Khamis, 28 April 2011.
9:19 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.
Bosan pulak malam ni. Tak tau nak buat apa. Saya jenguk facebook. Page Imam Muda.
Ya..Imam Muda musim ke-2 dah start. Ermm...si dia itu tak dak rezeki pulak nak masuk Imam Muda kali ni. Takpe! Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..(in case kalau 'si dia' itu baca la..tapi tak mungkin rasanya..hehe)
Okeh..apa yang menarik hati saya untuk menulis pasal Imam Muda (IM) ni? Takde apa la sangat pun. Tak dapat nak tengok lagi karakter sebenar diorang tu. Kapsul IM pon tak sampai 5 minit. Yang saya nak cerita kali ni..hurmm...bila tengok gambar asrama IM...huuu~
Teringat zaman-zaman blaja buat degree dulu..duduk hostel..
waaa..memang teringat zaman belajar kat UKM dululah! wuwuwuuuu~
seronok...saat-saat remaja yang terindah tak bisa terulang..cam lagu Melly Goeslow.
Tapi zaman kat UKM ni lah zaman paling sesat dalam idop saya. sila amik iktibar.. T-T
Itu lah..tertipu dengan keindahan dunia. Terpedaya ngan hasutan syaitan. Sesat!
Hakikatnya jalan ke syurga itu memang tidak indah dan banyak dugaan. Hanya orang yang beriman, bertaqwa dan tawadduk sahaja yang dapat merasai kemanisan dalam kepahitan.
Saya sedang berusaha kembali ke jalan yang lurus sesudah sesat.
Semuanya atas ketentuan DIA yang Maha Kuasa juga..saya redha dan semakin memahami takdir dan ketentuanNya. Hari ini, saya lebih bersyukur dengan apa yang saya perolehi walau tidak segah mana.
Semoga Allah tetapkan hati ini untuk terus mengingati dan taat padaNya...amiin~
Sekian saja dari saya untuk kali ni.
Wassalam.
'Saya harap IM ni semua nanti tak kene culture shocked lepas abes rancangan ni. Diorang ni dah nak jadi macam artis dah pulak. Diharapkan IM semua tetapkan nawaitu untuk berdakwah ke jalan Allah dan bukan nak raih populariti..Wallahualam.'
No comments:
Post a Comment