Dulu lain, sekarang lain?

Rabu, 18 Rabiul Awwal 1434H | 30 Januari 2013
12:09 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Tok! Tok! Tok!
Assalamualaikum~

Tok! Tok! Tok! Tok! Tok!
Assalamualaikum~

Tok! Tok! Tok! Tok! Tok! Tok! Tok!
Assalamualaikum~
Ada orang tak??

Waalaikumussalam~
Mak takde..

------------------------------------------------------------------------------------

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

ehehe..dialog atas tu, dialog default mase kecik-kecik dulu..orang ajar, kalau penjual datang, cakap camtu..haha! XD

Ok lah. Sebenarnye takde ape sangat pon nak cite ummi saya takde kat umah skarang ni. Pergi mesyuarat dan bengkel budget ke apa tah..kat Langkawi. Sabtu baru balik. woHooOo! i'm sooOoo jealous~~~
hurmm..
tapi apa kaitan dengan tajuk? huhu..saje je. nak merindui zaman kanak-kanak. Lainnya dulu dengan sekarang. Dulu, masa kecik-kecik pun memang dah selalu kena tinggal. Ummi saya pergi kursus 2-3 hari. Saya ngan adik-adik duk umah dengan abah je. Tapi setiap malam, ummi akan call. Kitorang pun memang akan tunggu ummi call. Time ummi call tu, berebut-rebut la nak cakap tepon. Saya ngan adik pompuan je la yg berebut..sebab time tu adik laki kan kecik lagi..tak pandai cakap pun lagi. Ke belum lahir lagi eh? hahahhaa..lupa sudah.. :p
Walaupun budak-budak, cakap pun benda biasa-biasa je...tapi memang excited sangat kalau ummi tepon. Kalau dah lewat malam, ummi belum tepon pon, sanggup tunggu tak tido-tido sebab nak cakap dengan ummi jugak.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Masa berlalu..
Saya masuk skolah asrama. Selalu tiap-tiap petang beratur kat public phone masa riadhah. Public phone kat skolah ada 3 jek (eh? ye ke? dah lupa)..tapi selalunya ada 1 atau 2 jek yang berfungsi. Hurm..dah tu..ade pulak yang kaki bergayut. Tepon mak dia sorang je sampai orang lain sume nak guna tak boleh. Habis waktu riadhah tu dia sorang je yang duk bergayut. Semua orang naik tensen ngan budak tu...hahahhaa!
Time lain pun, muka dia je..time rehat skolah kul 10 pagi tu, muka dia jugak dekat public phone tu. Duk menangis-nangis kat situ.. hahahaiiiiii~~~
Tapi time rehat skolah, saya takde nak tepon ummi saya. Sebab dia keje. Malas nak kacau. Nanti bleh spoil mood nak sembang.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tu cite dulu..cite masa zaman henpon pon tak penah sentuh. Cite zaman pakai public phone, rumah pkai tepon TM cam biasa la.

La ni zaman dah berubah. Macam-macam teknologi duk ada untuk menghubungkan manusia. Ada mobile phone yang senang bawak pi sana sini, buh dalam kocek ja. Ada komputer dan internet, nak video call berjam-jam tanpa sebarang caj.

Tapi..
saya tak rase terhubung pon. Malah rase makin jauh. Ahaha..si sengal dah mula buat perangai 
Ya laa..skarang, kalau ummi saya gi kursus or meeting berhari-hari, takde pon tepon kitorang cam dulu-dulu. Dia akan call kalau abah sy ikut teman dia gi meeting je. tu pon tepon seminit atau kurang untuk kejut bangun subuh. sobs~

Cheh!
poyo giler nak mengada-ngada cam mase kecik dulu.. :p
setiap hari kalau ummi ade kat umah, takde pon nak bersembang..? hahaha
Biasa laa..manusia...kan kalau mende ade depan mata, suke tak hargai...bila takde, baru nak teringat-ingat..
Tapi rasa lagi bengong sebab sepatutnya saya la yang tepon ummi saya, kan??
emm...bukan taknak tepon..
emmm...emmm..masalahnye...saya takde kredit la nak tepon..huhu! Nak topup, duit takdak..sobs~
ok lah..tetibe rase berkobar nak cari keje..supaya boleh terus pakai line je..takyah topup2..
boleh saya call ummi saya kalau dia di kejauhan..eceyh~

ok lah. malas dah nak taip. boring plak.

Ya Allah, bagilah saya keje yang best supaya saya dapat happykan ummi!

wassalam. 

TRAVIAN: Grey Area

Isnin, 17 Rabiul Awwal 1434H | 28 Januari 2013
9:40 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Kali ni cuma nak share sedikit teknik dalam game Travian. Untuk versi T4, dalam peta bumi travian, ada kawasan yang berwarna kelabu. Kalau nak buka kampung dekat petak ni, anda akan menerima amaran bahawa puak natar akan menyerang kampung anda.

Ya. sebaik sahaja kampung baru diasaskan kat grey area ni, kita akan terus terima serangan dari puak Natar sebanyak 14 waves. Semuanya waves yang memusnahkan. Semua waves serangan akan tiba kat kampung kita dalam masa 24jam.
Tapi jangan takut. Ada cara untuk survive dari natar. Kalau berjaya, dia tak akan serang lagi dah.
Apa caranya? Tak ada lah susah sangat pun. Cuma perlu siapkan binaan-binaan dalam kampung sebelum waves serangan Natar tiba. Ini bermaksud, ada masa 24jam untuk persiapkan kampung.

Peluang untuk survive akan tinggi kalau banyak petak-petak binaan digunakan. Setiap kampung ada 40 petak (18 petak sumber + 22 petak bangunan)

 

Sebaik sahaja kampung baru dibuka di kawasan kelabu, 14 waves serangan natar aka tiba dalam masa 24 jam, kan? 14 waves dengan dual target cata. Bermaksud 14 x 2 = 28 petak yang akan jadi sasaran bom. Jadi, dalam masa kurang dari 24 jam ni, silalah penuhkan binaan petak lebih dari 28 supaya kampung tersebut tidak dimusnahkan sepenuhnya. Tak perlu naikkan ke level yang tinggi-tinggi. cukup sekadar level 1 atau 2 sahaja.
Tapi dinasihatkan agar ada kampung sendiri atau member sendiri yang berdekatan kawasan grey tu..kampung yang dah siap makud saya. Tujuannya, untuk support sumber untuk bina kampung dekat grey ni.
Baru-baru ni, saya tolong member buat kampung dekat grey. saya cuma penuhkan bina setiap petak sumber dengan level 1.
* Camni la rupa dia sebelum natar sampai *

Bahagian pusat kampung pun saya penuhkan binaan setiap petak. Tapi saya tak bina bangunan yang mahal-mahal:
  • bangunan utama level 10 (untuk runtuhkan semula gua-gua yg dibina)
  • gudang level 3
  • jelapang level 2 atau 3
  • pasar level 1
  • titik perhimpunan level 1
  • berek level 1
  • gua level 10
  • petak selebihnya memadai bina gua level 1 sahaja (jimat sumber, cepat nak runtuhkan semula)
* camni rupa bahagian pusat kampung yg dah siap (sebelum Natar sampai) *

Lepas dah siap camni, boleh duk relax saja~
tunggu aje lah Natar sampai.
Ok..kat bawah ni pulak gambar lepas natar sampai...
* terima kasih natar, tolong musnahkan gua-gua yang banyak tu..huhu~ *

Natar bom 14 petak sumber dan 14 petak bangunan (gudang, gua-gua, titik perhimpunan). Dah habis camni, bina ajelah balik kampung tu dengan aman makmur damai sejahtera..tunggu musuh pulak mai..ok?

AMARAN! Jangan cuba defend kampung yang terima serangan natar tu. Maksud saya, jangan letak askar pertahanan. Ia hanya merugikan korang je. sebab askar natar sangat banyak. Ada orang letak 5000 pengawal pertahanan Rom pun, akhirnya kampung tu dimusnahkan sepenuhnya (kampung tak siap)..tapi kalau nak defend gak, boleh try letak 250k pertahanan ke... Tapi camana tu? ladang, pengisar bijian, kedai roti, jelapang smua tak siap lagi..?? haahahaha..

Sekian sahaja tips dari saya.
Selamat mencuba! ;)

Don't play around with me...don't try..

Ahad, 16 Rabiul Awwal 1434H | 27 Januari 2013
8:31 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Regarding title...
Don't play around with me...don't you ever try..
Because...
I could be your best friend you ever have on earth..
And...
I can be your worst enemy you never wish to meet! (tak susah pon..kata-kata lebih tajam dari pedang, kan?)


It's all depends on you.
Depends on how you treat me...
I am just react to that..

Thanks for stopping by..
Thanks for reading!


' kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang? '

Egosentrik

Selasa, 26 Safar 1434H | 8 Januari 2013
8:35 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Kali ini saya terpanggil untuk berkongsi perkara yang sedikit serius. Bukan serius apa sangat pun. Cuma bukanlah seperti kelaziman, saya menulis perkara-perkara yang merapu.

Ok. Berkenaan tajuk entri kali ini. Egosentrik.
Apa itu egosentrik? Egosentrik ni adalah sejenis sifat manusia. Sifat yang mana seseorang itu tidak boleh berkongsi sesuatu dengan orang lain. Dan sifat ingin memiliki segala yang diingini. Senang cakap, " Yang aku, aku punya. Yang engkau pun, aku punya."
Haa..macam tu lah.

Kali ni, saya bukan nak sembang pasal orang dewasa yang mempunyai sifat egosentrik yang tinggi. Bukan pasal orang dewasa yang berebut teman lelaki atau teman wanita. (ni kesan daripada kecik-kecik dulu tak dapat latihan yang betul lah ni..hahah)
Tapi kali ni saya nak sembang pasal kanak-kanak yang memiliki sifat egosentrik.
Para ibu bapa atau bakal-bakal ibu bapa yang sudi membaca coretan saya, sila take note! (bukan Samsung Galaxy Note II)

Fitrah atau kelaziman seorang kanak-kanak, mempunyai sifat egosentrik yang tinggi. Paling ketara apabila usia mereka dalam lingkungan 2 tahun. Selalunya masa-masa umur ni lah budak-budak kecik ni dapat adik..kan? Dan bermula lah episod sadis bagi kanak-kanak yang mak ayah tak tahu fitrah seorang kanak-kanak.
Di peringkat umur yang sifat egosentrik dia tengah high level, muncul pulak sorang adik dan terpaksa pulak berkongsi kasih sayang. Bukan setakat kasih sayang, terpaksa kongsi barang, ruang bermain dan macam-macam lagi. Para ibu bapa atau penjaga, sila faham kalau anak anda pada peringkat umur ini, bekeng semacam. Suka berebut barang, suka buat adik dia. Itu normal.

Tapi....

Normal tidak bermaksud anda harus biarkan perangai dia terus macam tu. Sifat egosentrik pada kanak-kanak ni boleh dikendurkan dengan latihan. Syaratnya, anda haruslah memiliki kesabaran yang tinggi. Bukankah ini syarat untuk menjadi ibu bapa cemerlang? ;)

Latih anak anda untuk berkongsi.
"Nak latih macam mana?"
Luangkan masa untuk bermain bersama anak anda. Masa bermain tu lah kita selit-selit adegan kongsi-kongsi..tapi bukan kongsi gelap.
Ajar mereka give and take..
Kalau bukan masa bermain pun, tak kiralah di mana-mana, cuba ajar dia untuk kongsi makanan atau mainan yang dia ada dengan orang lain.
Kalau yang dah punya adik ketika usia 2 tahun, ajar dia untuk sayang adik. Tak kira lah tafsiran sayang tu macam mana. Melalui ciuman, pelukan, perhatian. Atau apa sahaja.
Dan cuba kawal diri sendiri dari "naik tangan" ke badan anak-anak. Sebab diorang tak faham apa-apa. Mungkin yang dia faham, perbuatan macam tu boleh beri kesakitan. Dan itu lah yang dia belajar. Disebabkan sifat egosentrik tadi, makanya dia buat adik dia pulak. hehehehee..siapa yang ajar? jawab la sendiri...

Saya menulis ni sekadar berkongsi ilmu yang saya dapat masa pergi kursus asas asuhan baru-baru ni. Serius saya cakap, bila belajar mengenai pendidikan awal kanak-kanak, saya nampak bahawa mengasuh dan mendidik anak bukan mudah. Sebaiknya kena ada ilmu keibubapaan sikit. Selebihnya kena jadi ibu bapa yang kreatif untuk tackle anak-anak bila masalah timbul. Dan semuanya kena bermula dari peringkat awal kanak-kanak. Bak kata pepatah, "Melentur buluh biarlah dari rebungnya." (bukan cam pepatah rekaan Ghani masa exam SPM..kalau tidak melentur buluh, manakan dapat sagunya??? hahaha)

Pesan saya terutama sekali untuk ibu-ibu yang bekerja..tolong! tolong jangan stress kan diri untuk cari duit semata-mata. Hidup tak akan perfect kalau otak selalu tertekan. Luangkan masa untuk bertenang, manjakan diri sendiri dan main dengan suami dan anak-anak..(adeh...ayat ni terpulanglah korang nak fikir macam mana)

Ok lah. rasanya setakat ini dulu. Siapa-siapa yang sudi baca, dan ada yang tak faham, boleh tanya terus pada saya. Saya akan cuba jawab. Nanti saya kongsi parenting tips yang lain pulak, ok?
Para ibu bapa, sila banyak bersabar. Sesungguhnya anda bertuah sebab dianugerahkan cahaya mata oleh Allah. Bukan semua orang punya peluang untuk jadi ibu bapa. Sila bersyukur dan jaga amanah Allah s.w.t. tu sebaik mungkin. (saya sendiri pun belum ade jodoh dan rezeki lagi...sobs3~)

Sekian dulu buat kali ini.
Wassalam.

.L.O.S.T.

Sabtu, 22 Safar 1434H | 5 Januari 2013
12:53 a.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Again, I'm lost in the middle of nowhere.
Can't think rationally.
Can't make any decission.
I guess this is the impact of TRAVIAN.
Seriously. I'm gonna quit.

STOP GAMING!!!!



Salah pilih

Selasa, 18 Safar 1434H | 1 Januari 2013
4:38 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Beberapa hari selepas birthday saya tahun lepas, (cheh! macam dah lama je. padahal baru sebulan)
saya pegi shopping sikit. Al-maklum la..bila besday je, abah bagi duit sikit. Shopping pon tak ada la beli apa sangat yang melampau. Cari toys sikit sebab nak kena pergi buat amali untuk KAAK. Lepas tu pusing-pusing dalam The Store tu, saya nampak dorang tengah buat SALE bantal.

Dah berbulan-bulan saya tido tak ada bantal. Berbantal lengan tidurku~ cam lagu "Cindai" Siti Nurhaliza tu..ahaha (hurmm...lengan sendiri tau bukan lengan orang lain)
Kalau ada pun bantal, bantal flight yang kecik tu aje..sedih tak? bantal saya, dah lunyai dah guna buat baring-baring kat depan TV.

Masa ushar-ushar bantal tu, ada macam-macam jenis ngan harga yang berbeza-beza la jugak. Ikut kualiti material. Ada bantal yang harga sampai RM75! Memang tak mampu lah saya. Ada bantal yang harga RM15 je. Tapi macam lembik sangat. Duk pilih-pilih, saya amik yang harga mampu milik laa..ehehe..beli yang harga RM25. Mahal jugak, kan?

Balik je umah, terus tido pakai bantal tu sebab tiba-tiba sakit kepala datang menyerang...ececeyh! alasan lap plak.. :p

Tapi rupa-rupanya bantal tu tak best..memang la lembut..material dalam dia fiber..tapi selalu kalau saya tido, bila terjaga je, kepala dah tak atas bantal..melorot ke bawah..abah saya pon kadang-kadang masuk bilik sebab nak guna toilet, pastu dia pernah tegur "apasal tido macam tu?"..masa tu saya pon tak tau la posisi kepala saya dah macam mana..tension plak rasa. Sekarang kalau nak tido pon jadi susah pulak..nak kena adjust kepala ngan bantal tu..tapi bila bangun tido, mesti kepala dah tak atas bantal. Bantal yang sebelum-sebelum ni, tak pernah pon macam ni..

haihhh laaa...nak beli bantal lain, rasa membazir. terpaksa pakai aje lah bantal yang baru beli ni sampai lunyai. which is tak tau bila sebab tak ada ciri-ciri macam nak lunyai je..uhuhu~

ok lah.
sampai sini aje. terima kasih kerana sudi singgah dan baca cerita merapu ni. saya ketandusan idea nak mengarang cerita best-best. kalau rasa nak baca cerita best, pegi kedai..beli novel Ramlee Awang Murshid ke..Aisya Sofea ke..Fauziah Ashaari ke..dan siapa-siapa lagilah yang terkenal tu. :p

Wassalam.

'itu baru bantal..kalau nak cari pasangan, harap-harap jangan la salah pilih. bantal boleh juga nak ganti-ganti, kan? pasangan hidup..till death do us part tuuu!'