Selamat Hari Guru.... - post tertunda

Jumaat, 8 Syaaban 1434H | 6 Jun 2014
1:30 a.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.


Cikgu...
Ramai yang kata kerja cikgu senang.
Kerja separuh hari sahaja.
Masuk kelas, ajar-ajar sikit, beri homework, tanda buku.

Cikgu..
Tapi ramai yang tak tahu, kerja cikgu sangat banyak sebenarnya.
Bila sekolah buat event, cikgu lah yang jadi pengurus dan pelaksana program.
Bila anak murid ada ujian, cikgu lah yang jadi penggubal soalan, pengawas peperiksaan.
Bila anak murid kena buat persembahan nyanyian, cikgu lah yang jadi komposer dan guru vokal.
Bila anak murid kena buat persembahan lakonan, cikgu lah yang jadi penulis skrip dan pengarah.
Bila anak murid kena buat persembahan tarian, cikgu lah yang jadi koreografer dan pereka kostum.
Bila anak murid masuk pertandingan sukan, cikgu lah yang jadi coach, pengurus pasukan.
Bila anak murid ada perkhemahan, cikgu lah yang jadi kem komandan, tukang pasang khemah dan buat gajet.
Bila anak murid nak bayar yuran atau ambil duit bantuan, cikgu lah yang jadi akauntan dan ceti.
Bila anak murid sakit, cikgu lah yang jadi doktor, jururawat.
Bila anak murid termuntah or terkucil dalam kelas, cikgu lah yang jadi tukang cuci.
Bila anak murid nak pergi rombongan, cikgu lah yang jadi penjaga.
Bila anak murid buat kes, cikgu kena jadi polis, hakim.
Bila hari pelaporan, cikgu kena buat pembentangan pada ibu bapa murid pasal keputusan dan analisa cikgu terhadap murid. Bukan seorang murid, tapi lebih daripada 30 orang murid.

Macam-macam kerja cikgu. Tapi itu semua orang tak nampak. Yang orang nampak kerja cikgu cuma, masuk kelas, mengajar, tanda buku.

Orang tak nampak cikgu kena tulis Rancangan Pengajaran Harian setiap hari.
Orang tak nampak cikgu kena sediakan bahan bantu mengajar.
Orang tak nampak cikgu kena gubal soalan bila anak murid ada peperiksaan.
Orang tak nampak cikgu kena tulis lirik lagu bila anak murid kena buat persembahan nyanyian.
Orang tak nampak cikgu kena tulis skrip bila anak murid kena buat persembahan lakonan.
Dan macam-macam lagi kerja cikgu yang orang tak nampak.

Cikgu..
Bukan senang nak jadi cikgu.
Moga cikgu-cikgu di Malaysia akan terus tabah mendidik anak bangsa, mengangkat martabat Malaysia ke persada dunia.

SELAMAT HARI GURU!





No comments: