Stokin bunga-bunga

Isnin, 26 September 2011.
6:32 p.m.

Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Di kelas mengaji, hari ini saya berpakaian serba putih. Jubah dan tudung putih. saya duduk di sebelah seorang mak cik. Mak cik tu dah nak balik. Sebelum bersalaman, dia menyapa saya...

Mak Cik: Awak masuk program Solehah tu, kan?
Saya: Ha? Takde lah. Mana ada...
Mak Cik: Eh..ya, kan? Rasa macam ada nampak.
Saya: Eh, mana ada. Takde laa. Mengarut je..hehehe.
Mak Cik: Ye ke? Nanti nak tengok semula. Rasa macam sama je, pakai baju putih. Cuma tak perasan pulak ade yang pakai spek itam tak (merujuk kepada spek yang berbingkai hitam)
Saya: Takde laa mak cik. Tak layak pon saya ni...

Kami bersalaman. kemudian mak cik itu bersuara kembali.

Mak Cik: Ha'ah..Ye laa..Solehah tak pakai stokin bunga2..hehehe~
Saya: Erk! hahaha~ speechless

First time try buat felt craft..haha

Selasa, 20 September 2011.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.
7:25 a.m.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

Sabtu lepas, saya baru je hantar dua tugasan..sekarang ada 4 lagi yang nak kena buat..phewww~

Salah satu tugasan yang saya kena buat adalah buat 1 buku untuk kanak-kanak. Julat umur 0 hingga 8 tahun..minimum 4 muka surat, maksimum 20 muka surat. Dan inilah hasilnya..


Material: Felt, wiggy eyes

okeh..ade sesiapa nak tolong buat another 4 assignments tak?? huhu~

Seronok ke Hari Raya?

Jumaat, 2 September 2011.
5:27 p.m.
Kg. Changkat Semambu, Batu Kurau, Perak.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Hari ni dah 4 Syawal.
Macam mana? seronok beraya?
Bagi saya, entah la. Entah apa yang seronoknya beraya.
Masa zaman kanak-kanak dulu, mungkin raya adalah suatu yang menyeronokkan.
Tapi sekarang, seronok tu dah semakin berkurang.
Bukanlah sebab malas nak kemas rumah..atau malas nak masak..atau malas layan tetamu..atau malas basuh pinggan.
Tapi atas beberapa sebab lain...

Apa yang saya benci sangat pasal raya?
Hurmm..kat Malaysia ni, bila raya je, orang mula la pakat main mercun. Macam-macam jenis mercun. Tah ape benda yang seronok sangat main mercun tu pon saya tak faham. Nak dengar bunti meletup/letupan hebat? meh saya kasi bom je rumah korang..nak? baru laa thrill..

Sebelah rumah opah saya ni, budak-budak dok main mercun. Orang tengah masak, tengah basuh pinggan, memang tak senang. Bila orang marah, suruh jangan main, dia panggil mak bapak dia keluar (supaya orang dah tak berani marah)..yang paling bongok sekali mak bapak tu duk tunggu la kat luar..agak-agak kalau saya marah anak dia satgi, dia pon nak marah saya balik la...bodoh punya mak bapak..

Patutnya larang anak tu daripada main mercun. ni, teman anak main mercun supaya tak kena marah ngan orang..kenapa lah tak reti nak hormat jiran tetangga. Kat rumah ni dengan ada budak kecik tido nya..dok terkejut-terkejut..nasib baik takdak orang sakit jantung je..

Lagi pasal raya yang saya tak suka..
Orang datang beraya ke rumah tak kira masa. Eh. kalau hari raya pertama atau kedua tu, boleh terima lagi la..ni kalau dah masuk raya ke-4, datang secara tiba-tiba..dengan orang tengah tido bergelimpangan..atau melayan budak-budak kecik main (rumah bersepah)...tetiba terpacul jek depan rumah..
Nak berziarah ni ada adabnya juga dalam Islam..bukan main terjah je rumah orang sesuka hati tak kira masa..

Macam gitulah orang Melayu.

Ok. Sampai sini aje. Tak setuju dengan saya? Suka hati.

'Rasa macam dah malas nak balik kampung. Tapi apakan daya..............'

Apa Khabar Jodohku?

Sabtu, 27 Ogos 2011.
6:35 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

I dedicate this article for him. The one whose name must not be spoken because I never meet him yet and of course I don't know who he is..huhu~

Apa khabar jodohku?

Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?

Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.

Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.

Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku, sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.

Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.

Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.

Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku..

Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.

.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.

Jodohku..

Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.

Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.

Jodohku..

Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.

Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.

Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.

Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.

Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.

Jodohku..

Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.

Jodohku..

Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

Sumber: Artikel iLuvIslam.com

'ada orang dedicate untuk saya tak?'

Malam ini hujan lebat.

Isnin, 22 Ogos 2011.
10:55 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Hari ni dah 22 Ramadhan lah ya? Cepat betul masa berlalu. Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Ada yang dah mula menyibukkan diri buat persiapan menyambut Syawal. Tapi yang punya keimanan tinggi dan penghayatan penuh mengenai Ramadhan yang mulia ni, rasa sedih pasti menjentik hati.

Di kala 10 malam terakhir Ramadhan ni, ada yang mempertingkatkan lagi amalan dengan beriktikaf dan berqiamullail di masjid. Harapannya semoga dipertemukan oleh Allah dengan Lailatul Qadar (bukan wanita bernama Laila anak Tok Qadar). Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam di mana kitab suratan kita diganti.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab (Al-Quran) ini pada malam al-Qadr. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
{Surah al-Qadr 97}

Saya tak punya ilmu agama yang tinggi mahupun pengetahuan yang cukup untuk bercerita panjang mengenai Lailatul Qadar ni. Tapi Nabi kita, Muhammad s.a.w. cukup menggalakkan umat baginda mencari Lailatul Qadar ni. mungkin pembaca boleh rujuk kepada penulisan lain yang saya sertakan link nya di sini: Lailatul Qadar

Tanda-tanda Lailatul Qadar pula macam mana ya? Orang kata, bila Lailatul Qadar, cuacanya redup. Tak terlalu panas tapi tak pula hujan. Malam yang sunyi. Air menjadi dingin. Wallahualam.

Abah saya baru balik terawikh tadi (ari ni saya malas terawikh sebab selesema), dia tanya saya..
Abah: Kalau Lailatul Qadar, memang tak hujan langsung ke?
Saya: Entah. Ye lah kot. Nape?
Abah: Hmm..jadi malam ni bukan Lailatul Qadar lah. boleh la tido. Hahaha~
Saya: Hahaha! Cheh..tah pape..

'Sedihnya dah balik Malaysia...sobs~'

Life updates!

Selasa, 2 Ogos 2011.
1:08 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Assalamualaikum.

  • Currently unemployed by any company/person.
  • But always and forever be a servant of Allah s.w.t.
  • Need to travel to KL every weekends for classes (Diploma Professional Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
  • Join kelas mengaji Ustaz Mohd Hanifah every weekdays (sekarang tadarrus sempena Ramadhan)
  • Sudah tolong abah pasang jaring kat atap untuk halang merpati nesting dalam siling..tapi masih juga mereka bersarang sebab lubang-lubang tak habis tutup lagi. +___+


hurmm...tak banyak update pasal kehidupan harian saya. takde cerita menarik sebab saya dah kurang berjalan sana-sini, hatta nak pegi supermarket pon memang dah berapa lama laa tak pegi..wayang pon last 2 weeks saya baru pegi tengok Harry Potter setelah dah berapa bulan tak jejak kaki ke wayang (ni pon sebab tak leh blah sangat..dah follow movie HP sejak yg pertama kot..huhu). Boring? duduk rumah tak pernah boring..haha!

saya tak dapat ilham lagi nak kerja apa. belum bersedia. kalau nak kerja pon, biarlah kerja yang tidak menjadikan abah saya lelaki dayus yang tak ambil tahu dengan siapa (lelaki ajnabi) saya bertemu. 1 pekerjaan yang tidak mendedahkan saya pada pergaulan bebas lelaki & wanita di pejabat, 1 pekerjaan yang tidak menghalalkan apa yang haram. ada? tolong bagi cadangan.

sekian saja buat kali ni. Selamat menjalani ibadah puasa bagi yang beragama Islam~ :)

Khutbah Rasulullah s.a.w. mengenai Dajjal (Fitnah Dajjal)

Ahad, 26 Jun 2011.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.
2:49 p.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan>kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalahumat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:

"Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya.

Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu-bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."

"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula.

Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk

kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. "Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah.

Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:

"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya." Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada

manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh.

Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.