padahal diorang tu bukan kena tanggung makan, minum, pakai, tempat tinggal saya pon.

Saya tak tahu apa sebenarnya perasaan abah. Tapi abah memang super cool. Abah sokong je apa yang saya buat atas hujah-hujah yang pernah saya bagi.
Mungkin sebelum ni dia sokong tapi tak sepenuh hati. Ya lah. Hujah dari orang tak alim macam saya ni, siapa lah yang nak amik pusing. Tapi lepas abah baca buku soal jawab yang Ustaz Azhar, ada orang soal pasal perempuan yang mengajar pelajar lelaki. Ustaz jawab sebenarnya tak boleh (mungkin bukan haram tapi makruh ke macam mana eh..saya tak ingat). Abah jadi berfikir semula dengan hujah-hujah yang pernah saya bagi dulu dan akhirnya dia setuju.
Kalau abah saya cool je dengan keadaan saya sekarang, kenapa orang lain yang takde kaitan tu menyibuk sangat?

Hurmm...mungkin saya kena ikut cakap abah supaya jangan kisah apa orang lain nak cakap. Ya lah. Sebab mulut dia, bukan mulut saya. Lidah dia, bukan lidah saya. Saya tak boleh nak tutup mulut orang lain. Lain kali kalau orang tanya, saya akan senyum aje tanpa sebarang jawapan. Jadi, silalah tafsir sendiri jawapan saya tu. ok?

' Terima kasih kerana prihatin pasal saya yang hina ini. '

Jangan tinggal daku~

Khamis, 10 November 2011.
9:57 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Masa memang tak pernah berhenti, kan?

Ada kawan yang dah dapat anak.
Ada kawan yang akan melahirkan anak tak lama lagi.
Ada kawan yang baru mendirikan rumah tangga.
Ada kawan yang bakal mendirikan rumah tangga. musim kawen kan skarang ni~
Ada kawan yang dah jadi tunangan orang.
Seronoknya!

Saya? :)

Saya masih berjihad untuk perbaiki diri.
Hurmm..seriously...sangat memerlukan kekuatan dan pertolongan dari Allah.
Semoga saya dapat atasi segala kelemahan dan kekhilafan ini.

Bantulah hambaMu ini wahai Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tiada daya dan kekuatan melainkan denganMu, Ya Allah.

Abdul Halim Md Nadzalan..dalam kenangan.. ;(


Isnin, 31 Oktober 2011.
1:42 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

14 Oktober 2011. Pada petang itu, kami diberitakan khabar pemergian ahli kami, Abdul Halim Md Nadzalan atau lebih mesra dengan panggilan Halim.

Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّآ Ø¥ِÙ„َÙŠۡÙ‡ِ رَٲجِعُونَ.
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.

Halim telah mengalami kemalangan motosikal kira-kira 1 tahun 3 bulan yang lalu ketika bertugas di Kabong, Sarawak. Pada mulanya, kecederaan otak yang serius akibat hentakan kuat di bahagian kepala dan kelewatan beliau diberi rawatan sewajarnya membuatkan para doktor yang bertugas merawatnya di Sarawak tidak memberi harapan untuknya hidup apatah lagi pulih seperti sediakala. Namun, ibunya (ibu saudara saya) tidak sanggup melepaskan anak kesayangannya pergi secepat itu. Harapan dan doa terus diberikan oleh ibu bapanya, ahli keluarga, para sahabat dan anak didiknya agar Halim dapat kembali pulih. Halim berada dalam keadaan kritikal dan koma.

*Keadaan Halim ketika dirawat di ICU hospital di Sarawak selepas baru terlibat dengan kemalangan*

Walaupun mengambil masa yang agak panjang dan lambat, Halim menunjukkan perkembangan positif dari sudut pemulihan dirinya. Daripada terpaksa bernafas melalui mesin alat bantuan pernafasan, Halim kemudian mampu untuk bernafas sendiri melalui lubang yang ditebuk di lehernya dalam pembedahan yang dijalankan. Selepas hampir 2 bulan Halim dirawat di hospital di Sarawak dan ditemani oleh bapanya, Halim dibawa pulang ke semenanjung dan rawatannya disambung di Hospital Taiping, Perak. Halim masih berada dalam keadaan koma. Adakalanya kepalanya membengkak akibat banyak cecair berkumpul disebabkan kegagalan otaknya berfungsi dengan baik. Beberapa kali Halim ditukarkan ke Hospital Ipoh untuk mendapatkan rawatan yang lebih sesuai daripada pakar neuro di Ipoh. Tempurung kepala Halim dipotong bagi menstabilkan posisi otaknya dan mengurangkan masalah bengkak di kepala. Kami sekeluarga hanya dapat mendoakan Halim kembali pulih dan menghulurkan bantuan dari segi kewangan kepada keluarga Halim. Ibu bapa dan adik-beradik Halim kelihatan semakin tabah dan tenang dengan situasi Halim.

*Halim ketika baru dipindahkan ke Hospital Taiping*

Beberapa bulan kemudiannya, Halim semakin stabil namun masih koma. Dia dibawa pulang ke rumah dan dijaga oleh ibu bapanya di rumah dengan segala kelengkapan yang cukup. Halim cuma minum susu yang disuap melalui tiub yang ditebuk di lehernya.

Hari berlalu, bulan berganti. Halim sudah boleh makan nasi lembik yang dikisar melalui mulutnya. Namun keadaan Halim tetap pasif. Dan badannya semakin kurus. Sayu melihatnya.

Sehinggalah petang Jumaat, 14 Oktober itu ummi mendapat panggilan telefon dari ibu saudara di kampung yang memberitahu bahawa Halim sudah tiada. Semuanya bagaikan mimpi..............

Siapa Halim kepada saya?

Arwah adalah sepupu saya. Ibu Halim adalah adik kepada ummi saya. Dan usianya sebaya dengan saya. 25 tahun. Ya. 25 tahun pada tahun ini. Kami cuma berbeza bulan kelahiran. Halim dilahirkan pada 26 Ogos 1986, manakala saya dilahirkan pada 25 November 1986.

Saya dan Halim tidaklah begitu rapat kerana kami tinggal berjauhan. Bapa Halim dahulu seorang anggota tentera udara dan sering berpindah-randah. Mereka pernah tinggal di Sarawak dan Kuala Lumpur dan akhir sekali menetap di Kampung Perak, Perak setelah Pokde saya bersara (saya dan keluarga tinggal di Pahang). Kami hanya akan bertemu pada Aidilfitri atau kenduri kahwin saudara mara. Itupun saya memang tidak banyak berbual dengannya (sebab saya memang tak reti nak bersembang dengan orang lelaki..huhu! Dan Halim juga agak pemalu). Cuma selepas SPM, ada jugalah kami berbual-bual (ya lah..dah semakin baik communication skill..huhu). He was indeed a very good cousin.
Disebabkan usia kami sama, memang tidak dapat dielakkan untuk kami bersaing dalam beberapa peperiksaan besar ketika di zaman sekolah. Di keluarga sebelah ummi, saya ada seorang lagi sepupu yang sebaya - Hanum, anak Pak Long. But Halim was my greatest competitor. Ya lah. Masa kecik-kecik dulu kan saya macam budak bijak la jugak. UPSR dan PMR saya result kira macam gempak la jugak. Halim pon tak kurang hebat. Jadi, memang kami selalu bersaing jugalah kiranya (persaingan sihat, ok..). Cumanya selepas SPM tu, saya makin down dan jadi entah apa-apa. Manakala Halim semakin bagus dan tak pernah mengalah. Halim akhirnya jadi cikgu Biologi!!!

*saya dan arwah Halim pada Aidilfitri 2006*

Namun usia Halim tak panjang. Allah lebih menyayanginya. Dia dijemput kembali ke hadrat Ilahi pada usia 25 tahun.

Perginya Halim meninggalkan kesan juga buat saya. Saya lihat di wall Facebook Halim, ramai yang post ucapan-ucapan takziah buat keluarga Halim. Ramai yang memuji arwah seorang yang baik. Ada rakan-rakan arwah yang membuat entri di blog dan menulis yang baik-baik mengenai Halim. Arwah Halim juga, Alhamdulillah, pada hemat saya mendapat husnul khatimah.
Sungguh! Saya terfikir, apakah yang akan berlaku apabila saya meninggal nanti? bagaimana jenazah saya nanti? adakah orang akan berkata-kata atau mengingati yang baik juga tentang saya? atau umpatan keji yang akan menyusul? *nauzubillahi min zalik!*
saya bukan mahu dipuji sesiapa. Sungguh! sebab segala pujian itu hanya layak bagi Allah. Tetapi berbanding kutukan dan umpatan keji, saya lebih rela orang yang mengenali saya hanya berdiam seolah tidak mengenali saya ataupun memaafkan segala kekhilafan yang pernah saya lakukan sebelum ini (itu yang paling saya harapkan).

untuk itu, saya akan berusaha lebih gigih lagi untuk perbaiki diri. Dan mengasingkan diri adalah jalan paling selamat buat masa ini sebab saya masih lagi seorang yang lemah. Terkadang melenting tak tentu hala. Terkadang emosi up an down. Dan saya masih belajar untuk menerima hidup saya seadanya. Jadi buat masa ini, saya mengehadkan social life saya. hanya bergaul dalam suasana yang baik dan menenangkan saja. Semoga Allah sentiasa meredhai, membantu dan melindungi saya dalam usaha menuju jalanNya.

Ya Allah. Diri ini hambaMu yang lemah. Tambahkanlah iman di hati hambaMu ini untuk terus teguh melangkah di landasanMu yang benar. Berilah sedikit kekuatan untuk hamba mengharungi dugaanMu, wahai Tuhan. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan denganMu, Ya Allah. Segala puji hanya bagiMu, Ya Allah. Hanya padaMu aku berserah diri. PadaMu jua akan aku kembali. Cukuplah Engkau sebagai Penolongku, cukuplah Engkau sebagai Pelindungku, Tuhan Seluruh Alam.
Amiin. Amiin Ya Rabb al-'Alamin.

'Al-Fatihah buat Allahyarham Abdul Halim Md Nadzalan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan Mukmin yang soleh.'

Life updates!

Selasa, 2 Ogos 2011.
1:08 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Assalamualaikum.

  • Currently unemployed by any company/person.
  • But always and forever be a servant of Allah s.w.t.
  • Need to travel to KL every weekends for classes (Diploma Professional Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
  • Join kelas mengaji Ustaz Mohd Hanifah every weekdays (sekarang tadarrus sempena Ramadhan)
  • Sudah tolong abah pasang jaring kat atap untuk halang merpati nesting dalam siling..tapi masih juga mereka bersarang sebab lubang-lubang tak habis tutup lagi. +___+


hurmm...tak banyak update pasal kehidupan harian saya. takde cerita menarik sebab saya dah kurang berjalan sana-sini, hatta nak pegi supermarket pon memang dah berapa lama laa tak pegi..wayang pon last 2 weeks saya baru pegi tengok Harry Potter setelah dah berapa bulan tak jejak kaki ke wayang (ni pon sebab tak leh blah sangat..dah follow movie HP sejak yg pertama kot..huhu). Boring? duduk rumah tak pernah boring..haha!

saya tak dapat ilham lagi nak kerja apa. belum bersedia. kalau nak kerja pon, biarlah kerja yang tidak menjadikan abah saya lelaki dayus yang tak ambil tahu dengan siapa (lelaki ajnabi) saya bertemu. 1 pekerjaan yang tidak mendedahkan saya pada pergaulan bebas lelaki & wanita di pejabat, 1 pekerjaan yang tidak menghalalkan apa yang haram. ada? tolong bagi cadangan.

sekian saja buat kali ni. Selamat menjalani ibadah puasa bagi yang beragama Islam~ :)

Dilema

Selasa, 14 Jun 2011.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.
10:13 p.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Kawan-kawan yang sudi baca,

Tolonglah doakan yang terbaik untuk saya.
Saya nak berenti keje ni.
Saya cuma nak cari dan dapatkan redha Allah je sekarang.
Bukan redha manusia. Bukan harta dunia. Bukan keseronokan dan keindahan dunia.
Saya sangat takut kalau saya mati dalam keadaan Allah murka pada saya.

Bukan saya nak kata keje yang saya buat ni haram.
Saya tak tau. Saya rasa statusnya syubhah (atau boleh jadi juga haram). Dan saya rasa konfius lagi tersepit dengan hal ni. Saya sangat takut kalau rezeki ni haram (banyak kemusykilan yang bermain di fikiran saya). Beri kesan buruk pada saya. Solat orang yang makan benda haram tak diterima Allah. Ya Allah! saya ni dah la banyak dosa. Kalau solat pun tak diterima, apa lagi yang dapat beratkan hisab untuk amal saya kat akhirat nanti?

Saya ada baca artikel soal jawab agama pasal fotografi ni. Orang tu tanya apa status rezeki dia kalau amik gambar pengantin pompuan tengah mekap (tak tutup aurat). Ustaz tu jawab haram. Ok. Yang bertanya tu laki. fine. memang haram. saya pompuan, apa kaitan? sekarang, yang amik gambar bukan saya sendiri tapi fotografer lelaki. dan keje saya cuma tolong susun gambo dalam album je. tapi saya sangat musykil juga dengan status rezeki yang saya dapat. hmmm...kalau pengantin yang pakai tudung pun, bukan bermaksud dia tutup aurat dengan sempurna. sekadar membalut aurat. berpakaian tapi bertelanjang..dan rezeki saya dari saluran yang sama (orang laki yang amik gambar pengantin yang macam ni).

Ok. kalau saya selaku fotografer pulak? mungkin ini baik untuk pengantin itu (sebab saya pompuan, so aurat dia masih terjaga la..???). tapi adakah ia baik untuk saya? saya terpaksa ketepikan rasa malu saya, beraksi macam-macam untuk dapatkan angle terbaik. sedangakan Rasulullah s.a.w. suruh kita jaga malu. Baginda bersabda:

"Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."
(Hadis riwayat Bukhari)

hmmm...saya juga terpaksa berhimpit dan berasak-asakan dengan orang ramai (ada lelaki ramai) kat tengah kenduri. adakah ini betul? adakah ini baik untuk saya?

oh!!! saya sangat tertekan!!! saya sangat tersepit!!!!

ya.
memang saya dah buat keputusan.
saya harap kali ni saya betul. dulu, keputusan yang saya buat memang saya tak fikir Allah redha ke tak. sebab tu jadi macam ni.
Sekarang saya nak tinggalkan perkara ni untuk dapat redha Allah.
Mungkin orang nak kata saya bodoh. atau gila. sebab macam berfikiran sempit. tapi takpelah. saya rasa lebih baik saya tinggalkan benda yang saya rasa tak senang hati.

semua orang pon buat camtu, memang kita tak dapat elak. kalau kita elak, orang lain yang amik. kita yang tak dapat duit?
biarlah. soal rezeki, soal duit, Allah yang bagi. buat apa dapat duit, tapi hati tak senang? buat apa dapat duit kalau tak halal?
biarlah. saya percaya, sesuatu yang saya rasa kurang baik dan saya tinggalkan untuk dapat redha Allah, Allah akan balas lebih lagi. kalau bukan kat dunia, kat akhirat pon takpe. itu lebih baik. InsyaAllah.

Ya Allah Ya Tuhanku. Berilah hambaMu ini petunjuk dan hidayahMu ke jalan yang Engkau redhai sebagaimana yang pernah engkau beri kepada para Nabi dan RasulMu. Berilah aku kekuatan untuk menempuhi dugaanMu. Berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu di dunia ini, dan berilah aku kejayaan di akhirat kelak, Ya Allah. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa. Aku berlindung denganMu daripada segala keburukan dan kesesatan. aku merayu padaMu Ya Allah. bantulah hambaMu ini, Ya Allah.

Maxis oh Maxis

Khamis, 9 Jun 2011.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.
4:35 p.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Sori. Saya takde isu besar hari ni. Nak merungut sket jek. Saya kena bayo bil tepon Maxis RM46 lebih. RM30 caj bulanan. RM10 caj pengaktifan semula talian. Pastu 6 hengget lebih tu caj perkhidmatan dia. Dan jumlah penggunaan saya bulan lepas hanyalah RM5.50. !@#$%^&*

Maxis! This is too much! saya akan bertukar kembali ke pre-paid atau saya akan hentikan saja penggunaan mobile phone yang hanya abeskan duit orang. Saya dah tak boleh bersabar ngan Maxis. Mula-mula suruh saya pakai line RM50. Pastu saya guna tak sampai RM50 sebulan. saya mintak nak tukar pre-paid smula, macam-macam alasan dia bagi. So, saya downgrade plan yang saya pakai. tukar plan RM30 sebulan. Dan saya cuma pakai RM5.50 je bulan lepas??? ok. sekarang keputusan saya bulat, nekad dan muktamad. kalo macam-macam alasan juga tak bagi saya tukar ke pre-paid, saya stop kan je terus perkhidmatan nih.

Sekian, terima kasih Maxis!

Weekend saya..

Khamis, 24 Mac 2011.
12:56 p.m.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

-Sekarang ade kat opis.
-Jap lagi nak ikot bos pegi KL + Melaka.
-Esok n Sabtu ikot bos shoot wedding kat Melaka.
-Pastu nak kene pegi Johor pulak.
-Ahad Deq Dee konvo kat UTM, Skudai.
-Weekend minggu depan ape pulak ye?
-Abah kate nak balik Batu Kurau..durian arwah aki dah start luruh...nak balik makan durian..huhu~

huuuuuuu...seryesly i need a weekend at HOME!!!!!

bilik dan rumah sangat bersepah-sepah saya dah tak tahan nak tengok... T-T

ok lah...bos saya dah ajak pegi.

wassalam

Percutian ke Bandung...Tamat~

Rabu, 16 Mac 2011.
3:18 p.m.
Lapangan Terbang Bandara Hussein Sastranegara, Bandung, Indonesia.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah..akhirnya tamat sudah percutian ke Bandung..Sekarang tengah tunggu flight untuk ke Kuala Lumpur. Waktu Malaysia, 3:18 p.m. tapi waktu di sini lewat 1 jam...bererti sekarang baru 2:21 p.m.

seronok ke? entah laa...haha..ini jawapan default saya..abah saya selalu tension ngan jawapan saya..
hurmm..secara keseluruhannya, not bad laa...kami pergi Tangkuban Perahu...kat situ ada kawah gunung berapi...sejuk ya amat kat atas tu...saya lupa la pulak nak bawak sweater..turun je dari situ, singgah makan dekat Kampung Daun..sejuk giler jugak tempat ni...hadoiii~
disebabkan kesejukan ni, saya punya badan tak boleh nak adapt..saya jadi sakit belakang ngan sakit kepala..so, pegi singgah nak shopping2 kat Pasar Baru pon, saya tak larat nak jalan dah..jadi saya tidak lah membeli sangat..maaf ye rakan-rakan kerana tiada ole-ole untuk anda...huhu~

itu cerita hari isnin...semalam, abah saya ajak pak supir pegi Jakarta..kat Jakarta, kami melawat Masjid Istiqlal...besar masjid ni...kat bawah tu ada madrasah untuk budak-budak kecik...tak sempat pon nak zohor kat situ...awal sangat pak supir nya bawa datang masjid..hehe..
pastu kami pergi tempat shopping lagi..Mangga Dua..kat sini lagi lah saya tak round pon..dah tetiba berpecah ngan ummi n abah saya, saya jalan dua orang je ngan deq dee...tu pon takde lah jalan sangat sebab saya punya sakit tak hilang lagi...bagos betol sakit ni...
lepas balik dari Mangga Dua, kami pergi Taman Mini Indonesia...hari dah mula gelap masa ni..so, tak sempat laa nak melawat semua rumah adat yang ada untuk bergambar...rugi jek rasa..
lepas tu balik ke bandung semula...

macam tu je lah cerita percutian saya...yang tak menarik pon...haha..
gambar pon takde amik...haha..rugi3~

ni je lah gambar saya ngan adik-adik kat airport tengah tunggu flight..

Going on Vacation~

Ahad, 13 Mac 2011.
1:12 p.m.
LCCT, Sepang.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

Saya dan keluarga akan bertolak ke Bandung, Indonesia sekejap lagi...flight pukul 3:00 p.m.
Kalau saya rajen, nanti saya update pasal percutian ke Bandung ni..kalau tak rajen, xde laa update..hehe

Ya Allah
Selamatkanlah perjalanan kami
Permudahkan segala urusan kami
Satukan hati-hati kami
Berkatilah dan redhakanlah urusan kami
Jadikan percutian ini merapatkan lagi hubungan kami sekeluarga, Ya Allah

Amin..

me @ LCCT.

Doakan kami selamat pergi dan selamat kembali ye, rakan2... :) InsyaAllah~

makhluk aneh

Sabtu, 6 Mac 2010.
10:30 p.m.
Seksyen 2, Bandar Baru Bangi.

currently watching cerekarama...Dalil Cinta...
wow...this is really something...huhuuu~

okeh...kali ini mau crita pasal 1 makhluk aneh..kejadian ni dah berlaku beberapa bulan lepas lagi..masa sy masih kerja kat kedai gambar itu..

di suatu malam yang hangat...saya pulang dari kerja...pintu rumah diketuk. salam diberi tetapi tiada sahutan..tiada balasan..tiada respon..sepi...malam masih muda..tak mungkin penghuni apartmen desa samudera yg bernombor E407 sudah tidur getus hati ini..hati saya mula rasa kurang enak...fikiran mula membuat andaian yang bukan2...
kaki melangkah masuk ke dalam rumah setelah pintu dibuka...tiada sesiapa di ruang tamu mahupun dapur...pintu bilik ummi kelihatan tertutup rapat..saya lantas menuju ke bilik sy.. ruangan kamar yang gelap itu kelihatan sedikit aneh...seperti ada sesuatu bergerak-gerak di atas katil saya..di balik toto yang tebal..saya kaget..terus suis lampu dipetik..terang..ya..sekarang baru jelas..memang ada makhluk bersembunyi di bawah toto itu..

along: oihh...awk buat ape kt bilik org nih??
ghani: ghani dah melakukan satu kesalahan besar kat mak...(jwb makhluk di sebalik toto itu..masih menyembunyikan diri)
along: huh?! apa awk dah buat??? (dgn nada gusar sbb ghani mmg suka memberontak...)
ghani: ghani dah buat mak marah... (sedikit lega dgn jawapan itu..sbb dah mmg rutinnya dia buat ummi marah..haha~)
along: ye laaaa...apa yang awk dah buat?? (semakin menghampiri...lantas toto itu saya selak)
alangkah terkejutnya melihat makhluk yg berada di atas katil sy tuh...

along: wakakkakakakakakaaa!!! Ya Allah!!! ape awk buat nih?? (ketawa sy pecah...)

saksikan je lah makhluk aneh dlm rumah sy nih yerr...

ni gmbr esok paginya...dia ikot sy pegi keje utk potong rambut kasi botak trus