Ayuh bangkitkan generasi Al-Quran...insyaAllah~ :)

Rabu, 13 April 2011.
11:11 a.m.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana DIA masih mengizinkan saya untuk bernafas, hidup dan berupaya untuk menggerakkan anggota-anggota badan saya pada hari ini. Semoga setiap yang saya lakukan hari ini menjadi amalan yang dimakbulNya.

Mungkin tak ramai yang mengikuti, melewati atau menyinggah di blog saya ini. Tapi saya berharap..andai ada yang sudi singgah, semoga persinggahan anda pada kali ini mendapat sesuatu yang bermanfaat. InsyaAllah. :)

Kali ini saya ingin mengajak rakan-rakan, sahabat-sahabat dan saudara saudari untuk mengenal, mendekati, memahami dan menghayati ayat-ayat Allah. Beberapa hari kebelakangan ini, saya punya waktu yang terluang. Sempatlah kiranya saya membuat sedikit pembacaan terjemahan/tafsir beberapa surah dalam Al-Quran kitabullah. hurmm..mungkin saya tak mengaji dalam bahasa Arab..bukan sebab saya tak pandai baca or tak pandai ngaji..tapi saya cuba untuk faham ayat-ayat Allah. Peringatan-peringatan yang telah DIA berikan.

Subhanallah. Maha Suci Allah.

DIA telah menciptakan sekalian makhluk untuk mengabdikan diri kepadaNya. DIA mengangkat manusia sebagai makhluk terbaik ciptaanNya dan umat Islam sebagai umat terbaik di sisiNya. Allah kurniakan akal kepada manusia untuk kita berfikir tentangNya, tentang bukti kekuasaanNya, tentang bukti kewujudanNya. Allah itu Maha Penyayang. Nikmat yang diberi pada kita tak pernah putus. DIA juga utuskan kita nabi-nabi dan rasul-rasul untuk beri peringatan tentang amal kebaikan yang perlu kita lakukan untuk mendapat redhaNya.

Merenung semula keadaan dunia pada hari ini, saya tersedar. Betapa selama ini saya banyak berdosa. Saya mengaku beragama Islam. Tapi adakah saya beriman dengan sebenar-benar iman? saya mengaku beriman kepada Allah, Rasul, Malaikat, Kitabullah, Hari Akhirat, Qada dan Qadar tapi adakah selama ini saya benar-benar bertindak sebagai orang yang beriman?
Selama ini iman saya tu nipis sangat rasanya. Saya mengaku Allah tu Tuhan tapi saya tak ikut sangat apa yang DIA suruh. Saya mengaji, baca ayat-ayat peringatan tapi sekadar baca dan tak cuba fahami.
Astaghfirullahalazim..

Bila saya mendekati Al-Quran..cuba fahaminya..saya jadi sedih..selama ni saya lalai dan termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi. Ya Allah, ruginya saya..tak tau macam mana sedih sangat rasa. Tak tau macam mana nak tebus semula masa-masa dulu yang saya dah sia-siakan. Kalau nak disenaraikan, memang tak terhitung rasanya perbuatan sia-sia saya. Paling banyak sekali, tido lah..kate sorang teman, "tua dengan tido."
Astaghfirullahalazim..

menyesal sangat. tapi sesal dulu pendapatan, sesal kemudian takde gunanya. hurmm...apa yang sudah berlaku tu, kita tak dapatlah nak balik semula ke masa dulu untuk ubah balik. perkara yang sudah tu, sudah lah..yang penting sekarang kita baiki kesilapan-kesilapan dulu tu. berusaha, cuba untuk perbaiki diri, tambahkan amalan dan buat persediaan untuk hari akhirat kelak. masa kita dah tak panjang. kiamat makin dekat. kalaupun bukan masa kiamat, ajal Allah tu pon hampir jugak dengan kita. sampai masa ajal menjemput, kita dah tak boleh nak buat apa dah. dah tak boleh nak beramal dah. sebab jasad kita dah mati. saat tu, apa lah bekalan kita untuk dihisab waktu menghadap Allah nanti?

oh ya...macam lari dari tajuk pulak yek? mengenai Al-Quran..ada macam-macam panduan hidup dalam Al-Quran ni. Kalau kita baca tafsir tu, fahami dan ikut, insyaAllah hidup kita berada dalam landasan yang betul. seronok tau baca Al-Quran..baca dengan sebenar-benar baca laa..maksud saya, faham maksud dia sekali.

Al-Quran tu memang mukjizat yang agung, yang indah. Allah ceritakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. kisah-kisah nabi dan umat terdahulu. Allah ceritakan kejadian kita (manusia). Allah beri peringatan tentang kekuasaanNya, syurga dan nerakaNya, ganjaran-ganjaran untuk mukmin yang beramal soleh dan balasan-balasan azab untuk orang yang menyekutukanNya, tak beriman padaNya dan tak taat perintahNya. Dalam Al-Quran juga Allah beri panduan cara-cara beribadah. Macam-macam ada lah..

hurmm...mungkin alasan orang hari ini, takde masa. banyak kerja. sibuk. tapi saya minta, kalau boleh, luangkan sikit je...sikit je masa untuk selami Al-Quran. tengok balik terjemahan kalau kita tak faham bahasa arab. muhasabah dan bandingkan dengan cara hidup kita sekarang, adakah kita berada dalam landasan yang diredhai Allah. cuba perbaiki dan tanamkan dalam hati kita ni yang kita ni hamba Allah yang dhaif. semua yang kita peroleh kat dunia ni semuanya atas nikmat yang Allah beri pada kita. semua yang kita ada ni semua atas sifat kasih Allah pada hamba-hambaNya. maka kita kena lah taat pada perintahNya dan cintakan DIA lebih daripada apa pun kat dunia ni sebab dunia ni pun sementara jek..kat padang mahsyar nanti satu ape pon kat dunia ni kita tak kenal dah...

ok lah. sampai sini sahaja untuk kali ni. apa yang baik itu segalanya dari Allah s.w.t. dan ape yang tak baik itu atas kelemahan saya sendiri.

Wallahualam.

Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhankamu, dan penawar bagi penyakit dalam dada kamu, dan hidayah petunjuk (untuk keselamatan), serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

( Surah Yunus: Ayat 57)

No comments: