Andai kamu teringat padaku...............

Rabu, 22 Safar 1435H | 25 Disember 2013
1:09 a.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Bagaimana harus saya mulakan bicara? Saat dalam benak fikiran ini penuh dengan sesalan, penuh dengan keraguan. Entah kenapa malam ini profile kamu saya jelajahi. Barangkali kerana kebosanan yang menghantui. Mungkin juga dek kerana teringat kenangan-kenangan silam bersama sahabat yang pernah dekat.

Dan pada malam ini, nota-nota lama kamu saya baca. Buat hati tertanya, pada siapakah ia ditujukan? Ataukah ia sekadar mainan kata?

Tahun sudah silih berganti. Tapi kenangan lalu tak pernah padam di hati. Entah kenapa saya merasakan saya terlibat dalam sebahagian ayat-ayat nota kamu. Atau mungkin saya cuma perempuan perasan?
Andai nota-nota itu ada kaitan dengan saya, sungguh-sungguh saya mohon sejuta kemaafan. Kerana pernah membuat kamu berasa teruk, kerana pernah buat kamu berasa tertekan. Dan baru malam ini kewujudan nota-nota itu saya perasan. Sungguh! saya tak pernah terlintas, tak pernah terniat untuk lakukan itu pada kamu..........



Mungkin saat ini kamu tidak lagi mengikuti tulisan-tulisan saya, kerana kamu sudah punya si dia yang kamu cinta, yang sentiasa setia di sisi kamu untuk membuat kamu tersenyum ceria. Namun seandainya kamu terlintas untuk singgah di sini, saya betul-betul mahu kamu tahu betapa saya mohon sejuta kemaafan dari kamu.

Bukan niat saya untuk meraih atau menagih apa-apa dari kamu. Sekadar menyatakan penyesalan kerana saya tak pernah tahu itu semua dan tak berpeluang untuk beri penjelasan.
Mungkin dulu saya pernah tertanya, adakah kamu punya 'perasaan' pada saya? Adakah kamu mengharapkan sesuatu yang lebih daripada persahabatan yang saya tawarkan? Tapi itu hanya bermain dalam minda saya, tak mampu meluahkan. Juga tak berani memberi harapan.

Segala yang terjadi punya hikmah disebaliknya. Dan hari ini, saya lega kamu sudah bahagia. Percayalah! Kamu berhak untuk bahagia, lebih dari sengsara andai kamu miliki saya. :)


' i was just a bad dream of yours. treasure your beautiful life without any doubt, without any regret. never turning back! '

Masihkah ada esok yang terang?

Jumaat, 18 Muharram 1435H | 22 November 2013
7:50 a.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Give up. Putus asa. Putus harapan.

Nampak berbeza. Tapi membawa maksud yang hampir sama.
Ya. Selalu tulisan-tulisan saya nampak macam ayat memujuk diri. Memotivasikan diri sendiri. Hakikatnya, saya tak mampu menipu diri sendiri. Mungkin mulut, otak dan hati menidakkan. Tapi fisiologi tubuh bertindak pada arah bertentangan. Mungkin secara lahirnya nampak gembira. Tapi keseluruhan tindakan tak mengarah ke mana-mana. Hanya seperti orang yang dah putus asa.

Hidup yang dilanda kekecewaan hatrik memang susah nak bangkit semula. Saya tak nampak jalan. Atau mungkin terlalu takut untuk memilih jalan mana yang perlu saya lalui untuk sekurang-kurangnya sampai ke garisan penamat. Walau tak sehebat orang lain yang sampai terlebih dulu.
Cuma yang berlaku hari ini, saya terhenti di pertengahan. Tidak meneruskan. Mungkin juga melangkah setapak demi setapak ke belakang semula.

Takut. Risau. Keliru.

Penambah perisa, pelengkap adunan rasa.
Ya Allah..bantu aku untuk percaya..
dan terus percaya...bahawa semua yang berlaku adalah yang terbaik untukku.


End of Game. Goodbye travian!

Ahad, 16 Zulhijjah 1434H | 20 Oktober 2013
12:31 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Buat pembaca budiman, entri kali ini mengenai sejenis permainan peluncur atau dalam bahasa Inggerisnya digelar "browser game". Macam dalam entri yang dulu, rasanya satu jenis game je yang saya pernah update. Game itu tidak lain dan tidak bukan adalah Travian.

Ya. Macam dalam beberapa post yang dulu, saya ada kata nak berhenti gaming. Sebab Travian ni memang betul-betul game yang berhantu. Sekali terjebak, susah nak keluar (bagi saya la). Mungkin kurang kental agaknya. It was just so addictive!
Dan pelayar (server) yang saya betul-betul fokus cuma satu je. Dunia ts7.my...walaupun terpaksa delete ID dan cilok ID orang untuk bertahan melihat kesudahan game, akhirnya pada tanggal 15 Oktober yang lalu, server ini telah tamat apabila puak Natar menyiapkan Keajaiban Dunia atau World Wonder (WW) pada tahap 100.

Namun, seperti pada pertengahan permainan, server ts7 penuh kontroversi. Begitu juga di pengakhirannya. Pihak admin Travian memberikan keputusan yang sungguh tidak adil apabila mengumumkan Civic dari persekutuan HEROES sebagai pemenang.
Bukti yang nyata? Lihat gambar di bawah. Ia sungguh jauh menyimpang dari ayat pada watikah!


Lucu bukan?
Ayat watikah menyatakan, Civic berjaya menyiapkan Keajaiban Dunia sedangkan pada statistik, dapat kita lihat bahawa WW Civic hanya pada tahap 9. Adakah level 9 itu dikira siap? Come on la admin. Kalau macam tu, persekutuan UFNW, Hydra, SEAL dah lama dah siap level 9 duluuuuuuu lagi.
Kalau Natar masuk campur dengan membina WW sehingga level 100 dan akhirnya menobatkan HEROES sebagai pemenang, lebih baik Natar duduk diam-diam jangan masuk campur. Duit pun akan sentiasa masuk ke akaun admin travian sebab server tak habis-habis dan orang terpaksa beli gold untuk stay survive di dunia ts7. Bila berlaku perkara macam ni, kami para pemain mula meragui ketelusan pasukan travian yang kelihatan berat sebelah. We just want a fair game!

Apapun, dunia itu sudah berlalu and it was just a game.
Berbaloikah untuk mengutuk dan meroyan sana-sini? Rasanya tak perlu. Cukup sekadar kami tahu bahawa mereka tak pernah menang. Walaupun kami juga tidak menang.
Dan lagi, saya takkan lagi terlibat dengan game ni. Sungguh rasa sia-sia sedekah duit pada admin travian untuk topup gold. Lebih baik saya beramal jariah sedekah duit pada yang lebih memerlukan, Rumah Anak-anak Yatim & Miskin Nur Iman contohnya. ;)

' Politik travian ts7 tak banyak beza dengan politik Malaysia..PRU-13..hahahah! '

Ku bukan yang terbaik........

Sabtu, 24 Zulkaedah 1434 H | 28 September 2013.
11:36 a.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Hampir sebulan tak berblogging. Tak sempat satu hal. Tak tahu nak celoteh apa satu hal. Dan untuk hari ini, dalam satu hari je ada beberapa perkara tak best yang jadi.

Pagi ini, Encik H (bukan nama sebenar) telefon saya. Sebenarnya dari minggu lepas pun saya duk tunggu dia telefon. Jumaat lepas lagi dia ada bagitahu nak telefon saya tapi tetibe ada hal kecemasan pulak. Saya, as usual segan-segan harimau je nak tanya ada hal apa nak call. Walaupun berada di tahap curious yang tinggi tapi saya tetap maintain cool cam lagu "Daddy Cool" (cheh! cool la sangat..)..

Kalau padi katakan padi,
Tidaklah saya tertampi-tampi;
Kalau jadi katakan jadi,
Tidaklah saya ternanti-nanti.

Kalau tidak katakan tidak,
Boleh la saya cari yang lain.

Kehkehkeh..seminggu kot saya berfikir dan tertanya-tanya. Lagu Amelina yang bertajuk "Zapin Tujuh Purnama" tu asyik terngiang-ngiang di telinga saya walaupun dah berdekad tak dengar. Saya siap modified lirik pulak cam rangkap pantun kat atas tu.

Oh. Kembali semula ke cerita asal. Encik H (bukan nama sebenar) telefon saya dan mohon maaf sebab tak dapat nak panjangkan hajat untuk dot dot dot. Dia mohon maaf dan minta saya tak berkecil hati. Hasratnya yang sebelum ini bukan main-main katanya. Cuma jodoh kami tidak tertulis untuk bersama. Saya mengerti dan tak berkecil hati walau sedikit pun. (eh. ye ke?)
Seperti dalam entri yang lepas, saya sebenarnya tak menaruh harapan setinggi gunung pun. Saya berusaha jaga hati sendiri supaya tak dibebani dengan rasa sedih dan kecewa. Selalu saya doa mohon Allah beri kekuatan. Kalau dia bukan untuk saya, jauhkan dia dari saya, hilangkan rasa sedih dan kecewa. Saya tak nak menangis lagi. Dan hari ini, Alhamdulillah...Allah bekalkan saya dengan kekuatan. Mungkin sebab saya dah selalu sangat terima penolakan. Dah lali. Mungkin juga sebab kami tak bercinta, tak layan angan-angan.

Alhamdulillah. Syukur pada Allah.
Dan terima kasih pada dia, Encik H (bukan nama sebenar) sebab cara dia sentiasa hormat saya sebagai seorang wanita. :)
Saya doakan dia dapat jodoh yang terbaik yang dapat hadirkan 'sakinah' untuk dia. Walau 'sakinah' itu bukan dari insan yang bernama Sakinah Hawa. :)
As for me..mungkin masa saya belum tiba. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya. Saya serahkan segalanya hanya pada DIA. Fa tawakkal 'alaAllah!

Lepas pada dia call tu, saya meneruskan rutin pagi Sabtu saya. Pegi mengaji kat Masjid Afzan.

Allahu.
Rupanya hari ni saya dah sampai muka surat berapa entah tapi surah an-Nur ayat 32 mula-mula sekali ayat dalam muka surat tu....

 وَأَنكِحُواْ ٱلۡأَيَـٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰلِحِينَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَآٮِٕڪُمۡ‌ۚ إِن يَكُونُواْ فُقَرَآءَ يُغۡنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ۬ 

Maksudnya: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

Allahu. Allahu. Allahu.
Tahan sebak tetibe bila baca ayat ni sebelum pegi baca kat ustaz. Ok. Kembali cool.

Tengah-tengah saya mengaji kat depan ustaz, tetibe terasa ada kelibat sesuatu menghampiri. Terkejut. Ada kucing tetibe lepak sebelah saya. Pastu dia gi belakang saya dan buat aksi garu-garu karpet. Saya buat-buat maintain cool je walaupun jantung dup dap dup dap! Ustaz kat depan dah sengih-sengih. Huhu~
Ustaz tau dah saya takot kucing sebab insiden hampir sama pernah jadi dah. Tapi last time kucing tu bersopan sikit. Kali ni, kucingnya tak makan saman. Dia berlegar-legar sekeliling saya. Saya tetap buat-buat maintain. Baca lagi..dan lagi..dari satu ayat ke satu ayat.

Tapi tiba-tiba, tengah saya khusyuk tak berapa nak khusyuk sangat baca tu..kucing tu lompat naik atas meja!!
"Waaarrrggghhh!!!" saya menjerit kerana terkejut. Adoilaaa..malu giler kot. Selain ustaz, ada lagi dua orang pakcik duk kat tepi ustaz..huhuhu~ Ustaz gelak-gelak kecil. Ustaz kata kat kucing tu, "Gi lompat atas kain dia"...zzzzzzzZzZzZzzzzz!!!!! ~.~

Sekian sahaja cerita untuk hari ini.
Wassalam.

' kepada jodoh saya: come out, come out wherever you are~. Misi pencarian diteruskan kembali.'

Apa ertinya merdeka ini....................

Ahad, 25 Syawal 1434H | 1 September 2013
5:26 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.


Semalam, 31 Ogos 2013 genaplah 56 tahun Malaysia kita merdeka. Namun apakah ertinya merdeka pada kita?

Apakah ertinya merdeka tatkala minda masih terjajah?
Apakah ertinya merdeka saat rakyat masih berbalah?
Apakah ertinya merdeka bilamana budaya santun dan adat ketimuran kita makin hilang diganti hedonisme?

Hang Tuah tokoh lagenda pernah mengungkapkan, "Takkan Melayu hilang di dunia."
Ungkapan ini juga sering diulang-ulang oleh pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh Melayu.
Persoalannya, benarkah takkan Melayu hilang di dunia?
Apa guna seorang yang berbangsa Melayu tanpa ciri dan budaya Melayu pada dirinya?

Dan hari ini...
Melayu hanya ibarat boneka yang menjadi bahan mainan pelbagai bangsa dan kuasa.
Minda, rohani dan jasmani dijajah tak siapa sedar.
Terus hanyut, lalai dan leka hingga tanah warisan nenek moyang tergadai. Masih juga tak siapa sedar.
Walau Malaysia kita merdeka, erti kemerdekaan sebenar tak pernah kita kecapi. Masih tunduk pada perlembagaan yang digubal penjajah. Tak siapa sedar.

Anak muda! Teruskan perjuangan dan jangan pernah mengalah. Kerana kejayaan hari esok bukan atas usaha kita hari ini dan semalam tetapi atas perjuangan yang berterusan.

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-56 buat seluruh rakyat Malaysia. Moga kita bebas dan merdeka dengan erti kata yang sebenarnya suatu hari nanti. Bebaskan dirimu, luaskan kuasamu. Fii sabilillah!

Macam ni pun nak try..?

Isnin, 19 Syawal 1434H | 26 Ogos 2013
4:05 p.m.
Perkampungan Cenderawasih, Kuantan, Pahang.

Bismilllahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Ngantuk giler kena jaga budak-budak Tahun 6 prep petang. Tapi budak ni semua tak buat kerja pun. Bersembang je lebih. Yang lelaki, main banyak. Haihh..setiap Isnin kena burn pegi KAFA. Tak syok langsung.

By the way, untuk yang sudi amik tahu pasal saya, bermula daripada pertengahan Ramadhan lepas, saya bertugas sebagai guru ganti kat salah sebuah sekolah kat Kuantan ni. Gantikan cikgu yang cuti bersalin. Sebenarnya mengajar pendidikan khas. Tapi dapat tugasan extra pulak. Jaga budak Tahun 6 (arus perdana prep petang) Terpaksa la buat juga.

Oh! Sebenarnya mukaddimah kat atas tu langsung tak ada kaitan dengan tajuk entri. Hoho.
Okeh. Pergi kepada tajuk asal. "Macam ni pun nak try..?"
Try apa sebenarnya?

Hurmmmmmmmm...
Panjang pulak saya berdehem. Sebenarnya saya tak faham. Saya rasa, saya tak cantik pun. Tak comey. Tak anggun. Tak seksi. Sekarang kalau pergi keluar dari rumah, memang pakai baju besar-besar, longgar-longgar, tudung labuh-labuh. Tapi kenapakaaaaaaaaaaahhhhh????? Kenapa bila saya keluar, masih ada yang kacau? Macam saya ni pon ada yang nak try ke?
Beberapa malam lepas, saya keluar pegi mall sorang-sorang sebab tak ada orang nak teman. Ummi pegi ngaji. Abah keje malam. Deq dee buat kelas tambahan. Ghani kat Yaman. Ifah kat Terengganu. Faezah kursus lama kat Bangi. Tak ada siapa nak ajak teman keluar cari barang. Takkan nak ajak Farhan pulak? Lagi pelik bin aneh tu..Makanya terpaksalah saya keluar sorang-sorang. Rasa ok je mula-mula sebab pegi mall kan tempat crowd..
Dah puas berjalan-jalan, nak balik la..tetibe selisih dengan sorang pakcik yang rupanya nampak macam dalam lingkungan 50-an. Tak dikenali. Tapi tiba-tiba sahaja dia menegur saya, "Dah makan? Kalau belum makan, jom pegi makan."

Saya terpinga-pinga sekejap. Terus rasa takut. Terus blah dengan cepat. Mujur dia tak ikut..huuuu~~~ T-T

Lagi satu. Hurmm..kat sini...Kat sekolah ni. Ada sorang cikgu lelaki yang selalu datang bersembang dengan saya. Serius, saya memang taknak buruk sangka atau perasan terlebih-lebih. Tapi kalau orang nampak pun, saya risau boleh jadi fitnah sebab asyik datang nak mengendeng dan bersembang dengan saya. Masa minggu-minggu awal saya masuk skolah tu, punya la saya nak lari dari bersembang ngan dia (sebab dia je yang duk bersembang sampai saya tak dapat nak buat kerja)..saya sampai pegi buat kerja kat library. Tapi malangnya, masa keluar je dari homebase (tempat berkumpul budak-budak dan guru-guru pendidikan khas) dah terserempak dengan dia. Pastu dia tanya saya nak pegi mana. Orang tak pandai menipu, maka tercakap jujur nak pegi library. Tak sempat panas bontot lagi duduk kat library, cikgu tu datang bawak 1 kelas budak-budak. Haihhh...memang la tak ramai 1 kelas pendidikan khas maksimum 5-6 orang je. Tapi masalahnye budak-budak tu bila nampak saya, semua pakat serbu nak duduk dekat saya. T-T
Kerusi kat library tak cukup sebab ada kelas lain dah duduk, budak ni siap share kerusi dengan saya. Pastu suruh saya bacakan buku dan tanya macam-macam soalan..hahahahaaiii~ memang tak boleh buat kerja..
bila dah ada kerusi lain yang kosong, saya pindah tempat...si cikgu tu pulak datang bersembang...T-T
Pastu...baru-baru ni, jamuan raya kat skolah..cikgu tu tetibe macam nak suap saya makan masa dia berdiri sebelah saya. Serius ngeri! Dah kawen kot cikgu tu. Kalau belum kawen sekalipun, perbuatan macam tu masih kurang sesuai laaa bagi saya. Huuuuu~

Haihhh..mungkin inilah nasib orang perempuan yang belum kawen..? Kena kacau sokmo..takde ketenangan walaupun nama Sakinah. huhu~

Ok lah. Sampai sini sahaja dulu. Jumpa lagi di lain masa.

Wassalam.

M.U.L.U.T.

Ahad, 18 Syawal 1434H | 25 Ogos 2013
7:59 a.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Di suatu petang.....

Aina (5 tahun) berlari-lari anak kemudian melompat-lompat kegembiraan. "Kita dah pandai eja 'kakak'! K.A. 'KA' K.A.K 'KAK'..KAKAK!" jerit Aina bahagia. Ustazah Sakinah tersenyum melihat telatah Aina yang lincah. Timbul di mindanya untuk menduga kebolehan anak kecil itu.

"Wah! Dah pandai eja 'kakak'. Okay, cuba eja 'mulut' pulak," Ustazah Sakinah cuba menguji.

Aina terdiam. Memerah otak barangkali untuk mengeja perkataan yang disebut Ustazah Sakinah. "Emm...macam mana ya nak eja mulut?" balas Aina sambil berfikir-fikir. Kemudian, laju sahaja dia menuturkan, "M.U. 'MU...L.O.K. 'LOK'..'MULOK'!"
Ustazah Sakinah tersentak. Yakin sungguh Aina dengan ejaannya.

"Hahahahahahahaha!!!" ketawa ustazah Sakinah pecah. Sedikit kurang sopan ustazah itu. Mujur tiada orang di KAFA melainkan Aina dan kakaknya, Akma. Akma turut ketawa. Lucu sekali telatah Aina. Dia termangu-mangu melihat Ustazah Sakinah dan kakaknya ketawa. Hairan barangkali, di mana yang lucu, di mana yang silap dengan ejaannya.

