Jumaat, 11 November 2011.
1:04 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Ok. Seperti yang anda tahu, saya tak bekerja sekarang dan memang takde intention untuk cari pekerjaan di pasaran dalam masa terdekat ini. Tapi saya sungguh tak faham kenapa orang lain sangat concern terhadap saya yang tak punya pekerjaan ni? Adakah saya meminta wang gaji atau sedekah jariah dari anda? Tidak walau satu sen.
Ya. Mungkin hidup saya hari ni atas ihsan ibu bapa saya. Tapi saya tak jadi pengemis atau peminta sedekah lagi setakat ini. Jadi, kenapa terlalu sibuk bertanya soal mencari pekerjaan? Orang kata jangan memilih kerja...pengalaman penting...bla..bla...bla...
Betul ke Rasulullah kata jangan memilih kerja? Rasulullah pernah kata, di akhir zaman orang tidak lagi peduli rezeki yang diperoleh itu halal atau haram. Jadi, adakah salah kalau saya memilih?
Dan lagi...saya sedang mengikuti kelas Al-Quran di masjid yang dekat rumah saya ni. Rasa seronok belajar mengaji semula dan kalau boleh saya memang nak khatam dengan ustaz ni. Adakah saya perlu sacrifice pengajian Al-Quran saya semata-mata untuk bekerja, cari duit yang hari ni entah halal, entah haram?
Saya lagi rela berpuasa setiap hari untuk cut kos sara hidup berbanding berhenti ngaji dan pergi bekerja. Hidup saya sekarang pon sebenarnya dah kategori terlalu mewah. Bukan tak ada makanan langsung untuk dimakan setiap hari. Tapi terlalu lah banyak makanan berlambak-lambak sehinggakan terpaksa buang macam tu je sebab tak habis makan. Saya juga bukannya tak ada baju atau baju lusuh compang-camping yang tak mampu tutup aurat saya sampai nak kena buat baju baru. Sebaliknya saya punya baju yang penuh menimbun lebih dari satu almari
dan baju-baju tu semua masih elok dipakai, tak perlu baju baru. Elektrik? Air? Internet? Semua perbelanjaan untuk bil-bil ni boleh dikurangkan.
Satu je masalah besar saya sekarang. hutang PTPTN yang dalam 9k lebih tu. Sebenarnye boleh je kan saya nak keluar duit ASB yang mak saya simpan dari saya kecik-kecik dulu. Tapi entah la kenapa dia tak bagi bayar hutang pakai duit tu dan nak suruh saya keje jugak.
Saya pernah masuk U. Terpedaya dengan macam-macam benda yang memang salah disisi syariat, semata-mata untuk dapatkan kredit lebih supaya senang dapat keje lah nanti kononnya. Dan hasilnya, memang tak dapat keje jugak. Jadi, sekarang saya memutuskan untuk tidak bekerja dan menjauhi perkara-perkara yang boleh menjadikan saya seorang yang cinta dunia. Dan saya tidak mengharapkan sokongan orang lain. sekadar tolong diam, jangan bertanya dan jangan amik port. tu pon susah ke?
Sangat meletihkan lah bila orang asyik tanya pasal kerja. Suruh kerja. padahal diorang tu bukan kena tanggung makan, minum, pakai, tempat tinggal saya pon.
Saya tak tahu apa sebenarnya perasaan abah. Tapi abah memang super cool. Abah sokong je apa yang saya buat atas hujah-hujah yang pernah saya bagi.
Mungkin sebelum ni dia sokong tapi tak sepenuh hati. Ya lah. Hujah dari orang tak alim macam saya ni, siapa lah yang nak amik pusing. Tapi lepas abah baca buku soal jawab yang Ustaz Azhar, ada orang soal pasal perempuan yang mengajar pelajar lelaki. Ustaz jawab sebenarnya tak boleh (mungkin bukan haram tapi makruh ke macam mana eh..saya tak ingat). Abah jadi berfikir semula dengan hujah-hujah yang pernah saya bagi dulu dan akhirnya dia setuju.
Kalau abah saya cool je dengan keadaan saya sekarang, kenapa orang lain yang takde kaitan tu menyibuk sangat?
Hurmm...mungkin saya kena ikut cakap abah supaya jangan kisah apa orang lain nak cakap. Ya lah. Sebab mulut dia, bukan mulut saya. Lidah dia, bukan lidah saya. Saya tak boleh nak tutup mulut orang lain. Lain kali kalau orang tanya, saya akan senyum aje tanpa sebarang jawapan. Jadi, silalah tafsir sendiri jawapan saya tu. ok?
