Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.
3:33 p.m.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Hari ni saya nak bagi sikit kesan-kesan ibu bekerja.
Kesan kepada diri sendiri, anak & keluarga:
- sudah tentu penyusuan ibu yang sempurna (merasai hikmahnya 100%) untuk ibu yang ada anak kecik tak berjaya dilaksanakan. boleh rujuk entri saya yang sebelum2 ni untuk mengetahui apa maksud saya.
- rasa TAK BERSYUKUR dengan setakat apa yang suami/bapa boleh sediakan dapat diterapkan.
- rumah bersepah sebab isteri tak larat nak tolong kemas. penat keje. ujung minggu je kemas. tu pon kalo tak buat OT or takde kene pegi kenduri kat mane-mane laa..
- suami boleh jadi si malas atau tak bertanggungjawab sebab bini ada untuk tolong dia cari rezeki.
- isteri nusyuz. sebab dia duk ungkit-ungkit dia yang banyak kuwa duit untuk beli itu ini support keluarga. MasyaAllah!
- anak derhaka. anak-anak kurang perhatian dan kasih sayang dari mak bapak.
- perasaan cintakan dunia dan melupai akhirat dapat disuburkan dalam keluarga. dah nak duit sangat sampai bini pon kene kuwa keje..apahal?
Kesan kepada masyarakat:
- masyarakat bertambah ahli untuk buat dosa mengumpat (pompuan kan memang takde keje lain..mulut potpet2 tak henti2.)
- bertambah penyumbang untuk orang lain buat maksiat mata (kebanyakan pompuan tak tutup aurat dengan sempurna bila keluar rumah. saya tak kate SEMUA pompuan. saya kata KEBANYAKAN. so, sape yg tak buat, jangan terasa untuk point ni)
- bertambah ramai orang jadi penzina secara tidak disedari (pompuan sembur perfume menusuk qalbu bila keluar rumah)
- rumah tangga berantakan sebab bini dah berkenan pulak ngan laki lain kat tempat keje. laki lain tu pulaknye suami orang. dah dua rumah tangga berantakan. (bagi kesan negatif pada anak-anak juga bila pasangan bercerai)
- harga barang makin naik. sebab bila kerajaan naikkan harga barang, korang tetap akan beli jugak. suh bini keje lagi kuat supaya boleh claim OT, dapat duit lebih. boleh beli barang. masyarakat kecoh kerajaan tak adil bla bla bla..helo! korang yang menzalimi diri sendiri! tak cukup kalau baju setakat 4 or 5 helai sahaja..baju dah penuh nak melimpah2 almari pon, kata takde baju??? hairaaaannnn!~
- harga minyak makin naik. sebabnya sama seperti di atas. kerajaan naikkan harga pon, orang tetap isi minyak jugaaaakkkk~
- harga kereta mahal. sebabnya samalah juga. siap beli 2 kete pulak tu..haha
- gejala soooo-sial makin menular sebab mak bapak tak amik tau pasal anak-anak. sibuk sangat kerja.
- mak ayah bergaduh ngan cikgu-cikgu dalam mesyuarat PIBG sebab bila anak ade problem, kejenye nak salahkan cikgu je laaa...
- masyarakat tak bersatu. asyik menyalahkan sana-sini. rakyat salahkan pemerintah. parti tu salahkan parti ni. bergaduh je laa kejenye..
- kesan paling utama, masyarakat tak dapat redha Allah laa dah masyarakat kucar-lanar camni. ramai lah yang menderita. perintah Allah tak nak ikot~
kesan kepada alam sekitar:
- sampah makin banyak. dah hari ni orang pakai diaper jek. kalo hantar kat nanny ngan napkin, mahu kena carut ngan nanny tu..ye tak?
- sampah makin banyak gak disebabkan oleh tin-tin susu formula bayi.
- dunia makin busuk sebab sampah yang semakin banyak tak dapat diuruskan.
- sumber alam seperti besi dan timah semakin berkurang sebab nak buat tin isi susu formula bayi. lagi satu sebab nak buat kereta.
- pencemaran udara makin tinggi sebab isteri keje tempat lain, suami keje tempat lain. pastu kene naik dua kete berasingan sebab ofis tak sehaluan. (boleh juga menyumbang kepada point harga minyak makin naik kat atas tu)
ok lah..fikirlah sendiri kesan lain. tu pon kalo nak berfikir la. kalo orang pompuan yang nak jugak tegakkan dia kene keje untuk bantu suami cari rezeki, memang taknak pikir laa pon.
mesti akan cakap untuk biaya sekolah anak-anak bla bla bla..
soalan saya: ehh..awak tak reti baca, tak reti kira ke untuk ajar sendiri anak?
lagi satu hal lah kan..mak bapak hari ni sumenye cakap nak yang terbaik untuk anak-anak. nak bagi the best education for their kids. hantar gi sekolah. hantar skolah bagus2, masuk U. suh buat diploma, degree, master, PHD. cube tanye, ramai tak mak bapak yg check bacaan Al-Fatihah anak2. makhraj & tajwidnye betul ke tak..rukun solat ni...ohh..mak bapak sendiri bacaan macam mana ek?
dan soalan saya: adakah dengan ade diploma, degree, master PHD ni bleh menjamin kesenangan kat akhirat nanti?
tak paham lah..kenapa nak sediakan atau buat persiapan untuk anak-anak jadi hamba manusia? tolonglah..saya menyeru diri saya sendiri (walaupun saya tak kawen lagi dan takde anak lagi) dan ibu bapa serta bakal-bakal ibu bapa yang sudi baca post saya ni..siapkanlah anak-anak jadi hamba Allah yang baik..yang dapat mendoakan kita bila kita dah takde kat dunia. dan memperjuangkan kebenaran Islam yang syumul.
sekian dulu untuk waktu ni.
Wallahualam.
'jadikan anak sebagai penternak atau petani tu lebih baik daripada jadikan dia engineer apatah lagi penyanyi AF..huhu'
2 comments:
engineer tu ok la sket berbanding jadi penyanyi! menimbulkan penyakit hati yg bertimbun2
err..maaf ye saudari..sy dah bagi sakit hati ya?
hmm..betul juga. jadi engineer bagus juga kalo dia adalah mukmin yg engineer. :)
Post a Comment