tak perlu kata apa-apa

Isnin, 16 April 2012.
8:44 p.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Wahai blog yang cantik!
Kesiannya semenjak dua tiga menjak ni kamu diabaikan.
I'm very sorry 'coz i'm kinda busy doing things these few months.

okeh.
back to the future..eh!?

saya skarang memang dah semakin cam katak bawah tempurung walaupun hidup di dunia serba moden dan canggih. Ya lah..suratkabar malas baca (buat sakit hati + buang masa je)..TiVi pon tak sempat nak tengok..yang sempat sikit-sikitnye cuma tengok status update kawan-kawan kat fesbuk.
so, hari ni mau cakap pasal apa?
orait. dari semalam, saya buka fesbuk, duk la baca orang duk pungpang pasal PTPTipu..
nak marah siapa? nak marah budak IPT tak belajar rajin-rajin, pastu pointer rendah, hidup dibelenggu hutang?
nak marah budak IPT yang aktif ber'ko-kurikulum' (ikut dasar meritokrasi punya pasal), tak dapat nak fokus study sangat, pointer tak berapa nak best, hidup dibelenggu hutang?
pastu jenuh bising lambakan graduan menganggur, graduan tak bayar hutang PTPTipu..
eh? dah tu..yang tua tak puas-puas hidup mengumpul harta..nak kerja sampai bongkok tiga gamaknya...

ok lah..
personally lah kan..saya rasa pihak kerajaan ni siyesly kene taubat nasuha dari mensyirikkan Al-Khaliq (Yang Maha Mencipta), Al-Malik (Raja segala raja, Maha Merajai)...taubat nasuha dari menghalalkan yang haram..memang la bagus bagi bantuan kewangan pada pelajar..tapi nape la pulak bayaran balik tu perlu ada interest? kan ke dah jadi riba?

apa pasal banyak sangat problem kat Malaysia ni? itulah dia..mengaku Islam, tapi tak amalkan Islam...mengaku Allah tu Tuhan yang Maha Mencipta, Maha Mengetahui...tapi amik hukum gubalan manusia (yang juga makhluk yang pengetahuan terbatas) untuk tegakkan keadilan, hadapi jenayah..dah tu kata hukum Sang Pencipta tak sesuai pulak...Astaghfirullah! Astaghfirullah! Astaghfirullah!

Ya Allah. Selamatkanlah umat ini dari azabMu baik di dunia mahupun di akhirat.

2 comments:

Anon said...

sistem ujrah yang diwar2kan tu pun riba?

Si teNang said...

entah la..ujrah tu macam mana ek?
dah la entah pape..nak kene mohon2 pulak untuk dapatkan ujrah tu..

tapi saya ada dengar kuliah ustaz ni kata, riba ni ada macam2 bentuk..walaupun ade persetujuan pihak yg beri pinjam dgn yg meminjam.

dia bagi contoh..orang tu bagi pinjam RM100..awal2 dia suruh bayar balik RM102..tu pon dah kira riba..

tapi skarang orang cuma nampak jelas riba jahiliyyah je..contoh cam hutang ngan lintah darat..kalau pinjam, lambat bayar, bunga bertambah..

wallahualam lah..
lebih baik elakkan selagi boleh dielakkan..