' Terima kasih kerana prihatin pasal saya yang hina ini. '
6 comments:
Salam,
Kak,ni sekadar pandangan.untuk saya,kerjaya memang satu keperluan (family agak susah).jadi agak asing bila tau ade perempuan yang taknak kerja.disebabkan mind set saya mcm tu,so maybe if saya jumpa perempuan yg tknak kerja pun saya akan tanya kenapa.just to know the reason.tapi apa2 hal pun,its up to us sebab life kita,hak kita utk decide where its heading.so all the best in whatever u do. :)
anyway one thing,sy salute akak sbb teguh dgn pendirian sendiri even asyik kene push dgn org lain.u go sis! :)
thanx Jannah.
akak pon sebenarnya tak pasti betul ke tindakan ni..tapi kalau diteliti kisah di zaman Rasulullah, wanita yang bekerja tu memang ada. tapi sepertinya bukan untuk mencari rezeki. lebih kepada berkhidmat untuk agama. ada yang mengajar, tapi hanya mengajar muslimat (bukan muslimin ya)..
ada yang bersihkan kawasan masjid.
ada yang menjadi perawat ketika peperangan. topik ni akak dah bincang dalam previous post.
dunia "Islam" hari ini memang sangat aneh dan berbeza dari Islam yang dibawa Rasulullah. trend wanita bekerja dan mempelopori pelbagai sektor, sehingga tiba2 bangkit pulak nak menegakkan hak kebebasan wanita, ini bawaan mana?
family akak bukan orang kaya duduk rumah banglo. kami orang sederhana je walopun kete ade 3 bijik. tapi takat kete kancil ngan nissan sunny model lama yang harga x smapai 10k sebiji..
tapi akak memang tak nampak lagi lorong keje yang memenuhi kriteria sepatutnya..
salam perkenalan,
baru sgt sgt mengikuti blog ni.. isinya terasa ikhlas.. tu pasal saya follow, okey tu tak penting..cuma nak komen pasal anda yang tak berkerja.. saya juga baru je berenti kerja.. saya juga lepasan U yang berenti kerja..mungkin bukan dgn alasan ingin mengikuti kelas al quran atau yang seumpanya, saya cuma berniaga.. dimana sebenarnya bukan cita cita saya, bukan keinginan saya.. semua jadi secara kebetulan.. tp saya rasa ini terjadi bila saya selalu berdoa dan meminta kebrkatan dalam rezeki saya..agaknya saya selalu mengelat masa berkerja, mengular.. pastu tokeynya pon cina.. jd agaknya ini la jalan bg saya cuba mendapat keberkatan dalam rezeki.. berniaga dan mencorak masa depan sendiri..take yaour time bila awak dah tahu ape nak buat yakinlah.. semau ni jalan kepada doa doa kita selama nih insya allah
@yard_dean apple:
terima kasih :)
saya pon tengah mencari-cari dan berfikir nak buat apa sebenarnya..generate income dari rumah je..tak perlu nak keluar sana-sini sangat..dan saya masih boleh untuk teruskan aktiviti yg saya nak..kan?
ramai yg berjaya.. sy pon boleh! InsyaAllah..
cuma kena belajar juga lah dulu nak kena buat macam mana..kalau main bedal je, takde ilmu nanti problem juga..
Alahai terpaksa jugak komen kat post lama-lama ni. Nak jugak komen, boleh? Jangan marah ye tuan blog. :)
Nak bagi tau, saya pun same jugak camtu. Dah setahun takde kerja tetap.
Hmm. Jauh dalam sudut hati saya, memang saya nak kerja - sebab taknak bebankan mak ayah.
Saya selalu fikir ade tak kerja yang tak perlu berdepan dengan lelaki. Ade tak kerja yang boleh bagi saya peluang tolong mak kat rumah. Ade tak kerja yang boleh saya peluang untuk join kelas malam kat surau.
Dan alhamdulillah. Rupanya Allah jawap semua permintaan saya. Saya sekarang jadi cikgu tadika. Kerja sampai 12 tghari. Tak perlu jumpa lelaki walau seorang, cuma bebudak tu ye lah. Walaupun gaji rendah, tapi saya punya hati baaaanyak senang.
:)
Saya eksaited nak komen sebab saya sangat memahami perasaan anda itu. Err.. walaupun dah terlambat. Hehehe.
terima kasih syuhadaa..
saya pun aritu keje jadi cikgu tadika juga kejap..ade la dalam 3 bulan kot..pastu berenti sebab tak sempat buat assignment (saya amik diploma profesional pend. awal kanak2..kelas hari sabtu saja)..
gaji memang tak byk. mungkin kurang daripada yang awk dapat. (awk tadika area mana?)
hurmm..tapi memang best duk ngan budak2..cuma sikit tak puas hati ngan owner yg macam banyak lepas tangan hal2 kat tadika. err..dan saya kene keje sampai petang...
tapi skang saya dah resign tadika, ajar kat KAFA aje..(owner tu wat bisnes KAFA jugak)..gaji semestinya sikit daripada sebelumnya. tapi takpelah. janji saya relaks...hahaha
Post a Comment