Takde ilmu dalam entri kali ni..

Isnin, 25 April 2011.
2:10 p.m.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Hari ni otak saya jammed untuk tulis apa-apa penulisan yang berilmiah.
Saya cuma nak kata......"Abah. Boleh tolong dapatkan Along sorang lelaki yang beriman dan beramal soleh untuk dijadikan suami?" (mendalam erti ayat ni sebenarnya bagi yang mahu berfikir)

ok. itu sahaja.
sekian, wassalam.

'mungkin saya bukan wanita sempurna dan benar-benar solehah. tapi saya sedang berusaha menjadi hambaNya yang taat. Jihad! Ya Allah, Permudahkanlah jalanku untuk mendekatiMu, Tuhanku.'

Islam itu indah

Rabu, 20 April 2011.
10:10 a.m.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

" Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. "
(Surah Al-Fatihah: Ayat 6-7)

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini kita dapat lihat pelbagai 'penyakit' dalam masyarakat kita. Jenayah rompak, samun, rogol, bunuh, pembuangan bayi dan macam-macam lagi kejelikan manusia dapat kita dengar saban hari. Pelakunya siapa? Kebanyakan yang kita baca di akhbar-akhbar, dan kita dengar di radio mahupun tv adalah orang Melayu yang beragama Islam. MasyaAllah.
Mereka ini telah membuatkan Islam itu seolah-olah sangat jelik untuk dijadikan pegangan. Walhal di mana silapnya? Jom kita semak satu per satu dari akar umbinya.

Pertama, kita selidik semula rukun Islam:

1. Syahadah - berikrar bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu Rasulullah.

2. Solat 5 waktu sehari semalam

3. Berpuasa di bulan Ramadhan

4. Mengeluarkan zakat

5. Mengerjakan haji di Baitullah (bagi yang berkemampuan)


Lima perkara di atas merupakan perkara yang wajib dilaksanakan bagi seorang yang beragama Islam. Namun, tunjangnya di mana? Sebelum bersyahadah, seseorang itu perlu beriman terlebih dahulu.

Ok, kita semak rukun iman pula:

1. Percaya kepada Allah.
Percaya bahawa Allah itu wujud, Dia lah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta seluruh isi alam. Dia lah juga yang mentadbir alam ini.

2. Percaya kepada malaikat.
Malaikat itu pesuruh Allah yang sentiasa taat pada perintah Allah, tidak pernah derhaka.

3. Percaya kepada Kitab-kitab.
Kitab-kitab diwahyukan kepada Rasul pilihan. mengandungi peringatan dan perintah Allah s.w.t terhadap sekalian makhluk cipataanNya.

4. Percaya kepada Rasul.
Rasul dilantik oleh Allah untuk memberi peringatan dan bimbingan kepada umatnya supaya melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

5. Percaya kepada hari akhirat.
Hari di mana seluruh makhluk dibangkitkan semula untuk dihitung amal perbuatanNya. diberi ganjaran kesenangan di syurga bagi orang yang beriman dan balasan neraka bagi yang kufur ingkar.

6. Percaya kepada Qada' dan Qadar.
Qada' - takdir yang memang telah ditetapkan oleh Allah di dalam Luh Mahfuz. tak akan berubah.
Qadar - takdir yang ditetapkan oleh Allah tetapi boleh berubah bergantung kepada usaha seseorang itu.

Disebalik semua rukun iman ni, kita semak pula erti sebenar iman. Apakah yang dikatakan iman itu?
Iman bermaksud percaya dan yakin dengan hati, mengaku/menuturkan/melisankan dengan lidah dan mengamalkan dengan perbuatan. Tindak-tanduk seorang yang benar-benar beriman perlu, WAJIB berlandaskan apa yang disyariatkan dalam Islam. Yang diperintahkan oleh Allah melalui ayat-ayatNya yang termaktub dalam kitab al-Quran. Sebab itulah kita kena kembali kepada al-Quran, baca, hayati, fahami dan laksanakan dalam kehidupan.

Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yg Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yg meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayat petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman.
(Surah Al-A'raf: Ayat 52)
Penyakit 1: Kejadian rompak & samun
kenapa ini berlaku? mungkin kita nak salahkan perompak tu. tapi cuba kita tengok, yang kena rompak tu orang yang kaya ke miskin? pernah dengar tak orang miskin, rumah dia kena rompak? takde kan? orang kaya-kaya, rumah besar, kereta banyak, perhiasan dalam rumah mahal-mahal yang kena rompak. betul tak?

Firman Allah:

Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
(Surah Al-Furqan: Ayat 67)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Surah Al-Baqarah: Ayat 277)

jika perintah Allah ini benar-benar diterapkan dalam kehidupan, insyaAllah kes-kes rompak ni dapat dibendung. Ya lah..kalau semua orang kaya pun berzakat, membelanjakan hartanya ke jalan Allah, takde lah orang yang hidup tersepit. maka tak berlakulah jenayah tu, kan?


Penyakit 2: Gejala sosial - penzinaan berleluasa, kes rogol & buang bayi.

Firman Allah:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
(Surah An-Nur: Ayat 30)

Ayat ni merupakan perintah Allah kepada orang-orang LELAKI yang beriman supaya menjaga pandangan mereka daripada memandang yang haram. apa yang haram tu? aurat wanita. tapi apa yang berlaku hari ni? ramai yang menghadap internet tengok video-video pornografi, gambar-gambar lucah yang membangkitkan syahwat.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah An-Nur: Ayat 31)

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Ahzab: Ayat 59)

dua ayat di atas ni pula perintah untuk PEREMPUAN yang beriman. Saidatina Aisyah r.a. berpesan, "Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki." kenapa begitu ya? kepada kaum Hawa, sedar tak sebenarnya setiap inci tubuh anda Allah ciptakan sangat indah? senyuman dan lirikan mata wanita mampu menggoyah iman lelaki. sebab tu Allah larang wanita mempamerkan kecantikan diri. Allah suruh labuhkan pakaian. pakai pakaian yang longgar, warnanya tak menarik perhatian. tapi yang berlaku hari ni, kecantikan wanita tu dieksploitasi sepenuhnya. iklan-iklan komersil kat tv dan akhbar semua pakai model wanita. sekarang pulak timbul macam-macam fesyen yang dikatakan "fesyen muslimah". Astaghfirullahalazim..
perintah menutup aurat yang Allah s.w.t buat adalah bertujuan untuk memelihara wanita daripada menjadi perhatian lelaki dan untuk melindungi wanita daripada perbuatan jahat lelaki tak bertanggungjawab. tapi nampaknya dah semakin sesat "muslimah" yang ada pada hari ini. bila berlaku kes-kes rogol, marah kat lelaki. sedangkan siapa yang mula cari nahas? tepuklah dada, tanya iman. kalau kita benar-benar beriman dengan ayat-ayat Allah, kita akan ikut anjuran yang telah ditetapkan dalam Al-Quran.

saya dah penat pulak nak mengarang. sekarang dah jam 3:44 p.m. dari awal saya mula menaip, baru setakat ni je yang dapat saya fikir (plus siapkan keje, pegi makan dan solat skali dah..hehe). saya ni manusia yang lemah. inilah masalahnya, tak hafal Quran. nak bagi nasihat, menggagau-gagau rujuk tafsir, cari ayat yang berkenaan. nanti saya sambung lagi pasal keindahan Islam. nak study dulu baru tak penat otak nak mengarang macam sekarang ni..hehe. :)
banyak lagi benda nak dikupas sebenarnya.

semoga Allah memberi kita hidayah dan nur untuk kembali ke jalan yang diredhaiNya.

Wallahualam.

Ayuh bangkitkan generasi Al-Quran...insyaAllah~ :)

Rabu, 13 April 2011.
11:11 a.m.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana DIA masih mengizinkan saya untuk bernafas, hidup dan berupaya untuk menggerakkan anggota-anggota badan saya pada hari ini. Semoga setiap yang saya lakukan hari ini menjadi amalan yang dimakbulNya.

Mungkin tak ramai yang mengikuti, melewati atau menyinggah di blog saya ini. Tapi saya berharap..andai ada yang sudi singgah, semoga persinggahan anda pada kali ini mendapat sesuatu yang bermanfaat. InsyaAllah. :)

Kali ini saya ingin mengajak rakan-rakan, sahabat-sahabat dan saudara saudari untuk mengenal, mendekati, memahami dan menghayati ayat-ayat Allah. Beberapa hari kebelakangan ini, saya punya waktu yang terluang. Sempatlah kiranya saya membuat sedikit pembacaan terjemahan/tafsir beberapa surah dalam Al-Quran kitabullah. hurmm..mungkin saya tak mengaji dalam bahasa Arab..bukan sebab saya tak pandai baca or tak pandai ngaji..tapi saya cuba untuk faham ayat-ayat Allah. Peringatan-peringatan yang telah DIA berikan.

Subhanallah. Maha Suci Allah.

DIA telah menciptakan sekalian makhluk untuk mengabdikan diri kepadaNya. DIA mengangkat manusia sebagai makhluk terbaik ciptaanNya dan umat Islam sebagai umat terbaik di sisiNya. Allah kurniakan akal kepada manusia untuk kita berfikir tentangNya, tentang bukti kekuasaanNya, tentang bukti kewujudanNya. Allah itu Maha Penyayang. Nikmat yang diberi pada kita tak pernah putus. DIA juga utuskan kita nabi-nabi dan rasul-rasul untuk beri peringatan tentang amal kebaikan yang perlu kita lakukan untuk mendapat redhaNya.

Merenung semula keadaan dunia pada hari ini, saya tersedar. Betapa selama ini saya banyak berdosa. Saya mengaku beragama Islam. Tapi adakah saya beriman dengan sebenar-benar iman? saya mengaku beriman kepada Allah, Rasul, Malaikat, Kitabullah, Hari Akhirat, Qada dan Qadar tapi adakah selama ini saya benar-benar bertindak sebagai orang yang beriman?
Selama ini iman saya tu nipis sangat rasanya. Saya mengaku Allah tu Tuhan tapi saya tak ikut sangat apa yang DIA suruh. Saya mengaji, baca ayat-ayat peringatan tapi sekadar baca dan tak cuba fahami.
Astaghfirullahalazim..

Bila saya mendekati Al-Quran..cuba fahaminya..saya jadi sedih..selama ni saya lalai dan termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi. Ya Allah, ruginya saya..tak tau macam mana sedih sangat rasa. Tak tau macam mana nak tebus semula masa-masa dulu yang saya dah sia-siakan. Kalau nak disenaraikan, memang tak terhitung rasanya perbuatan sia-sia saya. Paling banyak sekali, tido lah..kate sorang teman, "tua dengan tido."
Astaghfirullahalazim..

menyesal sangat. tapi sesal dulu pendapatan, sesal kemudian takde gunanya. hurmm...apa yang sudah berlaku tu, kita tak dapatlah nak balik semula ke masa dulu untuk ubah balik. perkara yang sudah tu, sudah lah..yang penting sekarang kita baiki kesilapan-kesilapan dulu tu. berusaha, cuba untuk perbaiki diri, tambahkan amalan dan buat persediaan untuk hari akhirat kelak. masa kita dah tak panjang. kiamat makin dekat. kalaupun bukan masa kiamat, ajal Allah tu pon hampir jugak dengan kita. sampai masa ajal menjemput, kita dah tak boleh nak buat apa dah. dah tak boleh nak beramal dah. sebab jasad kita dah mati. saat tu, apa lah bekalan kita untuk dihisab waktu menghadap Allah nanti?

oh ya...macam lari dari tajuk pulak yek? mengenai Al-Quran..ada macam-macam panduan hidup dalam Al-Quran ni. Kalau kita baca tafsir tu, fahami dan ikut, insyaAllah hidup kita berada dalam landasan yang betul. seronok tau baca Al-Quran..baca dengan sebenar-benar baca laa..maksud saya, faham maksud dia sekali.

Al-Quran tu memang mukjizat yang agung, yang indah. Allah ceritakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. kisah-kisah nabi dan umat terdahulu. Allah ceritakan kejadian kita (manusia). Allah beri peringatan tentang kekuasaanNya, syurga dan nerakaNya, ganjaran-ganjaran untuk mukmin yang beramal soleh dan balasan-balasan azab untuk orang yang menyekutukanNya, tak beriman padaNya dan tak taat perintahNya. Dalam Al-Quran juga Allah beri panduan cara-cara beribadah. Macam-macam ada lah..

hurmm...mungkin alasan orang hari ini, takde masa. banyak kerja. sibuk. tapi saya minta, kalau boleh, luangkan sikit je...sikit je masa untuk selami Al-Quran. tengok balik terjemahan kalau kita tak faham bahasa arab. muhasabah dan bandingkan dengan cara hidup kita sekarang, adakah kita berada dalam landasan yang diredhai Allah. cuba perbaiki dan tanamkan dalam hati kita ni yang kita ni hamba Allah yang dhaif. semua yang kita peroleh kat dunia ni semuanya atas nikmat yang Allah beri pada kita. semua yang kita ada ni semua atas sifat kasih Allah pada hamba-hambaNya. maka kita kena lah taat pada perintahNya dan cintakan DIA lebih daripada apa pun kat dunia ni sebab dunia ni pun sementara jek..kat padang mahsyar nanti satu ape pon kat dunia ni kita tak kenal dah...

ok lah. sampai sini sahaja untuk kali ni. apa yang baik itu segalanya dari Allah s.w.t. dan ape yang tak baik itu atas kelemahan saya sendiri.

Wallahualam.

Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhankamu, dan penawar bagi penyakit dalam dada kamu, dan hidayah petunjuk (untuk keselamatan), serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

( Surah Yunus: Ayat 57)

Doa Cinta Sejati

Selasa, 12 April 2011.
4:28 p.m.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.



بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد


اَللَّهُمَّ اِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، وَحُبَّ كُلِّ عَمَلٍ يُوْصِلُنِي اِلَى قُرْبِكَ، وَاَنْ تَجْعَلَكَ أَحَبَّ اِلَيَّ مِمَّاسِوَاكَ، وَاَنْ تَجْعَلَ حُبِّي إِيَّاكَ قَائِدًا اِلَى رِضْوَانِكَ، وَشَوْقِي اِلَيْكَ ذَآئِدًا عَنْ عِصْيَانِكَ، وَامْنُنْ بِالنَّظَرِ اِلَيْكَ عَلَيَّ، وَانْظُرْ بِعَيْنِ الْوُدِّ وَالْعَطْفِ إِلَيَّ، وَلاَتَصْرِفْ عَنِّي وَجْهَكَ، وَاجْعَلْنِي مِنْ اَهْلِ اْلإِسْعَادِ وَالْخُظْوَةِ عِنْدَكَ يَامُجِيْبُ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan selawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Aku memohon cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan cinta amal yang membawaku ke samping-Mu. Jadikan Engkau lebih aku cintai daripada selain-Mu. Jadikan cintaku pada-Mu membimbingku pada redha-Mu. Jadikan kerinduanku pada-Mu mencegahku dari maksiat atas-Mu. Anugerahkan padaku memandang-Mu.Tataplah diriku dengan tatapan kasih sayang. Jangan palingkan wajah-Mu dariku. Jadikan aku di antara penerima anugerah dan kurnia-Mu wahai Pemberi Ijabah ya Arhamar rahimin.

(Mafâtihul Jinân, bab 1: 125)

1 April..

Jumaat, 1 April 2011.
4:38 p.m.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

Apa berlaku pada 1 April ni? Rancangan yang saya nanti-nantikan akan mula ditayangkan malam ni. Rancangan apa tu ye? hehe..


hurmm...tapi hari ni pon ade rancangan laen yang macam menarik juga laa..boleh pecah perut ketawa..rancangan apa tu? haaa....Maharaja Lawak.

mane satu pilihan anda?
Imam Muda - berinformasi, berunsur dakwah, hiburan hati...juga boleh ushar calon suami (haha! memaen je..tapi kalau betul pun ape salahnye..) ;p

Maharaja Lawak (ML) - hiburan laa...ape lagi..

pilihan saya? hmm...malam ni saya tak dapat laa tengok..sebab insyaAllah akan bertolak pulang ke Batu Kurau, perak lepas balik keje ni.
tapi minggu depan dan seterusnya, insyaAllah saya memilih Imam Muda..kalau nak tengok ML pon tengok siaran ulangan jek laa...tu pon kalau rase nak tengok tv laa...huhu~

ok lah..sampai sini aje...kepenatan hari nih..pagi tadi basuh baju 3 baldi pakai tangan dan berus..hahahha~

wassalam.

'balik kampung makan durian! tengok baby (sepupu) baru! jumpa damia & syahmi! berkelah kat sungai! sonoknyeeeeee~ *semoga Allah merahmati dan menyelamatkan perjalanan kami pergi dan pulang nanti..amiiiinnn*'

Dari Melaka ke Negeri Pahang..singgah di Johor..eh salah~

Rabu, 30 Mac 2011.
11:35 a.m.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah rahmatNya saya masih lagi bernafas, bernyawa, dapat menghayati alam ciptaanNya dan masih berkemampuan untuk menulis di sini. :)

Ok lah..taknak bermukaddimah panjang lebar..terus cerita je..minggu lepas saya berpeluang ikut majikan saya ke Melaka. Seperti biasa untuk shoot wedding lah...takde keje dia nak bawak saya merewang saje-saje..hehe~
Melaka kalau nak dibandingkan dengan Kuantan..haha..banyak juga bezanya..Melaka kira maju jugak laa..membangun..ade landskap yang menarik..kedai-kedai yang baru bina pon architecture design nya up-to-date lah...kalau nak banding ngan Kuantan ni...sedih...bandar macam hidup segan mati tak mau jek..takde tarikan pon untuk orang datang berkunjung. Mana silapnya? fikir-fikirlah sendiri..kalau saya tulis lebih-lebih kat sini, kena tangkap masuk ISA pulak..naya jek..

ok..pasal wedding yang saya pegi tu..masyaAllah..rumah dia sangat best! cantik! pastu dia pasang khemah sampai berapa puluh pon, saya malas nak kira kot...tapi ok jugak laa sebab family ni tak lupa buat amal kebajikan..dia jemput dan jamu anak-anak yatim dari rumah anak yatim mane tah sy dah lupa..huhu~

petang Sabtu lepas abes shoot wedding tu, saya naik bas ke Johor pulak..adik perempuan saya bergraduasi Ahad tu..
hurmm...dulu masa saya konvo, sangat tak best...tak sempat amik gambar ngan kawan-kawan sebab dah petang sangat...lepas tu memang dah tak jumpa pon...masa tu saya pakai kamera compact kodak yg pakai bateri AA yang loser..walaupun dah caj, tapi cepat sangat abes bateri..jadilah ntah pape gambar konvo saya dulu...sobs~ T-T

So, untuk membuatkan perasaan tak puas hati tu tak berulang lagi, saya bersemangat waja nak amik gambo konvo adik saya ni..kasi dia happy sket..tapi masalah pulak bila saya ade 1 memory card jek..pastu dah hampir full ngan gambar-gambar wedding kat Melaka tu..nak transfer ke hard disk, SD slot kat laptop adik saya tu pulak rosak ke ape tah...tak boleh detect sd saya...uwaaa~ T-T
tapi takpelah...shoot je lah berapa yang dapat..tu pon saya delete2 jugak gambar yg nampak cam tah pape (padahal byk je gambar yang tah pape sbenarnya)..huhu!
macam-macam pose la saya suruh adik saya buat...nasib laa yek, deq dee...balas dendam sebab gambar konvo along dulu tak best..uhuhuu~

layan gambar joms~

*bleh klik kat gambar ni untuk tengok gambar-gambar lain..*

ok lah...malas sudah mau upload bebanyak..kalo agak-agak rase semacam tak puas nak tengok gambo, bleh tengok kat fesbuk saya, owkai? ;)

*err...mengimbau kenangan lalu..tahun 2008 punya gambar..*

'sorry Deq Dee..camtu je gambar yang mampu along buat...tak hebat pon amik gambo..huhu~'

Jangan Baca

Isnin, 28 Mac 2011.
9:41 a.m.
Rumah Tamu Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Assalamualaikum.

Takde ape nak cerita pon...saje je ngade-ngade nak bagitau saye dekat Johor. Blom balik Kuantan..adoiiii~