4:03 p.m.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.
Saya tak punya idea untuk menulis panjang pada petang ini. Cuma sejenak saya terfikir, bagaimana masa depan saya dan keluarga jika terus hidup di sini, di tanah ini, di bumi Malaysia ini. Dengan pemimpin / pentadbir yang tidak adil, yang "melaksanakan tugas" hanya untuk memuaskan kepentingan peribadi dan kroni-kroninya.
Bukti? Paling dekat dengan saya adalah projek Lynas. Melibatkan radioaktif tuuuu...tapi entah laa kenapa kerajaan pegi terima projek tu. Tak selidik dulu ke apa? Nampak duit je, sapu terus. Ya lah..nak bayar hutang, kerajaan dah takde duit. Keje asyik 'kipas' $u!+@n jek kannn...entah ape yang dia dapat buat gitu pon, tak tau laa..
Pastu pulak tetibe nak ade akaun email 1M? apakah????
Dengar-dengarnya berbayar pulak tu..tak paham sungguh laa..padahal banyak je email free kat internet ni..yahoo! Mail yang saya pakai dah dekat seupuluh tahun tu, tak pernah pulak nak kena bayar..buat gmail pon takde kene bayar jugak..
kalau berterusan sikap pemimpin macam ni, memang makin lama makin terasa laa kesempitan hidup kita sebagai rakyat sedangkan golongan diorang syok je duduk dalam rumah besar, pegi sana-sini duduk dalam suite mewah sedangkan rakyat yang miskin, tak berumah, rumah macam reban ayam punya lah banyak..
Lagi...kos untuk pendidikan punya lah tinggi. Keluar-keluar universiti je dah menanggung hutang puluhan ribu..peluang pekerjaan pon tak sebanyak mana. Nak wujudkan rakyat yang berdaya saing? Entah lah nak suruh bersaing yang macam mana lagi dengan peluang yang terbatas..
hurmm...tunggu pilihan raya, buatlah pilihan yang tepat? Sekalipun kita dah buat pilihan kita, adakah pihak mereka itu telus dalam proses menentukan kemenangan?
Hurmm..takpe. Allah itu Maha Adil. Allah itu Maha Pemurah. Cukuplah Dia sebagai Pelindung. Cukuplah asal saya dapat merasa setitis nikmatNya di bumi ni..Alhamdulillah.
Semoga saya dan keluarga sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah. Semoga kami dilindungi dan dijauhi dari penindasan golongan-golongan yang zalim. Kalau rasa tak tahan sangat dah nanti kita berhijrah je ke negara lain..bumi Allah ni kan luas..hehe~ :)
"Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira."
(Surah Az-Zumar: Ayat 10)
Saya harap pucuk pimpinan kerajaan sekarang bertaubatlah dan segera kembali menjadi hamba Allah yang taat dan pemimpin yang adil. Jadikan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan. Semoga diberi petunjuk dan hidayat olehNya, Rabbul 'Alamin. Tiada apa yang dikejar di dunia ini akan kekal. Hanya akhirat yang kekal abadi. Beramallah, melaburlah untuk saham akhirat. Semoga kita mendapat pengakhiran yang baik..insyaAllah.
Islam itu indah. Islam itu agama yang syumul. Al-Quran sebagai panduan. Rasulullah s.a.w. dan para sahabat contoh ikutan.
' Sekadar untuk berfikir: Apa guna dipanggil kemajuan dan kemodenan sekiranya pemikiran, akhlak, cara hidup dan sifat mulia kemanusiaan semakin terhakis? '
No comments:
Post a Comment