" Bukan 'MULOK' lah. 'MULUT'...'LUT'," Ustazah Sakinah membakukan sebutan sehingga muncung-muncung mulutnya untuk membuatkan Aina faham dan mengeja perkataan dengan betul.

Aina mencuba sekali lagi, " Emm...M.U. 'MU'..L.U.T. 'LUT'..'MULUT' "
"Haaa..baru betul," kata Ustazah Sakinah sambil tersenyum-senyum. Belum habis rasa lucu dengan ejaan Aina yang sebelumnya.

Aina diam sahaja. Mukanya nampak kurang berpuas hati. Tiba-tiba Aina bersuara kembali, " Kalau ikut eja, memang M.U. 'MU' L.U.T. 'LUT'..'MULUT'. Tapi kalau ikut benar, orang sebut 'MULOK'.. "

"Hahahahaha!" sekali lagi Ustazah Sakinah tidak dapat menahan ketawa. :)) :)) :))

Bodohkah saya?

Jumaat, 17 Syawal 1434H | 23 Ogos 2013
11:49 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Baru-baru ni saya share dekat facebook link pasal prosedur nak tubuhkan tadika dan tanya siapa berminat nak join sekali. Ada la 2 ke 3 orang yang respon. Tak kisah la tu. Ada yang bersemangat juga nak tolong saya jayakan bisnes tu. Perkenalkan saya pada group orang bisnes...............................

Mula-mula saya tak tengok sangat pun group tu. Yalah, akhir-akhir ni penat dan tak sempat online sangat pun. Online sekejap-sekejap lepas tu tertidur. Tapi hari ni tadi sempat baca sikit komen-komen perbincangan ahli group tu.

Wow!

Seriously? Cakap-cakap orang bisnes memang ngeri.

Haihhh laa..tak ada minda usahawan saya ni. Huhu! Saya cuma fikir nak gembirakan diri sendiri dengan buat sesuatu yang disukai. Dan gembirakan diri sendiri dengan gembirakan kanak-kanak (apply apa yang dipelajari masa belajar DPAK dan KAAK dulu). Lebih kepada macam kebajikan masyarakat je..huhu!

Kadang saya tertanya sendiri, "Bodohkah saya?"

Can someone help me? Tolong bagi pencerahan sikit apa patut saya buat dan apa patut saya fikir? Huuuu~

Sampai sini saje dulu. Adios!~

' Esok sekolah ganti. Mari menulis lesson plan! wohaaa~~~ @.@ '

Cita-cita saya surirumah sepenuh masa

Jumaat, 9 Syawal 1434H | 16 Ogos 2013
12:10 a.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Saya tak ingat sama ada saya pernah post entri pasal ni atau belum pernah lagi. Tak apalah. Hanya untuk ingatkan diri sendiri sekali lagi. Cita-cita saya di dunia adalah untuk jadi surirumah sepenuh masa yang hebat. Anda rasa saya kolot? Saya tak peduli apa anda nak fikir. Pada saya, itulah cita-cita terbaik yang layak bagi seorang wanita terutama wanita muslim.

Hurmm..
Cuma buat masa ini, saya tak dapat sempurnakan lagi cita-cita saya sebab belum ada yang sudi ambil saya jadi suri hidupnya. Kalau ada pun nanti, saya harap dia tak keberatan untuk biar saya capai cita-cita ni.

Saya faham bahawa hidup dalam dunia hari ini, era ini bukan semudah zaman atok nenek kita dulu. Semua pun nak pakai banyak duit. Buat masa sekarang pun saya tak ada pekerjaan yang tetap lagi dan memang semput jugalah kalau teringin nak beli apa-apa. Sebab itu saya jarang keluar rumah supaya saya tak tengok banyak benda sangat dekat luar tu yang mendorong nafsu nak membeli. huhu~
Saya juga faham yang ummi dan abah saya risau hidup saya tak ada jaminan atau sokongan dari sudut kewangan kalau apa-apa jadi pada diorang, hidup saya entah macam mana. Untuk itu, sementelah menanti jodoh yang entah bila nak muncul, lebih elok kalau saya usaha dulu mana yang mampu untuk hilangkan kerisauan ummi dan abah saya.

Apa caranya?

InshaAllah, saya akan usahakan juga untuk buka tadika atau taska sendiri. Mohon doa teman-teman yang sudi baca coretan ini. Doakan saya dibekalkan kekuatan untuk laksanakan, realisasikan impian yang satu ni. Kenapa tadika/taska? Dari sudut perniagaan, saya sendiri tak pasti berapa keuntungan yang sesebuah tadika/taska boleh jana. Tapi itu je pekerjaan yang saya rasa paling selesa dan tak perlukan kemahiran yang pelik-pelik. Hanya melayan kerenah anak-anak kecil. Memang bukan mudah juga dan perlukan kesabaran. Tapi saya suka. :)
Kerja ni pun tak perlu atau hanya sedikit sahaja pergaulan dengan lelaki ajnabi.

Kalau bisnes ni berjaya, nanti-nanti saya hanya perlu monitor dari rumah je. Sekali-sekala je turun pantau kerja anak-anak buah dan tengok keadaan tadika/taska untuk pastikan perkhidmatan yang diberi sentiasa terbaik. InshaAllah.
Dan akhirnya saya boleh jadi surirumah sepenuh masa lagi! weeee~

Persoalannya dari mana nak mula, di mana nak buka? Hehe..
Tungguuuuuu.............................

Moga Allah redha. Moga Allah beri ilham dan kekuatan untuk bergerak dan mula realisasikan impian. Biiznillah.

'Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia!'

Doa senjata mukmin!

Khamis, 8 Syawal 1434H | 15 Ogos 2013
1:14 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

MashaAllah! Dunia makin tenat. Pembunuhan merata-rata. Nyawa itu ibarat tak berharga. Negara Islam kian bergolak. Yang memperjuangkan Islam sebenar ditindas, dibunuh tanpa belas kasihan. Dan kita di Malaysia masih leka dengan nikmat kesenangan. Lalai dengan hiburan yang menyesakkan. Sesat dalam dunia yang menuntut macam-macam perkara.

Apalah daya yang diri ini ada untuk bantu saudara seakidah di sana? Cuma secebis coretan menjentik kesedaran. Dan titipan doa mohon Yang Maha Perkasa beri pertolongan.

حسبنا الله ونعم الوكيل

'Sama-sama doakan untuk saudara kita di Mesir, Syria, Palestin, Iraq, Afghanistan, Rohingya, Lubnan dan seluruh dunia di mana Islam ditindas.'

Kepada Jodoh saya IV: Diakah awak?

Rabu, 7 Syawal 1434H | 14 Ogos 2013
1:23 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum, awak..jodoh saya. :)

Selamat Hari Raya, mohon maaf zahir batin. Kenapa nak minta maaf sedang kita tak jumpa lagi? Saya rasa saya kena minta maaf sebab tak dapat jumpa lagi dengan awak la. Tak dapat raya sama dengan awak lagi tahun ni.

Awak, jodoh saya...
Saya juga nak minta maaf sebab buat masa terdekat ni saya berhenti cari awak. Ada orang 'bertanyakan' saya. Dia baik..inshaAllah. Awalnya, saya rasa tak ada sebab untuk tolak dia.

“Apabila datang (meminang) kepadamu orang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Jika tidak engkau perbuat (demikian), akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.” – (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Walaupun dia belum secara rasmi meminang saya, saya fikir awak makin dekat dengan saya. Tapi semuanya tetap masih samar. Saya tertanya-tanya, diakah awak yang saya cari selama ni? Diakah awak yang saya tunggu selama ini? Bukan saya tak yakin pada dia. Tapi saya tak yakin dengan diri sendiri. Bukan saya tak berharap. Cuma saya tak nak terlalu mengharap. Meletakkan harapan pada manusia, manusia sering buat saya kecewa. Biarlah saya berharap pada rahmat Allah semata. DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Dan selagi belum tiba saat lafaz "Aku terima nikahnya," saya memang tetap tak pasti dia itu awak, jodoh saya. Dan untuk sebab itu, buat sementara waktu ni saya berhenti dulu untuk minta siapa-siapa cari awak. Bukan usaha saya berhenti terus. InshaAllah, saya sentiasa doa supaya dapat jumpa awak (sebagai salah satu usaha). Saya cuma nak selesaikan urusan satu per satu. Dan kalau dia adalah awak, Alhamdulillah saya tak perlu nak cari-cari lagi.

*awak..saya cilok gambar ni pastu malas nak edit. Alhamdulillah, sekarang saya cuba serasikan bertudung labuh. Awak doakan saya, kan? terima kasih, awak. Tu yang buat saya sayang kat awak tu.. :)*

Awak, jodoh saya...
Sungguh, saya tak tahu bila kita dapat jumpa, bila kita dapat bersama. Andai kita tak berpeluang bertemu di dunia, saya doa Allah temukan dan satukan kita di syurgaNya. Kita sama-sama usaha, ya? Sama-sama usaha untuk dapatkan jannahNya. :)

Sampai sini sahaja warkah saya buat awak untuk kali ini. Jangan berhenti berdoa. Jangan berhenti berharap. Moga Allah izinkan kita untuk sampai ke saat lafaz "Aku terima nikahnya." InshaAllah. :)

Yang setia menanti,
- Jodohmu -
{sakinah hawa izram}

'To whom it may concern..kalau awak singgah sini dan baca post ni..saya nak awak tahu, saya bukan mengalah tapi tak juga terlalu berharap. Neutral. Mohon sama-sama doakan yang terbaik. Kalaupun ditakdirkan jodoh itu bukan milik kita, saya doakan awak dapat yang terbaik yang sesuai dengan awak, yang dapat bahagiakan awak. Dan kalau memang jodoh kita ditakdirkan bersama, sila cepat jangan bagi saya tunggu lama-lama. hehe..'

betul ke simpulan kasih???

Rabu, 30 Ramadhan 1434H | 7 Ogos 2013
3:02 a.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Mak aihhh...tak tido lagi..mula-mula tadi jenuh duk buat seaweed cracker sebab hajat di hati nak bawak balik kampung untuk raya. Untuk rumah? Kena buat lain...telur putih dah habis pulak nak buat gam kulit popia tu..

Pastu, konon-konon nak try buat popia simpul tu...google la cara nak buat dia..
hurmmm..pada carian google, baru tau nama dia popia simpulan kasih...
wahahaha..gempak habis nama..tapi nak menyimpul popia tu, rasanya tak tersimpul kasih kot..giler mencabar..mencabar skill menyimpul, mencabar kudrat tapi paling tercabar sekali adalah kesabaran..
aihh...susah bebenorrrr...last skali malas buat sebab tak berjaya mengekalkan kelembutan kulit popia walaupun dah letak bawah tuala basah. hahahahahhahaa~

penting tu..kalo kulit popia kering, dia jadi keras dan memang tak boleh simpul..terkoyak terus..
zzzZzZzZzzzzz!!!

no wonder la harganya a  bit mahal. susah nak buat. so, kalau rasa nak makan jugak, beli aje dan syukur je laa ade jugak yang rajin duk menyimpul mende alah tu..

ok. sampai sini aje. tensen sebenarnya ni bila buat something n tak menjadi..huhu!

Love at the first sight

Sabtu, 26 Ramadhan 1434H | 3 Ogos 2013
8:07 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Have you fall in love? 
Love at the first sight...teeehihihii~
I do have once. And still loving it till now.
Ini cinta pandang pertama saya.

Dah lama tak buat keje merepek camni. Tulis pasal barang-barang peribadi. Maaf. Saya rasa macam meronta-ronta sangat dalam hati nak tunjuk kasut saya yang chantek ni. huhu~
Mungkin ada yang tak paham, apa yang cantik sangat dengan kasut ni. Tapi entah la. Sekali tengok dah terus berkenan. Rasa macam nak terus beli masa tu jugak, tapi al-maklum sajalah. Gaji tak seberapa. Sengkek.
Nak dijadikan cerita pulak, saiz untuk saya dah tak ada kat kedai tu. Makanya, terpaksa menangguhkan hasrat untuk beli kasut tu.

Asal ada masa keluar, lalu kedai kasut yang ada jual kasut Scholl. Design yang macam tu tak ada. Rasa sedih bukan kepalang. Hari lain, pergi semula kat kedai yang first skali nampak kasut tu. Off course la dia tak restock lagi dan takde saiz saya. Sedih jugak "berkaki Cinderella" ni..sobs~
Tapi tanya kat orang kedai tu, kat mana lagi boleh dapat kasut macam ni dengan saiz yang kecik..?
Dia suruh try cari kat kedai Scholl kat ECM. Gagah jugak pergi cari kat ECM.
Yeay!! ada!! Tapi apakan daya..hanya tinggal sepasang yang dekat rak display tu aje. Ada yang design sama, saiz sama yang banyak stock selain kat rak display..tapi warna hitam. Tak mau la warna hitam. Memang la smart jugak warna hitam. Tapi saya suka kasut yang warna putih atau beige. Jangan tanya kenapa. Memang taste macam tu. Ummi psiko2 suruh beli yang warna hitam pon, memang tak nak jugak.
Hurmm...dan sebab memang nak sangat beli..pinjam duit ummi dulu. hoho~ (Alhamdulillah dah habis bayar)

Apa yang special sangat dengan kasut ni? Hehehe
Bila dah beli, dah start pakai...ia tidaklah sehebat yang disangka. Indah pada rupa. Tapi bila pakai, ada yang tak kena. 
Sebab design dia bukan jenis yang bertutup penuh, tutup bahagian depan sahaja..Jadi kena pandai-pandai adapt supaya bila berjalan, kasut tak tercampak or melayang (saya jenis jalan laju)..
Mula-mula nak biasakan pakai, pakai pegi kenduri incik Wadi Alaydrus kat Bangi. Beberapa jam drive pakai kasut tu..sampai cramped kaki. Nikmat paling indah.

Tapi sekarang, Alhamdulillah. Sudah semakin selesa. Sebab dia cinta pandang pertama saya, dah beli mahal-mahal pulak..Kena la sesuaikan diri, kan? Kami hari ini saling menjaga. Dia jaga kaki saya. Saya pun jaga dia supaya tak rosak. Saya terima seadanya apa kekurangan dia selagi dia jaga saya. (Cheh! macam apa je ayat)

Sekian dulu untuk kali ini. Maaf la siapa yang rajin baca, terpaksa baca benda merepek macam ni. haha~ :p

Wassalam.

' Saya harap, saya boleh jatuh cinta pada jodoh saya dan terima dia seadanya juga. :) '

Ramadhan..i'm gonna miss you! :'(

Jumaat, 25 Ramadhan 1434H | 2 Ogos 2013
7:48 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.


Ramadhan bakal pergi. Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi.
Ya Allah! Rasa sedih tiba-tiba.
Entah punya peluang bertemu Ramadhan lagi, entahkan tidak.
Moga Allah berkati Ramadhan kali ini.
Dan temukan lagi dengan Ramadhan tahun hadapan.
Dan rezekikan bertemu Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan.
InshaAllah.
Ameen, Ya Rabb.


*  Ramadhan pesta ibadah. Bukan pesta makanan. Rugilah bagi yang menghiasi Ramadhan dengan pelbagai juadah tapi sedikit amalan *

Smartphone: keperluan vs kehendak

Khamis 9 Ramadhan 1434H | 18 Julai 2013
1:58 a.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Aishh..lewat pulak duk update blog tengah-tengah malam buta. Mata tak mengantuk pulak siang tadi banyak tido.

Ok. Malas nak mukaddimah panjang. Smartphone atau dalam Bahasa Melayu nya telefon pintar, merupakan inovasi terbaru yang menjadi kegilaan dan trend orang zaman sekarang. Masa ia mula-mula diperkenalkan, ya, saya terkagum dan teringin jugak nak ada 1 smartphone. Paling teringin nak pakai Samsung Galaxy S3 hari tu. Pastu dah keluar Note II, rasa nak Note II pulak. Tapi bila duk tengok-tengok orang pakai, saya duk fikir, apa yang best sangat? Hahahaha..
Nampak orang duk pakai untuk main game aje. Pastu boleh internet kat tepon. Duk tengok orang guna, akhirnya saya dah tak nampak apa yang menarik dengan smartphone ni. Asal-asal tujuan nak ada mobile phone supaya mudah nak dihubungi atau menguhubungi orang lain. Sama ada untuk buat panggilan atau hantar text message sahaja. Lain-lain perkara tu, tak penting pun. Jadi, smartphone ni..adakah ia satu keperluan?

Bagi saya, secara personal memang tak perlu pon ada smartphone. Sebab saya dah bosan main game. Kalau nak main internet pon, boleh pakai notebook. Lagi puas hati. Tapi lain orang, lain keperluan. Kan?

Baru-baru ni ummi beli 1 smartphone jenama Alcatel. Murah aje. Tak kisah la tu. Pastu dia tak tau camana nak guna. Entah jadi merapu camana dia guna aritu. Sampai abes kredit. Hahahaha. Kesian.
Terus dia taknak guna dah. Bagi kat saya. Dan dan laaa pulak masa tu henpon saya buat ragam. Caj bateri, tak naik-naik bar dia.
Ok. Terpaksa guna jugak la smartphone yg ummi bagi. Ahaha. Boring je. Tak menarik pon. Sama jugak dengan telefon biasa. Bukan ada orang nak call dan bersembang sampai berjam-jam pon (stock orang suka bersembang camni la)..orang lain duk WhatsApp la..Line la..viber la..entah macam-macam aplikasi lagi..emm..tak best pon. So, telepon tu memang fungsi dia untuk call dan sms je. Hahahaha.
Jadi, terbuktilah bahawa smartphone adalah 1 kehendak (yang tidak dikehendaki pon) dan bukannya 1 keperluan.
Anda pula bagaimana?

Adios.

' bagi saya pakai nokia 3310 pon ok jek kalau masih ada. '

Ramadhan ini..

Ahad, 5 Ramadhan 1434H | 14 Julai 2013
7:00 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat Islam di seluruh dunia. (cheh. baru nak ucap)
Berpuasalah dengan ikhlas kerana Allah s.w.t.



Macam mana Ramadhan anda kali ni? Ada peningkatan dari tahun-tahun sudah? Maksud saya untuk peningkatan tu, bukan dari segi juadah berbuka atau bersahur. Tapi penghayatan Ramadhan itu sendiri. Jangan sekadar berpuasa, menahan lapar dan dahaga sahaja. Pahala lain banyak lagi boleh kutip dalam bulan Ramadhan ni. Dan Allah sangat baik, melipat-gandakan ganjaran bagi setiap amal yang kita lakukan. Wow! takkan tak nak? :)

Hurmm..

Saya ni masih ada jugak lagi lagho-lagho main internet masa puasa ni. Ingat nak puasa internet sekali. Tapi itulah..tak mencapai tahap tu lagi. Kadang-kadang boring jugak tak dapat bersembang. Dess! padahal boleh je duduk-duduk baca Quran, baca terjemahan. Adoi laa..............
Setakat ni, alhamdulillah dah masuk juzuk 8. Awal-awal ni memang nampak macam speed sikit. Takut semangat merundum turun bila period. Tahun-tahun dulu camtu la. haizzzz~

Lagi..
Duk tengok-tengok kat facebook. Asal petang je, ada la yang duk upload gambar juadah berbuka. Wahh! meriah betul tengok juadah orang lain. Bermacam jenis lauk duk ada. Saya ngan family, satu jenis lauk je + sayur. Kali ni saya cakap kat ummi taknak masak banyak-banyak. Sebab memang tak termakan pon. Masak sikit macam tu pun makan tak habis. Abah memang pergi berbuka di masjid. Yang ada kat rumah cuma saya, ummi dan Deq Dee je. Kalau biasa makan banyak pun, Deq Dee je la. Tapi tengok skarang dia pon dah makan sikit. Entah la apasal. Saya makan lagiiii sikit dari selalu. Takot kalo makan banyak nanti tak larat nak terawikh pulak. Tapi cam sepi sikit la puasa kali ni sebab Ghani tak ada. Adess..taknak cakap pasal Ghani la. Nanti sedih pulak. hehe..

Aritu ummi pesan suruh biasa-biasakan la diri memasak (kot2 nanti tetibe terkawen pulak). Masalah dia adalah...bila masak, takde orang nak makan. Maksud saya..orang kat rumah ni jenis yang tak makan sangat. Tu sedih je bila masak, makan tak habis. Mungkin tak sedap agaknye. Tapi ummi cakap sedap. harharhar.
Pape je lah..

ok lah. sampai sini aje dulu celoteh cik kinah kali ni. Nak berbuka dah jap lagi. Menu hari ni nasi goreng orang bujang. Hahahah~

Selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat berterawikh!
Moga Allah s.w.t. terima amalan kita dan dapat beratkan timbangan amal soleh pada hari perhitungan nanti. InshaAllah. :)

' berbuka tu jangan makan banyak sangat. Kasi rehat sikit perut tu. Nak makan banyak, makan time sahur. Bagi tenaga sepanjang hari. '

Wordless Wednesday...* Speechless! *

Rabu, 2 Ramadhan 1434H | 10 Julai 2013
11:26 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.





Bumi Berdarah

Jumaat, 26 Syaaban 1434H | 5 Julai 2013
13:21 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.
Salam Jumaat sayyidul ayyam yang penuh barakah.
Di sini. Di Malaysia ini. Di negara kita yang 'aman makmur' ini, kita sibuk dengan:
# pagi ni nak makan itu, tengah hari satgi nak makan ini, petang karang nak beli itu, malam karang nak santap ini...
# hari ni punya episod drama ni camana? apa cerita baru ganti drama ni? "artis k-pop, korea nak datang Malaysia weiii!!!"
# raya ni nak melaram ngan baju ni, beg tu, kasut ni, tudung/shawl tu...
#gaming. macam-macam game. computer games, online games, kat henpon/tab pon main game.
# sports. bola? badminton? hoki? lari dalam guni? tanye je..semua tau sapa lawan, sapa menang..
# sedihnya putus cinta. kecewanya cinta tak berbalas..
# boring taktau nak buat apa.
# arini nak update status apa ye kat fb, twitter?

Ada tak kita fikir macam mana kita boleh tolong saudara kita di Syria, Palestine, Mesir, Myanmar dan lain-lain negara yg Islam ditindas? Mana sensitiviti kita sebagai seorang Muslim?

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Mungkin ada orang taknak menunjuk-nunjuk 'sumbangan' dia kat mana-mana laman sosial. Saya juga post benda macam ni bukan untuk menunjuk-nunjuk. Bukanlah saya post sesuatu yang baik tu untuk menunjukkan saya baik. Tidak sama sekali.

Amalan saya juga masih entah ke mana, entah di level mana, entah Allah terima atau tidak.

Tujuan saya hanyalah untuk create awareness. Menyampaikan sedikit bagi yang tak tahu. Menyedarkan sikit bagi yang buat-buat tak tahu.
Laman sosial ni, kalau nak kira memang banyak benda buruk. Tapi, gunakanlah ia sebagai medium untuk menyebarkan kebaikan dan kebenaran atas nama perjuangan Islam. Mudah-mudahan amal kita yang sekecil zarah itu diterima Allah s.w.t. dan dapat bantu beratkan timbangan amal makruf ketika hisab nanti.
Berbanding dengan kita update status atau post yang entah apa-apa. Yang mengutuk orang, yang duk luah perasaan tak puas hati, yang duk luah perasaan kecewa. Kalau seminggu sekali tu tahan jugak. Tapi kalau yang jenis setiap jam atau beberapa minit sekali duk post benda-benda yang takde faedah. Nabi pun pesan, kalau takde benda baik nak cakap, lebih baik diam.

Ok, kawan-kawan.
Doakan untuk saudara-saudara kita yang ditindas. Nak masuk Ramadhan dah ni. Doa banyak-banyak supaya Allah anugerahkan kita keamanan, keselamatan, iman dan Islam yang benar.

Ibu Bapa Cemerlang Melahirkan Anak-anak Gemilang

Isnin, 22 Syaaban 1434H | 1 Julai 2013
9:39 a.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Wah! Macam power je tajuk kali ni. Mungkin ada yang musykil dan berkata, "Mana hang tau Cik Kinah? Hang punya marital status pon 'cik' lagi.."

Senyum. :)

Baiklah. Hidup kita dalam era globalisasi ni memang sangat besar dugaan dan cabaran dalam membesarkan apatah lagi mendidik anak-anak. Walaupun saya belum kahwin, belum punya anak tetapi pengalaman hidup sendiri, pemerhatian pada perjalanan hidup orang lain dan sedikit ilmu yang saya ada banyak buat saya berfikir.

Soalan pertama yang patut kita fikir adalah apa tujuan berkahwin? Adakah atas dasar keimanan kepada Allah s.w.t. dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. dan para nabi ataupun sekadar memenuhi tuntutan nafsu dan fitrah sendiri?
Benar perkahwinan itu menghalalkan apa yang haram antara lelaki dan wanita. Tapi adakah hanya setakat itu?

Soalan kedua. Boleh dikatakan setiap pasangan yang berkahwin punya keinginan untuk memiliki zuriat pewaris sendiri, penyambung keturunan. Selepas itu apa? Anak-anak ini, adakah sekadar untuk bagi keseronokan pada kita dengan bagi dia pakai comel-comel, main-main dengan dia, suka tengok dia dah pandai meniarap, duduk, merangkak, ketawa?
Ataupun anak-anak ini sebagai jaminan hidup kita di hari tua, sebagai penjaga kita esok hari andai bertemu usia tua?
Atau anak-anak sebagai pelaburan akhirat kita? Pembekal pencen kubur kita, aset kita untuk ke syurga?

Rata-rata ibu bapa hari ini sangat pentingkan pendidikan anak-anak. Ibu bapa berusaha cari pusat asuhan atau didikan terbaik untuk akademik anak-anak. Biasanya kalau nak cari tadika untuk anak tu, akan survey yang terkenal dengan budak-budak cepat pandai baca BM dan boleh baca atau bertutur bahasa inggeris. Bila dah masuk sekolah rendah atau menengah, tak cukup dengan kelas-kelas di sekolah, carikan tusyen pulak untuk anak-anak. Bila musim cuti sekolah, hantar anak-anak ke kem motivasi bila pencapaian dan perangai anak-anak kurang memberangsangkan. Kan?

Ya. Tahniah  buat ibu bapa yang berusaha gigih untuk pastikan anak-anak dapat pendidikan yang terbaik. :)

Namun begitu (cheh. skema sangat ayat ni), ramai ibu bapa yang lupa bahawa guru pertama untuk anak-anak adalah ibu bapa itu sendiri. Dengan kata lain, diri mereka sendiri. Ibu bapa rela melepaskan tanggungjawab mendidik anak-anak hanya kepada guru semata-mata. Sedangkan guru pada saya hanyalah sebagai pemudahcara, membantu mengajarkan ilmu akademik untuk anak-anak. Selebihnya, pembentukan sahsiah anak-anak terletak pada tanggungjawab ibu bapa sendiri. Rata-rata ibu bapa mengira bahawa pendidikan itu hanyalah akademik semata-mata sedangkan didikan anak ini seharusnya secara holistik. Menyeluruh dari segi akademik dan lebih utama, sahsiah diri.

Bayangkan kita terlalu sibuk menjadi ibu bapa, dengan membekalkan anak-anak pelbagai kelengkapan, keperluan, kehendak dan akademik. Tetapi kita kemudiannya terlalu letih untuk melayan kerenah mereka yang perlukan perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa. Dan malang sekali bagi ibu bapa yang menterjemahkan kasih sayang hanya melalui material. Terlalu sibuk memenuhi keinginan dunia dan terlupa untuk mengutip bekalan untuk dibawa ke akhirat.

Anak-anak dilahirkan dengan perangai dan ragam mereka tersendiri. Untuk jadikan anak seorang yang cemerlang, gemilang, terbilang, ibu bapa perlu jadi cemerlang terlebih dahulu. Adakah dengan perlu punya degree, master atau PhD baru dikatakan ibu bapa cemerlang? Tidak.
Kecemerlangan dalam tugas keibubapaan bukan diukur dari sudut akademik. Tapi dilihat dari segi bagaimana kita mendidik anak-anak. Sebab itu untuk jadi ibu bapa yang cemerlang, kita perlu ada ilmu keibubapaan. Jangan berhenti menuntut ilmu. Kenali fitrah anak-anak dan gilap potensi atau bakat yang mereka ada.

Ibu bapa selalu berdoa pada Allah supaya anak-anak cemerlang dalam pelajaran dan hidup. Doa mintak pada Allah supaya anak-anak jadi pemimpin yang hebat satu hari nanti. Jadi saintis yang hebat satu hari nanti. Jadi jurutera, doktor, arkitek yang hebat satu hari nanti. Tapi, ibu bapa lupa untuk doa supaya Allah jadikan diri mereka ibu bapa yang hebat yang dapat bantu menggilap bakat dan potensi anak-anak. Betul?

Makanya, bila dapat anak yang garang atau tegas, dah tension. Bila dapat anak-anak yang tak duduk diam, suka explore sana-sini, suka buat eksperimen sendiri, dah menggelabah dah tambah tertekan. Sedangkan fitrah kecemerlangan anak tu dah terzahir sejak dia kecil. Cuma ibu bapa yang tak tahu macam mana nak pandu dan kilatkan lagi potensi yang ada. Maka, jadi cerita lain. Semuanya terbantut.

Fuhh!
Kalau nak cerita, sampai penuh muka pun tak habis cerita. Rasanya setakat ini sahaja dulu untuk kali ni. Tujuan saya hanyalah nak buka minda sikit aje untuk sesiapa yang sudi baca. Sama ada yang dah punya anak ramai, atau yang belum pun punya anak. Kalau belum ada anak, inshaAllah boleh mula timba ilmu didik anak mulai dari sekarang. Walaupun belum kahwin. Tak salah tuntut ilmu sebagai persediaan. Yang dah ada anak ramai? InshaAllah, belum terlambat untuk buat perubahan. Orang putih ada cakap, "Better late than never", kan?
Anak-anak itu amanah dari Allah. Tanggungjawab ibu bapa untuk bentuk dia sama ada untuk jadi aset ke syurga atau yang bakal mengheret kita ke neraka. Buang ego kita dan berusaha cari ilmu supaya kita dapat jadi ibu bapa yang hebat. InshaAllah. :)

Yesss!! Dah boleh kawen!~

Ahad, 7 Syaaban 1434H | 16 Jun 2013
Indera Mahkota8, Kuantan, Pahang.
7:14 p.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Dah attend Kursus Pra-Perkahwinan Islam selama 2 hari (15-16 Jun 2013).
In other words...Yessss!!! Dah boleh kawen. Muahahahaaa~

Merujuk kepada entri bertajuk Pelan Jangka Pendek, satu lagi plan saya dah terlaksana. Heeee~
Oh. Mungkin kena buat plan baru lah sekarang?
Hurmm..tapi rasanya masih awal kot nak buat plan baru..? Ada dua lagi perkara belum buat. Ke macam mana? Mungkin in between tu kita boleh selit/tambah 1 atau 2 perkara lagi..?

Pelan asal selepas tamat Diploma Profesional Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK):
1. Pergi kursus kawen.
2. Pergi Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak.
3. Melawat tadika rakan-rakan sekelas di sekitar KL.
4. Berusaha menubuhkan tadika/taska berkualiti sendiri.

Pelan baru (pindaan/tambahan):
1. Pergi kursus kawen. 
2. Pergi Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK). 
3. Kursus Asas Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak (PERMATA). KAAK dah takde sekarang, saya batch 2nd last. Sekarang ganti dengan kursus baru.
3. Melawat tadika rakan-rakan sekelas di sekitar KL.
4. Berusaha menubuhkan tadika/taska berkualiti sendiri.
5. Kahwin. hoho!


So..ada dua tambahan baru. Perkara ke-3:
Kursus tu kursus yang baru diperkenalkan. Kursus ni menggantikan KAAK. KAAK is no longer existed. Walaupun dah ada sijil lulus KAAK, dah boleh jadi pengasuh or pengusaha taska...rasanya tak salah menimba ilmu. Kan? :)
Lagipun sekarang orang duk sibuk jugak ngan PERMATA ni. err...saya bukan konco-konco RM a.k.a big mama. TQ!

Dan lagi satu perkara ke-5:
Kahwin? err...yang ni speechless. Takde specific explaination. Saja nak tambah dalam list aje. Kalau ada rezeki, ada jodoh, maka jadilah ia.

InshaAllah boleh! Yakin dengan qada' dan qadar Allah.
Tolong doakan yang baik-baik untuk saya ye! :D

الَلهمَ بلَغنا رمضان

Wednesday, 3 Syaaban 1434H | 12th June 2013
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.
10:35 a.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

It's already 3rd of Syaaban!
How fast time flies~
Ramadhan is coming!!!
Are we ready? :)


' Today is Wednesday. Wednesday is English day. ;p'

Dari alam siber ke dunia realiti. Terima kasih, kawan. :)

Jumaat, 28 Rejab 1434H | 7 Jun 2013
9:38 a.m.
Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Salam Jumaat sayyidul ayyam yang barakah. Hidupkan sunnah Rasulullah s.a.w. dengan memeriahkan hari jumaat dengan ibadah-ibadah yang khusus ataupun umum. Baca surah al-Kahf, perbanyakkan selawat ke atas baginda Rasulullah s.a.w., bersedekah ikut kemampuan, senyum!

Hehehe..

Tak ada apa nak cerita sangat. Cuma baru-baru ni, rasa kelakar sangat. Dapat kawan-kawan baru disebabkan game Travian. Bukan setakat bersembang di alam maya, tapi juga berjumpa di dunia nyata. Siap ummi saya pun jumpa sekali ngan kawan-kawan saya tu. Hehe. Lucu je rasa.

dari kiri: saya, fiza (koy's wife), koykoy, adizogun, waddy alaydrus, thurspore, wisenik, sado

dari kiri: simcity, simduty (dual simcity), saya

Actually ada sorang lagi girl..cik adik manis Light..tapi saya menghormati dia untuk tak upload gambar dia. Hehe.

Hurmmm..
Fara (Simduty)
 Hary (Simcity)
 Adi (adizogun)
 Farhan (thurspore)
 Nun (WiseNik)
 Syam (sado)
 Ifah (light)
 koy (koykoy)
 incik wadi (waddy alaydrus)

Walaupun saya dah stop gaming, tapi saya harap kita semua masih akan terus berkawan. :)
Terima kasih sudi jadi kawan saya. :)

Awak..Jom couple...in halal way!

Ahad, 23 Rejab 1434H | 2 Jun 2013
12:34 a.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Sedikit sengal tajuk entri kali ni. Saje je nak buat-buat havoc sikit..hahaha!
Siapa rase cam semput tu, sila tinggalkan page ini dengan kadar yang segera.

Baiklah. Sekarang yang tinggal untuk terus membaca coretan saya kali ini, hanya individu yang kuat mental-emosi sahaja. Hehehe~

Bercinta hanya selepas nikah.
Setelah akad ijab dan qabul dilafaz.
Dalam dunia yang serba moden dan canggih ini, masih relevankah?

Situasi yang kita sentiasa lihat hari ni adalah.. seorang lelaki dan seorang perempuan bertemu → berkenalan → usik-mengusik (mengorat) jadi makin rapat  couple (bercinta sakan)  kahwin.

Ini perkara biasa sekarang. Sehinggakan ada yang menganggap aneh bahkan mengerikan apabila mengetahui seseorang membuat keputusan untuk menyerahkan urusan mencarikan jodoh pada keluarga. Ikut style mak ayah, atuk nenek kita dulu-dulu.
Saya pernah chit chat dengan sorang kawan dari alam maya yang berbangsa Cina. Non-Muslim. Dia tak setuju bila saya kata, saya mintak abah yang tolong cari calon suami. Dia pulak yang tolong risau lebih-lebih untuk saya. Katanya, cara tu dah kuno. "itu zaman ibuku" katanya..hehe..skema ayat dia.
Katanya lagi, kena kenal dulu pasangan kita baru boleh tau serasi atau tidak untuk kahwin. In other words (yang dia maksudkan), kena bercinta dulu. Couple dulu. Kalau betul dia orangnya, ok lah. Kalau bukan dia? Kalau tak serasi? Then what? putus..cari lain? repeat the same step all over again? until what age? haha..
It such a waste of time.
Bukan sahaja membazir masa, tapi juga membazir duit (berhabis duit untuk call, sms, beli hadiah..kan macam-macam couple duk buat?). Dan yang paling sakit sekali adalah membazir perasaan. Semuanya untuk perkara yang sia-sia. Tak mendatangkan pahala sedikit pun.

Okay. Enough of that. Entri saya kali ni bukan nak cerita panjang pasal bercinta secara biasa-biasa macam yang kebanyakan orang sekarang buat.

Bercinta selepas nikah.

Hehehe..

Saya sebenarnya takde la berani sangat nak cakap panjang pasal ni sebab saya sendiri belum pernah lagi mengalami situasi camni. :p
Memang kalau difikirkan, banyak persoalan akan timbul. Contohnya, "Mampukah saya nak sayang, nak cinta pada dia yang saya tak berapa kenal?" (Kenal tu pun sekadar sedikit maklumat je pasal dia. tak biasa jumpa. tak biasa dating cam orang couple slalu buat..macam mana nak kenal?)..jadi mampukah untuk menyayangi? Takut juga. Macam mana kalau tak boleh nak sayang? Sebab bila fikir-fikir, kalau couple boleh putus. Habis, kalau dah kawen, takkan nak bercerai? Wohaa..itu kerja gila!

Aisshhh..kate nak bercinta secara luar biasa..
Maka jalannya pun kena luar biasa lah kan?
Sebelum buat apa-apa keputusan, istikharah..minta petunjuk..minta izin dengan Allah s.w.t.
InshaAllah. Dia yang jaga kita. Akan sentiasa jaga kita. Akan terus jaga kita.


Ingatlah. Hati kita milik Allah. Dia yang beri kita segala macam perasaan. Dia yang beri kita rasa kasih. Dia yang beri kita rasa sayang. Dia yang beri kita rasa cinta. Dia yang beri kita rasa rindu.

Even orang yang duk bercinta sakan tanpa apa-apa ikatan tu pun, dorang tak tahu macam mana tetiba boleh jatuh cinta. Mungkin daripada hanya sedikit sahaja usaha mengorat-ngorat. Ada yang tak buat apa-apa pon dah jatuh cinta. Kan selalu duk dengar orang siam cakap.."Love at the first sight".
Tapi masalahnye, usaha tu sia-sia je kot. Bukan takat tak dapat pahala. Malahan mendapat dosa.

