Quick Update!

Selasa, 11 Safar 1434H | 25 Disember 2012.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.
5:47 p.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Ingat tak entri saya pasal life planning?
hurmm...
ok. sekarang saya dah pon habis buat program DPAK.

 *yeayyy!~*

dalam list saya tu..
emmmmmmm....
saya cuma dah selesai ikuti kursus KAAK tu aje.
kursus kahwin pon tak pegi lagi.
apa lah nasib. tetibe tak fikir pon pasal nak kawen.
patah hati punya pasal..ahahaha~ tetibe plak..

ok lah.
sebab tajuk dia quick update, kan?
sampai sini aje dulu.
nanti saya bebel panjang sikit.
chow!

wassalam.

Life is so funny with funny people around II

Jumaat, 28 Syawal 1433H | 14 September 2012.
10:43 p.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Lama dah tak mengarut kat sini. Sebenarnye saya tak ada apa nak cerita pon. Sebab tu lah takde entri.
Tapi sekarang ada pulak mende nak cerita. So, update lah sikit.

Hmmm...
Dah beberapa bulan jugak saya lepak kat rumah ni. Bosan? Cam biasa la...untuk orang aneh macam saya, lepak kat rumah tak pernah bosan. Cumanya bila duk umah tak buat apa-apa ni, kira tak produktif lah kan..tak generate income..eh..salah...ade gak...generate gak income sikit..petang-petang gi ajar budak ngaji, dapatlah RM200 sebulan..hahaha~

sadis ek?

ok. sebenarnye saya nak cerita...saya GAGAL temuduga lagi..
sedih? kecewa? entah...rasa nak gelak aje..sebab setiap kali kalau saya pergi temuduga yang formal, mesti resultnya macam tu. Kalau saya pergi terjah aje, dapat pulak..hahaha..tapi takkan la temuduga jawatan dalam kerajaan boleh nak main terjah-terjah aje, kan? yang saya cari kerja main terjah aje tu kat tempat local business...cam kedai gambar, kampeni fotografi, tadika swasta...
masa bulan puasa hari tu, saya dapat panggilan untuk pergi temuduga jawatan Pembantu Pengurusan Murid Gred N17. Lama dah saya mohon dulu. Sampai saya pun dah tak ingat bila masa saya apply.. hahaha..tetibe dapat surat panggil temuduga. Dulu saya mintak jawatan tu kut la boleh jadi PPM untuk prasekolah. pastu dah lama sangat takde respon ape pon, saya buat lupa aje la.....

kenapa PPM? hurm...sebab saya rase tu satu jawatan dalam gomen yang saya tak yah banyak urusan ngan orang laki sangat. kejenya jaga budak dan tolong cikgu aje..kalau nak mintak jadi cikgu pra, memang takde harapan la sebab saya punya degree bukan dalam pendidikan awal kanak-kanak, bukan juga dalam line pendidikan.

baiklah. sekarang kita cerita pulak kenapa gagal?
ada beberapa kemungkinan kat sini yang menyebabkan gagal. Cuma nak kata, dah takdir Allah begitu..memang tak boleh lawan...semestinyalah, kan?
cuma nak kata asbab-asbab yang mungkin menjadi punca kegagalan.
1. Memang saya punya soft skill hancur. tak pandai tackle interviewer.
2. Kurang persediaan dari segi pengetahuan tentang jawatan.
3. Sebab saya ada degree tapi mintak jawatan gred N17.

ok. ok. ok.

yang nombor 1 ngan 2 tu, entahlah. rasanya saya dah cuba jawab yang terbaik dah. walaupun diprovok dengan macam-macam soalan pasal ada degree tapi mintak jadi PPM je.
hurmm...tu yang paling menyampah.
apakah dosanya ada degree tapi sekadar nak jadi PPM?
apakah dosanya ada degree tapi sekadar mintak jawatan berpangkat rendah atau takde pangkat apa-apa pun?
adakah menjadi 1 kewajipan kalau ada degree, mesti nak kena jadi pegawai?
habis, kalau macam tu..kenapa saya mintak jawatan Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pegawai Tadbir, Pegawai Tadbir Diplomatik dan macam-macam pegawai lagilah...tak ada pun panggilan? Oh..M41 tu je yang ade panggil pegi exam dan assessment tapi failed gak...hahahhahahaha..

serius!
masa interview tu, interviewer asyik nak ketuk pasal ade degree tapi mintak PPM. dia tanya, betul ke ok sebab gaji gred 17 jauh beza ngan gaji gred 41..sungguh la..kalau saya nak kesah pasal gaji sangat, apply jawatan tu pon saya tak hingin.
pastu tanya lagi...takpe ke keje ngan orang yg sama je ade degree cam saya, tapi gaji dia lagi banyak sedang gaji saya sikit..derhhh~~~ -____-"
pastu tanya lagi...kenapa saya tak mintak jadi cikgu aje...helo! sekarang dah takde dah KPLI ke DPLI...

ok fine! saya membuat kesimpulan di sini, kerajaan Malaysia memang takkan amik saya bekerja. oleh itu, saya akan buat keje saya sendirian berhad (sdn. bhd.)
meluat giler dah rase. mintak jawatan pegawai pon mintak..mintak jawatan kumpulan sokongan pon dah mintak..tapi begitulah adanya yang terjadi. saya pon tak hadap sangat nak keje gaji besar-besar. dapat duit banyak pon, belum tentu amal kebajikan bertambah. ye lah. bila dah banyak duit, macam-macam godaan datang. duit sikit camni pon dah macam-macam godaan. mujur duit sikit. kenalah tahan...hahaha~

ok lah. banyak bercakap tu menunjukkan kelemahan. jadi, saya berhenti setakat ni dulu.
terima kasih buat anda yang sudi membaca. :)

We proud of you Dato' Lee Chong Wei!

Ahad, 17 Ramadhan 1433H | 5 Ogos 2012.
10:54 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Waaa...memang dramatik betul perlawanan akhir badminton Olimpik perseorangan lelaki antara Lee Chong Wei dengan Lin Dan. Walaupun asal-asal memang tak expect langsung Chong Wei menang, tapi sedih juga la bila dia kalah tu. Bukan la tak expect tu bermaksud tak sokong.  Disebabkan kecederaan Chong Wei masa Piala Thomas hari tu, untuk dia sampai ke final pon saya tak berapa nak pasti.
Walaupun dapat pingat Perak je, kira ok lah tu kan? Mungkin anak sifu Misbun Sidek nanti yang bawak balik emas badminton Olimpik. siapa tahu, kan? hehhehe..

ape pon, kami tetap bangga ngan wira negara Dato' Lee Chong Wei.
Tahniah!

Cumanya yang tak best sikit adalah...sweater team Malaysia siyesly buruk giler, Baju oren ade belang2 hitam sikit. Pastu seluar hitam. giler buruk weyh. sape la yang design baju tu? macam takde taste langsung. agaknya pihak atasan ni memang takde taste yang baik kut bab design ni. logo merdeka pon jadi isu....hahahaa

sweater team china smart giler. warna dan design baju dia memang cun! nak macam baju tradisional orang cina design dia.

ok lah. dah malas nak merapu. Harap-harap Azizulhasni Awang tak ponteng puasa walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan keluarkan fatwa yang atlet olimpik boleh tak puasa. All the best untuk Azizulhasni awang~ :)

Suara itu tak biasa didengari...

Jumaat, 2 Syaaban 1433H | 22 Jun 2012
6:42 a.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Salam Jumaat saiyidul ayyam yang barakah. :)

Wahhh..awal pagi saya menulis hari ni.
Baru balik dari masjid (subuh berjemaah) sebenarnya ni. Biasanya kat masjid afzan, pagi-pagi Jumaat ni Imam akan baca surah As-Sajdah dalam solat dan buat sujud sajdah la. Pagi ni pun buat juga la macam biasa. Cumanya Imam tu suaranya tak biasa saya dengar. Tak familiar. Sound system pun hari ni tak best. Salah setup microphone ke apa tak tau lah. Makanya, bacaan Imam memang tak berapa nak dengar la. Tenggelam timbul jek bunyinya. Pun banyak kesalahan dalam bacaan...
Hmmm...kita bersangka baik aje lah..Imam nervous kot tak biasa lagi pimpin jemaah ramai kat masjid. huhu~

