Jumaat, 24 Jun 2011.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.
12:50 tengah hari.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
haha. hari ni ade orang kate saya jumud. apa jumud ni ye? jom kite cek maksud dia.
saya dapat tafsiran jumud ni dari 1 blog. dia mengatakan bahawa Jumud adalah sempit, fanatik tak bertempat, bagai Abu Lahab dan Abu Jahal, pemuda Quraisy yang ketakutan apabila wahyu Tuhan turun melalui kata-kata Nabi Muhamad SAW menafikan 'tuhan-tuhan' mereka.
tafsiran daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu pulak menyatakan maksud jumud ialah beku, kaku, kolot
dan satu lagi yang saya dapat daripada 1 blog lain. Perkataan jumud berasal daripada perkataan "jamad" yang bermaksud benda keras yang tidak bernyawa. Dari segi istilahnya, jumud boleh diertikan dengan berotak beku, sempit, pemikiran masih dijajah atau sebagainya. Dalam Islam, jumud dapat dikaitkan dengan satu bentuk pemikiran yang tidak terbuka menerima sesuatu perubahan yang diizinkan syarak.
baiklah. saya ade terfikir nak buat satu siri penulisan yg mengutarakan pandangan-pandangan saya mengenai permasalahan yang berlaku dalam masyarakat pada hari ni. sebelum saya memulakan semuanya, terlebih dahulu saya nak katakan bahawa, saya sama sekali TIDAK MENOLAK PERKEMBANGAN TEKNOLOGI. tetapi saya mempersoalkan sejauh mana perkembangan teknologi dan inovasi-inovasi peralatan masa kini digunakan untuk memimpin atau mendidik manusia menjadi seorang hamba Allah yang lengkap. yang tahu bersyukur. yang tahu bersederhana dalam kehidupan. yang tahu erti berserah diri dan hanya bergantung hidup pada Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Kuasa. yang menghargai perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. bermati-matian menyampaikan Islam yang syumul. yang benar-benar menjalankan kehidupan bersyariat. yang menerima Islam secara keseluruhannya bagi mewujudkan dunia yang aman dan tenang melalui pimpinan Ar-Rahman. bukan mencari dalil dari Al-Quran dan Hadis bagi menegakkan benang yang basah atau membolehkan sesuatu yang dilarang Allah (diputar belit untuk kesenangan diri sendiri).
saya tidak meminta atau mengharapkan pembaca menerima dan menelan bulat-bulat pendapat saya kerana ini hanyalah pendapat saya semata-mata. Saya sendiri sebagai insan, memang banyak melakukan kesilapan dan masih dalam proses pembelajaran (tuntut ilmu hingga ke liang lahad, non-stop), mencari kebenaran dan hakikat keindahan Islam yang syumul. Ada yang menyatakan, membaca tulisan di blog saya, terasa seperti ada yang memerlukan bimbingan. Ya. Saya mengaku saya perlukan bimbingan untuk melihat dan menerima kebenaran. Saya tidak mengaku dan tidak mahu mengaku saya tahu segalanya dan menjadi seorang yang bodoh sombong. Bodoh tak mahu belajar, cerdik tak mahu diajar. Memaksa orang menerima semua kata-kata saya. Tidak. Bukan ini tujuan saya. Tujuan saya menulis perkara-perkara macam ni supaya apa fahaman saya yang salah, ada orang nak betulkan dan pendapat saya yang baik, dapat dikongsikan dengan orang lain dan saya dapat sesuatu ilmu yang baru. :)
(tapi agaknye ramai tak yang berminat nak berfikir dan berdiskusi masalah-masalah camni?)
Semoga kita yang mencari kebenaran dan hak itu mendapat petunjuk, hidayah dan pimpinan dari Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang ke jalan yang benar dan diredhai olehNya.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment