Isnin, 25 Jamadil Akhir 1434H | 6 May 2013
6:38 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Apa khabar rakyat Malaysia?
Ye. Keputusan penuh PRU-13 masih memihak kepada Barisan Nasional. Tahniah BN. Selamat meng'cover' balik duit-duit berjuta ringgit yang dah habis untuk berkempen..yang jemput PSY ke Penang..jelajah janji ditepati..BR1M, KR1M, PR1MA dan whatsoever..Rapid Kuantan yang tambangnya free selama berbulan-bulan lamanya..
Kepada rakyat Malaysia..Bersiap-sedialah menghadapi:
- kenaikan harga barang
- kenaikan harga minyak
- kenaikan harga tol
- kenaikan cukai
- kenaikan harga tiket bas nak balik kampung
- kenaikan harga rumah dan kereta
- kenaikan kos sara hidup secara keseluruhannya
- tanah Malaysia dijual/digadai kepada negara asing
Jadilah rakyat Malaysia yang produktif dan bekerja bagai nak rak untuk membayar segala hutang pinjaman pembelajaran, rumah, kereta dan macam-macam lagi yang tinggi melangit (kalau taknak, tak payah beli). Jangan lupa sign pencen umur 60 tahun (untuk yang bekerja ngan gomen) supaya boleh cover semua hutang-piutang dan kos sara hidup. Kalau fresh grads banyak yang menganggur, sila jangan komplen sebab pakcik-pakcik tu ramai yang tak nak bersara awal.
** saye taknak jadi balaci yg serve kerajaan yang boros dan banyak buat pembaziran **
Tambahan. Copy dari mana entah..
- Selamat membayar hutang PTPTN.
(Kita orang Islam, hutang memang wajib bayar, kan? saya dah habis bayar. Anda bila lagi? ;p)
- Selamat membayar saman AES.
(kalau taknak bayar saman AES, takyah bawak kete laju-laju.)
- Selamat membayar tol.
(kalau taknak bayar tol, ikut jalan lama or jalan bandaran)
- Selamat menikmati kenaikan harga minyak dan barangan.
(kalau taknak bayar duit minyak mahal, duduk je rumah. save minyak kereta. atau naik je public transport. Tak larat harga barang naik, tak payah beli. Jimat. Maafkan kami orang kampung kalau tak balik raya esok-esok)
- Selamat menikmati akses media berat sebelah.
(hadap la TV dan surat khabar tu. Kalau taknak, boleh tutup TV)
- Selamat menikmati fitnah, video seks dan berita lucah.
(takyah tengok TV. takyah beli surat khabar. kalau kita boikot, mesti dorang chuak!)
- Selamat menikmati keborosan Rosmah.
(kehkehkeh..korang keje teruk-teruk, big mama rilek je shopping sakan merata dunia)
last but not least..
Selamat menabung untuk membiayai kos pendidikan anak-anak di masa hadapan. Walau macam mana mahal pun harga barang, minyak, rumah, kereta, cukai..tolong menabung ye bakal-bakal ibu dan bapa sekalian. Esok-esok diorang nak bayar hutang PTPTN pun payah dah barangkali sebab peluang pekerjaan limited..orang tua taknak berenti keje duk membayar hutang tak habis-habis. hehe~
Selamat...selamat...selamat semuanya~
No comments:
Post a Comment