Dunia Fantasi

Isnin, 23 Mei 2011.
3:28 p.m.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Semalam otak saya disogokkan dengan video-video dokumentari The Arrivals yang dikatakan membongkar muslihat Dajjal dan ejen-ejennya. Mungkin kita tak boleh 100% percaya pada apa yang disampaikan oleh pembikin dokumentari tu. Tapi kebanyakan yang disampaikan tu boleh kita jadikan iktibar supaya kita jaga batas-batas perlakuan kita sebagai hamba Allah.

Sesungguhnya perkara-perkara ghaib macam bila berlakunya hari kiamat, ketibaan Dajjal, kebangkitan Imam Mahadi dan turunnya Nabi Isa a.s. untuk menyelamatkan umat manusia hanyalah dalam pengetahuan Allah. Tapi melalui dokumentari The Arrivals ni, boleh kita amik iktibar supaya tidak terjerumus ke dalam rancangan jahat syaitan yang merupakan musuh manusia yang nyata.

The Arrivals ada menceritakan penguasaan minda yang mereka lakukan pada kita. Jika difikirkan, ini betul. Berapa ramai antara kita yang leka dengan rancangan-rancangan tv? leka dengan filem-filem di pawagam? leka dengan muzik? saya sendiri tak boleh nak tipu diri sendiri yang saya juga pernah leka, boleh leka dan akan terus leka kalau duk mengadap tv. Sekian lama (tak lama sangat, sebulan lebih or 2 bulan je) saya tak layan drama or apa-apa cerita kat tv, tahan diri dari tengok tv, tengok tv pon rancangan Islamik je..sabtu baru ni tetibe adik saya buka cerita hindustan. ape jadi? lewat solat zohor saya! astaghfirullahalaziim.
Ini bukti yang nyata bagi orang yang mahu berfikir. Kuasa jahat mengawal minda kita dari cara yang kita tak sedar. kalau nak kata, sebenarnya memang banyak lagi keburukan daripada tv ni. Kita tengok dan dengar benda-benda haram, tapi kita tak rasa itu sesuatu yang salah. Sedangkan firman Allah s.w.t. melalui surah An-Nur ayat 30 dan 31, Allah suruh lelaki dan wanita beriman supaya jaga pandangan daripada memandang yang haram. Siaran tv dengan berleluasanya menyajikan benda-benda yang haram pada pandangan kita sedang kita tak sedar bahawa itu merupakan dosa dan kita menghalalkannya. Belum kira yang tengok porno lagi tu. Pastu mula duk berangan macam-macam. astaghfirullahalaziim.

Melalui tv, internet, radio dan media cetak, kita ditarik untuk hidup di alam fantasi. Terpesona dengan keindahan dunia. Lalai dan leka dengan keseronokan dunia sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah yang sepatutnya mengingatiNya sepanjang masa, patuh dan taat pada perintah-perintahNya dan meninggalkan apa yang Dia larang. Pernah tak anda terfikir kelogikan apa yang saya sampaikan ni? Melalui media-media ni semua, kita (orang perempuan) belajar tentang fesyen dan trend yang dikagumi sebab nampak cantik dan kita pun apply sebab nak nampak cantik juga. Keluar berjalan sana-sini dengan bergaya sedangkan orang perempuan sepatutnya tidak boleh berhias diri untuk menjadi tatapan lelaki ajnabi.

Dunia hari ini juga menekan kita untuk bekerja keras. Tak tau lah nak suruh kerja keras yang macam mana jugak pun sebab harga barang-barang keperluan nak buat makan pun dah makin mahal. Ramai hari ni yang tak cukup-cukup dengan duit yang ada walaupun gaji besar, beribu-ribu sebulan. Sebab apa? Sebab tak berjaya kawal nafsu. Berbelanja mengikut kehendak, bukan keperluan. Rasa nak makan McD, KFC, Kenny Rogers, A&W, Pizza, Secret Recipe dan macam-macam lagilah. Sedangkan kalau tak makan benda-benda tu, bukan boleh mati pon. Dah tu, bila makan tu kita tak sedar pun sebenarnya banyak pulak benda-benda yang haram dia bubuh dalam makanan tu. Berdosa lagi.
Hmm...belum campur lagi ngan perasaan membuak-buak nak beli baju lawa-lawa, seluar jeans ketat, shawl yang trendy, kasut, barang mekap, perfume, handbag dan macam-macam lagi lah. haram belaka..
kalo orang laki pulak, ikut lain pulak belanjanya. saya pon tak tau sangat lah sebab saya bukan orang laki. tu yang jadi duit tak cukup-cukup tu. nak bagi kat mak ayah tak lepas. nak menyimpan pun, berape sen je sebulan.

pasal duit ni pun, kita tengok ramai orang tak kawen-kawen lagi dengan alasan duit tak cukup lagi. Saya pun belum kawen jugak. tapi alasan saya bukan tak cukup duit. jodoh saya belum sampai je lagi. nanti saya cuba mintak abah saya gi risik/pinang lelaki soleh. ada jodoh, kawen je terus. duit saya pun bukan lah banyak. takde pun RM15K. Tapi rasanya insyaAllah cukup kalau nak jamu orang makan. kenapa orang duk kata tak cukup duit lagi, duit takde nak kawen? sebab hari ni orang kita kawen, mak aih! berlebihan sungguh. ya laa...kawen sekali je...nak laa pakai lawa-lawa (kena sewa baju ratus2 hengget kat andam). mekap comey-comey (upah andam or mekap artis mahal2.yg murah mekapnye tak comey). pelamin grand (sewa ngan andam beribu hengget). hantaran 13 dulang (ni tah berapa ribu pulak habis dengan nak beli baju, kasut, perfume etc.). duit mas kahwin kene banyak (tak main laa sikit-sikit. hari ni orang bagi paling kokaq pon RM10K).photographer lagi (oOopppsss! ni keje saya..?? rase nak brenti gak ni).pastu dj lagi. nak hias bilik pengantin lagi. MasyaAllah! banyak tak pembaziran? Hanya untuk satu hari sahaja..lepas tu kita kena hidup dengan kerja keras untuk kumpul duit semula. Ya laa...nanti Allah bagi rezeki dapat anak, nak bagi anak makan, pakai, pendidikan dia lagi. nak beli rumah lagi.
hmmm...apa lah salahnya bersederhana je? kalau kaya, ada duit, takde masalah. ikut la suka hati la nak buat kenduri macam mana sekalipun. panggil la anak-anak yatim dari 2-3 buah rumah pon, dapat gak pahala.

ok lah. saya dah penat. lain kali saya update lagi lah. terima kasih buat yang sudi baca. semoga apa yang saya sampaikan meresap masuk ke dalam hati sanubari saudara/saudari yang baca dan ambil tindakan segera. jangan kita terus koya, lalai, leka dalam keseronokan dunia yang nyatanya hanyalah untuk menjauhkan kita dari Al-Khaliq. Dan jangan kita terjerumus dalam lembah kehinaan. Bertaubatlah kepada Allah dan minta perlindungan daripada Dia sentiasa. Sesungguhnya daripada Allah kita datang, dan kepadaNya jua kita akan kembali. Dunia ini hanya ujian untuk kita, untuk Dia lihat siapa yang lebih baik amalnya.

Wallahualam.

No comments: