Abdul Halim Md Nadzalan..dalam kenangan.. ;(


Isnin, 31 Oktober 2011.
1:42 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

14 Oktober 2011. Pada petang itu, kami diberitakan khabar pemergian ahli kami, Abdul Halim Md Nadzalan atau lebih mesra dengan panggilan Halim.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ.
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.

Halim telah mengalami kemalangan motosikal kira-kira 1 tahun 3 bulan yang lalu ketika bertugas di Kabong, Sarawak. Pada mulanya, kecederaan otak yang serius akibat hentakan kuat di bahagian kepala dan kelewatan beliau diberi rawatan sewajarnya membuatkan para doktor yang bertugas merawatnya di Sarawak tidak memberi harapan untuknya hidup apatah lagi pulih seperti sediakala. Namun, ibunya (ibu saudara saya) tidak sanggup melepaskan anak kesayangannya pergi secepat itu. Harapan dan doa terus diberikan oleh ibu bapanya, ahli keluarga, para sahabat dan anak didiknya agar Halim dapat kembali pulih. Halim berada dalam keadaan kritikal dan koma.

*Keadaan Halim ketika dirawat di ICU hospital di Sarawak selepas baru terlibat dengan kemalangan*

Walaupun mengambil masa yang agak panjang dan lambat, Halim menunjukkan perkembangan positif dari sudut pemulihan dirinya. Daripada terpaksa bernafas melalui mesin alat bantuan pernafasan, Halim kemudian mampu untuk bernafas sendiri melalui lubang yang ditebuk di lehernya dalam pembedahan yang dijalankan. Selepas hampir 2 bulan Halim dirawat di hospital di Sarawak dan ditemani oleh bapanya, Halim dibawa pulang ke semenanjung dan rawatannya disambung di Hospital Taiping, Perak. Halim masih berada dalam keadaan koma. Adakalanya kepalanya membengkak akibat banyak cecair berkumpul disebabkan kegagalan otaknya berfungsi dengan baik. Beberapa kali Halim ditukarkan ke Hospital Ipoh untuk mendapatkan rawatan yang lebih sesuai daripada pakar neuro di Ipoh. Tempurung kepala Halim dipotong bagi menstabilkan posisi otaknya dan mengurangkan masalah bengkak di kepala. Kami sekeluarga hanya dapat mendoakan Halim kembali pulih dan menghulurkan bantuan dari segi kewangan kepada keluarga Halim. Ibu bapa dan adik-beradik Halim kelihatan semakin tabah dan tenang dengan situasi Halim.

*Halim ketika baru dipindahkan ke Hospital Taiping*

Beberapa bulan kemudiannya, Halim semakin stabil namun masih koma. Dia dibawa pulang ke rumah dan dijaga oleh ibu bapanya di rumah dengan segala kelengkapan yang cukup. Halim cuma minum susu yang disuap melalui tiub yang ditebuk di lehernya.

Hari berlalu, bulan berganti. Halim sudah boleh makan nasi lembik yang dikisar melalui mulutnya. Namun keadaan Halim tetap pasif. Dan badannya semakin kurus. Sayu melihatnya.

Sehinggalah petang Jumaat, 14 Oktober itu ummi mendapat panggilan telefon dari ibu saudara di kampung yang memberitahu bahawa Halim sudah tiada. Semuanya bagaikan mimpi..............

Siapa Halim kepada saya?

Arwah adalah sepupu saya. Ibu Halim adalah adik kepada ummi saya. Dan usianya sebaya dengan saya. 25 tahun. Ya. 25 tahun pada tahun ini. Kami cuma berbeza bulan kelahiran. Halim dilahirkan pada 26 Ogos 1986, manakala saya dilahirkan pada 25 November 1986.

Saya dan Halim tidaklah begitu rapat kerana kami tinggal berjauhan. Bapa Halim dahulu seorang anggota tentera udara dan sering berpindah-randah. Mereka pernah tinggal di Sarawak dan Kuala Lumpur dan akhir sekali menetap di Kampung Perak, Perak setelah Pokde saya bersara (saya dan keluarga tinggal di Pahang). Kami hanya akan bertemu pada Aidilfitri atau kenduri kahwin saudara mara. Itupun saya memang tidak banyak berbual dengannya (sebab saya memang tak reti nak bersembang dengan orang lelaki..huhu! Dan Halim juga agak pemalu). Cuma selepas SPM, ada jugalah kami berbual-bual (ya lah..dah semakin baik communication skill..huhu). He was indeed a very good cousin.
Disebabkan usia kami sama, memang tidak dapat dielakkan untuk kami bersaing dalam beberapa peperiksaan besar ketika di zaman sekolah. Di keluarga sebelah ummi, saya ada seorang lagi sepupu yang sebaya - Hanum, anak Pak Long. But Halim was my greatest competitor. Ya lah. Masa kecik-kecik dulu kan saya macam budak bijak la jugak. UPSR dan PMR saya result kira macam gempak la jugak. Halim pon tak kurang hebat. Jadi, memang kami selalu bersaing jugalah kiranya (persaingan sihat, ok..). Cumanya selepas SPM tu, saya makin down dan jadi entah apa-apa. Manakala Halim semakin bagus dan tak pernah mengalah. Halim akhirnya jadi cikgu Biologi!!!

*saya dan arwah Halim pada Aidilfitri 2006*

Namun usia Halim tak panjang. Allah lebih menyayanginya. Dia dijemput kembali ke hadrat Ilahi pada usia 25 tahun.

Perginya Halim meninggalkan kesan juga buat saya. Saya lihat di wall Facebook Halim, ramai yang post ucapan-ucapan takziah buat keluarga Halim. Ramai yang memuji arwah seorang yang baik. Ada rakan-rakan arwah yang membuat entri di blog dan menulis yang baik-baik mengenai Halim. Arwah Halim juga, Alhamdulillah, pada hemat saya mendapat husnul khatimah.
Sungguh! Saya terfikir, apakah yang akan berlaku apabila saya meninggal nanti? bagaimana jenazah saya nanti? adakah orang akan berkata-kata atau mengingati yang baik juga tentang saya? atau umpatan keji yang akan menyusul? *nauzubillahi min zalik!*
saya bukan mahu dipuji sesiapa. Sungguh! sebab segala pujian itu hanya layak bagi Allah. Tetapi berbanding kutukan dan umpatan keji, saya lebih rela orang yang mengenali saya hanya berdiam seolah tidak mengenali saya ataupun memaafkan segala kekhilafan yang pernah saya lakukan sebelum ini (itu yang paling saya harapkan).

untuk itu, saya akan berusaha lebih gigih lagi untuk perbaiki diri. Dan mengasingkan diri adalah jalan paling selamat buat masa ini sebab saya masih lagi seorang yang lemah. Terkadang melenting tak tentu hala. Terkadang emosi up an down. Dan saya masih belajar untuk menerima hidup saya seadanya. Jadi buat masa ini, saya mengehadkan social life saya. hanya bergaul dalam suasana yang baik dan menenangkan saja. Semoga Allah sentiasa meredhai, membantu dan melindungi saya dalam usaha menuju jalanNya.

Ya Allah. Diri ini hambaMu yang lemah. Tambahkanlah iman di hati hambaMu ini untuk terus teguh melangkah di landasanMu yang benar. Berilah sedikit kekuatan untuk hamba mengharungi dugaanMu, wahai Tuhan. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan denganMu, Ya Allah. Segala puji hanya bagiMu, Ya Allah. Hanya padaMu aku berserah diri. PadaMu jua akan aku kembali. Cukuplah Engkau sebagai Penolongku, cukuplah Engkau sebagai Pelindungku, Tuhan Seluruh Alam.
Amiin. Amiin Ya Rabb al-'Alamin.

'Al-Fatihah buat Allahyarham Abdul Halim Md Nadzalan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan Mukmin yang soleh.'

Can't take my eyes off you...

Khamis, 27 Oktober 2011.
2:35 p.m.
Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Lame eh tak blogging? Takde seru nak menulis atau menaip atau yang seangkatan dengannya.
Oh! Dan tajuk kali ni agak berjiwa-jiwa sikit. Hmm..sungguh betul! I really can't take my eyes off someone these days..

Dan tetibe saya meng'google' lirik lagu Can't take my eyes off you ni..dan ini yang saya dapat untuk gambarkan keadaan saya sekarang..huhu~ bukan kesulurahan lagu ye..

You're just too good to be true
can't take my eyes off you
You'd be like heaven to touch
tersangat baik.
untuk saya menawan hatinya, memang tak mampu.

Selalu jugak saya try ushar-ushar dia. Tapi tetiba saya cam tertanya, adakah saya melakukan zina mata dengan meng'ushar' dia? Kalau itu zina mata, adakah dia juga terlibat dengan dosa ini? macam-macam saya fikir. Hmm..saya taknak dia yang baik lagi suci murni tu terlibat sama dengan dosa yang saya buat dari kegagalan saya mengawal diri untuk tak tengok dia.

Saya akan cuba untuk tak ushar-ushar dia lagi.. mampukah saya? T-T
Saya akan berusaha untuk pendam rasa ini.. hmm..itulah yang terbaik. T-T

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka..."
{An-Nur 24: Ayat 31}


Ya Allah! Ampunilah daku hambaMu yang lemah ini. Berilah hambaMu ini kekuatan untuk kekal menundukkan pandangan dan memendamkan kasih ini. Dan sesungguhnya Engkaulah kekasih sejati yang kekal abadi. Amiin.

' usah bermimpi memetik bintang di langit tinggi sedangkan galah hanya panjang sejengkal hatta tidak mampu memetik buah di pohon rendang sekalipun. '