Hanya sementara...

Sabtu, 9 Rabiul Akhir 1434H | 8 Februari 2014
9:21 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Beberapa minggu hidup dengan jadual baru. MashaAllah! Memang sesuatu yang lain. Dan masih belum berjaya adapt atau adjust masa sepenuhnya untuk selesaikan semua tugas dengan tenang dan on time. Itulah dia orang yang tak pandai hargai masa. Huhuhu~

Dah beberapa minggu jadi guru ganti di SKC. Memang menarik dan tersangat mencabar tugas kali ni. Kena kawal budak-budak yang hyperactive seramai lebih 30 orang dalam satu kelas. Pagi-pagi kul 7.30 confirm dah terpacak kat sekolah. Boleh balik dari sekolah jam 2.30 petang. Tapi minggu lepas, Isnin hingga Rabu ada mesyuarat. Jadinya balik lewat sikitlah. Habis sekolah, saya tak balik rumah pun. Terus rushing pergi KAFA Permata Suria. Job yang ni saya tak boleh tinggal. Sebab ini ibarat permanent job saya buat masa ni. Jadi guru ganti ni sementara aje. Kalau tak pergi KAFA, buatnya dorang cari orang lain, habis kontrak guru ganti nanti dah tak ada kerja pulak. Balik rumah memang dekat kul 7 malam. What a hectic day~

Bila malam menjelang, saya memang tidur awal. Huhuhu~
Tido itu sangat asyik. Maafkan saya. Tapi saya memang suka tido. Bila keadaan macam ni, waktu tido saya pun dah berkurang...wuwuwuuu~
Walaupun saya tertidur awal pada malam hari, tapi saya akan bangun jam 3 pagi untuk siapkan kerja. Ada kena buat minit mesyuarat, taip borang, buat bahan bantu mengajar (bbm), lembaran kerja untuk budak-budak. Pokoknya, waktu tidur saya memang terjejas. Sobs~

Tapi semua ni buat saya sedar secebis bahawa hidup bukan untuk tidur. Dah terlalu banyak masa saya habiskan untuk tidur sedangkan nanti-nanti Allah dah sediakan waktu tidur yang sangat panjang untuk saya (selepas mati).
Saya jugak sedang berusaha untuk urus diri dan adjust masa supaya jadi seorang yang lebih terurus dan menghargai masa.

Serious kagum jugak dengan cikgu-cikgu perempuan yang dah berkeluarga. Dorang tu lagi laaa nak kena uruskan anak-anak lagi..suami lagi..kesian pun ada sebab memang penat giler jadi cikgu. Entah camana laa kehidupan macam tu..mungkin ni la sebabnya saya tak kawen-kawen. Memang rasanya takleh handle life yang macam tu...buat masa ni laa...huhuhu~
Kalau saya dah kawen nanti, saya nak jadi surirumah sepenuh masa je..boleh tak? pleaseeee~ (soalan untuk awak, jodoh saya)

Ok lah. Malas nak celoteh panjang sebab bukan ada orang baca pun. Hahahahaha~

' Live life to the fullest! '

No comments: