Suku abad


Jumaat, 25 November 2011.
12:33 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat dariNya, saya masih mampu hidup, bernyawa, bernafas, berdiri, melangkah, bersujud dan pelbagai lagi kenikmatan hidup.
Ya. Hari ni, kalau mengikut kalendar Gregory, genaplah usia saya 25 tahun. Dah suku abad hidup. Some people say, "Age is just numbers."

Betul ke?

Hurmm..bagi saya, umur ni indikator atau kayu ukur amal hidup kita. Dalam 25 tahun ni, apa yang dah dilakukan dan disumbangkan untuk kebaikan. Banyak mana dah harta akhirat yang dikumpul? Waaaa..bila tanya soalan macam ni, rasa macam nak nangis je. Flashback semula hidup saya di tahun-tahun yang sudah..sangat banyak terbazir dengan macam-macam perkara tak berfaedah, melalaikan lagi mendatangkan dosa.. T-T

Kalau nak buat checklist, memang sadis laa sebab akan unchecked je semua..
Tak ada apa-apa pencapaian yang boleh dibanggakan. Sekadar sekeping kertas yang menyatakan saya dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda bla..bla..bla..dari Universiti bla..bla..bla..? tak bangga langsung.
Dah kahwin dan ada beberapa anak comel yang sedang dalam persiapan menjadi mujahid dan mujahidah Islam? Lagi takde..huuuuu~
Punya sumber rezeki yang lumayan, baik lagi halal dan diberkati yang dapat membantu ringankan beban ibu bapa serta menyumbang kepada peningkatan ekonomi ummah? pon tidak juga..

Orang semua wish happy birthday..happy birthday..
Patutnye kena happy laa, ek? tapi saya tulis tak happy pulak..
Hidup di dunia ni boleh happy, tapi berpada-pada jangan sampai lalai lagi.
Saya gembira dan bersyukur sebab Allah masih beri saya peluang untuk hidup dan berusaha perbaiki kesilapan. Segalanya milik Allah dan padaNya jua akan kita kembali.

Wallahualam.

' Kuantan hujan lebat sokmo beberapa hari ni. Tapi hari ni, cuaca sangat cantik dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kenikmatan yang banyak buat hambaNya yang hina ini. '

Kalah, menang adat bertanding

Selasa, 22 November 2011.
12:24 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Malam tadi perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Malaysia lawan Indonesia.
Tahniah buat pasukan Harimau Muda yang menang! :D
Untuk pasukan Indonesia, cuba lagi. Kalah atau menang adat bertanding.

Untuk penyokong pulak..tak perlu lah nak kutuk sana sini.
Kalau tengok facebook tu, semua pakat kutuk Fakri..sian kottt~
Dah menang pon, tetap kene kutuk jugak..ape kes?
Kutukan tu lain ngan kritikan. Kalau membina takpe jugak. Kalau 'membunuh'? hmm..
Tengok aje dulu perlawanan badminton piala Thomas ke ape..yang Fairuzizuan Tazari kena boo tu..dah tak main dah member tu..

Yang penonton ni tak yah cakap banyak sangat laa derr..
Cube hangpa pi lawan sendiri..tengok sikit jadi lagu mana..
Kita tak boleh nak expect player boleh perform 100% untuk setiap game..
Sebab mereka pon manusia yang ade masa condition tak berapa bagus..
Dan ada masa performance lawan lebih bagus..
Fikir-fikirkan lah ye?
Takyah buat dosa banyak-banyak..

' saya harap team Indonesia tak pakai pemain import. nampak janggal sekali bila kalah tu, pemain warganegara sedih gila siap ada yang nangis, tiba-tiba Titus Bonai duk melambai sana-sini..huhu~ '

How to Train Your Dragon

Jumaat, 18 November 2011.
12:14 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Ok. Pernah tengok cerita ni tak? How to Train Your Dragon.
Ada apa dengan cerita ni? Plot dia memang menarik. Mengisahkan sebuah perkampungan yang didiami puak Viking. Hidup mereka tak pernah aman sebab selalu diserang oleh naga. Naga-naga ni datang untuk mencuri stok makanan puak Viking ni. Jadi, orang Viking ni semua gagah perkasa dan dilatih untuk jadi pembunuh naga sejak turun-temurun lah kiranya.

