Bingkisan maaf dari saya, Sakinah Hawa Izram...

Selasa, 22 Februari 2011.
3:27 p.m.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.

Assalamualaikum.

Tujuan saya menulis pada petang ini adalah untuk memohon jutaan maaf kepada semua..

Semua yang saya maksudkan adalah sahabat-sahabat saya, kenalan saya, saudara dekat mahupun jauh, ahli keluarga dan juga pembaca blog ini yang pernah terguris dek kata-kata saya. tak mampu kiranya untuk saya senaraikan nama semuanya di ruangan ini.

Sebagai insan yang punya banyak kelemahan, saya mengakui bahawa saya seringkali tersasar dari landasan yang ditetapkan Allah...

"Hablumminallah..Hablumminannas"

bererti hubungan baik dengan Allah dan hubungan baik dengan manusia...rasanya, kedua-dua perkara ini telah saya abaikan..

oleh itu, pada hari ini...dengan ikhlas dan rendah hatinya saya memohon jutaan kemaafan terhadap semua yang mengenali diri saya..saya sangat berharap kalian dapat memaafkan setiap keterlanjuran kata-kata dan perbuatan saya. saya menyesal terhadap segala apa yang pernah saya lakukan sebelum ini. saya juga berazam dan berjanji kepada diri saya sendiri, kepada Tuhan saya dan juga kepada anda semua untuk memperbaiki diri saya..saya ingin memulakan kehidupan yang baru...menjalani kehidupan yang lebih bersih, lebih tenang dan lebih baik dari sebelum ini..saya bimbang jika ditangguh-tangguh, saya tidak berkesempatan untuk melakukan ini kerana ajal dan maut tidak memberi amaran sebelum ia datang menjemput.

Andai saya lalai...andai saya leka...tegur lah...
berpesan-pesan kepada kebaikan...

akhir kata, sekali lagi jutaan maaf dari saya, Sakinah Hawa binti Izram.

wassalam.