Selasa, 26 Safar 1434H | 8 Januari 2013
8:35 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Kali ini saya terpanggil untuk berkongsi perkara yang sedikit serius. Bukan serius apa sangat pun. Cuma bukanlah seperti kelaziman, saya menulis perkara-perkara yang merapu.
Ok. Berkenaan tajuk entri kali ini. Egosentrik.
Apa itu egosentrik? Egosentrik ni adalah sejenis sifat manusia. Sifat yang mana seseorang itu tidak boleh berkongsi sesuatu dengan orang lain. Dan sifat ingin memiliki segala yang diingini. Senang cakap, " Yang aku, aku punya. Yang engkau pun, aku punya."
Haa..macam tu lah.
Kali ni, saya bukan nak sembang pasal orang dewasa yang mempunyai sifat egosentrik yang tinggi. Bukan pasal orang dewasa yang berebut teman lelaki atau teman wanita. (ni kesan daripada kecik-kecik dulu tak dapat latihan yang betul lah ni..hahah)
Tapi kali ni saya nak sembang pasal kanak-kanak yang memiliki sifat egosentrik.
Para ibu bapa atau bakal-bakal ibu bapa yang sudi membaca coretan saya, sila take note! (bukan Samsung Galaxy Note II)
Fitrah atau kelaziman seorang kanak-kanak, mempunyai sifat egosentrik yang tinggi. Paling ketara apabila usia mereka dalam lingkungan 2 tahun. Selalunya masa-masa umur ni lah budak-budak kecik ni dapat adik..kan? Dan bermula lah episod sadis bagi kanak-kanak yang mak ayah tak tahu fitrah seorang kanak-kanak.
Di peringkat umur yang sifat egosentrik dia tengah high level, muncul pulak sorang adik dan terpaksa pulak berkongsi kasih sayang. Bukan setakat kasih sayang, terpaksa kongsi barang, ruang bermain dan macam-macam lagi. Para ibu bapa atau penjaga, sila faham kalau anak anda pada peringkat umur ini, bekeng semacam. Suka berebut barang, suka buat adik dia. Itu normal.
Tapi....
Normal tidak bermaksud anda harus biarkan perangai dia terus macam tu. Sifat egosentrik pada kanak-kanak ni boleh dikendurkan dengan latihan. Syaratnya, anda haruslah memiliki kesabaran yang tinggi. Bukankah ini syarat untuk menjadi ibu bapa cemerlang? ;)
Latih anak anda untuk berkongsi.
"Nak latih macam mana?"
Luangkan masa untuk bermain bersama anak anda. Masa bermain tu lah kita selit-selit adegan kongsi-kongsi..tapi bukan kongsi gelap.
Ajar mereka give and take..
Kalau bukan masa bermain pun, tak kiralah di mana-mana, cuba ajar dia untuk kongsi makanan atau mainan yang dia ada dengan orang lain.
Kalau yang dah punya adik ketika usia 2 tahun, ajar dia untuk sayang adik. Tak kira lah tafsiran sayang tu macam mana. Melalui ciuman, pelukan, perhatian. Atau apa sahaja.
Dan cuba kawal diri sendiri dari "naik tangan" ke badan anak-anak. Sebab diorang tak faham apa-apa. Mungkin yang dia faham, perbuatan macam tu boleh beri kesakitan. Dan itu lah yang dia belajar. Disebabkan sifat egosentrik tadi, makanya dia buat adik dia pulak. hehehehee..siapa yang ajar? jawab la sendiri...
Saya menulis ni sekadar berkongsi ilmu yang saya dapat masa pergi kursus asas asuhan baru-baru ni. Serius saya cakap, bila belajar mengenai pendidikan awal kanak-kanak, saya nampak bahawa mengasuh dan mendidik anak bukan mudah. Sebaiknya kena ada ilmu keibubapaan sikit. Selebihnya kena jadi ibu bapa yang kreatif untuk tackle anak-anak bila masalah timbul. Dan semuanya kena bermula dari peringkat awal kanak-kanak. Bak kata pepatah, "Melentur buluh biarlah dari rebungnya." (bukan cam pepatah rekaan Ghani masa exam SPM..kalau tidak melentur buluh, manakan dapat sagunya??? hahaha)
Pesan saya terutama sekali untuk ibu-ibu yang bekerja..tolong! tolong jangan stress kan diri untuk cari duit semata-mata. Hidup tak akan perfect kalau otak selalu tertekan. Luangkan masa untuk bertenang, manjakan diri sendiri dan main dengan suami dan anak-anak..(adeh...ayat ni terpulanglah korang nak fikir macam mana)
Ok lah. rasanya setakat ini dulu. Siapa-siapa yang sudi baca, dan ada yang tak faham, boleh tanya terus pada saya. Saya akan cuba jawab. Nanti saya kongsi parenting tips yang lain pulak, ok?
Para ibu bapa, sila banyak bersabar. Sesungguhnya anda bertuah sebab dianugerahkan cahaya mata oleh Allah. Bukan semua orang punya peluang untuk jadi ibu bapa. Sila bersyukur dan jaga amanah Allah s.w.t. tu sebaik mungkin. (saya sendiri pun belum ade jodoh dan rezeki lagi...sobs3~)
Sekian dulu buat kali ini.
Wassalam.
1 comment:
salam. izinkan akak nak kutuk kejap. eheh.
terima kasih sebab bagi komen kat blog akak..
tunang? dia tunang orang ke? huhuhu.. sobs!~
Post a Comment