Suku abad
Jumaat, 25 November 2011.
12:33 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat dariNya, saya masih mampu hidup, bernyawa, bernafas, berdiri, melangkah, bersujud dan pelbagai lagi kenikmatan hidup.
Ya. Hari ni, kalau mengikut kalendar Gregory, genaplah usia saya 25 tahun. Dah suku abad hidup. Some people say, "Age is just numbers."
Betul ke?
Hurmm..bagi saya, umur ni indikator atau kayu ukur amal hidup kita. Dalam 25 tahun ni, apa yang dah dilakukan dan disumbangkan untuk kebaikan. Banyak mana dah harta akhirat yang dikumpul? Waaaa..bila tanya soalan macam ni, rasa macam nak nangis je. Flashback semula hidup saya di tahun-tahun yang sudah..sangat banyak terbazir dengan macam-macam perkara tak berfaedah, melalaikan lagi mendatangkan dosa.. T-T
Kalau nak buat checklist, memang sadis laa sebab akan unchecked je semua..
Tak ada apa-apa pencapaian yang boleh dibanggakan. Sekadar sekeping kertas yang menyatakan saya dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda bla..bla..bla..dari Universiti bla..bla..bla..? tak bangga langsung.
Dah kahwin dan ada beberapa anak comel yang sedang dalam persiapan menjadi mujahid dan mujahidah Islam? Lagi takde..huuuuu~
Punya sumber rezeki yang lumayan, baik lagi halal dan diberkati yang dapat membantu ringankan beban ibu bapa serta menyumbang kepada peningkatan ekonomi ummah? pon tidak juga..
Orang semua wish happy birthday..happy birthday..
Patutnye kena happy laa, ek? tapi saya tulis tak happy pulak..
Hidup di dunia ni boleh happy, tapi berpada-pada jangan sampai lalai lagi.
Saya gembira dan bersyukur sebab Allah masih beri saya peluang untuk hidup dan berusaha perbaiki kesilapan. Segalanya milik Allah dan padaNya jua akan kita kembali.
Wallahualam.
' Kuantan hujan lebat sokmo beberapa hari ni. Tapi hari ni, cuaca sangat cantik dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kenikmatan yang banyak buat hambaNya yang hina ini. '
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Hmmm.. hidup ni kalau di cari yang buruk buruk.. byk kita boleh jumpa.. tapi kalau cari yang indah indah ponn byk boleh jumpa ;) takpe la tp yang penting sedar diri dan ada kemahuan nak jadi lebih baik kan.. Selamat hari jadi semoga mendapat keberkatan Allah..
Post a Comment