Malam ini hujan lebat.

Isnin, 22 Ogos 2011.
10:55 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Hari ni dah 22 Ramadhan lah ya? Cepat betul masa berlalu. Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Ada yang dah mula menyibukkan diri buat persiapan menyambut Syawal. Tapi yang punya keimanan tinggi dan penghayatan penuh mengenai Ramadhan yang mulia ni, rasa sedih pasti menjentik hati.

Di kala 10 malam terakhir Ramadhan ni, ada yang mempertingkatkan lagi amalan dengan beriktikaf dan berqiamullail di masjid. Harapannya semoga dipertemukan oleh Allah dengan Lailatul Qadar (bukan wanita bernama Laila anak Tok Qadar). Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam di mana kitab suratan kita diganti.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab (Al-Quran) ini pada malam al-Qadr. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
{Surah al-Qadr 97}

Saya tak punya ilmu agama yang tinggi mahupun pengetahuan yang cukup untuk bercerita panjang mengenai Lailatul Qadar ni. Tapi Nabi kita, Muhammad s.a.w. cukup menggalakkan umat baginda mencari Lailatul Qadar ni. mungkin pembaca boleh rujuk kepada penulisan lain yang saya sertakan link nya di sini: Lailatul Qadar

Tanda-tanda Lailatul Qadar pula macam mana ya? Orang kata, bila Lailatul Qadar, cuacanya redup. Tak terlalu panas tapi tak pula hujan. Malam yang sunyi. Air menjadi dingin. Wallahualam.

Abah saya baru balik terawikh tadi (ari ni saya malas terawikh sebab selesema), dia tanya saya..
Abah: Kalau Lailatul Qadar, memang tak hujan langsung ke?
Saya: Entah. Ye lah kot. Nape?
Abah: Hmm..jadi malam ni bukan Lailatul Qadar lah. boleh la tido. Hahaha~
Saya: Hahaha! Cheh..tah pape..

'Sedihnya dah balik Malaysia...sobs~'

No comments: