Khamis, 10 Mac 2011.
4:18 p.m.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.
"Apabila berlaku hari kiamat itu, Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat). (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan. Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran, Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian."
{Surah Al-Waaqiah: Ayat 1-14}
Lewat ini, rasanya semakin kurang umat manusia yang baca Al-Quran...kalau ada pun yang baca, hanyalah sekadar membaca tanpa memahami isi kandungan ayat-ayat yang disampaikan. Tujuan saya menulis pada petang yang indah ni bukanlah untuk mengutuk sesiapa...sebaliknya nak berkongsi dan menyampaikan sedikit ilmu je..ya lah..saya faham juga, hari ni ramai yang sibuk...macam-macam perkara perlu diuruskan...tak sempat nak baca Quran...apatah lagi nak tengok terjemahannya...hmmm...tapi sesibuk mana pon kita, harapnya jangan lah lupa pada Al-Khaliq...Tuhan Pencipta kita..
mungkin ada yang tak sempat nak belek tafsir Al-Quran...tapi sempat menyinggah kat blog saya..jadi, boleh laa baca sikit, kan? ;)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Sampaikanlah walau hanya sepotong ayat.."
ok..rasenye ayat kat atas tu macam banyak potong juga...saya risau nak potong2 ayat Quran ni..takot tak sampai maksud...takut orang tak faham maksud pulak...
saya pun bukanlah arif dalam bab2 agama ni...tapi mengikut pemahaman saya, dan yang saya nak tekankan untuk penulisan saya kali ni adalah untuk 3 ayat terakhir yang saya sertakan tadi..
"..(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.."
tengok...yang menetap di syurga yang penuh nikmat tu sekumpulan besar umat terdahulu...dan sebilangan kecil je umat yang kemudian...kita lah tu umat yang kemudian tu...tapi, adakah kita termasuk dalam golongan sebilangan kecil yang Allah katakan ni? Wallahualam...tepuk dada, tanya iman, tanya amal...
Ayuh, rakan2! pohonlah keampunan dan bertaubatlah kepada Allah selagi ada waktu...sesungguhnya hidup di dunia ini terlalu singkat untuk disia-siakan dengan berfoya-foya dan perbuatan lagha..jom kita berusaha mendapatkan redha Ilahi...itu matlamat utama kita hidup kat bumi ni...patuhi perintah Allah, tinggalkan laranganNya...dekatkan diri dengan Al-Quran...hayati maksud ayat-ayat Allah...
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
{Surah Al-'Asr: Ayat 1-3}
Jom kita sama-sama perbaiki diri...andai saya ada buat silap, perbetulkan sebab manusia tu mudah lalai..mudah leka...orang lain yang nampak kesalahan diri kita, boleh lah tegur dengan berhikmah...sama-sama kita realisasikan "Islam is the way of life." InsyaAllah.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment