Jom makan McD!~ Part II

Isnin, 30 Mei 2011
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.
9:44 p.m.

AMARAN: Cerita ini tiada kaitan dengan mana-mana individu secara spesifik sama ada yg masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Cerita ini hanyalah rekaan penulis semata-mata dan jika terdapat kebetulan pada mana-mana individu, penulis terlebih dahulu memohon sejuta kemaafan. tapi sila amik iktibar juga.
C memang seorang pekerja yang berdedikasi. Sungguh khusyuk dia menaip di komputer kerja-kerja yang diarahkan pengurusnya walaupun hari itu adalah hari minggu yang sepatutnya orang duduk beristirehat. C sanggup berkerja lebih masa di hujung minggu untuk menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberi. Jam telahpun menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Akhirnya tugasan yang perlu disiapkan oleh C berjaya juga diselesaikan. C yang kepenatan otak setelah sejak tadi menghadap kerjanya, bercadang untuk merehatkan minda dengan menjenguk fesbuk.
tak ada yang menarik di homepage C. C scroll lagi ke bawah untuk tengok older post. tiba-tiba mata C menangkap sebaris ayat yang di post sebagai status oleh sahabatnya. Ayat tersebut berbunyi begini:

"Salam,rakan2 sekalian dimohon utk : Buka komputer/laptop anda pada Local Disk (C) Program Files \ Microsoft Office \ MEDIA \ CAGCAT10 , cari gambar bernama J0285926.Anda akan temukan gambar Lambang/bendera zionis Israel lengkap (persis dgn warna aslinya) dgn lilin (sarana ibadah mereka). Sebaiknya korang delete! Gambar tersebut ada di seluruh dunia. SEBARKAN SEMAMPUNYA."

C jadi berdebar-debar. dia pon berusaha check address yang diberi tadi dekat komputernya. nyata memang ada gambar yang dikatakan tu. pastu C pon dengan segera mendelete gambar tersebut. status sahabatnya tadi dicopy paste dan dijadikan statusnya pulak. lega hati C dapat sebarkan info berguna tu. rasa macam dah berbakti besar je..

tiba-tiba telefon bimbit C berbunyi menandakan sms masuk. henpon dicapai, dan beberapa kekunci ditekan. sms dibaca. rupanya dari boifren C. boifren C ajak C pegi dating kat MidValley. C dengan tidak teragak-agak balas sms tu menyatakan persetujuannya. dipendekkan cerita, dua orang makhluk ni pon berdatingan lah dekat MidValley. boifren C ajak dia tengok wayang citer kungfu Panda II. C pon ok jek..tapi nak makan dulu. pas dah beli tiket, memang ada sikit masa lebih. so, tempat makan yang dekat skali dengan cinema dan agak murah adalah McD! waktu tu masih ada lagi untuk lunch hour punya harga..bantai lah~

dua-dua orang ni pon makan McD..

habis makan McD, nak tengok wayang tu, C pegi beli popcorn dan air coke untuk kudap-kudapan. sekian dulu cerita C.

-------------------------------------------------------------------------------

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

ok..takde idea sebenarnya tapi gatal juga nak menulis. cerita ni lebih kurang je ngan post yang sebelum nih..tujuannya sama. nak suruh anda-anda ni berfikir, apalah matlamat sebenarnya post status macam tu? kalau ya pon, biarlah setiap tindakan tu berkesinambungan, berkelangsungan. ni apa? ape matlamat sebenar pos status tu? nak perangi Israel? tapi menyokong produk zionist...makan McD 1 hal. beli air coke 1 hal. tengok wayang citer Disney 1 hal. pastu berdating pulak (haram ni). jadi, adakah matlamat memerangi Israel itu tercapai? kalau nak perang ngan Israel, bebaskan diri dari penjajahan minda dulu yek..

kalau sesiapa yang tak paham ngan penulisan ni, sila rujuk entri yang sebelum ni.

Allah berikan kita akal untuk berfikir. bukan untuk ikut je apa yang orang cakap. buat tindakan membuta tuli tak ada hala tuju dan matlamat yang jelas. renung-renungkan. Wallahualam.

No comments: