Bajet untuk majlis kahwin

Khamis, 3 November 2011.
1:28 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.


Penah tengok gambar macam ni yang orang duk share kat facebook? Dan gambar bajet nih dijadikan alasan nape orang lelaki sekarang kawen lambat.

Ok sekarang saya tolong jadi financial planner khas untuk orang yang duk sakan bercinta, berkepit sana-sini cam belangkas tapi bila diajukan soalan "Bila nak kawen?" jawapan yang diberi, "duit tak cukup lagi"...

*sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas*

Total bajet tak sampai RM5000 pon. Paling-paling banyak pon RM5000 laa kut..tu pon bleh cut cost lagi. Cincin kawen tu boleh beli yang white gold harga bawah RM100 pon ada. Kad kawen pon boleh buat sendiri dengan kos mungkin bawah RM100. Atau boleh tag orang kat fesbuk jek.

Tapi untuk orang lelaki, jadilah lelaki yang bertanggungjawab dan boleh diharapkan untuk menjadi imam / pemimpin dalam keluarga. Binalah baitul muslim dan keluarga yang sakinah. (err..bukan sakinah hawa)
Jangan duk berkepit bawak anak dara orang ke hulur ke hilir. Tak elok.

Orang perempuan pulak. Toksah duk mengada sangat nak letak harga tinggi-tinggi, buat wedding grand sebab sekali je seumur hidup kononnya. Tak berbaloi abes duit untuk majlis sehari je. Satgi pelamin kena cabut, baju pengantin kena pulangkan. Apa yang tinggal? Duit dalam bank yang dah susut atau mungkin juga hutang yang bertambah.

Jauhi maksiat. Selesaikan yang wajib & ikut sunnah Rasulullah. Belanja ikut kemampuan, elakkan pembaziran, fikir masa hadapan.

Semoga diberkati dan diredhai Allah.

' err...kenapa saya rasa blog saya sangat cun sekarang? haha~ '

6 comments:

Anon said...

ok dah tu cuma bab pelamin tu.walaupun tak bersanding,kebanyakan parent nak pelamin juga untuk sesi bergambar. :)

Si teNang said...

it's actually not necessary or not needed..
kalau betul2 rase tak nak bazir, try to be creative..boleh angkat sofa rumah sendiri dan beli beberapa meter kain untuk hias kat belakang..berbanding nak sewa berapa ratus or ribu, keluar duit dalam berapa puluh hengget or maybe seratus je kot..
wat keje DIY sket..try to be creative or boleh mintak laa sedara mara tolong wat deco..takkan takdak sorang pon yg kretip~ huhu

THE AUTHOR said...

ni budaya melayu...bukan senang nak kikis..
Tambahan perbelanjaan adalah disebabkan budaya turun temurun dan persepsi masyarakat.
Kalau tak besanding dia kata ...mesti ada something happen ni.
That the reality of our society..

Lagi pun perkahwinan adalah hari yang gembir adan apa salahnya di sambut dengan meriah...kalau ada budget ler..hehehehhe

Si teNang said...

adakah dengan tak ada persandingan, majlis tak meriah? jamuan raya, takde orang yang bersanding pon..meriah je..
bukan tak ada orang yg buat wedding macam ni..ada..tapi golongan ni tak menonjol laa sebab depa takdak la duk keje nak upload gamba wedding cam orang yg buat grand2 tu..bukan malu sebab wedding tak grand..tapi "isteri saya, biar saya je la tengok"..

bersanding ni kalau nak ikut hukum Islam, haram tau..cuma dibolehkan kalau tetamu yg datang tu adalah muhrim sahaja.

memetik kata-kata prof. dr. muhaya, kenapa kita nak fikir sangat orang cakap apa? ikut apa Allah kata..ikut apa Rasulullah kata.
Mencari redha Allah adalah fokus utama dalam hidup berbanding mendapatkan redha manusia.
hati manusia tak pernah puas. kalau buat majlis grand nak mampos pengantin turun dari UFO pon, mesti ade suara2 orang yg cakap buruk punya..

lagipun, saranan saya ni untuk orang yang bercinta lama2 tapi tak kawen2 dengan alasan duit blom cukup (spt yg dah dinyatakan)..hubungan lelaki & perempuan yg blom kawen tu tak dihalalkan..

majlis kawen ni tujuannya untuk hebahan, nak bagitahu "saya dah kawen~"..supaya tak berlaku fitnah pada pasangan tu. tapi itu lah..mentaliti orang melayu..ramai yg bodoh sombong, "cerdik tak mau diajar, bodoh tak mau blaja"..pastu duk ikut laa mende lagho hat budaya orang lain buat.. berimamkan artis, kiblat hollywood..gitulah..

Wallahualam.

Unknown said...

Betol tu setuju sgt dgn idea nie..kata2 yg bagi inspirasi..tq..

Unknown said...

Sy dgn family bakal mertua planning bajet rm6000 mcm tu laa . Sy tknk sanding sbb nk cut cost . Just nikah dan buat kenduri syukur . Tp nk letak pelamin utk snap snap mcm sanding .