Khutbah Rasulullah s.a.w. mengenai Dajjal (Fitnah Dajjal)

Ahad, 26 Jun 2011.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.
2:49 p.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan>kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalahumat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:

"Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya.

Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu-bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."

"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula.

Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk

kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. "Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah.

Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:

"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya." Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada

manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh.

Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

si tenang sorang yang jumud

Jumaat, 24 Jun 2011.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.
12:50 tengah hari.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

haha. hari ni ade orang kate saya jumud. apa jumud ni ye? jom kite cek maksud dia.

saya dapat tafsiran jumud ni dari 1 blog. dia mengatakan bahawa Jumud adalah sempit, fanatik tak bertempat, bagai Abu Lahab dan Abu Jahal, pemuda Quraisy yang ketakutan apabila wahyu Tuhan turun melalui kata-kata Nabi Muhamad SAW menafikan 'tuhan-tuhan' mereka.

tafsiran daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu pulak menyatakan maksud jumud ialah beku, kaku, kolot

dan satu lagi yang saya dapat daripada 1 blog lain. Perkataan jumud berasal daripada perkataan "jamad" yang bermaksud benda keras yang tidak bernyawa. Dari segi istilahnya, jumud boleh diertikan dengan berotak beku, sempit, pemikiran masih dijajah atau sebagainya. Dalam Islam, jumud dapat dikaitkan dengan satu bentuk pemikiran yang tidak terbuka menerima sesuatu perubahan yang diizinkan syarak.

baiklah. saya ade terfikir nak buat satu siri penulisan yg mengutarakan pandangan-pandangan saya mengenai permasalahan yang berlaku dalam masyarakat pada hari ni. sebelum saya memulakan semuanya, terlebih dahulu saya nak katakan bahawa, saya sama sekali TIDAK MENOLAK PERKEMBANGAN TEKNOLOGI. tetapi saya mempersoalkan sejauh mana perkembangan teknologi dan inovasi-inovasi peralatan masa kini digunakan untuk memimpin atau mendidik manusia menjadi seorang hamba Allah yang lengkap. yang tahu bersyukur. yang tahu bersederhana dalam kehidupan. yang tahu erti berserah diri dan hanya bergantung hidup pada Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Kuasa. yang menghargai perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. bermati-matian menyampaikan Islam yang syumul. yang benar-benar menjalankan kehidupan bersyariat. yang menerima Islam secara keseluruhannya bagi mewujudkan dunia yang aman dan tenang melalui pimpinan Ar-Rahman. bukan mencari dalil dari Al-Quran dan Hadis bagi menegakkan benang yang basah atau membolehkan sesuatu yang dilarang Allah (diputar belit untuk kesenangan diri sendiri).

saya tidak meminta atau mengharapkan pembaca menerima dan menelan bulat-bulat pendapat saya kerana ini hanyalah pendapat saya semata-mata. Saya sendiri sebagai insan, memang banyak melakukan kesilapan dan masih dalam proses pembelajaran (tuntut ilmu hingga ke liang lahad, non-stop), mencari kebenaran dan hakikat keindahan Islam yang syumul. Ada yang menyatakan, membaca tulisan di blog saya, terasa seperti ada yang memerlukan bimbingan. Ya. Saya mengaku saya perlukan bimbingan untuk melihat dan menerima kebenaran. Saya tidak mengaku dan tidak mahu mengaku saya tahu segalanya dan menjadi seorang yang bodoh sombong. Bodoh tak mahu belajar, cerdik tak mahu diajar. Memaksa orang menerima semua kata-kata saya. Tidak. Bukan ini tujuan saya. Tujuan saya menulis perkara-perkara macam ni supaya apa fahaman saya yang salah, ada orang nak betulkan dan pendapat saya yang baik, dapat dikongsikan dengan orang lain dan saya dapat sesuatu ilmu yang baru. :)
(tapi agaknye ramai tak yang berminat nak berfikir dan berdiskusi masalah-masalah camni?)

Semoga kita yang mencari kebenaran dan hak itu mendapat petunjuk, hidayah dan pimpinan dari Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang ke jalan yang benar dan diredhai olehNya.

Wallahualam.

Saya pompuan malas pegi keje..sekian, terima kasih

Khamis, 23 Jun 2011.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.
3:33 p.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak bagi sikit kesan-kesan ibu bekerja.

Kesan kepada diri sendiri, anak & keluarga:
  • sudah tentu penyusuan ibu yang sempurna (merasai hikmahnya 100%) untuk ibu yang ada anak kecik tak berjaya dilaksanakan. boleh rujuk entri saya yang sebelum2 ni untuk mengetahui apa maksud saya.
  • rasa TAK BERSYUKUR dengan setakat apa yang suami/bapa boleh sediakan dapat diterapkan.
  • rumah bersepah sebab isteri tak larat nak tolong kemas. penat keje. ujung minggu je kemas. tu pon kalo tak buat OT or takde kene pegi kenduri kat mane-mane laa..
  • suami boleh jadi si malas atau tak bertanggungjawab sebab bini ada untuk tolong dia cari rezeki.
  • isteri nusyuz. sebab dia duk ungkit-ungkit dia yang banyak kuwa duit untuk beli itu ini support keluarga. MasyaAllah!
  • anak derhaka. anak-anak kurang perhatian dan kasih sayang dari mak bapak.
  • perasaan cintakan dunia dan melupai akhirat dapat disuburkan dalam keluarga. dah nak duit sangat sampai bini pon kene kuwa keje..apahal?

Kesan kepada masyarakat:
  • masyarakat bertambah ahli untuk buat dosa mengumpat (pompuan kan memang takde keje lain..mulut potpet2 tak henti2.)
  • bertambah penyumbang untuk orang lain buat maksiat mata (kebanyakan pompuan tak tutup aurat dengan sempurna bila keluar rumah. saya tak kate SEMUA pompuan. saya kata KEBANYAKAN. so, sape yg tak buat, jangan terasa untuk point ni)
  • bertambah ramai orang jadi penzina secara tidak disedari (pompuan sembur perfume menusuk qalbu bila keluar rumah)
  • rumah tangga berantakan sebab bini dah berkenan pulak ngan laki lain kat tempat keje. laki lain tu pulaknye suami orang. dah dua rumah tangga berantakan. (bagi kesan negatif pada anak-anak juga bila pasangan bercerai)
  • harga barang makin naik. sebab bila kerajaan naikkan harga barang, korang tetap akan beli jugak. suh bini keje lagi kuat supaya boleh claim OT, dapat duit lebih. boleh beli barang. masyarakat kecoh kerajaan tak adil bla bla bla..helo! korang yang menzalimi diri sendiri! tak cukup kalau baju setakat 4 or 5 helai sahaja..baju dah penuh nak melimpah2 almari pon, kata takde baju??? hairaaaannnn!~
  • harga minyak makin naik. sebabnya sama seperti di atas. kerajaan naikkan harga pon, orang tetap isi minyak jugaaaakkkk~
  • harga kereta mahal. sebabnya samalah juga. siap beli 2 kete pulak tu..haha
  • gejala soooo-sial makin menular sebab mak bapak tak amik tau pasal anak-anak. sibuk sangat kerja.
  • mak ayah bergaduh ngan cikgu-cikgu dalam mesyuarat PIBG sebab bila anak ade problem, kejenye nak salahkan cikgu je laaa...
  • masyarakat tak bersatu. asyik menyalahkan sana-sini. rakyat salahkan pemerintah. parti tu salahkan parti ni. bergaduh je laa kejenye..
  • kesan paling utama, masyarakat tak dapat redha Allah laa dah masyarakat kucar-lanar camni. ramai lah yang menderita. perintah Allah tak nak ikot~

kesan kepada alam sekitar:
  • sampah makin banyak. dah hari ni orang pakai diaper jek. kalo hantar kat nanny ngan napkin, mahu kena carut ngan nanny tu..ye tak?
  • sampah makin banyak gak disebabkan oleh tin-tin susu formula bayi.
  • dunia makin busuk sebab sampah yang semakin banyak tak dapat diuruskan.
  • sumber alam seperti besi dan timah semakin berkurang sebab nak buat tin isi susu formula bayi. lagi satu sebab nak buat kereta.
  • pencemaran udara makin tinggi sebab isteri keje tempat lain, suami keje tempat lain. pastu kene naik dua kete berasingan sebab ofis tak sehaluan. (boleh juga menyumbang kepada point harga minyak makin naik kat atas tu)

ok lah..fikirlah sendiri kesan lain. tu pon kalo nak berfikir la. kalo orang pompuan yang nak jugak tegakkan dia kene keje untuk bantu suami cari rezeki, memang taknak pikir laa pon.

mesti akan cakap untuk biaya sekolah anak-anak bla bla bla..
soalan saya: ehh..awak tak reti baca, tak reti kira ke untuk ajar sendiri anak?

lagi satu hal lah kan..mak bapak hari ni sumenye cakap nak yang terbaik untuk anak-anak. nak bagi the best education for their kids. hantar gi sekolah. hantar skolah bagus2, masuk U. suh buat diploma, degree, master, PHD. cube tanye, ramai tak mak bapak yg check bacaan Al-Fatihah anak2. makhraj & tajwidnye betul ke tak..rukun solat ni...ohh..mak bapak sendiri bacaan macam mana ek?
dan soalan saya: adakah dengan ade diploma, degree, master PHD ni bleh menjamin kesenangan kat akhirat nanti?

tak paham lah..kenapa nak sediakan atau buat persiapan untuk anak-anak jadi hamba manusia? tolonglah..saya menyeru diri saya sendiri (walaupun saya tak kawen lagi dan takde anak lagi) dan ibu bapa serta bakal-bakal ibu bapa yang sudi baca post saya ni..siapkanlah anak-anak jadi hamba Allah yang baik..yang dapat mendoakan kita bila kita dah takde kat dunia. dan memperjuangkan kebenaran Islam yang syumul.

sekian dulu untuk waktu ni.
Wallahualam.

'jadikan anak sebagai penternak atau petani tu lebih baik daripada jadikan dia engineer apatah lagi penyanyi AF..huhu'

Review buku "UMNO atau PAS. Siapakah Yang Membawa Ke Neraka Menurut Al-Quran dan Hadith?"

Ahad, 19 Jun 2011.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.
11:46 p.m.

abah saya bagi saya 1 buku, suruh saya baca. tajuknya "UMNO atau PAS. Siapakah Yang Membawa Ke Neraka Menurut Al-Quran dan Hadith?"

hahahaa..malas saya nak baca sampai habis. bodoh! bodoh sangat huraian dalam buku ni.
saya bukanlah memihak pada PAS pon. dan saya memang tak sokong langsung laa UMNO lagi-lagi lepas baca buku bodoh ni.

memang kelakar giler buku ni. dia beria jugak laa kemukakan ayat dari al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tapi semua tu saya tengok berbalik semula dekat UMNO je dan menampakkan kejahilan agama penulis.

dalam buku ni, penulis menyatakan Menolak UMNO Bererti Menolak Islam. dia pon perkuatkan hujah dia dengan point seperti di bawah:
  • Jasa UMNO kepada ISLAM
  • Kewajiban Menjalankan Agama Menurut Kadar Kemampuan Manusia
  • Kebebasan Beragama
  • Hak orang kafir
huraian penulis untuk jasa UMNO kepada ISLAM:
  1. Hak ketuanan Melayu (Dalam perlembagaan Malaysia setiap orang Melayu mestilah beragama Islam dan berketurunan bangsa Melayu. Sekiranya mereka tidak beragama Islam maka mereka bukanlah orang Melayu. Oleh itu hak istimewa orang Melayu adalah hak istimewa orang Islam) hahahaa..lawak gila! kalau orang Cina or India yang convert masuk Islam tu, jadi orang Melayu jugak la? habis kenapa takde pon diorang ni yang naik jadi PM? ni memang laa tak paham kekuasaan Allah. Allah jadikan manusia dengan perbezaan warna kulit, bangsa dan agama sebagai tanda kekuasaanNya.
  2. Islam sebagai agama rasmi. diiktiraf sebagai negara Islam dan jadi anggota OIC. tu je huraian dia. mane pelaksanaan hukum Allah?

Pelaksanaan hukum Allah dia tolak pulak melalui hujah dia dalam point Kewajiban Menjalankan Agama Menurut Kadar Kemampuan Manusia. ni memang laa yang menunjukkan penulis tak paham agama Islam tapi sebok nak menulis dengan keluarkan ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. untuk menegakkan benang yang basah.

kepada orang yang sokong UMNO tak buat hudud atas alasan sama seperti penulis buku ni, saya nak bagitahu anda yang jahil itu bahawa hukum Allah wajib dijalankan 100% apabila Islam memang berkuasa sepenuhnya di negara itu. yang perlu dilaksanakan mengikut kemampuan tu adalah dalam amal ibadah kita kepada Allah s.w.t. sesiapa yang mampu buat amal lebih, buat lebih.
contoh: orang kaya boleh infakkan harta, sedekah pada orang miskin, zakat harta. amalan ni orang miskin tak mampu buat, jadi dia tak perlu buat.
contoh lain: sesiapa yang mampu nak solat sunat banyak-banyak, buatlah. tapi kalau rasa tak mampu, cukup sekadar melaksanakan kewajipan solat 5 waktu.

ni ade ke pulak bagi point-point kenapa tak boleh laksana hudud kat Malaysia padahal awak dah declare Islam agama rasmi, Malaysia dah diiktiraf negara Islam. point paling takleh diterima, dia kata sebab faktor luaran. kalau laksana hukum Islam, takut berlaku sekatan perdagangan oleh negara lain. takot rezeki berkurang la tu. eyh! siapa yang bagi rezeki ni? Allah ke atau orang negara lain tu?

dalam hujah dia untuk kebebasan beragama pulak, dia persoalkan kenapa PAS taknak teruskan hak ketuanan Melayu. bodoh! hak ketuanan Melayu tu bukan Islam. itu racism!

pastu ade pulak dia tulis pasal matlamat perjuangan UMNO untuk Islam. katanya tanggungjawab UMNO ialah untuk memperjuangkan orang Melayu dan juga untuk mengembalikan Tamadun Islam melalui pengekalan kuasa politik bangsa Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu...KAH KAH KAH!!! apa ni wei?

saya dah ngantuk. kalau saya rajin, nanti saya khatamkan baca buku ni dan buat review lagi. tapi untuk setakat ni, kesimpulan yang saya dapat buat adalah UMNO sebenarnya bukanlah memperjuangkan Islam tetapi memperjuangkan pengekalan kuasa bangsa Melayu. dan menafikan kuasa Allah. dan menolak hukum Allah, Tuhan Yang Maha Mencipta.

yang saya nampak ok nye, tang 1 Malaysia tu je. ajak semua orang bersatu padu tak kira bangsa. cuma masalahnye, tetap juga nak hak ketuanan Melayu tu. entah apa-apa. dan lagi masalahnye, PM ni rajin sangat join perayaan orang kafir. siap pegi batu caves masa thaipusam...hahahhaa
kalo pegi sana tu berdakwah, takpe jugak..

ok. sekian dulu.

'semoga orang UMNO dan juga penulis buku ni disedarkan dari kesesatan dan diberi hidayah oleh Allah untuk melihat dan menerima hakikat Islam serta beramal dengannya.'

lagi pasal perempuan tak payah keje..

Isnin, 20 Jun 2011.
Indera Mahkota 8, Kuantan.
tak ingat kul berapa sebab saya sambung semula penulisan yang tergendala petang semalam.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Sekarang kat tv ada iklan yang kempenkan penyusuan ibu. ya. susu ibu memang terbaek!
tapi sekarang ibu-ibu sibuk bekerja. macam mana nak bagi penyusuan susu ibu dengan sempurna pada anak-anak? hmm..rasanya dalam kempen tu ada ajar. hospital rakan bayi kalau tak salah saya. dia buat iklan perempuan bekerja ni masih dapat bagi anak dia susu ibu.

hehe. usaha ni bagus juga. tapi...

haha..kenapa ada tapi lagi? ya. saya memang suka tapi tapi ni sebab saya nak cakap jugak yang orang pompuan ni tak payah je laa keluar bekerja. hujah saya kali ni adalah kalau ibu bekerja, hikmah penyusuan ibu tu tak dapat diperoleh 100%. kenapa pulak? dengan macam-macam kaedah yang ada sekarang, anak-anak masih dapat minum susu ibu jugak.
ya. memang tepat sekali. tapi, ada beberapa persoalan:

SOALAN 1
adakah anda sepanjang masa dapat susukan anak tu direct dari badan ke mulut bayi anda?
kita selalu tengok dalam iklan Baby Johnson..dia kata pasal sentuhan/urutan tu dapat membantu perkembangan bayi. lagipun kan..bila baby tu menyusu dari badan ibu, kan ke dia akan jadi lebih dekat dengan ibu? lagi rapat dengan ibu..

SOALAN 2
adakah dengan bekerja dan melakukan penyusuan ibu, anda dapat membantu menampung/mengurangkan kos perbelanjaan hidup anda?
ok. kalau kerja, bagi anak susu ibu..ya. duit gaji dah jimat sebab tak perlu beli susu. tapi duit tu kena la pulak guna untuk beli peralatan untuk pam susu dan simpan susu tu. kawan saya kata, kalau pakai pam yang murah, memang sakit. kena beli pam mahal, baru rasa selesa. pastu, duit gaji still kena bayar pengasuh. baru-baru ni saya dengar ade orang cakap, dia hantar anak ke pengasuh..untuk sorang kena bayar RM250. hmm...kalau anak sorang, tahan la jugak. kalau anak ramai..??
agaknye ade pulak yang nak kata macam ni, "abes tu tak payah beranak laa.."..eyh apa pulak?..kalau tak keje, beranak laa banyak mana pon, anak tu jaga sendiri. tak payah bayar pengasuh. makcik2 zaman dulu, anak sampai berbelas orang..steady jek. tak kebulur pon..?? dorang pegi keje opis gak ke?? suri rumah jek kottt....

SOALAN 3
adakah anda yakin susu ibu yang dah dipam dan disimpan dan dihangatkan semula tu masih memiliki khasiat/zat yang sama dengan susu yang baby anda hisap direct je dari badan?
ok. yang ni..cuba fikir. makanan yang kita makan pon, yang paling baik sekali kalau terus makan lepas masak. yang dah kena perangat ni dah kurang/hilang zat dia.
lain-lain..botol dan alat pam tu, yakin bersih? yakin selamat? maksud saya bersih dari bakteria/kuman sebab tak basuh betul-betul. selamat pulak, yakin selamat dari bahan kimia? ya lah..barang plastik dan kaca ni, kita bukan tau..hmmm...pastu bagi anak minum..bayi ni dah la immune system dia memang lemah lagi..
kalau badan sendiri pulak? kalo tak mandi ye la kotor. tapi takkan laa anda rela tak mandi pastu banyak-banyak daki bagi susu kat anak..kan?

ok lah..kalau nak baca lebih banyak, bleh tengok kat blog Cursing Malay. dia lagi pandai hurai berbanding saya.

haa..kat situ dia ade kate faedah lain penyusuan ibu: Menyusu bayi dengan breast membuatkan figure wanita lebih mudah kembali ke saiz normal sebelum mengandung.
dah jimat duit lagi tak payah nak pegi slimWorld ke..london weight management ke apa tah lagi..

wanita-wanita sekalian,

saya menyeru diri saya sendiri dan kaum muslimat sekalian, janganlah kita rasa hebat bila wanita menguasai pelbagai bidang pekerjaan. kita patut rasa takut sebab kiamat dah nak dekat.

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya."
{Surah Al-Anbiya 21: ayat 1}

jangan la kita sibuk sangat nak penuhi macam-macam keperluan dan tuntutan dunia dengan menidakkan hukum Allah. Sedangkan dunia ini hanyalah cuma perjalanan dan persinggahan sementara sahaja bagi menuju akhirat yang kekal abadi.

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (32) Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). (33)"
{Surah Al-Ahzab 33: ayat 32-33}

Allah suruh duduk diam-diam kat rumah, jangan dedahkan diri. yang keluar dedahkan diri tu, perempuan-perempuan zaman jahiliyyah.

kalau semua pompuan (baik mak dara mahupun anak dara) tak bekerja dan duduk diam-diam kat rumah, orang laki memang takde peluang pon nak ushar-ushar pompuan lain. yang menjadi ketakutan untuk ibu/isteri berenti keje. dan menjadi faktor mak-mak paksa anak pompuan pegi keje sebab takut nanti anak dia kene tinggal ngan laki..

ok..masa keje sudah tamat..saya mahu pulang~

'counting the days for my freedom!'

kaum perempuan ketara lebih hebat mengubah corak pasaran kerjaya di Malaysia.

Sabtu, 18 Jun 2011.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.
12:51 a.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

petang tadi, saya duk ushar-ushar facebook. pastu mata saya tertangkap satu post oleh iluvislam.com yang berbunyi Perkembangan yang menarik pada tahun 2011 adalah kaum perempuan ketara lebih hebat mengubah corak pasaran kerjaya di Malaysia. Lihat pekerjaan-pekerjaan pilihan kaum hawa buat tahun 2011.

Pastu disertakan sekali link ke artikel yang bertajuk 10 Pekerjaan Pilihan Wanita Masa Kini (2011) oleh website Jobberies.

ada lah wanita yg komen.."Tahniah kaum hawa."...."tunggu....kaum hawa bkal menggegar dunia.."

hahaa..memang bergegar lah dunia tak lama lagi ni...ni memang gambaran bahawa qiamat tu memang dah makin hampir dah ni.

pastu saya post lah status kat wall saya.."penglibatan wanita secara meluas dalam dunia pekerjaan bukanlah sesuatu perkara yg patut dibanggakan oleh kaum wanita. *ok. ada sapa nak bangkang? silakan dengan hujah anda*"

takde sape pon respon. tak tau lah memang orang dah meluat sangat dengan status-status facebook saya atau orang memang tak nak participate dengan topik macam ni.

sungguh hairan. kalau bab-bab nak bergosip, mengutuk orang, nora elena, asmara..huii..berjejet orang komen balas. padahal takde faedah satu sen pon apatah lagi pahala dari Allah..hurmm...dan citer tv tu cuma bagi orang berkhayal di alam fantasi jek..bila diajak berfikir, takde siapa pulak yang nak komen. tak tau la ape nak jadi ngan manusia hari ni..lebih suka berangan dari berpijak di bumi nyata. lebih suka lari dari kebenaran berbanding menghadapi kenyataan.

ok. pasal penglibatan wanita secara meluas dalam dunia pekerjaan bukanlah sesuatu perkara yang patut dibanggakan oleh kaum wanita..dekat link yang post artikel tu pon ramai pompuan komen-komen bangga sangat dia punya career atau job termasuk dalam list. siap ade yang cakap "tunggu....kaum hawa bkal menggegar dunia.." ??? haha! apakah ini? adakah ini betul dan patut dibanggakan? adakah wanita ni sepatutnya diberi kebebasan untuk terdedah dengan dunia luar atau bersaing dgn lelaki dalam pekerjaan? Islam ada ajar macam ni ke?

