1 Day before departure

Khamis, 23 Zulkaedah 1435H | 18 Oktober 2014
2:37 p.m.
TH Hotel, Kelana Jaya, Selangor.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Saya dan keluarga baru sahaja check-in dekat TH Hotel, Kelana Jaya. Hotel ni terletak dalam Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.
Kami sekeluarga telah terpilih untuk mengerjakan ibadah haji bagi musim haji tahun 1435H/2014.
Tarikh dan waktu check-in untuk penerbangan ke tanah suci adalah pada 19 September 2014 (Jumaat) jam 8.30 pagi. Namun begitu, pihak Tabung Haji ada hubungi ummi saya as a friendly reminder semalam (17 September) untuk datang lebih awal 4 jam sebelum waktu yang diberikan pada surat. Kiranya pukul 4.30pagi nak kena berkumpul. Jadi, kami decide untuk stay dekat hotel ni.

TH Hotel ni hanya dikhaskan untuk jemaah haji sahaja (mungkin pada musim haji sahaja begitu).
Disebabkan kami sekeluarga dah berlima (abah, ummi, saya, deq dee & ghani)..maka ummi minta suaya kami ditempatkan dalam 1 bilik. Kalau tak mintak, mungkin jemaah lelaki duk bilik lain...jemaah wanita bilik lain.

Setakat ini tak ada apa-apa lagi untuk dikongsi. Kalau ada peluang, saya update lagi perjalanan haji kami sekeluarga. InshaAllah. :)

Semoga Allah permudahkan urusan dan ibadah haji kami sekeluarga. Amiin.

* Dalam bilik ada 2 single bed dan 3 extra bed, tv, mini fridge, kettlejug, bathroom+toilet *

No comments: