Melayu, Cina, India...kita serupa...makhluk Tuhan Yang Maha Esa

Jumaat, 17 Jun 2011.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.
10:54 a.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Kalau saya cadangkan biar orang Cina/India yang mentadbir Malaysia, agaknya mesti ramai yang kutuk dan maki hamun. ya tak?

Saya bukan lah nak cadangkan sebarang Cina/India untuk jadi pentadbir negara. Saya cadangkan orang Cina atau India Muslim yang pegang pemerintahan Malaysia ni. Ada sesiapa rasa panas hati bila baca ni?

Kadang-kadang saya tengok orang Cina/India ni lebih beriman daripada orang Melayu yang sejak-sejak lahir lagi dah Islam. Diorang faham konsep dan tindakan orang yang beriman tu macam mana. Perpaduan yang perlu ada pada ummah tu macam mana, yang ni pon diorang lebih baik dari kita, orang Melayu. Pelik tak kenapa orang Melayu yang dikatakan Islam ni tak maju-maju? Mundur duk setakat tu je. Tak kisah la kalau pasal miskin kaya tu. Soal rezeki memang Allah s.w.t. dah tentukan bahagian masing-masing (tapi atas usaha diri sendiri juga laa). Tapi pemikiran orang Melayu ni pon ketinggalan juga yang sebenarnya jadi punca kemiskinan orang Melayu. Yang kaya makin kaya, yang miskin makin melarat.

Kita tengok peniaga Cina. Dekat dalam satu tempat tu, ada banyak kedai jual barangan yang sama. Tapi semua boleh survive. Macam mana pulak kalau orang Melayu? PHD dia lebih dari orang lain. Tak boleh tengok orang lebih sikit atau tak boleh ada orang jual benda sama dengan yang dia jual. Mula la dapat warning. Lepas dah warning, kalau duk gitu jugak, ada la yang dapat sakit. Santau sana. Santau sini. Ini ke yang dikatakan beriman? yang layak dipanggil orang Islam?

Lagi. pelik tak kenapa orang Melayu ramai yang miskin sedangkan Raja ada berapa belas dah. Melayu pulak semuanya. Pastu yang pegang pentadbiran negara ni orang Melayu jugak. Saya sangat musykil dengan hak ketuanan Melayu ni. Apa sebenarnya hak ketuanan Melayu ni? kelihatannya seperti penindasan terhadap orang Melayu sendiri je.

Entah apa-apa laa. dah tu sekarang ni kat Kuantan heboh pasal Lynas nak wat projek yang akan bebaskan radioaktif. Mane pegi yang pentadbir dan raja ni? kata rakyat didahulukan? ni rakyat ramai pakat bantah, tapi kenapa tak nak stop projek tu? ke duit dah masuk poket sendiri? ke dah masuk perut? kat Edisi Siasat Mandarin yang disiarkan kat ntv7, saya tengok orang Cina memang berusaha gigih buat bantahan supaya loji rare-earth plant ni tak beroperasi dan supaya Lynas keluar dari Malaysia. Siap cakap "Kami nak Lynas keluar dari Malaysia sebelum 31 Ogos ni sebab 31 Ogos adalah tarikh kemerdekaan Malaysia!"..tapi yang bodoh sangat, kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu ni bagi kebenaran siap dengan 12 tahun bebas cukai lagi. pastu sibuk kata benda ni selamat. oi! tak belajar sains, jangan cakap banyak laa..kat tv pon omputeh duk buat cerita Teenage Mutan Ninja Turtle ngan Incredible Hulk sebab radiasi punya pasal. tu pon tak boleh pikir ke? kalau sungguh jadi kuat takpe la jugak. ni jadi cacat dan kasi penyakit laaaa bodoh! (alamak. saya minta maaf terkasar bahasa sikit. emo jap).

Saya memang panas hati juga kalau nak berbicara pasal perkara ni. Sibuk nak pertahankan hak istimewa/ketuanan Melayu. Macam bumi Malaysia ni orang Melayu yang punya..hey! ceruk mana dunia ni, setiap inci, setiap sudut, setiap persegi dunia ni hak milik Allah. Lepas tu yang paling menjengkelkan, orang Melayu ni macam dah claim Islam tu agama dia. Tapi ajaran Islam, perintah Allah tak nak ikut. Pastu kalau ada bangsa lain macam nak berkenal-kenalan dengan Islam, nak cuba belajar dan dekati Islam, ade pulak yang pegi marah-marah (macam Islam tu hak milik eksklusif orang Melayu)..ini memang bodoh! (ok..sorry lagi sebab keluar perkataan bodoh lagi..tapi ini hakikat)

Tolong ambil perhatian!!!

Islam bukan hanya untuk orang Melayu dan Arab sahaja. Islam itu agama yang diredhai oleh Allah, Tuhan sekalian alam dan sekalian makhluk dan wajib ke atas setiap insan yang wujud di dunia ini. Islam bukan sekadar anutan atau ad-deen. tapi Islam is the way of life. Islam itu cara hidup. cara menjalani hidup yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Tuhan yang menciptakan kita.

tapi berapa ramai yang faham ni? ramai orang Melayu duk mengutuk Cina tu kafir..India tu kafir. tapi ade awak pegi dakwah dia? bersahabat dan berhubungan baik dengan dia..kenalkan dia dengan Islam? ada?
jangan terlalu berbangga sebab kita ni orang Islam. kita sepatutnya bersyukur atas nikmat Islam yang Allah bagi pada kita. lahir-lahir je, dalam keluarga yang beragama Islam. dapat belajar pasal agama Islam. Cina, India yang tak agama Islam tu, ikut mana diorang nak belajar? dia cuma ikut tok, nenek, moyang dia yang amalkan tu sejak dulu. bukan dia yang pilih nak lahir dalam keluarga yang bukan Islam. Allah yang tentukan. ni ujian untuk diorang dan untuk kita jugak. untuk diorang, Allah bagi naluri dan akal untuk mencari Tuhan pada diorang. setakat yang dia tahu, itulah pengamalan dia. untuk kita yang tahu, kita ni sepatutnya sampaikan juga pada diorang. apa yang berlaku sekarang, subjek agama Islam kat sekolah-sekolah hanya diajar kepada pelajar-pelajar Muslim. pelajar yang bukan Muslim, belajar pendidikan moral. pastu macam yang saya kata tadi laa..kalau ada yang tanya-tanya pasal Islam ni, sama ada kena marah dengan budak Melayu ni, atau budak Melayu ni menggelabah tak tau nak jawab apa. jadi, celah mana laa diorang ni nak tahu hakikat kebenaran Islam tu?

huh..apa yang berlaku kat Malaysia ni, sebenarnya jauh lari dari kebenaran. RACISM.
kalau betul berlandaskan agama, takkan timbul cuma orang Melayu sahaja yang boleh jadi pemerintah Malaysia. kononnya Islam agama rasmi negara Malaysia. tapi sistem perundangandan pentadbiran kat Malaysia ni ade ikut hukum Allah ke? kalau tak tahu ilmu Allah ni, orang panggil jahil. silalah pegi belajar dan dapatkan nasihat alim ulama. tapi kalau dah tahu dan menolak kebenaran, tu namanya kafir.

Sekian sahaja untuk kali ni buat renungan bersama.

Wallahualam.

No comments: