Tips Jadi KAYA! :D

Rabu, 25 Mei 2011.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.
11:50 a.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Pagi ni saya duk dengar radio IKIM.fm topik pagi "20,000 PENJAWAT AWAM MISKIN" Bagaimana hendak meneruskan kelangsungan hidup?"
Sambil tu saya komen laa bagi suggestion kat facebook Warna Pagi IKIM.fm tu. Pastu baca komen orang lain. MasyaAllah. Sedih! Sedih sangat baca. Rata-ratanya berkeluh pasal gaji yang sikit, harga barang yang mahal, suruh kerajaan kaji skim gaji lah dan macam-macam lagi. Paling menyedihkan ada 1 cikgu ni bagi komen macam ni :

"bagi pihak guru.....byk pengirbanan yg perlu dilakukan,.....gaji yg ada digunakan bukan sahaja utk keperluan keluarga...tetapi perlu dikeluarkan untuk membuat lembaran kerja/photostat menggunkan wang pendapatan........bagi memudahkan kerja2 murid...."
"dari segi masaa pula......masa bersama keluarga (hari sabtu dan ahad) perlu digunakan untuk aktiviti sekolah...........ini membuatkan guru merasa tertekan........pendapatan???" komen dari orang yang sama.

boleh fikir tak kenapa budak-budak hari ni tak terdidik dengan baik? kesian dapat cikgu tak ikhlas macam ni.

hmm...saya takde la nak kutuk pon sebenarnya. Cuma sedih dan kesian je la bila baca kebanyakan komen kat situ.

So...apa tips kaya yang saya nak bagi tu ya? haa..baca elok-elok ya semua...semoga diamalkan dan bermanfaat. Tak susah pun caranya. Amik masa dalam 10 minit lepas solat Isyak, baca Surah Al-Waqiah. Tak panjang pun surah ni. Ada 96 ayat sahaja dan ayatnya pendek-pendek je. Fadhilat surah al-Waqiah ni, kita akan jadi kaya! :D insyaAllah~
Tapi ada syarat tambahan sikit...apa dia? bacalah tafsir ayat sekali dan cuba fahami apa yang Allah nak sampaikan pada kita. sebelum baca tu, doa pada Allah minta DIA bagi kita kefahaman dan pengajaran daripada ayat-ayatNya. InsyaAllah. Kita akan nampak jalanNya.

Bagi yang nak shortcut...saya bagi sikit hikmah surah al-Waqiah (mengikut pandangan saya yang cetek ilmu ni lah..). Kalau kita baca tafsir tu, kita akan dapati tak ada 1 ayat pun yang merupakan doa jadi kaya atau murah rezeki (sebab itu penting minta izin dengan Allah untuk fahami ayat-ayatNya sebelum baca).

Dalam ayat-ayat surah al-Waqiah ni, Allah bagitahu kita keadaan di hari akhirat nanti. Kita akan terbahagi kepada 3 golongan.
1. Puak kanan
2. Puak kiri
3. Golongan al-Muqarrabun
Allah bagi gambaran pada kita macam mana keadaan setiap puak ni pada hari akhirat. Jadi, bergantung kepada kita nak digolongkan dalam puak yang mana. Bergantung kepada diri kita nak pilih seronok hidup di dunia atau seronok hidup kat akhirat (sedangkan negeri akhirat itulah yang kekal abadi dan lebih baik). Nak tau macam mana keadaan 3 golongan ni? Bacalah! Baca sendiri. Lagi banyak pahala korang dapat melalui tengok dan baca al-Quran berbanding dengan baca apa saya taip kat sini. Kalau Allah nak bagi pahala kat saya, Alhamdulillah. Seronoknya! Tapi saya nak saudara saudari pembaca pun dapat pahala jugak bukan saya nak boloq sorang-sorang..huhu~

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)"

(Surah al-'Alaq : Ayat 1)

Allah suruh kita membaca. Ramai ustaz bagi ceramah, kata dengan ayat ni menunjukkan betapa pentingnya membaca. Orang hari ni..fuuuu...memang bagus...rajin membaca. Macam-macam buku baca...buku yang orang barat tulis pasal isu-isu global, tips uruskan kewangan, tips pengurusan diri, peningkatan kerjaya, novel, buku resepi pon baca..baguuuuusss!~
persoalannya, adakah Kitab Allah kita baca, fahami dan amalkan?

ok..dah meleret-leret dah ni. Kesimpulannya, ambil pengajaran daripada ayat-ayat Allah yakni Al-Quran. Sememangnya Al-Quran itu Allah turunkan untuk jadi panduan hidup kita sebagai makhluk, sebagai hambaNya dan sebagai khalifah di bumi. Yakin dan jangan ragu dengan apa yang Allah sampaikan. Kitab Al-Quran ni pun Allah dah jamin kesuciannya sehingga hari kiamat. Takde sape boleh seleweng macam kitab-kitab sebelumnya (taurat, zabur & injil).
Lagi satu, contohi cara kehidupan Rasulullah, ahli keluarganya dan para sahabat. Kawal nafsu kita. Berbelanja hanya yang PERLU dan MAMPU. Bukan ikut kehendak. Kalau gaji sikit, belanja cara orang gaji sikit. Pagi pegi keje bawak bekal makanan, petang terus balik duduk rumah diam-diam. Kalau lapar, masak sendiri. Kalau nak makan kat kedai pun, sekali-sekala je. Hujung minggu duduk rumah diam-diam, baca Quran. Kalau barang dapur dah takde stok, nak beli barang, barang mahal, puasa. Rasulullah dulu pun selalu puasa sunat bila isteri kata makanan dah takde (Subhanallah! Allahuakbar!). Puasa ni kan salah satu cara untuk mengawal nafsu..

kepada yang merokok pulak...henti-hentikanlah tabiat merokok tu..Rasulullah tak ngaku umat tau orang isap rokok ni...macam mana anda nak dapat syafaat baginda kat akhirat nanti kalau baginda tak ngaku anda tu umat baginda? lagipon ade riwayat kata, Rasulullah s.a.w. kata pokok tembakau tu asalnya dari kencing/tahi syaitan. masa syaitan laknatullah ni kena halau dari syurga, dia terlalu takut dengan murka Allah sampai terberak-berak/terkencing-kencing masa berlari keluar dari syurga tu. pastu najis dia ni jatuh kat bumi dan tumbuhlah pokok tembakau. maka sapa-sapa yang isap rokok atau tembakau tu, samalah dengan isap najis syaitan..nauzubillah...fikir-fikirkan

Haaa...kalaulah kita boleh amalkan benda-benda ni semua, cuba bagitau kat saya, ikut mana lagi yang duit jadi tak cukup?

Dan akhir sekali, jangan lupa doa pada Allah. Rezeki tu semua Allah yang bagi. Mintalah pada DIA agar disempurnakan keperluan kita. InsyaAllah, Allah akan bagi. Banyak atau sikit bukan masalah. Yang penting kita bersyukur. Yakinlah bahawa Allah Maha Pemurah, Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Adil. Allah tak pernah zalim. Yang zalim itu manusia. Jangan pandang kezaliman orang lain terhadap kita tapi tengoklah diri sendiri. Adakah kita adil atau zalim terhadap diri kita sendiri? Astaghfirullahalaziim... T-T

"Elehhh...poyolah Sakinah Hawa ni..cakap berapi! kata jek lebih..diri sendiri buat ke?"
mungkin ada yang kata macam ni (Astaghfirullah! tak baik bersangka buruk!)


Saya menulis bukan untuk mengutuk orang...bukan setakat nak bagi nasihat kat orang...saya menulis adalah untuk peringatan kepada diri sendiri (sebab saya selalu baca semula apa yang saya pernah tulis...bajet tak? haha! sukati saya laa..). Saya juga manusia. Manusia itu fitrahnya lupa, lemah dan khilaf. Perlu kepada peringatan ke arah kebaikan. Ini sahaja yang mampu saya buat untuk setakat waktu ini dan saya juga sentiasa minta kepada Allah supaya jadikan saya hambaNya yang taat, solehah & bersyukur.

Akhir kata, saya menyeru diri saya sendiri dan saudara saudari yang saya kasihi sekalian, jadilah seorang yang kaya jiwa dan rohani berbanding kaya dengan harta. Itu adalah lebih baik.

Yang baik itu dari Allah Al-Khaliq dan yang silap itu dari kelemahan saya sendiri sebagai makhluk.

Wallahualam.

'syukur itu bukan hanya dengan setakat menuturkan "Alhamdulillah". Tapi ia perlu lahir dari hati dan dizahirkan dengan perbuatan. perbuatan macam mana? telah dijelaskan dalam tulisan saya di atas. Semoga kita berada dalam rahmat Allah sentiasa.'

1 comment:

Si teNang said...

ya..sy faham kita akan sedih/tertekan bila org lain x bersyukur. tapi cikgu tu kena pikir laa..pelajar tu budak lagi. x capai tahap kematangan fikiran pon lagi. memang susah la nak tengok budak2 bersyukur.
sama2lah kita doa kepada Allah supaya beri kita hidayah untuk bersyukur atas setiap nikmat dan rahmat yg DIA bagi pada kita.