Isnin, 21 September 2015 | 7 Zulhijjah 1436H
2:31 a.m.
KM 11, Chendering, Marang, Terengganu.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum awak,....Jodoh saya.
Apa khabar? Moga sentiasa sihat dan tenang. Lama rasanya tak mengarang surat untuk awak. 2 tahun dah berlalu selepas surat terakhir sebelum ini. Maafkan saya andai awak ternanti-nanti...
Saat ini, saya buntu. Tak tahu di mana harus saya cari awak. Tak pandai macam mana nak dekati awak. Tak yakin dapat dampingi awak.
Mungkin waktu ini awak masih dalam mood menikmati zaman bujang.
Atau mungkin waktu ini awak tengah berkawan, berkasih dengan perempuan lain.
Atau mungkin juga waktu ini awak masih cuba ubati hati yang lara dek kerana kecewa ditinggalkan.
Tak apalah awak. Saya bagi peluang untuk semua tu. Tapi tolong jangan lama sangat, ya?
Sebab kita sama-sama derita...tak dapat jumpa antara satu sama lain.
" Ya Allah. Aku mohon Engkau redhakan lah hati ini untuk menerima segala yang telah Engkau takdirkan buatku. Dan aku mohon, takdirkanlah yang baik-baik untukku. Ameen. "
Yang setia menanti,
- Jodohmu -
{sakinah hawa izram}
' Tuhan tolong lembutkan hati dia....untuk terimaku seadanya...'
No comments:
Post a Comment