Rasulullah s.a.w. bersabda: Perempuan itu aurat maka apabila ia keluar mendongaklah syaitan memandang akan dia.

geleng kepala saya pikir benda ni. tapi apa boleh buat lagi? kita dah terperangkap dalam sistem yang macam tu. orang yang sedar kebenaran, akan berusaha keluar dari perangkap. yang tak tahu (jahil), tak paham (jahil/kufur), lalai (sesat), tahu+paham tapi buat-buat macam tak tahu dan menentang (munafik) dan tahu+paham tapi tak nak terima (kufur) akan terus berbangga wanita paling ramai menjawat jawatan sekian sekian...wanita paling ramai di universiti..sampai ke tahap menuntut hak kebebasan wanita yang entah hape-hape...

mak bapak sekalian, tolonglaaaa jangan paksa anak-anak perempuan keluar bekerja. tak payah hantar masuk U pon takpe. ajarkan kemahiran masak, berkebun, menjahit pon dah cukup. jangan laa bagi anak perempuan keluar rumah. kalau nak juga anak perempuan tu bekerja, biarlah dengan niat untuk membantu muslimat yang lain. contoh: jadi cikgu untuk sampaikan ilmu. jadi doktor untuk rawat wanita Islam atau mujahidin yang cedera di medan perang. bukan untuk mendapatkan duit yang banyak atau jadi kaya. rezeki tu Allah yang bagi.
tapi memang susah laa nak adjust benda ni. semua orang pon sibuk nak duit, nak jadi kaya, nak beli macam-macam, nak berseronok dengan dunia tak habis-habis...tak ingat mati, tak ingat akhirat. MasyaAllah!

bahaya wanita keluar bekerja:

1. pandangan tak terjaga
duk asik tengok muke laki ajnabi jek..mana boleh.

2. pergaulan bebas antara lelaki dan wanita
berkawan kat ofis. kena libatkan diri dengan aktiviti so-sial yang ofis anjurkan. Cth: family day, sukan. pastu lepak-lepak habiskan masa dengan opismate pegi karok or jalan-jalan cari makan dan lain-lain lagi.

3. tabarruj (berhias diri)
penampilan diri kena jaga. pakai kena smart. muka pon kena la mekap-mekap jugak. baru tak nampak pucat. haram lah! berhias diri hanya boleh untuk suami sahaja or kalo muhrim je yang tengok, takpe la. ni yang keje kat opis tu semua abang adik kita ke? semua pak sedara belah mak or bapak kita ke?

4. terdedah dengan macam-macam perkara yang buruk dan membangkitkan nafsu. dah la kate perempuan ada 9 nafsu..pastu suruh dia keluar bekerja. dia pon jumpa macam-macam jenis orang kat tempat kerja. yang pakai kasut jenama Bonia, handbag LV, purse Gucci, jam tangan Swatch, perfume BodyShop/Hugo/Estee Lauder/Chanel eyh..apa lagi? saya loser sket bab-bab ni..ni pon Google..pastu kenal plak ngan colleague ensem cam Arjun Rampal. dah cair pulak. kalo yang bujang, ok lah. bleh gak jadikan calon suami (agak salah juga di sisi agama). kalo yang dah kawen yang tangkap lentoq? camane? tak ke haru?

eh..rasenye macam dah ade post lah pasal benda ni. kepala otak saya dah weng untuk setakat waktu ni. saya nak tido dulu. nanti saya semak semula dan update semula. esok kena drive pegi KL..purfff~ +___+

'kalo saya ade anak pompuan, set kat mind dorang untuk jadi surirumah sepenuh masa je. ataupun bisnes sendiri, jana pendapatan dari rumah.'

Melayu, Cina, India...kita serupa...makhluk Tuhan Yang Maha Esa

Jumaat, 17 Jun 2011.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.
10:54 a.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Kalau saya cadangkan biar orang Cina/India yang mentadbir Malaysia, agaknya mesti ramai yang kutuk dan maki hamun. ya tak?

Saya bukan lah nak cadangkan sebarang Cina/India untuk jadi pentadbir negara. Saya cadangkan orang Cina atau India Muslim yang pegang pemerintahan Malaysia ni. Ada sesiapa rasa panas hati bila baca ni?

Kadang-kadang saya tengok orang Cina/India ni lebih beriman daripada orang Melayu yang sejak-sejak lahir lagi dah Islam. Diorang faham konsep dan tindakan orang yang beriman tu macam mana. Perpaduan yang perlu ada pada ummah tu macam mana, yang ni pon diorang lebih baik dari kita, orang Melayu. Pelik tak kenapa orang Melayu yang dikatakan Islam ni tak maju-maju? Mundur duk setakat tu je. Tak kisah la kalau pasal miskin kaya tu. Soal rezeki memang Allah s.w.t. dah tentukan bahagian masing-masing (tapi atas usaha diri sendiri juga laa). Tapi pemikiran orang Melayu ni pon ketinggalan juga yang sebenarnya jadi punca kemiskinan orang Melayu. Yang kaya makin kaya, yang miskin makin melarat.

Kita tengok peniaga Cina. Dekat dalam satu tempat tu, ada banyak kedai jual barangan yang sama. Tapi semua boleh survive. Macam mana pulak kalau orang Melayu? PHD dia lebih dari orang lain. Tak boleh tengok orang lebih sikit atau tak boleh ada orang jual benda sama dengan yang dia jual. Mula la dapat warning. Lepas dah warning, kalau duk gitu jugak, ada la yang dapat sakit. Santau sana. Santau sini. Ini ke yang dikatakan beriman? yang layak dipanggil orang Islam?

Lagi. pelik tak kenapa orang Melayu ramai yang miskin sedangkan Raja ada berapa belas dah. Melayu pulak semuanya. Pastu yang pegang pentadbiran negara ni orang Melayu jugak. Saya sangat musykil dengan hak ketuanan Melayu ni. Apa sebenarnya hak ketuanan Melayu ni? kelihatannya seperti penindasan terhadap orang Melayu sendiri je.

Entah apa-apa laa. dah tu sekarang ni kat Kuantan heboh pasal Lynas nak wat projek yang akan bebaskan radioaktif. Mane pegi yang pentadbir dan raja ni? kata rakyat didahulukan? ni rakyat ramai pakat bantah, tapi kenapa tak nak stop projek tu? ke duit dah masuk poket sendiri? ke dah masuk perut? kat Edisi Siasat Mandarin yang disiarkan kat ntv7, saya tengok orang Cina memang berusaha gigih buat bantahan supaya loji rare-earth plant ni tak beroperasi dan supaya Lynas keluar dari Malaysia. Siap cakap "Kami nak Lynas keluar dari Malaysia sebelum 31 Ogos ni sebab 31 Ogos adalah tarikh kemerdekaan Malaysia!"..tapi yang bodoh sangat, kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu ni bagi kebenaran siap dengan 12 tahun bebas cukai lagi. pastu sibuk kata benda ni selamat. oi! tak belajar sains, jangan cakap banyak laa..kat tv pon omputeh duk buat cerita Teenage Mutan Ninja Turtle ngan Incredible Hulk sebab radiasi punya pasal. tu pon tak boleh pikir ke? kalau sungguh jadi kuat takpe la jugak. ni jadi cacat dan kasi penyakit laaaa bodoh! (alamak. saya minta maaf terkasar bahasa sikit. emo jap).

Saya memang panas hati juga kalau nak berbicara pasal perkara ni. Sibuk nak pertahankan hak istimewa/ketuanan Melayu. Macam bumi Malaysia ni orang Melayu yang punya..hey! ceruk mana dunia ni, setiap inci, setiap sudut, setiap persegi dunia ni hak milik Allah. Lepas tu yang paling menjengkelkan, orang Melayu ni macam dah claim Islam tu agama dia. Tapi ajaran Islam, perintah Allah tak nak ikut. Pastu kalau ada bangsa lain macam nak berkenal-kenalan dengan Islam, nak cuba belajar dan dekati Islam, ade pulak yang pegi marah-marah (macam Islam tu hak milik eksklusif orang Melayu)..ini memang bodoh! (ok..sorry lagi sebab keluar perkataan bodoh lagi..tapi ini hakikat)

Tolong ambil perhatian!!!

Islam bukan hanya untuk orang Melayu dan Arab sahaja. Islam itu agama yang diredhai oleh Allah, Tuhan sekalian alam dan sekalian makhluk dan wajib ke atas setiap insan yang wujud di dunia ini. Islam bukan sekadar anutan atau ad-deen. tapi Islam is the way of life. Islam itu cara hidup. cara menjalani hidup yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Tuhan yang menciptakan kita.

tapi berapa ramai yang faham ni? ramai orang Melayu duk mengutuk Cina tu kafir..India tu kafir. tapi ade awak pegi dakwah dia? bersahabat dan berhubungan baik dengan dia..kenalkan dia dengan Islam? ada?
jangan terlalu berbangga sebab kita ni orang Islam. kita sepatutnya bersyukur atas nikmat Islam yang Allah bagi pada kita. lahir-lahir je, dalam keluarga yang beragama Islam. dapat belajar pasal agama Islam. Cina, India yang tak agama Islam tu, ikut mana diorang nak belajar? dia cuma ikut tok, nenek, moyang dia yang amalkan tu sejak dulu. bukan dia yang pilih nak lahir dalam keluarga yang bukan Islam. Allah yang tentukan. ni ujian untuk diorang dan untuk kita jugak. untuk diorang, Allah bagi naluri dan akal untuk mencari Tuhan pada diorang. setakat yang dia tahu, itulah pengamalan dia. untuk kita yang tahu, kita ni sepatutnya sampaikan juga pada diorang. apa yang berlaku sekarang, subjek agama Islam kat sekolah-sekolah hanya diajar kepada pelajar-pelajar Muslim. pelajar yang bukan Muslim, belajar pendidikan moral. pastu macam yang saya kata tadi laa..kalau ada yang tanya-tanya pasal Islam ni, sama ada kena marah dengan budak Melayu ni, atau budak Melayu ni menggelabah tak tau nak jawab apa. jadi, celah mana laa diorang ni nak tahu hakikat kebenaran Islam tu?

huh..apa yang berlaku kat Malaysia ni, sebenarnya jauh lari dari kebenaran. RACISM.
kalau betul berlandaskan agama, takkan timbul cuma orang Melayu sahaja yang boleh jadi pemerintah Malaysia. kononnya Islam agama rasmi negara Malaysia. tapi sistem perundangandan pentadbiran kat Malaysia ni ade ikut hukum Allah ke? kalau tak tahu ilmu Allah ni, orang panggil jahil. silalah pegi belajar dan dapatkan nasihat alim ulama. tapi kalau dah tahu dan menolak kebenaran, tu namanya kafir.

Sekian sahaja untuk kali ni buat renungan bersama.

Wallahualam.

Dilema

Selasa, 14 Jun 2011.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.
10:13 p.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Kawan-kawan yang sudi baca,

Tolonglah doakan yang terbaik untuk saya.
Saya nak berenti keje ni.
Saya cuma nak cari dan dapatkan redha Allah je sekarang.
Bukan redha manusia. Bukan harta dunia. Bukan keseronokan dan keindahan dunia.
Saya sangat takut kalau saya mati dalam keadaan Allah murka pada saya.

Bukan saya nak kata keje yang saya buat ni haram.
Saya tak tau. Saya rasa statusnya syubhah (atau boleh jadi juga haram). Dan saya rasa konfius lagi tersepit dengan hal ni. Saya sangat takut kalau rezeki ni haram (banyak kemusykilan yang bermain di fikiran saya). Beri kesan buruk pada saya. Solat orang yang makan benda haram tak diterima Allah. Ya Allah! saya ni dah la banyak dosa. Kalau solat pun tak diterima, apa lagi yang dapat beratkan hisab untuk amal saya kat akhirat nanti?

Saya ada baca artikel soal jawab agama pasal fotografi ni. Orang tu tanya apa status rezeki dia kalau amik gambar pengantin pompuan tengah mekap (tak tutup aurat). Ustaz tu jawab haram. Ok. Yang bertanya tu laki. fine. memang haram. saya pompuan, apa kaitan? sekarang, yang amik gambar bukan saya sendiri tapi fotografer lelaki. dan keje saya cuma tolong susun gambo dalam album je. tapi saya sangat musykil juga dengan status rezeki yang saya dapat. hmmm...kalau pengantin yang pakai tudung pun, bukan bermaksud dia tutup aurat dengan sempurna. sekadar membalut aurat. berpakaian tapi bertelanjang..dan rezeki saya dari saluran yang sama (orang laki yang amik gambar pengantin yang macam ni).

Ok. kalau saya selaku fotografer pulak? mungkin ini baik untuk pengantin itu (sebab saya pompuan, so aurat dia masih terjaga la..???). tapi adakah ia baik untuk saya? saya terpaksa ketepikan rasa malu saya, beraksi macam-macam untuk dapatkan angle terbaik. sedangakan Rasulullah s.a.w. suruh kita jaga malu. Baginda bersabda:

"Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."
(Hadis riwayat Bukhari)

hmmm...saya juga terpaksa berhimpit dan berasak-asakan dengan orang ramai (ada lelaki ramai) kat tengah kenduri. adakah ini betul? adakah ini baik untuk saya?

oh!!! saya sangat tertekan!!! saya sangat tersepit!!!!

ya.
memang saya dah buat keputusan.
saya harap kali ni saya betul. dulu, keputusan yang saya buat memang saya tak fikir Allah redha ke tak. sebab tu jadi macam ni.
Sekarang saya nak tinggalkan perkara ni untuk dapat redha Allah.
Mungkin orang nak kata saya bodoh. atau gila. sebab macam berfikiran sempit. tapi takpelah. saya rasa lebih baik saya tinggalkan benda yang saya rasa tak senang hati.

semua orang pon buat camtu, memang kita tak dapat elak. kalau kita elak, orang lain yang amik. kita yang tak dapat duit?
biarlah. soal rezeki, soal duit, Allah yang bagi. buat apa dapat duit, tapi hati tak senang? buat apa dapat duit kalau tak halal?
biarlah. saya percaya, sesuatu yang saya rasa kurang baik dan saya tinggalkan untuk dapat redha Allah, Allah akan balas lebih lagi. kalau bukan kat dunia, kat akhirat pon takpe. itu lebih baik. InsyaAllah.

Ya Allah Ya Tuhanku. Berilah hambaMu ini petunjuk dan hidayahMu ke jalan yang Engkau redhai sebagaimana yang pernah engkau beri kepada para Nabi dan RasulMu. Berilah aku kekuatan untuk menempuhi dugaanMu. Berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu di dunia ini, dan berilah aku kejayaan di akhirat kelak, Ya Allah. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa. Aku berlindung denganMu daripada segala keburukan dan kesesatan. aku merayu padaMu Ya Allah. bantulah hambaMu ini, Ya Allah.

Maxis oh Maxis

Khamis, 9 Jun 2011.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.
4:35 p.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Sori. Saya takde isu besar hari ni. Nak merungut sket jek. Saya kena bayo bil tepon Maxis RM46 lebih. RM30 caj bulanan. RM10 caj pengaktifan semula talian. Pastu 6 hengget lebih tu caj perkhidmatan dia. Dan jumlah penggunaan saya bulan lepas hanyalah RM5.50. !@#$%^&*

Maxis! This is too much! saya akan bertukar kembali ke pre-paid atau saya akan hentikan saja penggunaan mobile phone yang hanya abeskan duit orang. Saya dah tak boleh bersabar ngan Maxis. Mula-mula suruh saya pakai line RM50. Pastu saya guna tak sampai RM50 sebulan. saya mintak nak tukar pre-paid smula, macam-macam alasan dia bagi. So, saya downgrade plan yang saya pakai. tukar plan RM30 sebulan. Dan saya cuma pakai RM5.50 je bulan lepas??? ok. sekarang keputusan saya bulat, nekad dan muktamad. kalo macam-macam alasan juga tak bagi saya tukar ke pre-paid, saya stop kan je terus perkhidmatan nih.

Sekian, terima kasih Maxis!

I just wanna be FREE!!!

Selasa, 7 Jun 2011.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.
10:26 a.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Kadang-kadang saya tertanya sendiri. Adakah saya selfish bila saya ada perasaan tak nak bekerja? hurmm...sebenarnye bukan la saya tak nak bekerja langsung-langsung. saya cuma nak buat sesuatu kerja yang saya boleh rasa bebas. ya..BEBAS! bila saya rasa nak keje, saya keje. bila saya rasa tak nak keje, saya duduk la rumah buat apa-apa aktiviti yang patut kat rumah. bila saya rasa nak gi mengaji, saya boleh gi ngaji. dan tidak terikat dengan siapa-siapa. bila saya rasa nak gi melancong atau balik kampung berminggu-minggu, saya boleh pegi tanpa perlu mintak cuti atau rasa bersalah sebab asyik nak cuti.

tapi ramai orang yang tak faham. majoriti masyarakat sekitar pun, kalau jumpa, akan tanya saya dah keje ke belum. apa masalah dengan dah keje ke tak ni sebenarnya? lepas tu pulak..kalau bukan keje hebat, kalau bukan keje pegawai atau doktor atau yang hebat-hebatlah..mula la makcik2 yang bertanya tu tarik muka sikit...

persoalan paling utama, adakah wajib seorang perempuan KELUAR bekerja? sedangkan dari rumah pon macam-macam kerja boleh dibuat. lepas grad beberapa tahun lepas, saya jual kuih kecil-kecilan je. semua benda saya buat dari rumah dan saya tak terikat dengan sesiapa. saya lebih senang macam tu. ya. memang pendapatannya tak banyak pon. tapi at least dapat juga duit. mungkin saya tak rasa susah sebab duduk dengan parents. tapi boleh tak kalau saya nak buat kerja yg sama macam tu, dan saya janji dengan parents saya, saya takkan mintak apa-apa dari diorang? kalau duduk rumah saja, saya dah jimatkan duit minyak kereta untuk ulang-alik pegi keje. saya pon bukannya asyik makan je. duit shopping? saya boleh cuba tahan diri untuk tak shopping. dah lama pon saya tak shopping.

hari ni..orang tak cukup duit sebab perempuan keluar bekerja. tak percaya?

kerana perempuan keluar bekerja, ibu tak dapat menyusukan anak dengan sempurna. anak kena bagi minum susu formula. orang gaduh harga susu mahal, dah ada susu free, kenapa pegi beli susu mahal pulak?

kerana perempuan keluar bekerja, ibu-ibu tak dapat jaga anak-anak dia. terpaksa hantar anak ke nursery atau pengasuh. untuk sorang anak, upah jagaannya RM250 atau lebih. gaji habis ikut tu je lah. bayar upah pengasuh, beli susu dan pampers anak. kalau ibu tak bekerja? anak jaga sendiri. susu tak payah beli. pampers pon tak payah la beli. bagi pakai napkin macam zaman saya kecik-kecik dulu. jimat kos.

ok. kebanyakannya untuk mak-mak dara. untuk anak-anak dara pulak.

kerana perempuan keluar bekerja, dia terdedah dengan macam-macam perkara kat dunia. jadilah nak beli macam-macam supaya pegi kerja nampak smart, nampak bergaya. baju kena ada berpuluh-puluh pasang dalam almari supaya boleh rotate selalu. tak ulang-ulang pakai baju sama. nanti malu orang duk mengata takde baju lain. nak kene beli barang mekap lagi. handbag lagi. kasut lagi. duit habis macam tu aje laaaa...

kerana perempuan keluar bekerja, ramai lelaki boleh tengok dia. bercampur-gaul bebas dengan lelaki. buat lelaki jatuh minat kat dia. dedahkan dia kat macam-macam bahaya. kalau ada yang terkena santau ke apa, kita nak marah kat orang yang hantar tu. tapi at the first place, kenapa biar orang perempuan ni terdedah dan jadi bahan tatapan lelaki? dari point ni sebenarnya banyak lagi yang boleh dihuraikan.

ok. saya dah malas dan bosan. kesimpulannya. saya nak duduk rumah aje. takpe lah kalau tak kaya pon. takpe. saya tak kisah. tolonglah fahami saya! sekian, terima kasih.

Perjuangan Hak Wanita

Isnin, 6 Jun 2011.
Indera Mahkota 16, Kuantan, Pahang.
2:28 p.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Kalau saya nak buat perjuangan hak wanita untuk menuntut hak-hak seperti di bawah ni, agak-agak ada orang nak ikut tak? ada orang sokong tak?

saya nak perjuangkan:

  • wanita tak perlu bekerja. wanita kene duduk, jaga & buat kerja rumah sahaja. kalau nak cari rezeki pon, kene buat kerja kat rumah je contohnya menjahit, buat kuih atau buat perniagaan keluarga.
  • wanita tak boleh keluar berkeliaran bebas di mana-mana tempat tanpa mahramnya.
  • wanita wajib menutup aurat dengan sempurna bila nak keluar dari pintu rumah. kena pakai pakaian longgar dan labuh.TUTUP AURAT dan BUKAN MEMBALUT/BUNGKUS AURAT. dan paling penting untuk difahami, aurat wanita itu bukan hanya rambut sahaja tapi merangkumi seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan.
  • wanita kene bagi sokongan untuk ayah, abang, adik lelaki atau suami untuk cari rezeki. bukan bersaing dengan lelaki untuk dapatkan kerja.

ada lagi tak? ni je yang saya dapat fikir untuk waktu ni. saya sangat lapar dan sangat nak makan nasi ayam yang dekat Maran tu. nape la dia tak bukak cawangan kat Kuantan ni? T-T

'saya nak berenti keje dan duk umah je...tolonglaaaaaahhhh!!!!! saya sangat jeles kat adik perempuan saya yang boleh duduk rumah je tak payah keje..saya sangat tertekan bila digesa-gesa untuk mencari kerja oleh mak dan ayah saya..'