Apa Khabar Jodohku?

Sabtu, 27 Ogos 2011.
6:35 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

I dedicate this article for him. The one whose name must not be spoken because I never meet him yet and of course I don't know who he is..huhu~

Apa khabar jodohku?

Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?

Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.

Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.

Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku, sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.

Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.

Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.

Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku..

Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.

.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.

Jodohku..

Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.

Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.

Jodohku..

Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.

Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.

Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.

Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.

Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.

Jodohku..

Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.

Jodohku..

Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

Sumber: Artikel iLuvIslam.com

'ada orang dedicate untuk saya tak?'

Malam ini hujan lebat.

Isnin, 22 Ogos 2011.
10:55 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Hari ni dah 22 Ramadhan lah ya? Cepat betul masa berlalu. Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Ada yang dah mula menyibukkan diri buat persiapan menyambut Syawal. Tapi yang punya keimanan tinggi dan penghayatan penuh mengenai Ramadhan yang mulia ni, rasa sedih pasti menjentik hati.

Di kala 10 malam terakhir Ramadhan ni, ada yang mempertingkatkan lagi amalan dengan beriktikaf dan berqiamullail di masjid. Harapannya semoga dipertemukan oleh Allah dengan Lailatul Qadar (bukan wanita bernama Laila anak Tok Qadar). Malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam di mana kitab suratan kita diganti.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab (Al-Quran) ini pada malam al-Qadr. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
{Surah al-Qadr 97}

Saya tak punya ilmu agama yang tinggi mahupun pengetahuan yang cukup untuk bercerita panjang mengenai Lailatul Qadar ni. Tapi Nabi kita, Muhammad s.a.w. cukup menggalakkan umat baginda mencari Lailatul Qadar ni. mungkin pembaca boleh rujuk kepada penulisan lain yang saya sertakan link nya di sini: Lailatul Qadar

Tanda-tanda Lailatul Qadar pula macam mana ya? Orang kata, bila Lailatul Qadar, cuacanya redup. Tak terlalu panas tapi tak pula hujan. Malam yang sunyi. Air menjadi dingin. Wallahualam.

Abah saya baru balik terawikh tadi (ari ni saya malas terawikh sebab selesema), dia tanya saya..
Abah: Kalau Lailatul Qadar, memang tak hujan langsung ke?
Saya: Entah. Ye lah kot. Nape?
Abah: Hmm..jadi malam ni bukan Lailatul Qadar lah. boleh la tido. Hahaha~
Saya: Hahaha! Cheh..tah pape..

'Sedihnya dah balik Malaysia...sobs~'

Life updates!

Selasa, 2 Ogos 2011.
1:08 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Assalamualaikum.

  • Currently unemployed by any company/person.
  • But always and forever be a servant of Allah s.w.t.
  • Need to travel to KL every weekends for classes (Diploma Professional Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
  • Join kelas mengaji Ustaz Mohd Hanifah every weekdays (sekarang tadarrus sempena Ramadhan)
  • Sudah tolong abah pasang jaring kat atap untuk halang merpati nesting dalam siling..tapi masih juga mereka bersarang sebab lubang-lubang tak habis tutup lagi. +___+


hurmm...tak banyak update pasal kehidupan harian saya. takde cerita menarik sebab saya dah kurang berjalan sana-sini, hatta nak pegi supermarket pon memang dah berapa lama laa tak pegi..wayang pon last 2 weeks saya baru pegi tengok Harry Potter setelah dah berapa bulan tak jejak kaki ke wayang (ni pon sebab tak leh blah sangat..dah follow movie HP sejak yg pertama kot..huhu). Boring? duduk rumah tak pernah boring..haha!

saya tak dapat ilham lagi nak kerja apa. belum bersedia. kalau nak kerja pon, biarlah kerja yang tidak menjadikan abah saya lelaki dayus yang tak ambil tahu dengan siapa (lelaki ajnabi) saya bertemu. 1 pekerjaan yang tidak mendedahkan saya pada pergaulan bebas lelaki & wanita di pejabat, 1 pekerjaan yang tidak menghalalkan apa yang haram. ada? tolong bagi cadangan.

sekian saja buat kali ni. Selamat menjalani ibadah puasa bagi yang beragama Islam~ :)