Apa Khabar Jodohku?

Sabtu, 27 Ogos 2011.
6:35 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

I dedicate this article for him. The one whose name must not be spoken because I never meet him yet and of course I don't know who he is..huhu~

Apa khabar jodohku?

Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?

Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.

Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.

Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku, sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.

Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.

Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.

Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku..

Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.

.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.

Jodohku..

Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.

Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.

Jodohku..

Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.

Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.

Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.

Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.

Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.

Jodohku..

Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.

Jodohku..

Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

Sumber: Artikel iLuvIslam.com

'ada orang dedicate untuk saya tak?'

Malam ini hujan lebat.

Isnin, 22 Ogos 2011.
10:55 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Hari ni dah 22 Ramadhan lah ya? Cepat betul masa berlalu. Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Ada yang dah mula menyibukkan diri buat persiapan menyambut Syawal. Tapi yang punya keimanan tinggi dan penghayatan penuh mengenai Ramadhan yang mulia ni, rasa sedih pasti menjentik hati.

Di kala 10 malam terakhir Ramadhan ni, ada yang mempertingkatkan lagi amalan dengan beriktikaf dan berqiamullail di masjid. Harapannya semoga dipertemukan oleh Allah dengan Lailatul Qadar (bukan wanita bernama Laila anak Tok Qadar). Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam di mana kitab suratan kita diganti.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab (Al-Quran) ini pada malam al-Qadr. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
{Surah al-Qadr 97}

Saya tak punya ilmu agama yang tinggi mahupun pengetahuan yang cukup untuk bercerita panjang mengenai Lailatul Qadar ni. Tapi Nabi kita, Muhammad s.a.w. cukup menggalakkan umat baginda mencari Lailatul Qadar ni. mungkin pembaca boleh rujuk kepada penulisan lain yang saya sertakan link nya di sini: Lailatul Qadar

Tanda-tanda Lailatul Qadar pula macam mana ya? Orang kata, bila Lailatul Qadar, cuacanya redup. Tak terlalu panas tapi tak pula hujan. Malam yang sunyi. Air menjadi dingin. Wallahualam.

Abah saya baru balik terawikh tadi (ari ni saya malas terawikh sebab selesema), dia tanya saya..
Abah: Kalau Lailatul Qadar, memang tak hujan langsung ke?
Saya: Entah. Ye lah kot. Nape?
Abah: Hmm..jadi malam ni bukan Lailatul Qadar lah. boleh la tido. Hahaha~
Saya: Hahaha! Cheh..tah pape..

'Sedihnya dah balik Malaysia...sobs~'

Life updates!

Selasa, 2 Ogos 2011.
1:08 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Assalamualaikum.

  • Currently unemployed by any company/person.
  • But always and forever be a servant of Allah s.w.t.
  • Need to travel to KL every weekends for classes (Diploma Professional Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
  • Join kelas mengaji Ustaz Mohd Hanifah every weekdays (sekarang tadarrus sempena Ramadhan)
  • Sudah tolong abah pasang jaring kat atap untuk halang merpati nesting dalam siling..tapi masih juga mereka bersarang sebab lubang-lubang tak habis tutup lagi. +___+


hurmm...tak banyak update pasal kehidupan harian saya. takde cerita menarik sebab saya dah kurang berjalan sana-sini, hatta nak pegi supermarket pon memang dah berapa lama laa tak pegi..wayang pon last 2 weeks saya baru pegi tengok Harry Potter setelah dah berapa bulan tak jejak kaki ke wayang (ni pon sebab tak leh blah sangat..dah follow movie HP sejak yg pertama kot..huhu). Boring? duduk rumah tak pernah boring..haha!

saya tak dapat ilham lagi nak kerja apa. belum bersedia. kalau nak kerja pon, biarlah kerja yang tidak menjadikan abah saya lelaki dayus yang tak ambil tahu dengan siapa (lelaki ajnabi) saya bertemu. 1 pekerjaan yang tidak mendedahkan saya pada pergaulan bebas lelaki & wanita di pejabat, 1 pekerjaan yang tidak menghalalkan apa yang haram. ada? tolong bagi cadangan.

sekian saja buat kali ni. Selamat menjalani ibadah puasa bagi yang beragama Islam~ :)

Khutbah Rasulullah s.a.w. mengenai Dajjal (Fitnah Dajjal)

Ahad, 26 Jun 2011.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.
2:49 p.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan>kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalahumat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:

"Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya.

Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu-bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."

"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula.

Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk

kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. "Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah.

Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:

"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya." Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada

manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh.

Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

si tenang sorang yang jumud

Jumaat, 24 Jun 2011.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.
12:50 tengah hari.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

haha. hari ni ade orang kate saya jumud. apa jumud ni ye? jom kite cek maksud dia.

saya dapat tafsiran jumud ni dari 1 blog. dia mengatakan bahawa Jumud adalah sempit, fanatik tak bertempat, bagai Abu Lahab dan Abu Jahal, pemuda Quraisy yang ketakutan apabila wahyu Tuhan turun melalui kata-kata Nabi Muhamad SAW menafikan 'tuhan-tuhan' mereka.

tafsiran daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu pulak menyatakan maksud jumud ialah beku, kaku, kolot

dan satu lagi yang saya dapat daripada 1 blog lain. Perkataan jumud berasal daripada perkataan "jamad" yang bermaksud benda keras yang tidak bernyawa. Dari segi istilahnya, jumud boleh diertikan dengan berotak beku, sempit, pemikiran masih dijajah atau sebagainya. Dalam Islam, jumud dapat dikaitkan dengan satu bentuk pemikiran yang tidak terbuka menerima sesuatu perubahan yang diizinkan syarak.

baiklah. saya ade terfikir nak buat satu siri penulisan yg mengutarakan pandangan-pandangan saya mengenai permasalahan yang berlaku dalam masyarakat pada hari ni. sebelum saya memulakan semuanya, terlebih dahulu saya nak katakan bahawa, saya sama sekali TIDAK MENOLAK PERKEMBANGAN TEKNOLOGI. tetapi saya mempersoalkan sejauh mana perkembangan teknologi dan inovasi-inovasi peralatan masa kini digunakan untuk memimpin atau mendidik manusia menjadi seorang hamba Allah yang lengkap. yang tahu bersyukur. yang tahu bersederhana dalam kehidupan. yang tahu erti berserah diri dan hanya bergantung hidup pada Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Kuasa. yang menghargai perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. bermati-matian menyampaikan Islam yang syumul. yang benar-benar menjalankan kehidupan bersyariat. yang menerima Islam secara keseluruhannya bagi mewujudkan dunia yang aman dan tenang melalui pimpinan Ar-Rahman. bukan mencari dalil dari Al-Quran dan Hadis bagi menegakkan benang yang basah atau membolehkan sesuatu yang dilarang Allah (diputar belit untuk kesenangan diri sendiri).

saya tidak meminta atau mengharapkan pembaca menerima dan menelan bulat-bulat pendapat saya kerana ini hanyalah pendapat saya semata-mata. Saya sendiri sebagai insan, memang banyak melakukan kesilapan dan masih dalam proses pembelajaran (tuntut ilmu hingga ke liang lahad, non-stop), mencari kebenaran dan hakikat keindahan Islam yang syumul. Ada yang menyatakan, membaca tulisan di blog saya, terasa seperti ada yang memerlukan bimbingan. Ya. Saya mengaku saya perlukan bimbingan untuk melihat dan menerima kebenaran. Saya tidak mengaku dan tidak mahu mengaku saya tahu segalanya dan menjadi seorang yang bodoh sombong. Bodoh tak mahu belajar, cerdik tak mahu diajar. Memaksa orang menerima semua kata-kata saya. Tidak. Bukan ini tujuan saya. Tujuan saya menulis perkara-perkara macam ni supaya apa fahaman saya yang salah, ada orang nak betulkan dan pendapat saya yang baik, dapat dikongsikan dengan orang lain dan saya dapat sesuatu ilmu yang baru. :)
(tapi agaknye ramai tak yang berminat nak berfikir dan berdiskusi masalah-masalah camni?)

Semoga kita yang mencari kebenaran dan hak itu mendapat petunjuk, hidayah dan pimpinan dari Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang ke jalan yang benar dan diredhai olehNya.

Wallahualam.

Saya pompuan malas pegi keje..sekian, terima kasih

Khamis, 23 Jun 2011.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.
3:33 p.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak bagi sikit kesan-kesan ibu bekerja.

Kesan kepada diri sendiri, anak & keluarga:
  • sudah tentu penyusuan ibu yang sempurna (merasai hikmahnya 100%) untuk ibu yang ada anak kecik tak berjaya dilaksanakan. boleh rujuk entri saya yang sebelum2 ni untuk mengetahui apa maksud saya.
  • rasa TAK BERSYUKUR dengan setakat apa yang suami/bapa boleh sediakan dapat diterapkan.
  • rumah bersepah sebab isteri tak larat nak tolong kemas. penat keje. ujung minggu je kemas. tu pon kalo tak buat OT or takde kene pegi kenduri kat mane-mane laa..
  • suami boleh jadi si malas atau tak bertanggungjawab sebab bini ada untuk tolong dia cari rezeki.
  • isteri nusyuz. sebab dia duk ungkit-ungkit dia yang banyak kuwa duit untuk beli itu ini support keluarga. MasyaAllah!
  • anak derhaka. anak-anak kurang perhatian dan kasih sayang dari mak bapak.
  • perasaan cintakan dunia dan melupai akhirat dapat disuburkan dalam keluarga. dah nak duit sangat sampai bini pon kene kuwa keje..apahal?

Kesan kepada masyarakat:
  • masyarakat bertambah ahli untuk buat dosa mengumpat (pompuan kan memang takde keje lain..mulut potpet2 tak henti2.)
  • bertambah penyumbang untuk orang lain buat maksiat mata (kebanyakan pompuan tak tutup aurat dengan sempurna bila keluar rumah. saya tak kate SEMUA pompuan. saya kata KEBANYAKAN. so, sape yg tak buat, jangan terasa untuk point ni)
  • bertambah ramai orang jadi penzina secara tidak disedari (pompuan sembur perfume menusuk qalbu bila keluar rumah)
  • rumah tangga berantakan sebab bini dah berkenan pulak ngan laki lain kat tempat keje. laki lain tu pulaknye suami orang. dah dua rumah tangga berantakan. (bagi kesan negatif pada anak-anak juga bila pasangan bercerai)
  • harga barang makin naik. sebab bila kerajaan naikkan harga barang, korang tetap akan beli jugak. suh bini keje lagi kuat supaya boleh claim OT, dapat duit lebih. boleh beli barang. masyarakat kecoh kerajaan tak adil bla bla bla..helo! korang yang menzalimi diri sendiri! tak cukup kalau baju setakat 4 or 5 helai sahaja..baju dah penuh nak melimpah2 almari pon, kata takde baju??? hairaaaannnn!~
  • harga minyak makin naik. sebabnya sama seperti di atas. kerajaan naikkan harga pon, orang tetap isi minyak jugaaaakkkk~
  • harga kereta mahal. sebabnya samalah juga. siap beli 2 kete pulak tu..haha
  • gejala soooo-sial makin menular sebab mak bapak tak amik tau pasal anak-anak. sibuk sangat kerja.
  • mak ayah bergaduh ngan cikgu-cikgu dalam mesyuarat PIBG sebab bila anak ade problem, kejenye nak salahkan cikgu je laaa...
  • masyarakat tak bersatu. asyik menyalahkan sana-sini. rakyat salahkan pemerintah. parti tu salahkan parti ni. bergaduh je laa kejenye..
  • kesan paling utama, masyarakat tak dapat redha Allah laa dah masyarakat kucar-lanar camni. ramai lah yang menderita. perintah Allah tak nak ikot~

kesan kepada alam sekitar:
  • sampah makin banyak. dah hari ni orang pakai diaper jek. kalo hantar kat nanny ngan napkin, mahu kena carut ngan nanny tu..ye tak?
  • sampah makin banyak gak disebabkan oleh tin-tin susu formula bayi.
  • dunia makin busuk sebab sampah yang semakin banyak tak dapat diuruskan.
  • sumber alam seperti besi dan timah semakin berkurang sebab nak buat tin isi susu formula bayi. lagi satu sebab nak buat kereta.
  • pencemaran udara makin tinggi sebab isteri keje tempat lain, suami keje tempat lain. pastu kene naik dua kete berasingan sebab ofis tak sehaluan. (boleh juga menyumbang kepada point harga minyak makin naik kat atas tu)

ok lah..fikirlah sendiri kesan lain. tu pon kalo nak berfikir la. kalo orang pompuan yang nak jugak tegakkan dia kene keje untuk bantu suami cari rezeki, memang taknak pikir laa pon.

mesti akan cakap untuk biaya sekolah anak-anak bla bla bla..
soalan saya: ehh..awak tak reti baca, tak reti kira ke untuk ajar sendiri anak?

lagi satu hal lah kan..mak bapak hari ni sumenye cakap nak yang terbaik untuk anak-anak. nak bagi the best education for their kids. hantar gi sekolah. hantar skolah bagus2, masuk U. suh buat diploma, degree, master, PHD. cube tanye, ramai tak mak bapak yg check bacaan Al-Fatihah anak2. makhraj & tajwidnye betul ke tak..rukun solat ni...ohh..mak bapak sendiri bacaan macam mana ek?
dan soalan saya: adakah dengan ade diploma, degree, master PHD ni bleh menjamin kesenangan kat akhirat nanti?

tak paham lah..kenapa nak sediakan atau buat persiapan untuk anak-anak jadi hamba manusia? tolonglah..saya menyeru diri saya sendiri (walaupun saya tak kawen lagi dan takde anak lagi) dan ibu bapa serta bakal-bakal ibu bapa yang sudi baca post saya ni..siapkanlah anak-anak jadi hamba Allah yang baik..yang dapat mendoakan kita bila kita dah takde kat dunia. dan memperjuangkan kebenaran Islam yang syumul.

sekian dulu untuk waktu ni.
Wallahualam.

'jadikan anak sebagai penternak atau petani tu lebih baik daripada jadikan dia engineer apatah lagi penyanyi AF..huhu'

Review buku "UMNO atau PAS. Siapakah Yang Membawa Ke Neraka Menurut Al-Quran dan Hadith?"

Ahad, 19 Jun 2011.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.
11:46 p.m.

abah saya bagi saya 1 buku, suruh saya baca. tajuknya "UMNO atau PAS. Siapakah Yang Membawa Ke Neraka Menurut Al-Quran dan Hadith?"

hahahaa..malas saya nak baca sampai habis. bodoh! bodoh sangat huraian dalam buku ni.
saya bukanlah memihak pada PAS pon. dan saya memang tak sokong langsung laa UMNO lagi-lagi lepas baca buku bodoh ni.

memang kelakar giler buku ni. dia beria jugak laa kemukakan ayat dari al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tapi semua tu saya tengok berbalik semula dekat UMNO je dan menampakkan kejahilan agama penulis.

dalam buku ni, penulis menyatakan Menolak UMNO Bererti Menolak Islam. dia pon perkuatkan hujah dia dengan point seperti di bawah:
  • Jasa UMNO kepada ISLAM
  • Kewajiban Menjalankan Agama Menurut Kadar Kemampuan Manusia
  • Kebebasan Beragama
  • Hak orang kafir
huraian penulis untuk jasa UMNO kepada ISLAM:
  1. Hak ketuanan Melayu (Dalam perlembagaan Malaysia setiap orang Melayu mestilah beragama Islam dan berketurunan bangsa Melayu. Sekiranya mereka tidak beragama Islam maka mereka bukanlah orang Melayu. Oleh itu hak istimewa orang Melayu adalah hak istimewa orang Islam) hahahaa..lawak gila! kalau orang Cina or India yang convert masuk Islam tu, jadi orang Melayu jugak la? habis kenapa takde pon diorang ni yang naik jadi PM? ni memang laa tak paham kekuasaan Allah. Allah jadikan manusia dengan perbezaan warna kulit, bangsa dan agama sebagai tanda kekuasaanNya.
  2. Islam sebagai agama rasmi. diiktiraf sebagai negara Islam dan jadi anggota OIC. tu je huraian dia. mane pelaksanaan hukum Allah?

Pelaksanaan hukum Allah dia tolak pulak melalui hujah dia dalam point Kewajiban Menjalankan Agama Menurut Kadar Kemampuan Manusia. ni memang laa yang menunjukkan penulis tak paham agama Islam tapi sebok nak menulis dengan keluarkan ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. untuk menegakkan benang yang basah.

kepada orang yang sokong UMNO tak buat hudud atas alasan sama seperti penulis buku ni, saya nak bagitahu anda yang jahil itu bahawa hukum Allah wajib dijalankan 100% apabila Islam memang berkuasa sepenuhnya di negara itu. yang perlu dilaksanakan mengikut kemampuan tu adalah dalam amal ibadah kita kepada Allah s.w.t. sesiapa yang mampu buat amal lebih, buat lebih.
contoh: orang kaya boleh infakkan harta, sedekah pada orang miskin, zakat harta. amalan ni orang miskin tak mampu buat, jadi dia tak perlu buat.
contoh lain: sesiapa yang mampu nak solat sunat banyak-banyak, buatlah. tapi kalau rasa tak mampu, cukup sekadar melaksanakan kewajipan solat 5 waktu.

ni ade ke pulak bagi point-point kenapa tak boleh laksana hudud kat Malaysia padahal awak dah declare Islam agama rasmi, Malaysia dah diiktiraf negara Islam. point paling takleh diterima, dia kata sebab faktor luaran. kalau laksana hukum Islam, takut berlaku sekatan perdagangan oleh negara lain. takot rezeki berkurang la tu. eyh! siapa yang bagi rezeki ni? Allah ke atau orang negara lain tu?

dalam hujah dia untuk kebebasan beragama pulak, dia persoalkan kenapa PAS taknak teruskan hak ketuanan Melayu. bodoh! hak ketuanan Melayu tu bukan Islam. itu racism!

pastu ade pulak dia tulis pasal matlamat perjuangan UMNO untuk Islam. katanya tanggungjawab UMNO ialah untuk memperjuangkan orang Melayu dan juga untuk mengembalikan Tamadun Islam melalui pengekalan kuasa politik bangsa Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu...KAH KAH KAH!!! apa ni wei?

saya dah ngantuk. kalau saya rajin, nanti saya khatamkan baca buku ni dan buat review lagi. tapi untuk setakat ni, kesimpulan yang saya dapat buat adalah UMNO sebenarnya bukanlah memperjuangkan Islam tetapi memperjuangkan pengekalan kuasa bangsa Melayu. dan menafikan kuasa Allah. dan menolak hukum Allah, Tuhan Yang Maha Mencipta.

yang saya nampak ok nye, tang 1 Malaysia tu je. ajak semua orang bersatu padu tak kira bangsa. cuma masalahnye, tetap juga nak hak ketuanan Melayu tu. entah apa-apa. dan lagi masalahnye, PM ni rajin sangat join perayaan orang kafir. siap pegi batu caves masa thaipusam...hahahhaa
kalo pegi sana tu berdakwah, takpe jugak..

ok. sekian dulu.

'semoga orang UMNO dan juga penulis buku ni disedarkan dari kesesatan dan diberi hidayah oleh Allah untuk melihat dan menerima hakikat Islam serta beramal dengannya.'