Kami mahukan yang terbaik untuk anak kami tapi kami tak mahu bayar mahal!

Rabu, 2 November 2011.
11:39 a.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Kali ni saya terpanggil untuk menulis mengenai topik TASKA. TASKA ni apa? TASKA merupakan akronim untuk Taman Asuhan Kanak-kanak. Kalau ikut bahasa omputihnya, Nursery.

TASKA ni merupakan tempat untuk ibu bapa meletakkan anak di bawah jagaan orang lain secara sementara sewaktu mereka pergi bekerja. Dulu masa saya kecik-kecik, saya juga anak yang dibesarkan di TASKA. Lama okeh..dari umur 3 tahun sampai la darjah 5..

Akhir-akhir ini, banyak insiden-insiden tidak baik berlaku di TASKA dilaporkan di media massa baik media elektronik mahupun media cetak. Imej TASKA mula tercalar walaupun TASKA lain yang takde kaitan pon yang berlaku insiden budak mati lemas dalam besen ke ape tu. Tapi TASKA lain yang terletak 300km lebih jauh pun mula dikritik dan mendapat tempiasnya.

Guru atau pengasuh di TASKA dipersalahkan oleh para ibu bapa walaupun kejadian tangan budak terkepit pintu, budak jatuh gelongsor, budak kene buli dengan kanak-kanak lain sampai lebam benjol. Adakah ibu bapa wajar bertindak demikian?

Jawapan saya ada dua:

1. Guru atau pengasuh di TASKA / nursery wajar dimarahi sekiranya:
  • guru / pengasuh tu memang sengaja nak kepit tangan budak dekat pintu atau melakukan penderaan fizikal terhadap kanak-kanak secara sengaja.
  • yuran TASKA / nursery mahal - menunjukkan setiap pengasuh telah dilatih secara profesional dan mempunyai pengetahuan mengenai pendidikan awal kanak-kanak (parents dah selidik dan memang certified). Maksud saya mahal, bukanlah setakat RM250 - RM300 sebulan tu dah dianggap mahal. Day Care Centre yang profesional memang mahal habis. My lecturer kata, boleh mintak yuran sampai RM600 for 1 kid. Tapi keselamatan terjamin, perkembangan fizikal & mental InsyaAllah dapat dibantu. Kalau TASKA yang macam ni, wajar guru / pengasuhnya dipersalahkan sebab anda dah bayar untuk yang terbaik.
2. Guru atau pengasuh di TASKA/nursery tidak wajar dimarahi kalau yuran dia dalam rate RM180 - RM300 untuk seorang budak. Kenapa saya kata macam ni? Sebab hari ni, tidak dinafikan orang bukak TASKA amik pengasuh asal boleh sahaja. Yang jadi pengasuh, budak-budak lepas SPM, budak-budak tak pass SPM, atau sesiapa yang nak keje lah kan. Mereka ni ada diberi knowledge tentang nak jaga budak or pendidikan & perkembangan awal kanak-kanak ape sume? kalau ada, tak dapat lah nak letak rate yuran rendah camtu, kan? nak bagi kursus kat teacher, kene pakai duit juga, kan?

Jadi, di TASKA ni seorang pengasuh bukan hanya jaga sorang budak macam mak bapak jaga anak kat rumah. TASKA jaga ramai budak. memang susah nak control budak yg ramai lagi-lagi kalau toddler. Bila ada insiden budak terkepit tangan dekat pintu, bukanlah pengasuh sengaja dera, kadang-kadang budak yang sendiri main pintu dan pengasuh di taska tak boleh nak ikut bontot tiap-tiap budak. Jadi, ibu bapa tak wajarlah nak blame pengasuh 100%. Itulah kelemahannya kalau hantar anak ke TASKA yang parents perlu faham dan terima risikonya. Insiden seumpama itu memang tidak dapat dielakkan lebih-lebih lagi TASKA yang pengasuhnya tak ada idea nak tarik perhatian budak sebab tak dapat knowledge yang sepatutnya.

Lagi satu, kalau anak kita dibuli oleh kanak-kanak lain sampai lebam atau benjol sana-sini. Apa tindakan anda sebagai ibu bapa anak yang dibuli? Nak suruh pengasuh marah budak yang membuli? kalau anda ibu bapa kepada budak yang membuli pula, macam mana?

kalau budak-budak dimarah, disuruh duduk diam-diam, dikurung dlm 'kandang', parents nampak, tetap bising juga, kan?

Ada orang kata, budak-budak hari ni bukan macam budak-budak dulu. Budak hari ni dah semakin bijak. Adakah sebab budak hari ni dah main handphone, komputer atau iPad mereka dikatakan lebih bijak? Ya. Mungkin juga. Tapi kita kena faham dan ingat, kids will always be kids. Cuba bagitahu saya, anak siapa yang tak berlari, tak memanjat, tak bermain? Kanak-kanak kurang upaya dikecualikan.

Sebab dunia hari ni semua orang letak di hati dan bukan di tangan, makanya semua berkejar-kejar untuk cari duit dan miliki dunia. Anak-anak? Kalau mahukan yang terbaik, tepuk dada dan tanya "are you willing to pay that much"?

' Besarkan anak di depan mata sendiri adalah lebih baik. Sangat rugi kalau hantar anak dijaga oleh orang lain semata-mata sebab nak cari duit sebab anak ni, masa kecil la saat paling penting dalam perkembangan mereka untuk diberi perhatian, disayangi, dipeluk cium. Dan saat tu takkan dapat dikembalikan semula. '

1 comment:

masherna mustafa said...

salam..

nak bagi pendapat:

memang sekarang susah sangat nak cari taska yang elok2 untuk anak2. bukan apa sejak keluar cerita macam2 ni la. kesian aje kat bebudak kecik tu.
pernah hantar kat satu taska tu. dah tutup pun sekarang. ALhamdulillah pengasuh2nya semua bertudung labuh. dan kat situ selalu buka bacaan al-Quran.
macam mana tau? sebab masa tu selalu p taska. tak tentu masa. tengok anak. lagi2 tak minum botol. direct feeding dgn ibu..

now pening nak cari tadika pulak...