I'm okay

Ahad, 20 Zulkaedah 1438H | 13 Ogos 2017
KM11, Chendering, Marang, Terengganu.
3:54 a.m.


aptb

Hmmm...
Ape korang rasa kalo umur korang dah 30 tahun, tapi mak bapak korang treat korang macam budak darjah 3..???
Nak pegi mana-mana sendiri tak boleh..
Nak balik rumah sendiri pon tak boleh sebab parents takde kat rumah..???

aptb.

Duka lara

Tuhan..
Jahat sangatkah aku..
Hingga Kau tak izinkan aku merasa bahagia..

Tuhan..
Makin hari hidupku terasa kosong.
Jauh dariMu.
Jauh dari rahmatMu.
Jauh dari keluarga.
Jauh dari teman-teman.
Aku sendirian.

Tuhan..
Aku tak upaya..
Tepu menghadap dugaan.
Lelah menanti keajaiban.
Hampir putus asa dengan harapan.

Kosong.

Kata yang tak terucap..

Dalam banyak-banyak orang,
ada yang handsome.
Ada yang tak.
Ada yang biasa-biasa saja.

Dalam banyak-banyak orang,
Awak saja yang berjaya curi pandangan saya.
Bukan dia pereka fesyen terkenal.
Bukan dia penyanyi terkenal.
Bukan dia pengacara terhangat di pasaran.
Hanya awak. Cuma awak.

Tapi macam biasalah.
Saya cuma mampu pandang.
Tak mampu ucap....

Saya suka awak. Huuu~

Kepada Jodoh Saya V

Isnin, 21 September 2015 | 7 Zulhijjah 1436H
2:31 a.m.
KM 11, Chendering, Marang, Terengganu.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum awak,....Jodoh saya.

Apa khabar? Moga sentiasa sihat dan tenang. Lama rasanya tak mengarang surat untuk awak. 2 tahun dah berlalu selepas surat terakhir sebelum ini. Maafkan saya andai awak ternanti-nanti...
Saat ini, saya buntu. Tak tahu di mana harus saya cari awak. Tak pandai macam mana nak dekati awak. Tak yakin dapat dampingi awak.

Mungkin waktu ini awak masih dalam mood menikmati zaman bujang.
Atau mungkin waktu ini awak tengah berkawan, berkasih dengan perempuan lain.
Atau mungkin juga waktu ini awak masih cuba ubati hati yang lara dek kerana kecewa ditinggalkan.

Tak apalah awak. Saya bagi peluang untuk semua tu. Tapi tolong jangan lama sangat, ya?
Sebab kita sama-sama derita...tak dapat jumpa antara satu sama lain.

" Ya Allah. Aku mohon Engkau redhakan lah hati ini untuk menerima segala yang telah Engkau takdirkan buatku. Dan aku mohon, takdirkanlah yang baik-baik untukku. Ameen. "


Yang setia menanti,
- Jodohmu -
{sakinah hawa izram}


' Tuhan tolong lembutkan hati dia....untuk terimaku seadanya...'

Di sini bermula sebuah cinta?

Jumaat, 5 Rejab 1436H | 24 April 2015
2:28 a.m.
KM11, Chendering, Marang, Terengganu.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Lama tak menulis. Berkulat habis blog ni. Tak punya ruang masa untuk update.
Tahun ini, cerita baru. Lembaran baru.

Alhamdulillah.
Pulang daripada menunaikan haji pada November lepas, saya diterima masuk ke perkhidmatan awam. Status sekarang adalah pekerja sosial. Kerja saya menghadap juvana.
Tension? Stress?
Itu dah semestinya. Bukan setakat stress dengan juvana. Tapi juga stress dengan pelbagai konflik di tempat kerja. Sebagai orang baru, terpaksalah buat-buat buta dan tuli sahaja dengan karenah senior.

Moga hari-hari mendatang di sini dapat dilalui dengan tabah. Biiznillah.



* cuba untuk kekal positif. Namun aura negatif tak henti menghambat dari segenap sudut. *

Salam Ma'al Hijrah

Sabtu, 1 Muharram 1436H | 25 Oktober 2014.
4:56 p.m.
Hotel Al-Bisyarah Mawaddah, Makkah, Saudi Arabia.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.
Salam Ma'al Hijrah.
Salam 1 Muharram 1436H.

Tinggal sehari je lagi untuk berada di Tanah Suci, Makkah.
Sedih.
Sedih sebab akan tinggalkan Baitullah.
Sedih sebab tak tau bila akan berpeluang ke sini lagi.
Paling sedih sebab tak manfaatkan masa sebaiknya kat sini.

Moga Allah panjangkan usia dalam keberkatan dan beri rezeki untuk jejakkan kaki ke tanah suci Makkah al-Mukarramah lagi.

' Baru teringat nak try update blog..heehuuuu~'