Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.
11:46 p.m.
abah saya bagi saya 1 buku, suruh saya baca. tajuknya "UMNO atau PAS. Siapakah Yang Membawa Ke Neraka Menurut Al-Quran dan Hadith?"
hahahaa..malas saya nak baca sampai habis. bodoh! bodoh sangat huraian dalam buku ni.
saya bukanlah memihak pada PAS pon. dan saya memang tak sokong langsung laa UMNO lagi-lagi lepas baca buku bodoh ni.
memang kelakar giler buku ni. dia beria jugak laa kemukakan ayat dari al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tapi semua tu saya tengok berbalik semula dekat UMNO je dan menampakkan kejahilan agama penulis.
dalam buku ni, penulis menyatakan Menolak UMNO Bererti Menolak Islam. dia pon perkuatkan hujah dia dengan point seperti di bawah:
- Jasa UMNO kepada ISLAM
- Kewajiban Menjalankan Agama Menurut Kadar Kemampuan Manusia
- Kebebasan Beragama
- Hak orang kafir
- Hak ketuanan Melayu (Dalam perlembagaan Malaysia setiap orang Melayu mestilah beragama Islam dan berketurunan bangsa Melayu. Sekiranya mereka tidak beragama Islam maka mereka bukanlah orang Melayu. Oleh itu hak istimewa orang Melayu adalah hak istimewa orang Islam) hahahaa..lawak gila! kalau orang Cina or India yang convert masuk Islam tu, jadi orang Melayu jugak la? habis kenapa takde pon diorang ni yang naik jadi PM? ni memang laa tak paham kekuasaan Allah. Allah jadikan manusia dengan perbezaan warna kulit, bangsa dan agama sebagai tanda kekuasaanNya.
- Islam sebagai agama rasmi. diiktiraf sebagai negara Islam dan jadi anggota OIC. tu je huraian dia. mane pelaksanaan hukum Allah?
Pelaksanaan hukum Allah dia tolak pulak melalui hujah dia dalam point Kewajiban Menjalankan Agama Menurut Kadar Kemampuan Manusia. ni memang laa yang menunjukkan penulis tak paham agama Islam tapi sebok nak menulis dengan keluarkan ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. untuk menegakkan benang yang basah.
kepada orang yang sokong UMNO tak buat hudud atas alasan sama seperti penulis buku ni, saya nak bagitahu anda yang jahil itu bahawa hukum Allah wajib dijalankan 100% apabila Islam memang berkuasa sepenuhnya di negara itu. yang perlu dilaksanakan mengikut kemampuan tu adalah dalam amal ibadah kita kepada Allah s.w.t. sesiapa yang mampu buat amal lebih, buat lebih.
contoh: orang kaya boleh infakkan harta, sedekah pada orang miskin, zakat harta. amalan ni orang miskin tak mampu buat, jadi dia tak perlu buat.
contoh lain: sesiapa yang mampu nak solat sunat banyak-banyak, buatlah. tapi kalau rasa tak mampu, cukup sekadar melaksanakan kewajipan solat 5 waktu.
ni ade ke pulak bagi point-point kenapa tak boleh laksana hudud kat Malaysia padahal awak dah declare Islam agama rasmi, Malaysia dah diiktiraf negara Islam. point paling takleh diterima, dia kata sebab faktor luaran. kalau laksana hukum Islam, takut berlaku sekatan perdagangan oleh negara lain. takot rezeki berkurang la tu. eyh! siapa yang bagi rezeki ni? Allah ke atau orang negara lain tu?
dalam hujah dia untuk kebebasan beragama pulak, dia persoalkan kenapa PAS taknak teruskan hak ketuanan Melayu. bodoh! hak ketuanan Melayu tu bukan Islam. itu racism!
pastu ade pulak dia tulis pasal matlamat perjuangan UMNO untuk Islam. katanya tanggungjawab UMNO ialah untuk memperjuangkan orang Melayu dan juga untuk mengembalikan Tamadun Islam melalui pengekalan kuasa politik bangsa Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu...KAH KAH KAH!!! apa ni wei?
saya dah ngantuk. kalau saya rajin, nanti saya khatamkan baca buku ni dan buat review lagi. tapi untuk setakat ni, kesimpulan yang saya dapat buat adalah UMNO sebenarnya bukanlah memperjuangkan Islam tetapi memperjuangkan pengekalan kuasa bangsa Melayu. dan menafikan kuasa Allah. dan menolak hukum Allah, Tuhan Yang Maha Mencipta.
yang saya nampak ok nye, tang 1 Malaysia tu je. ajak semua orang bersatu padu tak kira bangsa. cuma masalahnye, tetap juga nak hak ketuanan Melayu tu. entah apa-apa. dan lagi masalahnye, PM ni rajin sangat join perayaan orang kafir. siap pegi batu caves masa thaipusam...hahahhaa
kalo pegi sana tu berdakwah, takpe jugak..
ok. sekian dulu.
'semoga orang UMNO dan juga penulis buku ni disedarkan dari kesesatan dan diberi hidayah oleh Allah untuk melihat dan menerima hakikat Islam serta beramal dengannya.'
No comments:
Post a Comment