Selasa, 10 Mei 2011.12:59 a.m.Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.
Baiklah. Tiba-tiba tadi ada seorang sahabat share 1 artikel pasal hukum sambutan Hari Ibu, sejarah asal-usul sambutan Hari Ibu. Jadi, sebelum mulakan bicara, saya pun nak share sikitlah apa yang saya dapat dari artikel berkenaan:
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
sumber: http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/
saya menulis kat sini bukanlah nak menjatuhkan hukum halal atau haram sesuatu perkara tu sebab ilmu saya tak adalah tinggi pun. Lagipun, Allah ada berfirman:
"Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: Ini halal dan ini haram, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya."
(Surah an-Nahl: Ayat 116)
Baiklah. Bagi memulakan bicara, saya memetik kata-kata Imam Ibn Jauzi dalam kitab beliau berjudul Talbis Iblis terhadap golongan yang suka dan seronok menyebarkan cerita-cerita yang jauh dari disiplin ilmu
(sama-samalah kita fikir dan renungkan). Katanya :
“Orang ramai tidak lagi sibuk dengan ilmu, sebaliknya berpaling kepada cerita-cerita dan perkara yang diminati oleh orang jahil. Maka timbullah bidaah dalam bidang ini.dalam kalangan mereka ada yang memalsukan hadis-hadis dalam at-targhib (menggalakkan ibadah) dan at-Tarhib ( menakutkan orang ramai kepada maksiat). “ Iblis menipu mereka dengan mengatakan “ Tujuan kami adalah untuk menggalakkan orang ramai kepada kebaikan dan menghalang mereka daripada kejahatan. Ini adalah penambahan mereka terhadap syariat. Justeru, dengan perbuatan ini, syariat pada sisi mereka adalah cacat dan berhajatkan kepada penyempurnaan”. Mereka lupa sabda Nabi SAW : Sesiapa yang berdusta keatasku dengan sengaja maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka.”
( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, hlm 143, Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.)
Pada fikiran saya, kenapalah kita nak pertikaikan soal sambutan Hari Ibu ni sedangkan Rasulullah dulu tak ada buat pun sambutan ni. Ok, mungkin ada pulak nak jawab Rasulullah anak yatim, tak ada mak. Sekalipun macam tu, kalau Allah perintahkan buat sambutan Hari Ibu, Rasulullah pasti buat sambutan raikan mana-mana ibu. Ni tak ada pun Allah suruh. Allah suruh kita taat, berbakti kat ibu bapa kita setiap masa. Itu ajaran baginda Rasulullah. Bukan adakan 1 hari sahaja untuk meraikan Ibu atau Bapa kita.
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Surah al-Isra: Ayat 23-24)
Daripada apa yang saya tengok, kecelaruan ni timbul bila orang kita semakin kurang kecenderungan untuk menuntut ilmu sebaliknya lebih tertarik kepada keseronokan yang diperkenalkan oleh orang musyrik. maaaaaaacam-macam
(berapa harakat tuh) persoalan timbul..lepas tu akhirnya berbalah sesama sendiri...berlaku perpecahan...umat tak bersatu. Itu ke yang Rasulullah ajar?
Taaaakkkk..Semua tu agenda mereka, cara mereka orang musyrik untuk pesongkan kita. Kita mungkin tak sedari cara halus yang mereka guna untuk sesatkan dan rosakkan kita.
Ok. Ada juga pandangan yang kata amalan ni berevolusi. Memang dulu Mother's Day tu hari memperingati Mother Mary atau siapa-siapa lagi yang mereka anggap tuhan. Tapi sekarang sambutan ni cuma untuk raikan ibu. Soalan saya sekai lagi, adakah wajar ibu itu hanya diraikan pada 1 hari tertentu sahaja? Saya sedar dan mengaku, saya bukanlah anak yang baik pun. Tapi bila baca Quran, Surah al-Isra ayat yang saya sertakan kat atas tu..plus perkara Mother's Day ni dah bangkitkan semangat saya untuk bagi mak saya happy setiap hari.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.”
(HR. Ahmad, 3/50, dan Abu Dawud, no. 5021)
Hadis kat atas ni merupakan larangan dari Rasulullah s.a.w. untuk meniru-niru amalan jahil kaum musyrik. Ada pulak yang bagi perbandingan sambutan hari assyura yang Rasulullah s.a.w. buat ikut amalan orang yahudi zaman baginda.
Hadis riwayat Ibnu Abbas r.a., ia berkata:
“Ketika Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tiba di Madinah, beliau menjumpai orang-orang Yahudi melaksanakan puasa hari Asyura. Ketika ditanyakan tentang hal itu, mereka menjawab: “Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan Allah kepada Nabi Musa as. dan Bani Israel atas Firaun. Kerana itulah pada hari ini kami berpuasa sebagai penghormatan padanya.” Mendengar jawapan itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kami lebih berhak atas Musa dari kalian, maka beliau menyuruh para sahabat untuk berpuasa.”
(Shahih Muslim No.1910)
Sekarang kita tengok..amalan assyura yang yahudi buat tu, dia rayakan apa? Untuk
asyura ni,
mereka meraikan kemenangan yang Allah bagi kepada Nabi Musa a.s. ke atas Firaun. Manakala
Mother's Day pulak
asalnya penghormatan untuk ibu kepada yang mereka anggap tuhan..??? Sedangkan Allah dah berfirman:
"Katakanlah bahawa Allah itu Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya."
(surah al-Ikhlas: Ayat 1-4)
Lagi, ada juga yang nak kata tak semua benda yang asalnya tak baik tu selamanya takkan jadi baik.Ok. Betul. Tak Semua benda yang asalnya tak baik selamanya takkan jadi baik. Saya setuju yang ni. Cuma itulah..macam tadi saya dah kata, ibu itu selayaknya diraikan setiap hari. Bukan pada 1 hari tertentu sahaja. Dan kenapalah yang kita ni duk sibuk sangat nak buat benda yang Rasulullah tak ajar, tak suruh sedangkan yang Rasulullah suruh tak nak buat pulak? Lekeh-lekehkan pulak? Yang Allah perintahkan, tak buat pulak? Allah perintah wajib laksanakan hukum Qisas. Tak buat pun? Solat, tutup aurat dengan sempurna, puasa, zakat, sedekah. Macam-macam lagi Allah perintah. Tak nak ikut pulak? Sedangkan Allah tu Tuhan! Al-Khaliq..Yang Maha Mencipta. Dah tu, amalan orang kafir jugak yang duk sibuk sangat nak ikut...
Hidup kita ni untuk cari keredhaan Allah. Kalau ada kemusykilan yang melibatkan perkara menyekutukan Allah ni, eloklah kalau kita tinggalkan je. Tak payah ikut. Takut saya kalau Allah murka..
isk~Takut mak kecik hati, sedih sebab anak dia tak wish or celebrate mother's day ngan dia? Hari-hari ucap terima kasih kat mak dengan sepenuh hati dan perasaan sebab dah lahirkan dan besarkan kita. peluk dia.kalau yang jauh ngan mak tu, ape susah? telepon ada. bukan main canggih henpon orang zaman sekarang, hubungi lah mak tu hari-hari. takde alasan kalau kita nak buat. alangkan bergayut ngan awek (perbuatan yang Allah haramkan) berjam-jam boleh. takkan lah tepon mak brapa minit setiap hari untuk tanya khabar dan bagi kata-kata penghargaan tak boleh pulak? kalau kita dah layan mak, raikan mak setiap hari, mak kita akan kecik hati ke hanya kerana anak dia tak ucap sepotong kata, "Selamat Hari Ibu" or "Happy Mother's Day"? Kalau agak-agak mak kita nak kecik hati, apa susah? terang elok-elok asal-usul sambutan Hari Ibu dan cakap juga elok-elok yang kita tak perlu semua tu sebab setiap hari kita nak layan mak kita baik-baik, bukan masa hari ibu je. InsyaAllah. Mak kita faham dan boleh terima. Mak kita orang Islam juga.
Setakat ini sahaja dulu coretan saya kali ini buat renungan kita bersama. Jadilah orang yang berfikir dan bersyukur. Semoga Allah redhakan kita.
Maaf dari saya. Entri ni bukanlah bertujuan untuk kondem siapa-siapa. Cuma untuk bagi orang berfikir sikit je. Setiap yang baik itu dari Allah. Yang buruk itu juga dari Allah tapi atas kelemahan saya sendiri.
Wallahualam. Allah lebih mengetahui segalanya.
Wassalam.