Selasa, 15 Februari 2011.
4:21 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.
Assalamualaikum.
Salam Maulidur Rasul buat semua.
Hari ni Tora datang lagi dengan Ding Dang~
Hahahaa..bukan ye..hari ni saya nak cakap pasal perkara-perkara yang berlaku kat sekeliling saya.
Isu 1:
Masjid yang besar tapi sedikit sahaja pengunjungnya...sedih sungguh melihat perkara macam ni..semalam, saya berkesempatan untuk solat Maghrib dan Isyak di Masjid berhampiran rumah saya (sebab abah ajak terus pegi beli kasut badminton lepas solat tu). Untuk jemaah wanita, ade 1 saf sahaja. Tapi saya takde lah rasa ralat sangat sebab memang perempuan tidaklah digalakkan untuk solat berjemaah di masjid (betulkan jika saya silap)..
Yang menyedihkan bila saya tengok bilangan jemaah lelaki...waktu antara maghrib dan Isyak tu diisi dengan kuliah Maghrib oleh penceramah jemputan. Jadinya, tirai dibuka...so, saya boleh tengok juga laa berapa ramai jemaah lelaki yang datang ke masjid tu..pastu abah kata, dulu lagi teruk...ada 4-5 orang je yang datang...ade 1 saf je...sekarang tahan laa juga...dah ada 4 saf...Alhamdulillah~
Ini atas usaha seorang imam kat masjid tu la...Ustaz Zainuddin...dia usahakan untuk pasang aircond kat masjid supaya jemaah lebih selesa untuk bersolat...dia panggil penceramah jemputan untuk mengisi waktu yang terluang antara Maghrib dan Isyak...dia cuba buat beberapa program juga lah untuk mengimarahkan masjid tu...tapi usahanya tu ada jugak yang tentang..apalah punya busuk hati manusia...orang nak mengimarahkan masjid, dia halang pulak..orang ni adalah bendahari masjid tu...Ustaz ni nak minta peruntukan la untuk bayar upah penceramah dan buat program2 lain...tapi si bendahari ni tak nak bagi duit..tak nak sign cek...siap buat aduan kat tengku puan pasal aktiviti ustaz ni...padahal, sebelum ni orang datang masjid tak ramai...kutipan tabung masjid pon RM300-400 je seminggu..lepas ustaz buat macam2 aktiviti di masjid, pengunjung masjid bertambah...kutipan tabung masjid juga meningkat ke RM3000-4000 sebulan...sedih ada manusia yang macam ni..entah apa yang ada dalam fikiran dia...sungguh laa dunia dah hampir ke penghujungnya....
Isu 2:
ni pasal perkembangan dan kemajuan ekonomi...beberapa malam lepas, saya pergi Berjaya Megamall...sebuah mall dekat Kuantan ni..tapi sekarang ia dah tak berjaya seperti namanya lagi..mall ni macam dah mati..takde orang sangat yang datang ke sini...kedai2 juga banyak yang dah ditutup (bukan sebab waktu perniagaan dah tamat ye)...barangkali dah takde tarikan menyebabkan orang tak nak berkunjung ke megamall tu..
ya lah..Kuantan ni takde ramai orang pon...bila naik East Coast Mall tu, tenggelam terus Megamall...saya tak faham kenapa kebanyakan perniagaan berpusat dekat Kuala Lumpur...apa salahnya beroperasi dekat negeri-negeri lain..contohnya macam bisnes2 IT dan perkhidmatan-perkhidmatan lain...cubalah distribute ke negeri-negeri lain...bangunkan negeri lain...barulah KL tu tak sesak..kat Kuantan ni, berapa orang sangat lah penduduk (kakitangan kerajaan dan keluarga) pastu orang yang bisnes2 persendirian ni..hurmm..dan ade jugak laa yang lain macam pekerja bank or perkhidmatan lain..tapi seryesly tak ramai...macam mana saya nak cakap ye? tapi rasanya memang tak berkembang langsung lah...untuk jadi tarikan pelancong pon...hurmmm...tak menarik je saya tengok Kuantan ni...err..kerajaan negeri tolonglah buat sesuatu...
ok lah...nak membebel pon takde idea nak kembangkan...tapi dua2 isu ni memang sangat menyedihkan...so, sampai sini aje lah ye...nak solat asar pulak...pastu nak pegi jogging...
wassalam.
No comments:
Post a Comment