3:59 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.
Bukan mudah...
Ya. Jalan menuju syurga itu memang tidak mudah. Penuh liku dan duri. Tidak seindah jalan ke neraka. Tapi jika matlamat sudah ditetapkan, azam dan nekad yang tinggi, yang sukar itu tidak mustahil. Kan?
Hurmm..
Begitu juga keadaannya dalam usaha untuk mencari seorang IMAM untuk diri sendiri. Imam yang bukan sebarang Imam. Imam yang bukan sekadar hanya mengimami solat. Tetapi Imam yang benar-benar mampu menjadi ikutan, contoh teladan yang baik. Imam yang mampu memimpin menuju jannah Ilahi. Imam yang mampu membela maruah dan menjaga keselamatan diri ini.
Dalam pencarian, terkadang tersilap membuat penilaian. Memilih dalam kejahilan. Lemah dengan perasaan. Kabur dalam pandangan. Natijahnya? Bak kata Nabil, "Lu pikir lah sendiri."
Adakah saya terlalu memilih? Sebenarnya memilih Imam yang baik itu memang perlu dan sangat penting. Dalam solat pon kita tak boleh lantik sebarangan orang untuk naik jadi Imam, kan? Mesti yang lebih baik bacaannya, disenangi, sedap mata memandang..Tapi untuk lelaki, tak perlu nak pilih-pilih sangat sebab sesiapa sahaja boleh jadi makmum. Imam yang baik InsyaAllah dapat membimbing makmumnya.
Ya Allah. Berilah kebaikan padaku walau di mana sahaja aku berada. Sesungguhnya Engkau Maha Mengurniakan.
No comments:
Post a Comment