Hurmm..
Kalau dah nikah, lain cerita. Tengok isteri/suami dapat pahala. Suami ngorat isteri dapat pahala. Pegang tangan isteri/suami dapat pahala...siap gugur dosa-dosa kecil ikut celah-celah jari. Takkan takmau? (ayat Ustaz Kazim..kehkehkeh)..
Haa..sekarang ustaz Kazim dah ada slot rancangan sendiri kat Astro Oasis channel 106. Setiap Selasa, jam 7:30 p.m....siarang ulangan, macam-macam waktu. Adoi laa..saya suke tengok ceramah ustaz Kazim. Tapi takleh blah sikit la..kalau tengok ceramah ustaz Kazim, jadi rasa nak kawen. tu yang payah tu..hahahahaha~

Oh! Rasenye mungkin ada isu berbangkit bila cakap pasal benda camni.
Mungkin ada yang akan persoalkan, kenapa tak terima sahaja mana-mana lelaki yang cuba mendekati? yang cuba ushar-ushar..yang abah try kenen-kenenkan?
Macam ni lah. Soal jodoh ni, memang kerja Allah. Rahsia Dia. Kita pun tak tahu apa yang Dia rancangkan untuk kita. Hari tu...ada jugak abah aturkan pertemuan dengan orang. Wahh..memang hensem dan macam perfect sangat. Ya lah..dah la hafiz Quran..medical student..rupa hensem sangat..abah kate, suara dan bacaan dia sedap masa jadi imam kat masjid UIA..perfect la tu, kan? Tapi dia takmau pulak. Saya boleh kata apa? Saya pun lepas jumpa tu, rasa cam rendah diri sangat (dah memang rendah pon kan? lagi kerdil rasa..)
Ada jugak yang abah try lagi aturkan pertemuan dengan orang lain. Saya pulak yang langsung takmau jumpa.  Huhuhu..entah kenapa masa tu rasa taknak jumpa orang..
Ada jugak abah nak try aturkan lagi pertemuan dengan orang. Tapi tetibe dah diam je. Langsung tak berbunyi dah. Saya pun tak ada la nak bising-bising. Macam desperate je nak bising-bising. huhu~


Soal jodoh yang diaturkan ni pun, step dia pun bukan la kena kahwin paksa. Lepas dah tengok, masing-masing masih punya hak untuk buat keputusan sama ada bersetuju untuk teruskan ke stage seterusnya atau tamat kat situ sahaja. Keputusan sebenar masih di atas tuan empunya diri. Cumanya perhubungan tu terkawal la. Tak ada nak dating sakan. Hehe..

Ok lah. Rasa dah banyak sangat saya berceloteh kali ni. Semoga saya, dan sesiapa yang sudi baca entri ini dapat bercinta selepas nikah. Nikmati alam percintaan dengan cara yang halal. Sambil sama-sama meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan pada kekasih nan abadi, pemilik sebenar hati kita yakni Allah s.w.t. :)

"Harap-harap suami saya nanti selalu mengorat saya lepas kawen....hahahahahahaa~"

Novel?

Selasa, 11 Rejab 1434H | 21 Mei 2013
11:54 a.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Novel.
Ya. Ada apa dengan novel?
Siapa suka baca novel?

Hehe.
Dulu saya pernah 'ketagih' novel. Sekali dah mula baca sebuah novel, rasa nak baca lagi cerita lain. Sekali dah mula baca novel, kerja duk menghadap novel aje pagi, petang, siang, malam. Lupa makan, lupa tidur. Hahah! ye..sampai tidur pun boleh lupa. Baca novel sampai pukul 3 ke 4 pagi. Berhenti bila dah mengantuk yang teramat sangat. Jadi macam tu sebab tak sabar nak tahu kesudahan. Padahal boleh je skip, terus baca bab akhir. Tapi tak thrill la macam tu..kan? ;p

Itu satu ketika dulu. Masa zaman-zaman sekolah menengah. Zaman-zaman matriks. Zaman-zaman universiti. Sumber pembekal, kawan-kawan seangkatan. Pinjam yang orang je. Nak beli, malas.

Sekarang?

Oh tidak! Say no to novel!!

Kenapa?
Hurmm..salah satu sebabnya adalah stamina membaca dah makin menurun. Even nak baca komik bergambar pun cam tak berapa selera. apatah lagi nak baca novel yang setebal 6 inci?
Sebab lain dan sebenarnya sebab yang paling utama adalah..isi novel itu sendiri. Penuh drama rekaan. Ada yang jijik. Ada yang unik. Ada yang menaikkan darah. Ada yang berbunga indah.
Ya. Boleh kata cukup asam, garam, manis, pedas, pahit dan tawar dalam kehidupan. Bila baca novel, sebenarnya tak banyak beza dengan menonton drama bersiri. Kita rasa ingin tahu, "What's next?". Kita harapkan "happy ending"...dan biasanya macam tu lah ending yang penulis bagi. Biasalah. Untuk puaskan hati pembaca. Kalau bad or sad ending, mau kena maki...kan? hahaha..

Sangat stereotaip.

Pernah dulu baca novel-novel Damya Hanna. Rasanya nama watak je lain. Latarbelakang kehidupan watak pun ada beza sikit-sikit. Tapi plotnya sama. Bermula dengan watak utama lelaki tak suka watak utama perempuan..dah pernah ada kekasih. Lepas dah kenal masing-masing jatuh cinta. Tup tup, tahu sepupu yang dah lama hilang atau terpisah. Hehehe. Sekali lagi..Stereotaip.
Kalau buat cerita bercinta ngan adik-beradik kandung sendiri yang lama terpisah, mesti lagi thrill. hahaha!

Lagi. Saya dah taknak baca novel sebab novel hanya mendatangkan angan-angan pelik tentang kehidupan, tentang cinta. Biasalah. Dalam novel, watak-watak digambarkan biasanya mesti cantik dan hensem. Kita juga dihidangkan dengan angan-angan romantis si penulis. Kadang-kadang hero buat benda-benda sweet untuk happykan heroin.

Wahh! sukenye! kan?

Untung lah kalau kita dapat partner yang macam tu.
Tapi realiti kehidupan, tak semua lelaki sweet macam dalam novel. Siapa yang dapat partner spesis macam dalam novel yang sweet-sweet tu, untung lah. Habis kalau yang tak dapat macam mana pulak? Kalau dapat terima hakikat hidup apa adanya, tak apalah. Jangankan ada yang membanding-bandingkan dan tak puas hati pulak, dah buat plot baru dalam cerita realiti hidup. Hehehe.
kalaupun tak mempersoalkan semua tu, sekadar mewujudkan angan-angan palsu pun, rasanya tak sesuai lah.  

Lebih baik kita baca buku yang lebih menampakkan hakikat kehidupan. Yang lebih menyedarkan hidup tak terhenti setakat macam happy ending dalam novel. Hidup lebih jauh perjalanannya, ranjau dan likunya berbanding yang dinukilkan dalam novel. Atau hidup lebih santai, lebih indah berbanding tragedi-tragedi yang dilakarkan dalam novel. Hadapi realiti. Bukan menghayati dunia fantasi novel! :)


Apapun, sama-sama kita berusaha untuk hidupkan budaya membaca. Yang ilmiah atau bermotivasi lebih baik.
Selamat membaca!

Pasca PRU-13..Bangla/Indon/Filipino memilih?

Isnin, 25 Jamadil Akhir 1434H | 6 May 2013
6:38 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Apa khabar rakyat Malaysia?
Ye. Keputusan penuh PRU-13 masih memihak kepada Barisan Nasional. Tahniah BN. Selamat meng'cover' balik duit-duit  berjuta ringgit yang dah habis untuk berkempen..yang jemput PSY ke Penang..jelajah janji ditepati..BR1M, KR1M, PR1MA dan whatsoever..Rapid Kuantan yang tambangnya free selama berbulan-bulan lamanya..

Kepada rakyat Malaysia..Bersiap-sedialah menghadapi:
- kenaikan harga barang
- kenaikan harga minyak
- kenaikan harga tol
- kenaikan cukai
- kenaikan harga tiket bas nak balik kampung
- kenaikan harga rumah dan kereta
- kenaikan kos sara hidup secara keseluruhannya
- tanah Malaysia dijual/digadai kepada negara asing

Jadilah rakyat Malaysia yang produktif dan bekerja bagai nak rak untuk membayar segala hutang pinjaman pembelajaran, rumah, kereta dan macam-macam lagi yang tinggi melangit (kalau taknak, tak payah beli). Jangan lupa sign pencen umur 60 tahun (untuk yang bekerja ngan gomen) supaya boleh cover semua hutang-piutang dan kos sara hidup. Kalau fresh grads banyak yang menganggur, sila jangan komplen sebab pakcik-pakcik tu ramai yang tak nak bersara awal.
** saye taknak jadi balaci yg serve kerajaan yang boros dan banyak buat pembaziran **

Tambahan. Copy dari mana entah..
- Selamat membayar hutang PTPTN.
(Kita orang Islam, hutang memang wajib bayar, kan? saya dah habis bayar. Anda bila lagi? ;p)

- Selamat membayar saman AES.
(kalau taknak bayar saman AES, takyah bawak kete laju-laju.)

- Selamat membayar tol.
(kalau taknak bayar tol, ikut jalan lama or jalan bandaran)

- Selamat menikmati kenaikan harga minyak dan barangan.
(kalau taknak bayar duit minyak mahal, duduk je rumah. save minyak kereta. atau naik je public transport. Tak larat harga barang naik, tak payah beli. Jimat. Maafkan kami orang kampung kalau tak balik raya esok-esok)

-  Selamat menikmati akses media berat sebelah.
(hadap la TV dan surat khabar tu. Kalau taknak, boleh tutup TV)

- Selamat menikmati fitnah, video seks dan berita lucah.
(takyah tengok TV. takyah beli surat khabar. kalau kita boikot, mesti dorang chuak!)

- Selamat menikmati keborosan Rosmah.
(kehkehkeh..korang keje teruk-teruk, big mama rilek je shopping sakan merata dunia)

last but not least..
Selamat menabung untuk membiayai kos pendidikan anak-anak di masa hadapan. Walau macam mana mahal pun harga barang, minyak, rumah, kereta, cukai..tolong menabung ye bakal-bakal ibu dan bapa sekalian. Esok-esok diorang nak bayar hutang PTPTN pun payah dah barangkali sebab peluang pekerjaan limited..orang tua taknak berenti keje duk membayar hutang tak habis-habis. hehe~

Selamat...selamat...selamat semuanya~

What's wrong with me?

Sabtu, 3 Jamadil Akhir 1434H | 13 April 2013
11:14 p.m.
Swiss Garden Residence, Jalan Galloway, Kuala Lumpur.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Lapar.
Tapi rasa tak lalu nak makan.

Dahaga.
Tapi dah minum pun asyik dahaga lagi.

Rasa kuat.
Tapi tiap-tiap hari macam nak menangis. Bukan macam. tapi memang dah nangis pun. sori. saya sorang perempuan.

Dah dekat nak seminggu saya camni. Apa yang tak kena ngan saya ni? uhuk3~

Takut or nervous kah? ---> sebab nak operate.
Sedih or rindu kah? ---> sebab Ghani dah takde kat umah.
Sedih or tension kah? ---> sebab tak kawen lagi. hahaha..ape kaitannye???

yang mana satu pilihan jawapannya? saya tak tahu. atau maybe semua sekali? hahaha.

ok.
sampai sini aje. siapa tersesat masuk sini, sila jangan mengutuk. saya tak kacau orang, orang jangan kacau saya.

Tiada lagi yang ku harapkan..tiada lagi yang ku impikan..

Ahad, 19 Jamadil Awwal 1434H | 31 Mac 2013
7:05 p.m.
Kg. Changkat Semambu, Batu Kurau, Perak.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Saya hari ini hanya seorang manusia yang lemah. Yang tak punya apa-apa. Esok juga begitu. Hari-hari akan datang juga sama. Kenapa? Sebab semuanya milik Allah s.w.t. Segala kekuatan saya hari ini, esok dan hari-hari yang akan datang semuanya adalah milik Dia. Dia yang berikan rahmatNya untuk saya. Tanpa Dia, saya tak mampu untuk buat apa-apa pun.

Ya.
Dia lah Allah. Dia lah Tuhan. Dia lah cinta saya. mudah-mudahan lebih mendalam lagi cinta buatNya.
Dia sudah cukup buat saya.

Bila saya lapar, Allah beri saya makan.
Bila saya dahaga, Allah beri saya minum.
Bila saya tidur, Allah pelihara saya.
Bila saya sedih, Allah hilangkan kesedihan saya.
Bila saya sunyi, Allah sentiasa ada untuk saya mengadu.
Bila saya dalam kesusahan, Allah bantu saya.
Bila saya lupa, Allah ingatkan saya.
Bila saya lalai, Allah hantar orang lain untuk bawak saya kembali ingat pada Dia.

Wahh! Allah memang sangat cemburu kalau saya mula buat benda-benda lagha yang jauhkan saya dari Dia. Allah akan bagi saya susah kalau nak buat benda-benda lagha tu. Dan Allah hantar orang untuk ajak saya buat benda-benda yang baik. Sungguh! Rasa bertuah sangat... :)
Tak ada apa lagi yang saya perlukan. Hanya kasih sayang, rahmat dan redha Allah yang saya harapkan.
Semoga Allah terus pelihara saya untuk kekal di jalanNya yang benar.
Semoga Allah tak palingkan wajahNya dari saya di hari pertemuan denganNya kelak. Biiznillah. :)

Superwoman

Jumaat, 18 Jamadil Awwal 1434H | 29 Mac 2013
11:20 p.m.
Kg. Changkat Semambu, Batu Kurau, Perak.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Eheheh.
Takde entri yang bagus akhir-akhir ni.
Cik Kinah rase makin sengal... chehhh..macam la pernah ada entri yang bagus..??

ok lah. berkenaan tajuk. Superwoman kan? kenapa eh?

Hurmm..
Cik Kinah ni selalu sangat bajet superwoman. nak selamatkan orang dari bahaya. dari bahaya yang Cik Kinah tahu, yang Cik Kinah nampak.

Last time..Cik Kinah tegur member yang aktif buat modelling sekarang. Emm..walaupun model bertudung..tapi still rasanya kurang setuju sebab masih lagi tak menutup aurat ngan sempurna. Cik Kinah tau..Cik Kinah bukan la baik pon. Pernah jugak sesat barat. Tapi bila dah ade kesedaran tu, rasa nak ajak kawan-kawan juga rasa kemanisan menurut syariat yg sebenar..kan? Tapi member taknak terima dan kate Cik Kinah menyibuk...

Baru-baru ni pulak..Cik Kinah terberkenalan ngan buaya darat. Dia tackel2 awek yang baik-baik..Cik Kinah sian kat awek tu..Cik Kinah cuba nak selamatkan dia..tapi kantoi pulak ngan encik buaya..dan sekali lagi Cik Kinah dikata menyibuk..

ok lah awak-awak semua.
Cik Kinah takkan menyibuk lagi dah hal siapa-siapa pun. Cik Kinah cuba tolong aje. Tapi orang tak nak diri dia ditolong..apa boleh buat..kan? :)

Cik Kinah doakan, semoga anda semua diberi taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t. dan dilindungi dari mara bahaya yang mendatang.
Wallahualam.

Sekian, wassalam.

sekali sekala jiwa kacau

Selasa, 29 Rabiul Akhir 1434H | 12 Mac 2013
3:58 a.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Saat ini, diri seolah tak mampu lagi bermimpi...
Menanti bahagia yang entah kan tiba, entah tak sempat untuk dirasa...
Serasa mahu meluah segala yang terpekung di minda, di hati, di jiwa..
Itu pun tak bisa dilakukan..

Otakku buntu..
Jemariku kaku..
Hanya ini yang termampu daku nukilkan di pagi yang sepi ini..

walau bibir menguntum senyum, melahir tawa..
walau lidah petah berbicara..
walau tubuh beraksi lincah, ceria..
mengaburi mata insan sekeliling yang mendamping..
namun ku tak mampu menipu diri sendiri.

tak apalah. usah difikir hal yang sedih. nikmati hidup yang singkat ini dengan gembira.
ya. hidup terlalu singkat untuk dipenuhi dengan kekecewaan..kesedihan.
redha dengan segala ketetapan. berusaha untuk jadi lebih baik di masa hadapan. yang paling utama...semuanya "Lillahi Ta'ala" :)

sungguh!
solatku...ibadahku...hidupku..matiku...semuanya "Lillahi Ta'ala"...kerana Allah ta'ala. :)
tulus. ikhlas. pasti. jitu.
InshaAllah.

Kepada Jodoh saya III

Rabu, 26 Rabiul Awwal 1434H | 6 Februari 2013.
20:33 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum, awak.
Ye..awak laa..jodoh saye..tak payah laa toleh-toleh sana-sini nye..
elelelleee...malu-malu pulak dia..huhu!
Emm..awak apa khabar? Saya doakan awak sentiasa sihat, dan terus berada dalam lindungan rahmat Allah s.w.t.

Awak..
Hari ni tetibe saya teringat kat awak. Rindu. Hahaha.
Kesian saya. Awak tak kesian eh kat saya?
Lama dah saya tunggu awak. Awak tau tak...orang kate penantian itu satu penyeksaan? memang pun..huhu~
Berapa lama lagi awak nak menyorok eh?
Jenuh jugak saya cari awak ni. Hampir seluruh Malaysia dah saya pusing.
Awak sebut je..negeri mana? Pahang? Perak? Selangor? Johor? Melaka? Kedah? Kelantan? Terengganu? haa..banyak dah tu awak. Tapi tak jumpa-jumpa jugak ni..ceruk mana awak menyorok ni? (awak jangan salah paham pulak..saya bukan kaki flirt..saya berkawan-kawan je ngan semua orang sambil berusaha cari awak..tapi tak jumpa-jumpa...sobs~)
Sabah, Sarawak, Perlis..mane je saya tak cari lagi ni? Siap abah saya pun dah tolong cari jugak..tapi tak jumpa-jumpa..adesss..malu saya..
Errrr...ke awak bukan orang Malaysia? abes laa saya...saya tulis panjang-panjang camni, mesti awak tak faham surat saya (kalau awak bukan orang Malaysia)..
Hah sudahhh..saya nak kena tulis surat bahasa apa ni? Kalau bahasa omputeh tu, saya pandai la sikit-sikit..tapi kalau bahasa arab ke..bahasa hindi ke..bahasa korea ke..jepun ke..saya memang tak reti ni awak.. awak try google translate je la kalau camtu..

Awak..
emm..awak perasan tak tarikh-tarikh kat surat saya? Tahun dah bertambah. Sama lah dengan umur saya. Makin tua dah saya ni awak. Tahun ni umur saya masuk 27 tahun..sobs~
emm...ke awak memang suka nak kawen dengan orang tua? awak nak tunggu muka saya dah kedut-kedut, baru awak nak jumpa saya ke?? hahaha..adeiiii...jangan la camtuuuu...orang perempuan ni kan ade expired date..uhuhuhu~
Saya bukan apa awak..saya nak ajak awak kutip pahala sama-sama ngan saya je..sempurnakan separuh lagi agama kita...tawaran hebat ni..lagi hebat dari Year End Sale..awak tak nak ke? emm..awak tak suke shopping eh? sama laa..saya pun tak suke jugak..haha~

Awak..
Baru-baru ni kan...ada orang kacau saya. Siap ajak-ajak saya kawen. Tapi saya tak nak lah kat dia. Sebab saya setia tunggu awak je. Saya tau...jodoh saya orang baik-baik. Lagipun, saya tau dia tu memang saje nak main-mainkan perempuan..
Dia tuuuu...emm...tak hormat saya pun awak..
Kacau-kacau saya...macam-macam dia kacau..tapi takpe. Awak jangan risau. Sebab saya sorang yang tough! Saya akan terus setia dan sabar tunggu awak. sobs~

Awak..
Sampai sini aje surat saya untuk kali ni. Adik saya nak guna notebook ni pulak. Dia ni tak kasi chance langsung laa saya nak tulis surat kat abang ipar dia...
emm...
Saya harap, tahun ni kita boleh berjumpa dan disatukan. Awak doa sama-sama ye?

Terima kasih, awak. sebab sudi baca surat saya.

Yang setia menanti,
- Jodohmu -
{sakinah hawa izram}