Smartphone: keperluan vs kehendak

Khamis 9 Ramadhan 1434H | 18 Julai 2013
1:58 a.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Aishh..lewat pulak duk update blog tengah-tengah malam buta. Mata tak mengantuk pulak siang tadi banyak tido.

Ok. Malas nak mukaddimah panjang. Smartphone atau dalam Bahasa Melayu nya telefon pintar, merupakan inovasi terbaru yang menjadi kegilaan dan trend orang zaman sekarang. Masa ia mula-mula diperkenalkan, ya, saya terkagum dan teringin jugak nak ada 1 smartphone. Paling teringin nak pakai Samsung Galaxy S3 hari tu. Pastu dah keluar Note II, rasa nak Note II pulak. Tapi bila duk tengok-tengok orang pakai, saya duk fikir, apa yang best sangat? Hahahaha..
Nampak orang duk pakai untuk main game aje. Pastu boleh internet kat tepon. Duk tengok orang guna, akhirnya saya dah tak nampak apa yang menarik dengan smartphone ni. Asal-asal tujuan nak ada mobile phone supaya mudah nak dihubungi atau menguhubungi orang lain. Sama ada untuk buat panggilan atau hantar text message sahaja. Lain-lain perkara tu, tak penting pun. Jadi, smartphone ni..adakah ia satu keperluan?

Bagi saya, secara personal memang tak perlu pon ada smartphone. Sebab saya dah bosan main game. Kalau nak main internet pon, boleh pakai notebook. Lagi puas hati. Tapi lain orang, lain keperluan. Kan?

Baru-baru ni ummi beli 1 smartphone jenama Alcatel. Murah aje. Tak kisah la tu. Pastu dia tak tau camana nak guna. Entah jadi merapu camana dia guna aritu. Sampai abes kredit. Hahahaha. Kesian.
Terus dia taknak guna dah. Bagi kat saya. Dan dan laaa pulak masa tu henpon saya buat ragam. Caj bateri, tak naik-naik bar dia.
Ok. Terpaksa guna jugak la smartphone yg ummi bagi. Ahaha. Boring je. Tak menarik pon. Sama jugak dengan telefon biasa. Bukan ada orang nak call dan bersembang sampai berjam-jam pon (stock orang suka bersembang camni la)..orang lain duk WhatsApp la..Line la..viber la..entah macam-macam aplikasi lagi..emm..tak best pon. So, telepon tu memang fungsi dia untuk call dan sms je. Hahahaha.
Jadi, terbuktilah bahawa smartphone adalah 1 kehendak (yang tidak dikehendaki pon) dan bukannya 1 keperluan.
Anda pula bagaimana?

Adios.

' bagi saya pakai nokia 3310 pon ok jek kalau masih ada. '

2 comments:

Afiy said...

sy pun tak beli smartphone sbb sy xsmpai ke thp keperluan utk belinya. lgpn sy ingat pesan abah sy dulu2 bila saya mntk fon canggih2. abah sy ckp sambil senyum,"asal dgn fon tu abah boleh call & msj ifah dah lebih dari cukup." so kalau fon sy rosak smpai xleh buat dua perkara tu bru sy mnggelabah..hehe.

Si teNang said...

tu lah..masa zaman U dulu pon, member2 dah start pakai fon canggih2. dulu xde smartfon..fon ade kamera tu kira hebat abes laa..tapi fon saya, fon biasa je..xde kamera..duk cam-whoring ngan fon member je..

skarang, dah "dewasa"..tak buat dah keje2 cam-whoring tu..nak amik gambar pon malas..so, fon ade kamera pon rasa tak perlu...lagipon kalo nak amik gambar, pkai DSLR baru syok.. :p

cumanya masalah henpon adalah kredit slalu expired walopun kredit berlambak lagi... T-T