1 Day before departure

Khamis, 23 Zulkaedah 1435H | 18 Oktober 2014
2:37 p.m.
TH Hotel, Kelana Jaya, Selangor.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Saya dan keluarga baru sahaja check-in dekat TH Hotel, Kelana Jaya. Hotel ni terletak dalam Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.
Kami sekeluarga telah terpilih untuk mengerjakan ibadah haji bagi musim haji tahun 1435H/2014.
Tarikh dan waktu check-in untuk penerbangan ke tanah suci adalah pada 19 September 2014 (Jumaat) jam 8.30 pagi. Namun begitu, pihak Tabung Haji ada hubungi ummi saya as a friendly reminder semalam (17 September) untuk datang lebih awal 4 jam sebelum waktu yang diberikan pada surat. Kiranya pukul 4.30pagi nak kena berkumpul. Jadi, kami decide untuk stay dekat hotel ni.

TH Hotel ni hanya dikhaskan untuk jemaah haji sahaja (mungkin pada musim haji sahaja begitu).
Disebabkan kami sekeluarga dah berlima (abah, ummi, saya, deq dee & ghani)..maka ummi minta suaya kami ditempatkan dalam 1 bilik. Kalau tak mintak, mungkin jemaah lelaki duk bilik lain...jemaah wanita bilik lain.

Setakat ini tak ada apa-apa lagi untuk dikongsi. Kalau ada peluang, saya update lagi perjalanan haji kami sekeluarga. InshaAllah. :)

Semoga Allah permudahkan urusan dan ibadah haji kami sekeluarga. Amiin.

* Dalam bilik ada 2 single bed dan 3 extra bed, tv, mini fridge, kettlejug, bathroom+toilet *

Elle Zada and Me

Isnin, 13 Zulkaedah 1435H | 8 September 2014
5:33 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Kesian tengok blog ni. Dah lama tak usik. Duk jenguk-jenguk jugak tapi tak update. Tak ada cerita nak tulis. Life is just soooooo damn bored these few months. I've quit job as KAFA teacher. No more offer as substitute teacher as well. Jadilah saya penganggur berjaya. Kalau tanam anggur, pasti sudah mulai nampak hasilnya..tapi tak menanam apa-apa, maka tiadalah hasilnya. ahah~

ok lah. enough of that.

semalam, Ahad (7 September 2014)..balik dari Port Dickson with my mom n sis, singgah dekat Butik Elle Zada dekat Dataran Wangsa, Wangsa Melawati, KL. Dah beberapa kali jugak sebenarnya singgah sini.



Actually founder Elle Zada tu..Puan Elliyin Rasif tu my sister's besties in UTM..saya mula-mula kenal dia through phone conversation..masa tu macam lawak je la pulak bila dikenang-kenang kembali..masa tu, saya tengah tak tentu arah..fikiran berkecamuk antara belajar dan cari duit..tiba-tiba ada pulak yang cucuk jarum dan tarik saya untuk masuk MLM..tapi cara bisnes MLM tu memang buat saya serabut sebab desak-desak untuk tarik orang dan pinjam-pinjam duit beribu daripada orang lain yang tak pernah terfikir dek akal pun..
Waktu tu, sebab serabut sangat dan tak tahu nak luah kat siapa..so, saya tepon adik saya yang blajar kat UTM tu...siap nangis-nangis cerita kat dia..dia pon nangis jugak la kot mendengar luahan hati saya..haha~ pastu sebab dia pun tak reti nak tolong bagi nasihat camana, makanya dia pon passed the phone dekat kawan dia Yin ni..dia kata kawan dia tu memang hebat laa bab-bab finance ni..
bila cakap dengan Yin, dia bagi nasihat yang simple aje pon...dia kata kalau tak kena dengan prinsip kita, jangan ikut...saya pon dah tak ingat sangat apa lagi yang dia cakap sebab dah 4-5 tahun dulu dah cerita ni..tapi lepas cakap dengan dia, memang rasa lega je dan terus membuat keputusan dengan nekadnya untuk tak layan MLM or member yang ajak MLM tu...ahahaha~
lepas dapatkan nasihat dari Yin, saya ucapkan terima kasih kat dia..dia kata, takde ape pon...dia pun dah risau sebab tengok adik saya siap nangis...hahaha~

Lepas pada tu, saya cuma kenal Yin melalui cerita-cerita adik saya tentang dia..kedengaran sangat hebat je orangnya...kagum pon ada sebab saya tak mampu nak jadi cam dia..I first met Yin at my sister's convo..hehe..Yin ada kat UTM masa tu sebab dia blom habis study..dia tukar course daripada Fizik Bahan (sama course ngan adik saya) kepada architecture...

* Yin dan Dee *
Lepas tu dengar cerita Yin nak kawen..kitorang tak dapat pegi akad nikah dia sebab ape tah ek..dah lupa..tapi kitorang pegi Majlis resepsi dia..tak lama lepas tu, dengar dia start bisnes tudung labuh..kami support dia dari jauh dengan membeli produk-produk Elle Zada...ehehehe~
sehinggalah Yin buka physical boutique kat Wangsa Melawati tu..kami ikuti perkembangan dia dari kejauhan (cheh~ macam jauh sangat Kuantan-KL)...nak beli selalu-selalu tu susah jugak la sebab kami ni pendapatan kecik aje..ukur baju di badan sendiri jugak..tapi bila ada rezeki lebih, boleh laa shopping sikit beli ngan Elle Zada.
Semalam pegi butik, banyak stok baru jubah-jubah La' Cherie...aiyoooo~ tergugat iman den~

* crown cherie - superb! *
banyak lagi yang cantik sebenarnya dan asyik terbayang-bayang di ingatan je..tapi nantilah baru dipikirkan...kalau ada duit lebih...huhuhu~
kalau sesiapa berminat atau nak mencuci mata ngan produk Elle Zada, boleh lawat website dia dengan klik link di bawah okeyh~




  • Facebook Elle Zada
  • Website Elle Zada


  • sekarang...masa untuk mengemas beg..
    nak pi mana? Makkah and Madinah for Hajj...inshaAllah.


    Alhamdulillah rezeki singgah butik semalam, Yin hadiahkan Medina Telekung Hijab sorang satu kat kami untuk bawak pegi haji..boleh pilih sukahati nak design yang mana..Medina Telekung Hijab ni boleh terus nak pakai bawak solat sebab dia ada lapik dagu sekali..kalau labuh sangat nak berjalan-jalan, boleh pin sikit ikut gaya yang kita selesa..
    Thanks a lot, Yin! 
     * saya pilih yang ini*

     * ummi pilih yang ini *

    * deq dee pilih yang ini *
    * us - bukak kedai kopi la pulak kat butik..hehe~ *


    ' InshaAllah kami doakan Yin sukses selalu, dapat harungi dugaan dalam dunia perniagaan dan terpilih jadi Dhuyuf ar-Rahman satu hari nanti.. '