Sehinggalah ada sorang anak muda yang tak punya kekuatan fizikal tapi punya kelembutan hati, namanya Hiccup. Dia tak sanggup nak bunuh naga walaupun naga-naga ni ganas-ganas belaka. Tapi Hiccup ni bijak dan kreatif dalam inovasi. Dia cipta senjata yang boleh tembak tapi tak mati. Hiccup berjaya tembak seekor naga yang tak ada sorang pon tahu rupa naga tu. Dan akhirnya naga ni jadi pet Hiccup. Hiccup belajar macam-macam dari naga ni dan dia gunakan ilmu naga ni untuk tundukkan naga-naga yang lain.
Hiccup punya cara tersendiri untuk tundukkan naga instead of menggunakan keganasan. Tapi ayah Hiccup yang merupakan ketua puak Viking tak nak terima cara Hiccup. Dia degil sangat nak guna cara dia jugak. Dan huru-hara tetap berlaku lah. Siap buat naga paling besar giler mengamuk pulak.

Haha.
Apa kaitannya dengan situasi negara kita sekarang? Boleh fikir tak? Cuba bagitau...

Pen-pal...

Khamis, 17 November 2011.
11:40 a.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Tiba-tiba saya teringat masa kecik-kecik dulu. Tapi takde kecik sangat laa..
Masa darjah 6. Saya ada pen-pal..kelakar la pulak..
Saya pon tak faham dah apa tujuan saya cari pen-pal. Agaknya dulu tu sebab tak pernah dapat surat kot..hahahhaa~
Dah tu pulak, cari pen-pal bukan cari yang dari overseas. Amik pen-pal orang dalam negara jugak. Tapi bertuah jugak sebab kawan tu rajin juga nak membalas surat saya. Siap bertukar-tukar hadiah lagi..hihihiii~

Tapi akhir skali lost contact macam tu aje bila saya dah masuk asrama naik form 1. dah tak rajin dah nak tulis-tulis surat sebab dapat bersembang face to face ngan kawan-kawan.
Agak-agak pen-pal saya tu ingat lagi ke tak kat saya entah...errr...tapi saya dah lupa nama dia..huhu! sorry bangat~

Yang saya ingat, hari ni birthday dia!
Happy Birthday my Pen-pal! :D

' Hurmm...kelakar pulak bila mengenang kembali zaman kanak-kanak..tah pape~ '

Kiamat sudah dekat...

Selasa, 15 November 2011.
12:06 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Hari ni, saya bukanlah nak jadi tok nujum untuk meramal-ramal tarikh kiamat atau bila hari kiamat akan berlaku. Tidak. Sebab sesungguhnya pegetahuan tentang hari kiamat itu hanya di sisi Allah. Malaikat dan Nabi pun tak tahu bila.
Cuma hari ni, saya nak ajak orang berfikir sikit je berdasarkan tanda yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w.

Antara tanda akhir kiamat adalah dikatakan azan tidak lagi dilaungkan di bumi. Baik. Hari ni, kita duk dengar lagi azan dilaungkan di sekitar tempat tinggal kita, betul? Tapi pernah dengar tak kisah di zaman Rasulullah s.a.w. dulu, yang mana pada suatu Subuh, ada seorang muslim beria nak azan sebab dia mendakwa bahawa suara dia lebih sedap daripada saudara Saidina Bilal r.a. Maka Rasulullah bagi dia peluang untuk melaungkan azan. Setelah selesai solat Subuh apa semua, Tiba-tiba Saidina Jibril a.s. datang menemui Rasulullah dan bertanya,"Ya Rasulullah. Kaum muslimin tak solat Subuh ke pagi ni?" Rasulullah jawab kaum muslimin solat dan tanya Jibril kenapa dia kata kaum muslimin tak solat. Dan Jibril bagitahu bahawa penduduk langit tak dengar pun azan dilaungkan. Rupa-rupanya, laungan azan Saidina Bilal yang begitu ikhlas untuk mengajak kaum muslimin menghadap Allah s.w.t. sampai kepada pendengaran penghuni langit juga. Yang laung azan tadi kenapa tak dengar? Sebab tujuan dia nak tunjuk suara dia sedap.
Ok. Cuba tengok situasi hari ni pulak. Azan dilaungkan sungguh merdu sekali di merata-rata tempat. Mendayu-dayu sampai rase tak nak bangun pun ada kalau tengah sedap tido time Subuh tu. Ye dak? hehe
Cuba fikir...Agak-agak, penduduk langit dapat dengar ke laungan azan hari ni?
Wallahualam.

Lagi satu tanda akhir khiamat adalah Islam dah tak ada lagi di bumi. Ok. Sekarang tanya diri kita, "Adakah saya Islam?" kalau jawapannya, "Ya. Saya Islam"..tanya pulak,"Adakah saya beramal dengan Islam?" Islam bukan setakat mengucap 2 kalimah syahadah, solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, keluarkan zakat, dan pergi haji. Ya. memang betul itu rukun Islam. Tapi sebelum Islam, kita dituntut beriman dulu. Check rukun iman pulak. Complete tak? Macam mana kita kata kita beriman dan Islam kalau segala perintah Allah kita tak laksana? Segala ajaran Rasulullah kita tak ikut? Larangan Allah dan Rasulullah tak ditinggalkan? Dalam penulisan saya sebelum ini, saya dah pernah kata bahawa Islam bukan sekadar anutan yang buat ritual keagamaan macam bersolat tu. Islam adalah cara hidup. Meliputi segala aspek baik cara pergaulan atau bersosial, makan, minum, pakai, soal rezeki dan segala-galanya lah.
Dan hari ni, timbul pulak soal Islam sekular dan macam-macam lagilah. Apakah? Inikah Islam yang syumul?
Wallahualam.

Jadi, apakah tindakan kita? Bukan kita nak halang kiamat daripada berlaku. serius. kita memang tak boleh halang atau selamat daripada hari kiamat andai tiba saatnya. Filem 2012? itu nonsense! Itu setakat bencana besar je. bukan kiamat.
Apa yang dapat kita buat adalah timba ilmu akhirat. Perbaiki diri. Jadi mukmin yang soleh. Doa kepada Allah supaya dapat pengakhiran yang baik dan betawakkal kepadaNya. Ingatlah bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah.

Wallahualam.
Semoga bermanfaat perkongsian kali ini.

Dunia yang sakit tenat

Isnin, 14 November 2011.
10:14 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Percaya tak dunia sekarang memang sakit tenat?
Saya ni pun entah apa-apa jugak pegi tengok rancangan kat channel E!
Baru-baru ni saya tengok rancangan Extreme Hollywood.
Siyes! Memang extreme pembazirannya.

Bayangkan....
Sebotol air mineral berharga USD 49!
Segelas martini berharga USD 10,000!
Rumah anjing USD 20,000...rumah kecik untuk anjing yang dilengkapi dengan mini sofa, tv flat screen, aircond dan lain-lain kelengkapan untuk anjing. kalah umah eden nih haaa..
Sehelai jeans berharga USD 2 million!
Set bra berharga USD 2.5 million!
Oh! Ade yang lagi mahal...set bra berharga USD 15 million!

Perggghhhh!!! sape la yang sanggup beli semua ni? seriously nonsense!
Tapi ade yang beli okeeeehhhh~

Hurmm...dan pernah dengar pasal 'hari telur sedunia'? kat negara mana entah, hari telur ni diorang sambut dengan main baling-baling telur ayam sebanyak 20,000 bijik.

Hurmm..boleh fikir tak berapa ramai orang starving dekat Somalia, Afrika dan banyak lagi tempat kat seluruh dunia. Dan mereka-mereka tega melakukan pembaziran yang super dahsyat tu?

Life is so funny with funny people around!

Jumaat, 11 November 2011.
1:04 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.


Ok. Seperti yang anda tahu, saya tak bekerja sekarang dan memang takde intention untuk cari pekerjaan di pasaran dalam masa terdekat ini. Tapi saya sungguh tak faham kenapa orang lain sangat concern terhadap saya yang tak punya pekerjaan ni? Adakah saya meminta wang gaji atau sedekah jariah dari anda? Tidak walau satu sen.

Ya. Mungkin hidup saya hari ni atas ihsan ibu bapa saya. Tapi saya tak jadi pengemis atau peminta sedekah lagi setakat ini. Jadi, kenapa terlalu sibuk bertanya soal mencari pekerjaan? Orang kata jangan memilih kerja...pengalaman penting...bla..bla...bla...
Betul ke Rasulullah kata jangan memilih kerja? Rasulullah pernah kata, di akhir zaman orang tidak lagi peduli rezeki yang diperoleh itu halal atau haram. Jadi, adakah salah kalau saya memilih?

Dan lagi...saya sedang mengikuti kelas Al-Quran di masjid yang dekat rumah saya ni. Rasa seronok belajar mengaji semula dan kalau boleh saya memang nak khatam dengan ustaz ni. Adakah saya perlu sacrifice pengajian Al-Quran saya semata-mata untuk bekerja, cari duit yang hari ni entah halal, entah haram?
Saya lagi rela berpuasa setiap hari untuk cut kos sara hidup berbanding berhenti ngaji dan pergi bekerja. Hidup saya sekarang pon sebenarnya dah kategori terlalu mewah. Bukan tak ada makanan langsung untuk dimakan setiap hari. Tapi terlalu lah banyak makanan berlambak-lambak sehinggakan terpaksa buang macam tu je sebab tak habis makan. Saya juga bukannya tak ada baju atau baju lusuh compang-camping yang tak mampu tutup aurat saya sampai nak kena buat baju baru. Sebaliknya saya punya baju yang penuh menimbun lebih dari satu almari
dan baju-baju tu semua masih elok dipakai, tak perlu baju baru. Elektrik? Air? Internet? Semua perbelanjaan untuk bil-bil ni boleh dikurangkan.
Satu je masalah besar saya sekarang. hutang PTPTN yang dalam 9k lebih tu. Sebenarnye boleh je kan saya nak keluar duit ASB yang mak saya simpan dari saya kecik-kecik dulu. Tapi entah la kenapa dia tak bagi bayar hutang pakai duit tu dan nak suruh saya keje jugak.

Saya pernah masuk U. Terpedaya dengan macam-macam benda yang memang salah disisi syariat, semata-mata untuk dapatkan kredit lebih supaya senang dapat keje lah nanti kononnya. Dan hasilnya, memang tak dapat keje jugak. Jadi, sekarang saya memutuskan untuk tidak bekerja dan menjauhi perkara-perkara yang boleh menjadikan saya seorang yang cinta dunia. Dan saya tidak mengharapkan sokongan orang lain. sekadar tolong diam, jangan bertanya dan jangan amik port. tu pon susah ke?

Sangat meletihkan lah bila orang asyik tanya pasal kerja. Suruh kerja. padahal diorang tu bukan kena tanggung makan, minum, pakai, tempat tinggal saya pon.

Saya tak tahu apa sebenarnya perasaan abah. Tapi abah memang super cool. Abah sokong je apa yang saya buat atas hujah-hujah yang pernah saya bagi.
Mungkin sebelum ni dia sokong tapi tak sepenuh hati. Ya lah. Hujah dari orang tak alim macam saya ni, siapa lah yang nak amik pusing. Tapi lepas abah baca buku soal jawab yang Ustaz Azhar, ada orang soal pasal perempuan yang mengajar pelajar lelaki. Ustaz jawab sebenarnya tak boleh (mungkin bukan haram tapi makruh ke macam mana eh..saya tak ingat). Abah jadi berfikir semula dengan hujah-hujah yang pernah saya bagi dulu dan akhirnya dia setuju.
Kalau abah saya cool je dengan keadaan saya sekarang, kenapa orang lain yang takde kaitan tu menyibuk sangat?

Hurmm...mungkin saya kena ikut cakap abah supaya jangan kisah apa orang lain nak cakap. Ya lah. Sebab mulut dia, bukan mulut saya. Lidah dia, bukan lidah saya. Saya tak boleh nak tutup mulut orang lain. Lain kali kalau orang tanya, saya akan senyum aje tanpa sebarang jawapan. Jadi, silalah tafsir sendiri jawapan saya tu. ok?

' Terima kasih kerana prihatin pasal saya yang hina ini. '

Jangan tinggal daku~

Khamis, 10 November 2011.
9:57 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Masa memang tak pernah berhenti, kan?

Ada kawan yang dah dapat anak.
Ada kawan yang akan melahirkan anak tak lama lagi.
Ada kawan yang baru mendirikan rumah tangga.
Ada kawan yang bakal mendirikan rumah tangga. musim kawen kan skarang ni~
Ada kawan yang dah jadi tunangan orang.
Seronoknya!

Saya? :)

Saya masih berjihad untuk perbaiki diri.
Hurmm..seriously...sangat memerlukan kekuatan dan pertolongan dari Allah.
Semoga saya dapat atasi segala kelemahan dan kekhilafan ini.

Bantulah hambaMu ini wahai Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tiada daya dan kekuatan melainkan denganMu, Ya Allah.

Masuk beg plastik, buang dalam tong sampah diri sendiri.

Rabu, 9 November 2011.
7:50 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Entri untuk hari ni, tiada apa yang menarik. Sekadar untuk berfikir sejenak.

Ramai orang suka masuk bakul angkat sendiri.
Pastu hoo-haa sana sini...dapat baby, masuk beg plastik, buang dalam tong sampah.
Kenapa laa tak masukkan diri sendiri tu kat dalam tong sampah?
Tadi kan suka sangat masuk bakul pastu angkat sendiri???
Lalalallalalalalaaa~

Kesian sungguh laa dekat mereka ni. Tak tahu la nak buat camane lagi kan? Polisi kerajaan tak kasi kawen bawah umur. Kalau budak "bawah umur" nak dikahwinkan, kena masuk mahkamah, angkat sumpah bla..bla...bla...
Tapi Rasulullah s.a.w. kate, suruh segera kahwinkan anak perempuan bila sudah cukup umur (baligh)..seruan "Amar makruf nahi mungkar" laung sana sini..tapi camtu ke yang kate amar makruf nahi mungkar tu? menyulitkan sesuatu perkara yang baik..??
hmmmmmm........

' Ada paham? Kalau tara paham, baca ulang-ulang kali sampai paham laa dey thambi! '

I need Dr. House!

Isnin, 7 November 2011.
11:20 p.m.

Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Tiba-tiba tadi saya terbaca surat khabar hari semalam (nampak sangat memang tak rajin nak baca surat khabar selama ni). Bahagian yang cerita pasal kesihatan, pasal penyakit. 1 page pasal teknologi baru untuk mengesan breast cancer dan 1 page lagi pasal NET cancer yang dideritai oleh mendiang Steve Jobs.

Hurmm..saya bukan lah seorang yang mempunyai tahap kesihatan yang cemerlang, gemilang, terbilang. I have several health problems. Mungkin disebabkan tabiat pemakanan atau gaya hidup saya yang tidak sihat. Mungkin juga disebabkan faktor genetik. Saya sendiri tak dapat pastikan because i don't know my body so well.

Apa yang saya cuba nak cakap kali ni eh? Hurmm..disebabkan masalah-masalah kesihatan yang saya alami, saya beberapa kali juga berulang-alik ke hospital, jumpa doktor, jalani pemeriksaan dan cuba untuk dapatkan rawatan. Tapi saya tak tahu lah sama ada teknologi perubatan di Malaysia atau apa masalahnya, masalah saya tak pernah selesai. Saya faham, saya akui kesembuhan itu hak Allah. Kalau Allah nak bagi sembuh, saya akan sembuh. Tapi Nabi Muhammad s.a.w. juga suruh berubat kalau sakit. Cumanya, doktor atau pengamal perubatan tak memberi kerjasama yang baik. Untuk dapatkan rawatan pon, bukannya murah-murah. Kenapakah duit sangat penting di zaman ini? fuuuuuuuu~

Dan...saya tertanya-tanya..di dunia realiti ni, wujud tak doktor yang macam Dr. House tu?


yang takkan duk diam selagi tak jumpa penawar atau rawatan yang berkesan/sesuai kepada penyakit yang dihidapi pesakitnya.

Selamat Hari Raya Aidiladha~

Ahad, 6 November 2011.
9:40 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

SALAM AIDILADHA
&
SELAMAT MENJALANI IBADAH QURBAN
BUAT MUSLIMIN DAN MUSLIMAT


sangat merindui Haramain... ;(

Wordless Saturday

Sabtu, 5 November 2011.
7:00 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bajet untuk majlis kahwin

Khamis, 3 November 2011.
1:28 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.


Penah tengok gambar macam ni yang orang duk share kat facebook? Dan gambar bajet nih dijadikan alasan nape orang lelaki sekarang kawen lambat.

Ok sekarang saya tolong jadi financial planner khas untuk orang yang duk sakan bercinta, berkepit sana-sini cam belangkas tapi bila diajukan soalan "Bila nak kawen?" jawapan yang diberi, "duit tak cukup lagi"...

*sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas*

Total bajet tak sampai RM5000 pon. Paling-paling banyak pon RM5000 laa kut..tu pon bleh cut cost lagi. Cincin kawen tu boleh beli yang white gold harga bawah RM100 pon ada. Kad kawen pon boleh buat sendiri dengan kos mungkin bawah RM100. Atau boleh tag orang kat fesbuk jek.

Tapi untuk orang lelaki, jadilah lelaki yang bertanggungjawab dan boleh diharapkan untuk menjadi imam / pemimpin dalam keluarga. Binalah baitul muslim dan keluarga yang sakinah. (err..bukan sakinah hawa)
Jangan duk berkepit bawak anak dara orang ke hulur ke hilir. Tak elok.

Orang perempuan pulak. Toksah duk mengada sangat nak letak harga tinggi-tinggi, buat wedding grand sebab sekali je seumur hidup kononnya. Tak berbaloi abes duit untuk majlis sehari je. Satgi pelamin kena cabut, baju pengantin kena pulangkan. Apa yang tinggal? Duit dalam bank yang dah susut atau mungkin juga hutang yang bertambah.

Jauhi maksiat. Selesaikan yang wajib & ikut sunnah Rasulullah. Belanja ikut kemampuan, elakkan pembaziran, fikir masa hadapan.

Semoga diberkati dan diredhai Allah.

' err...kenapa saya rasa blog saya sangat cun sekarang? haha~ '

Kami mahukan yang terbaik untuk anak kami tapi kami tak mahu bayar mahal!

Rabu, 2 November 2011.
11:39 a.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Kali ni saya terpanggil untuk menulis mengenai topik TASKA. TASKA ni apa? TASKA merupakan akronim untuk Taman Asuhan Kanak-kanak. Kalau ikut bahasa omputihnya, Nursery.

TASKA ni merupakan tempat untuk ibu bapa meletakkan anak di bawah jagaan orang lain secara sementara sewaktu mereka pergi bekerja. Dulu masa saya kecik-kecik, saya juga anak yang dibesarkan di TASKA. Lama okeh..dari umur 3 tahun sampai la darjah 5..

Akhir-akhir ini, banyak insiden-insiden tidak baik berlaku di TASKA dilaporkan di media massa baik media elektronik mahupun media cetak. Imej TASKA mula tercalar walaupun TASKA lain yang takde kaitan pon yang berlaku insiden budak mati lemas dalam besen ke ape tu. Tapi TASKA lain yang terletak 300km lebih jauh pun mula dikritik dan mendapat tempiasnya.

Guru atau pengasuh di TASKA dipersalahkan oleh para ibu bapa walaupun kejadian tangan budak terkepit pintu, budak jatuh gelongsor, budak kene buli dengan kanak-kanak lain sampai lebam benjol. Adakah ibu bapa wajar bertindak demikian?

Jawapan saya ada dua:

1. Guru atau pengasuh di TASKA / nursery wajar dimarahi sekiranya:
  • guru / pengasuh tu memang sengaja nak kepit tangan budak dekat pintu atau melakukan penderaan fizikal terhadap kanak-kanak secara sengaja.
  • yuran TASKA / nursery mahal - menunjukkan setiap pengasuh telah dilatih secara profesional dan mempunyai pengetahuan mengenai pendidikan awal kanak-kanak (parents dah selidik dan memang certified). Maksud saya mahal, bukanlah setakat RM250 - RM300 sebulan tu dah dianggap mahal. Day Care Centre yang profesional memang mahal habis. My lecturer kata, boleh mintak yuran sampai RM600 for 1 kid. Tapi keselamatan terjamin, perkembangan fizikal & mental InsyaAllah dapat dibantu. Kalau TASKA yang macam ni, wajar guru / pengasuhnya dipersalahkan sebab anda dah bayar untuk yang terbaik.
2. Guru atau pengasuh di TASKA/nursery tidak wajar dimarahi kalau yuran dia dalam rate RM180 - RM300 untuk seorang budak. Kenapa saya kata macam ni? Sebab hari ni, tidak dinafikan orang bukak TASKA amik pengasuh asal boleh sahaja. Yang jadi pengasuh, budak-budak lepas SPM, budak-budak tak pass SPM, atau sesiapa yang nak keje lah kan. Mereka ni ada diberi knowledge tentang nak jaga budak or pendidikan & perkembangan awal kanak-kanak ape sume? kalau ada, tak dapat lah nak letak rate yuran rendah camtu, kan? nak bagi kursus kat teacher, kene pakai duit juga, kan?

Jadi, di TASKA ni seorang pengasuh bukan hanya jaga sorang budak macam mak bapak jaga anak kat rumah. TASKA jaga ramai budak. memang susah nak control budak yg ramai lagi-lagi kalau toddler. Bila ada insiden budak terkepit tangan dekat pintu, bukanlah pengasuh sengaja dera, kadang-kadang budak yang sendiri main pintu dan pengasuh di taska tak boleh nak ikut bontot tiap-tiap budak. Jadi, ibu bapa tak wajarlah nak blame pengasuh 100%. Itulah kelemahannya kalau hantar anak ke TASKA yang parents perlu faham dan terima risikonya. Insiden seumpama itu memang tidak dapat dielakkan lebih-lebih lagi TASKA yang pengasuhnya tak ada idea nak tarik perhatian budak sebab tak dapat knowledge yang sepatutnya.

Lagi satu, kalau anak kita dibuli oleh kanak-kanak lain sampai lebam atau benjol sana-sini. Apa tindakan anda sebagai ibu bapa anak yang dibuli? Nak suruh pengasuh marah budak yang membuli? kalau anda ibu bapa kepada budak yang membuli pula, macam mana?

kalau budak-budak dimarah, disuruh duduk diam-diam, dikurung dlm 'kandang', parents nampak, tetap bising juga, kan?

Ada orang kata, budak-budak hari ni bukan macam budak-budak dulu. Budak hari ni dah semakin bijak. Adakah sebab budak hari ni dah main handphone, komputer atau iPad mereka dikatakan lebih bijak? Ya. Mungkin juga. Tapi kita kena faham dan ingat, kids will always be kids. Cuba bagitahu saya, anak siapa yang tak berlari, tak memanjat, tak bermain? Kanak-kanak kurang upaya dikecualikan.

Sebab dunia hari ni semua orang letak di hati dan bukan di tangan, makanya semua berkejar-kejar untuk cari duit dan miliki dunia. Anak-anak? Kalau mahukan yang terbaik, tepuk dada dan tanya "are you willing to pay that much"?

' Besarkan anak di depan mata sendiri adalah lebih baik. Sangat rugi kalau hantar anak dijaga oleh orang lain semata-mata sebab nak cari duit sebab anak ni, masa kecil la saat paling penting dalam perkembangan mereka untuk diberi perhatian, disayangi, dipeluk cium. Dan saat tu takkan dapat dikembalikan semula. '

1.11.11

Selasa, 1 November 2011.
11:45 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Tak ada apa yang istimewa atau menarik hari ni. Saje je menggatal nak pos jugak entri sebab...sebab...sebab.....

SEBAB HARI NI
1.11.11!!!

ok. Selamat malam. Nantikan entri hangat yang seterusnya, ok? ;p