Simpanan untuk masa hadapan?

Rabu, 11 Muharram 1433H | 7 Disember 2011.
3:30 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Duit.
Ada apa dengan duit?
Dengan duit boleh beli macam-macam, boleh dapatkan macam-macam.
Ya ka?
Duit boleh bagi pahala banyak?
Duit boleh dapatkan syurga tanpa hisab, tak?
Mungkin boleh..tapi dengan sumber yang baik dan halal.

Tiba-tiba saya terfikir..macam menakutkan je nak simpan duit dalam bank atau mana-mana institusi kewangan.
Ya lah..tiap-tiap tahun, akan dapat dividen bonus.
Kalau tak tambah simpanan pon tiap-tiap tahun dividen bonus ni mesti masuk.
Adoiiii...duit ni masuk dalam kategori riba, tak?
Dah rasa macam tak ada faedah je menyimpan duit ni.
Untuk masa depan? Berapa lama pon masa yang saya ada? Saya pon taktau.
Kalau masa depan tak ada apa yang berlaku yang perlukan duit ni, tiba-tiba terus mati je..macam mana?
Hurmm...betullah..harta sebenar kita adalah harta yang dihantar ke akhirat.
Kumpul banyak-banyak kat dunia ni pon tak guna jugak.
Tapi kalau saya gi derma semua duit dalam ASB saya tu..................................
Mau kena marah ngan mak saya. Dia yang penat-penat simpan duit untuk saya...huhu!

Ok lah.
Sampai sini aje.
Anda rasa saya dah hilang akal? tak waras?
Ikut anda lah nak fikir apa. Tapi inilah yang saya rasa buat masa ni.
Sungguh menakutkan!

Wallahualam.

1 comment:

Syuhada said...

Alahai. Baru perasan ni entri 7 Disember 2011. Tapi tak kesah laa nak komen jugak.

Nak bagitahu, saya pun fikir macam tu jugak. Untuk ape simpan duit banyak-banyak, sedangkan kita tak tahu lama mana kita hidup.

Memang kawan-kawan bagi respon "kau gila tak simpan duit sekarang? susah nanti dah tua takde duit blablab."

Saya pekakkan telinga. Rezeki datang dari Allah. Lagi pun rezeki yang ade bukan hak kita 100%.

Hmm. Zaman sekarang dah mempertuhankan duit....... (sengaja bagi titik banyak, hehehe)