Selasa, 15 November 2011.
12:06 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Hari ni, saya bukanlah nak jadi tok nujum untuk meramal-ramal tarikh kiamat atau bila hari kiamat akan berlaku. Tidak. Sebab sesungguhnya pegetahuan tentang hari kiamat itu hanya di sisi Allah. Malaikat dan Nabi pun tak tahu bila.
Cuma hari ni, saya nak ajak orang berfikir sikit je berdasarkan tanda yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w.
Antara tanda akhir kiamat adalah dikatakan azan tidak lagi dilaungkan di bumi. Baik. Hari ni, kita duk dengar lagi azan dilaungkan di sekitar tempat tinggal kita, betul? Tapi pernah dengar tak kisah di zaman Rasulullah s.a.w. dulu, yang mana pada suatu Subuh, ada seorang muslim beria nak azan sebab dia mendakwa bahawa suara dia lebih sedap daripada saudara Saidina Bilal r.a. Maka Rasulullah bagi dia peluang untuk melaungkan azan. Setelah selesai solat Subuh apa semua, Tiba-tiba Saidina Jibril a.s. datang menemui Rasulullah dan bertanya,"Ya Rasulullah. Kaum muslimin tak solat Subuh ke pagi ni?" Rasulullah jawab kaum muslimin solat dan tanya Jibril kenapa dia kata kaum muslimin tak solat. Dan Jibril bagitahu bahawa penduduk langit tak dengar pun azan dilaungkan. Rupa-rupanya, laungan azan Saidina Bilal yang begitu ikhlas untuk mengajak kaum muslimin menghadap Allah s.w.t. sampai kepada pendengaran penghuni langit juga. Yang laung azan tadi kenapa tak dengar? Sebab tujuan dia nak tunjuk suara dia sedap.
Ok. Cuba tengok situasi hari ni pulak. Azan dilaungkan sungguh merdu sekali di merata-rata tempat. Mendayu-dayu sampai rase tak nak bangun pun ada kalau tengah sedap tido time Subuh tu. Ye dak? hehe
Cuba fikir...Agak-agak, penduduk langit dapat dengar ke laungan azan hari ni?
Wallahualam.
Lagi satu tanda akhir khiamat adalah Islam dah tak ada lagi di bumi. Ok. Sekarang tanya diri kita, "Adakah saya Islam?" kalau jawapannya, "Ya. Saya Islam"..tanya pulak,"Adakah saya beramal dengan Islam?" Islam bukan setakat mengucap 2 kalimah syahadah, solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, keluarkan zakat, dan pergi haji. Ya. memang betul itu rukun Islam. Tapi sebelum Islam, kita dituntut beriman dulu. Check rukun iman pulak. Complete tak? Macam mana kita kata kita beriman dan Islam kalau segala perintah Allah kita tak laksana? Segala ajaran Rasulullah kita tak ikut? Larangan Allah dan Rasulullah tak ditinggalkan? Dalam penulisan saya sebelum ini, saya dah pernah kata bahawa Islam bukan sekadar anutan yang buat ritual keagamaan macam bersolat tu. Islam adalah cara hidup. Meliputi segala aspek baik cara pergaulan atau bersosial, makan, minum, pakai, soal rezeki dan segala-galanya lah.
Dan hari ni, timbul pulak soal Islam sekular dan macam-macam lagilah. Apakah? Inikah Islam yang syumul?
Wallahualam.
Jadi, apakah tindakan kita? Bukan kita nak halang kiamat daripada berlaku. serius. kita memang tak boleh halang atau selamat daripada hari kiamat andai tiba saatnya. Filem 2012? itu nonsense! Itu setakat bencana besar je. bukan kiamat.
Apa yang dapat kita buat adalah timba ilmu akhirat. Perbaiki diri. Jadi mukmin yang soleh. Doa kepada Allah supaya dapat pengakhiran yang baik dan betawakkal kepadaNya. Ingatlah bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah.
Wallahualam.
Semoga bermanfaat perkongsian kali ini.
No comments:
Post a Comment