Macam mana pon, tak boleh tidak..rasa lain tu memang of course lah. Biasa dengar Imam baca lancar dan jelas je kan. Kalau Imam rasmi masjid tak mari pon atau terlewat mari, biasanya ada jugak la Imam ganti yang baca sedap jugak. La nih encik Imam ganti pon dah balik kampung halaman terchenta. Tak dak pengganti lagi setakat ni..ka macam mana, tak tau lah..cakap utara tak jadi sket..huhu!

Bila jadi macam ni..memang insaf lah. Menyedihkan bila ahli Qariah tak mampu nak jadi Imam yang baik. Dan patutnya pun kalau dah terdesak sangat, baca ajelah surah pendek yang dah hafal tu. Baca surah as-Sajdah pada Subuh pagi Jumaat bukanlah kewajipan pon. Cuma kebiasaannya Rasulullah s.a.w. baca surah ni. Tapi hairan jugak. Takkan lah dalam ramai-ramai tu, takde yang lebih elok?
hurmm..ke ade 'politik' gak nak lantik imam ganti nih? bukan boleh kira diorang tu...tak kisahlah. tapi saya harap, apa yang berlaku hari ni jadi pengajaran dan iktibar untuk diri sendiri dan mereka semua juga. orang muda kena sentiasa tambah ilmu agama dan lengkapkan diri untuk jadi Imam yang baik. Orang tua pon sama juga kena tambah ilmu agama dan perbaiki diri. Masalah orang Melayu ni memang macam tu. Bajet bagus je lagi-lagi kalau lebih berusia. Lebih dulu makan garam katenye..dah kalau orang muda makan garam terlebih banyak..sama jugak kuantiti garam yang diambil tu kan?? ataupun mungkin lebih lagi... hahaha...ade kaitan ke?
eh..agaknye bila la adik laki saya yang sorang tu boleh pimpin jemaah jugak? semoga harapan dan impian ni boleh jadi kenyataan. Biiznillah.

'saya pon nak menghafal beria sket jugak lah. susah-susah nanti, saya je yang jadi Imam...tapi kat rumah la. Ummi ngan Deq Dee jadi makmum..huhu~'

Pelan Jangka Pendek

Khamis, 25 Rejab 1433H | 14 Jun 2012
11:25 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Kali ni saya nak tulis life planning saya.
Mungkin dah agak lambat sebab dah nak umur 26 tahun kot baru nak tulis.
Tapi ade pepatah omputeh kate..."Better late than never" kan?

Okeh.
Sekarang masih mengikuti kelas Dip. Profesional Pend. Awal Kanak-kanak kat UM. Walaupun kelas cuma hari Sabtu (dari pagi sampai petang), rase macam handicapped jugak la sebab macam-macam benda nak buat tapi tak boleh..kenduri kawen kawan-kawan pon banyak yang terlepas..hurmm...Assignment sem ni, kira ok2 lagi..boleh tahan..last sem memang hancor lebur sebab tak berjaya manage diri untuk susun waktu yang sesuai buat assignment. Tambah-tambah lagi keje kat tadika, tapi petang kena ajar budak kat KAFA pulak. So, assignment rakam video mengajar budak untuk subjek math memang problem..

Ooppsss!
Itu bukan life planning. Just a quick update aje.
Skarang kita masuk topik asal. Life planning.

InsyaAllah lepas habiskan program DPAK ni, saya nak buat:

1. Pergi kursus kawen.
 walaupun takde angin atau ribut taufan melanda pasal nak berkahwin hatta calon sendiri masih belum ada, saya rasa wajar pergi kursus ni dulu sebagai langkah berjaga-jaga. huhu~
nanti kalau tetibe ade yang datang, takde nak kelam-kabut. orang lain dah pegi lagi awal kot..? time kat U dulu pon ramai member dah pegi..haha

2. Pergi Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK)
belajar mengasuh budak dengan betul. Ke arah pengasuhan berkualiti. Lagipun untuk dapat lesen/permit untuk buka pusat asuhan, mesti kena ada sijil lulus KAAK nih.

3. Melawat tadika-tadika rakan sekelas di KL
untuk dapat ilham buat tadika berkualiti dengan melihat secara terus. Bukan setakat baca buku je. Tak semenggah mana nanti. Yang penting KUALITI bukan kuantiti. Tak guna nak bukak cawangan banyak-banyak kalau 1 centre pon haru-biru.

4. Berusaha menubuhkan Tadika/Taska berkualiti sendiri
Paper work. Modal. Tapak. Pemasaran.

InsyaAllah boleh!
Doakan saya! :D

Bukan mudah...

Ahad, 20 Rejab 1433H | 10 Jun 2012
3:59 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Bukan mudah...
Ya. Jalan menuju syurga itu memang tidak mudah. Penuh liku dan duri. Tidak seindah jalan ke neraka. Tapi jika matlamat sudah ditetapkan, azam dan nekad yang tinggi, yang sukar itu tidak mustahil. Kan?

Hurmm..
Begitu juga keadaannya dalam usaha untuk mencari seorang IMAM untuk diri sendiri. Imam yang bukan sebarang Imam. Imam yang bukan sekadar hanya mengimami solat. Tetapi Imam yang benar-benar mampu menjadi ikutan, contoh teladan yang baik. Imam yang mampu memimpin menuju jannah Ilahi. Imam yang mampu membela maruah dan menjaga keselamatan diri ini.

Dalam pencarian, terkadang tersilap membuat penilaian. Memilih dalam kejahilan. Lemah dengan perasaan. Kabur dalam pandangan. Natijahnya? Bak kata Nabil, "Lu pikir lah sendiri."

Adakah saya terlalu memilih? Sebenarnya memilih Imam yang baik itu memang perlu dan sangat penting. Dalam solat pon kita tak boleh lantik sebarangan orang untuk naik jadi Imam, kan? Mesti yang lebih baik bacaannya, disenangi, sedap mata memandang..Tapi untuk lelaki, tak perlu nak pilih-pilih sangat sebab sesiapa sahaja boleh jadi makmum. Imam yang baik InsyaAllah dapat membimbing makmumnya.

Ya Allah. Berilah kebaikan padaku walau di mana sahaja aku berada. Sesungguhnya Engkau Maha Mengurniakan.

mereka sungguh jujur dan ikhlas..saye sukeeee~!

Jumaat, 27 April 2012.
11:12 p.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Hari ni ada satu cerita.
Silalah baca kalau rajin.

----------------------------------------------------------------------------------

Pagi ni, sesampainya kat tempat kerja...saya pon pergi letak beg dekat rak yang berhadapan dengan kelas Joy (budak-budak 4 tahun)..

Pia: Teacherrrr~ :D
Balqis: Teacherrr~ :D
Pia: Wahhh! cantiknye teacher hari ni... :D
Balqis: ha'ah laa...cantiknye teacherrr~
teacher: ye ke? control ayu skek..
pia & Balqis: ha'aaaah...cantik sangat teacher..

ok. mereka sangat jujur lagi ikhlas. that's why i like them. haha~
sekian, terima kasih.

kepada jodoh saya II...

Jumaat, 20 April 2012.
9:56 p.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.


Untuk kamu yang ditakdirkan buatku..

Ketahuilah bahawa diri ini tidak sempurna..
Diri ini bukanlah semulia Maryam..
Tidak sekuat Hajar..
Tidak pula seteguh Khadijah..
Tidak juga sebijak Balqis..
Apatah lagi secantik Zulaikha..jauh sekali...

Diri ini hanya seorang Sakinah, wanita akhir zaman..
Yang setia menanti kehadiranmu..
Mengharapkan bimbingan dan pimpinanmu..
Agar tidak tersesat dalam kejahilan..
Tidak tergelincir dari landasanNya..

Tidak ku harapkan kehadiranmu setabah Ibrahim..
Tidak ku damba kamu sehebat Muhammad..
Tidak juga ku nantikan kamu sekaya Sulaiman..
Jauh sekali memimpikan kamu setampan Yusuf..

Hanya kamu yang daku nantikan..
Ya..
kamu..
kamu yang bisa memimpin tangan..
Menuju redha & syurga Ilahi.

'sorry lah..mode jiwa-jiwa la pulak akhir-akhir ni..huhu!'

penat itu tidak indah..huhu~

Rabu, 18 April 2012.
9:21 p.m.


penat badan.
penat mata.
penat otak.
keseronokan berkurang.
tekanan bertambah.
that's my life nowadays.

adakah ini yang sepatutnya dilalui dalam hidup?

'mashaAllah! baru diuji sikit dah nak mengeluh lagi? be strong! Rasulullah s.a.w. dan sahabat lagi hebat tekanan yang dihadapi.'

yang tak terluah..

Selasa, 17 April 2012.
8:22 p.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Tidak dinafikan, diri ini lemah. Sangat memerlukan bantuan dari Yang Maha Kuasa.
Tapi....
Diri ini sangat malu untuk meminta...
Bukan menidakkan kekuasaanNya...
Cuma diri ini rasa tak layak..sangat hina..sangat berdosa untuk meminta diperkenankan doa dariNya Yang Maha Esa, Yang Maha Kuasa.

Ya Allah.
Mungkin doaku, permintaanku terlalu banyak.
Tapi jika bukan padaMu, kepada siapa lagi harus aku pinta?
Hanya Engkau Pemilik Yang Hak atas segala sesuatu..Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu..
Maha Mendengar..Maha Mengetahui segala isi hati..Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..yang mengabulkan doa hamba-hambaNya..
Ampuni daku, Ya Allah.
Bantulah hambaMu ini, Ya Allah.

tak perlu kata apa-apa

Isnin, 16 April 2012.
8:44 p.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Wahai blog yang cantik!
Kesiannya semenjak dua tiga menjak ni kamu diabaikan.
I'm very sorry 'coz i'm kinda busy doing things these few months.

okeh.
back to the future..eh!?

saya skarang memang dah semakin cam katak bawah tempurung walaupun hidup di dunia serba moden dan canggih. Ya lah..suratkabar malas baca (buat sakit hati + buang masa je)..TiVi pon tak sempat nak tengok..yang sempat sikit-sikitnye cuma tengok status update kawan-kawan kat fesbuk.
so, hari ni mau cakap pasal apa?
orait. dari semalam, saya buka fesbuk, duk la baca orang duk pungpang pasal PTPTipu..
nak marah siapa? nak marah budak IPT tak belajar rajin-rajin, pastu pointer rendah, hidup dibelenggu hutang?
nak marah budak IPT yang aktif ber'ko-kurikulum' (ikut dasar meritokrasi punya pasal), tak dapat nak fokus study sangat, pointer tak berapa nak best, hidup dibelenggu hutang?
pastu jenuh bising lambakan graduan menganggur, graduan tak bayar hutang PTPTipu..
eh? dah tu..yang tua tak puas-puas hidup mengumpul harta..nak kerja sampai bongkok tiga gamaknya...

ok lah..
personally lah kan..saya rasa pihak kerajaan ni siyesly kene taubat nasuha dari mensyirikkan Al-Khaliq (Yang Maha Mencipta), Al-Malik (Raja segala raja, Maha Merajai)...taubat nasuha dari menghalalkan yang haram..memang la bagus bagi bantuan kewangan pada pelajar..tapi nape la pulak bayaran balik tu perlu ada interest? kan ke dah jadi riba?

apa pasal banyak sangat problem kat Malaysia ni? itulah dia..mengaku Islam, tapi tak amalkan Islam...mengaku Allah tu Tuhan yang Maha Mencipta, Maha Mengetahui...tapi amik hukum gubalan manusia (yang juga makhluk yang pengetahuan terbatas) untuk tegakkan keadilan, hadapi jenayah..dah tu kata hukum Sang Pencipta tak sesuai pulak...Astaghfirullah! Astaghfirullah! Astaghfirullah!

Ya Allah. Selamatkanlah umat ini dari azabMu baik di dunia mahupun di akhirat.

Today will be a history..

Rabu, 20 Jamadil Awal 1433H | 11 April 2012.
9:02 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Today in history..
First time I spoke to 'him' via phone... (coincedently)
huhu~

ok. tu aje..
takleh perasan lebih-lebih..
juga taknak menaruh harapan..
sebab kuasa bukan di tangan saya..

Wallahualam.

Assalamualaikum Children~

Khamis, 5 April 2012.
9:02 p.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum, children!~
Waalaikumussalam warohmatullahhi wabarokatuh, teacher!!!
*bunyi jek lebih kurang..ketepatan sebutan tidak dapat dikenalpasti..huhu~*

hurmm..
dah sebulan lebih keje dekat tadika.
siyes penat!
nak kena handle bebudak yang ramai..majoritinya nakal-nakal pulak tu..

ada masa saya rasa masa berjalan dengan sangat pantas..
tapi bila mengenangkan kelelahan keje, rasa macam..."alahaiii..baru sebulan je?" *bunyi tu gaya-gaya macam nak berhenti je..haha*

siyes!
kalau setakat jaga sepupu yang kecik dua orang tu..rasanya boleh tahan lagi..
ni nak kene handle berpuluh orang..
rasa-rasa seronok ngan budak-budak pon macam dah terbantut sikit (bila budak ramai sangat laa..kalau ade setakat 5 ke 6 orang tu boleh layan lagi)..
haduiii..
rase bersalah sangat sebab terpaksa marah diorang..

hmmmm....

bilakah semua ini akan berakhir???

Am I going crazy?

Bismillahirrahmanirrahim.

Rasa macam agak lama dah tak jenguk sini.
I'm kinda busy lately. Nak update facebook pon malas je rase.
There's a lot to tell. Tapi takpe lah..slow2 kita cerita.

Hmm..
Sebenarnya dari semalam saya mengalami kekeliruan.
Mana-mana saya pegi, saya nampak 'seseorang'. Tapi saya tak pasti sama ada itu betul-betul 'dia' atau saya terbayang je muka 'dia' masa saya tengok orang lain. Macam dalam drama yang orang gila bayang tu...padahal orang lain, tapi terbayang orang lain. Ngerti?

Seriously rase cam nak nangis je bila fikir apa yang dah jadi kat saya ni..???
This is really crazy!
Entah apahal jadi camni..
Saya tak pernah bercakap/berbual pon dengan 'dia'.
Bertegur sapa pun tak pernah!
Cuma pernah bertembung beberapa kali, tu pon tak berani nak pandang.
Dan dengar cerita je tentang 'dia'.



Seriously...
Seriously...
Seriously...
Help me!

Ada sesiapa boleh tolong?

Rabu, 9 Rabiulawal 1433H | 1 Februari 2012.
8:28 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Selalu tengok video Ustaz tu..
Ade persoalan untuk macam-macam hal yang terjawab..
Sehingga soal nak dapatkan pasangan pun terjawab sama...

Tapi...

Boleh kate semua yang saya tengok macam tak membantu...
Sebab semuanya pasal orang lelaki nak cari isteri...
bukan cara orang perempuan nak dapatkan suami..

Ada juga baca artikel-artikel islamik soal remaja dan cinta...
Sama jugak..
kebanyakannya pasal orang lelaki nak cari isteri...
Eh..ke saya tak paham artikel?
haha.

Ada sesiapa boleh tolong?
hahaha.
ok lah..sekian aje untuk saat ini.

Awkward~

12:31 a.m

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Hurmmm..
Percaya tak apa yang kita buat selalu diperhatikan orang?
Pastu akan dikritik, dikutuk atau dipuji..
Walaupun kita tak saling mengenali...

contoh: Bila makan sikit
makcik: aiihh..sikitnya makan? diet ke?
saya: tak ada lah..
makcik2: orang muda biasa la..diet..asyik nak jaga badan..
saya (dalam hati): aduhh! makan sikit pun salah ke? bukan jaga badan la makcik. saya jaga kesihatan. Nabi pun tak galakkan makan banyak-banyak.. =.="

Have you been to Singapore?

Rabu, 1 Rabiulawal 1433H | 25 Januari 2012.
5:04 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Ok..
Have you ever been to Singapore?

Ahad (23 Jan 2012), saya dan family pergi sana ronda-ronda Kota Singa.
What's special in Singapore?
Dengar-dengar cerita, S'pore terkenal ngan kemajuan, kebersihan..kan?
Hurmm...
betul lah tu..
bandarayanya memang bersih..payah nak jumpa sampah bersepah-sepah cam kita kat M'sia ni..
tapi bukan laa tak ada langsung..ade jugak saya nampak orang buang plastic cup yang minum air tu..cuma takde la tahap bersepah-sepah kat serata tempat macam kat M'sia kita ni..sampai busuk bertikus apa semua..
Gi makan kat restoran mamak, lalu kat lorong belakang kedai tu sebab nak basuh tangan kena lalu ikut belakang..
Fuhhh!! salute, babe! memang bersih...takde sebarang bau busuk yang menusuk idung..
Jalannya pun memang bersih je..hatta longkangnya pon takde la air kotor berminyak + makanan basi cam kedai-kedai makan kat negara kita nih...tapi wa lupe nak amik gambar lorong belakang tu plak bhai..ya laa..sebagai bukti..nanti tak caya plak..hehe

bangunan dia memang besar-besar cam kota metropolitan laa walaupun S'pore tu kecik jek..

tapi..
walau maju macam mana pun S'pore...
walau canggih mana pun S'pore...
I still be grateful for being a Malaysian, live in Malaysia..

Why?

Kat S'pore senang gila nak access benda-benda macam ni..

* adult shop kat Orchard Road *

kat area Orchard road tu aje ade 3 kedai yg saya nampak...
yang saya nampak laa..
yang saya tak nampak tak tau laa kan..

lagi..
banyak giler kedai arak atau bar..

hurmm..
dan sebenarnya saya memang sesak nafas rasa kalau duk tengok bangunan besar-besar je banyak..
duk dalam hutan batu..
memang tak boleh laa..
kalau boleh, rase nak duk kampung je..
syok!

ok..sampai sini aje..tata~

apa tujuan bagi duit?

12:50 p.m.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Saya tengah berfikir-fikir..
Apa sebenarnya kerajaan Malaysia la ni cuba buat?
Bagi duit BR1M...
Bagi Baucar Buku 1 Malaysia kat semua student IPTA..
Nak sogok orang untuk undi BN kah???

Hurmm...
Ade orang dapat duit BR1M beli handbag baru..
Ade orang dapat duit BR1M gi modified kete..
Ade orang dapat duit BR1M pegi shopping sakan..
Korang kalau dapat, duit tu buat apa?

Baby Rayyan, be strong! :)

Sabtu, 20 Safar 1433H | 14 Januari 2012.
12:36 a.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.



Comey, kan? Ini bukan anak saya. Ini baby Rayyan Ikhwan. Anak kepada Allahyarhamah Noria Idris. Amik gambar ni dari fesbuk Oyong (Ayah Long) dia..aiyarkk! jadi cam stalker pulak..huhu~

Alhamdulillah..Rayyan dah sihat dan dah discharge dari wad selepas berminggu-minggu duduk kat hospital tu. Acik Kinah doakan Rayyan membesar dengan baik, sihat, pintar dan penuh kasih sayang. :)

--------------------------------------------------------------------------------------------

Tengok gambar Rayyan ngan mummy dia..siyes sedih sangat. Bergenang-genang air mata..
Rayyan cuma dapat bergambar ngan mummy dia cam gambar kat bawah ni je..



Saya?
Saya bukan setakat dapat bergambar sakan ngan ummi saya..
Ummi saya peluk cium saya..susukan saya..besarkan saya.. T-T
Bertuah saya sebab masih ada ummi...
Cuma saya ni aje yang tak reti nak hargai..

Ummi,
I'm so sorry for not being a good daughter of yours...........

' Al-Fatihah buat arwah Kak Noria. Semoga Allah menempatkan rohnya bersama golongan syuhada dan mukmin yang soleh. Amiin. '